Port Karaoke Paling Havoc Di Bukit Bintang A Quiet Place


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha tahu ramai yang kaki karok dalam ni dan suka mengasah dan menguji bakat menyanyi di karaoke. Maha ada satu tempat dengar nama sangat sunyi tapi bila masuk baru tahu akan kehavockannya dan kehebatannya. Nak tahu mana kena baca sampai habis lah baru tahu ni tempat baharu punya dan baik punya



Bukan seperti tempat sunyi biasa, A Quiet Place mengalu-alukan kedatangan pencinta muzik dan peminat karaoke untuk menyanyi sepuas hati, menganjurkan parti atau berhibur dengan nyanyian bersama rakan-rakan handai. Merupakan lokasi hiburan sehenti, A Quiet Place menawarkan tiga konsep di bawah satu bumbung dan dilihat bakal menjadi tempat bersantai terbaharu untuk keseronokan karaoke yang sebenar



Dibuka di tengah Bukit Bintang yang merupakan kedai utama (flagship store) bagi Loud Speaker 2.0, Mini Studio dan GeTai yang berkeluasan 17,000 kaki persegi dengan setiap satu konsep yang bakal menarik minat golongan jiwa muda mudi sekarang. Loud Speaker 2.0 ialah cawangan premium pertama yang dilancarkan sejak pembukaan 11 cawangan Loud Speaker yang tersedia ada. Mini Studio dan GeTai merupakan konsep karaoke baharu yang asalnya  bermula di Johor Bahru (JB) dan kini diperkenalkan di Kuala Lumpur. Mini Studio dan GeTai di cawangan utama A Quiet Place juga diberikan rupa dan gaya yang berbeza berbanding cawangan terawalnya di JB



Sebaik sahaja korang melangkah masuk ke sini, korang akan disambut dengan konsep 70-an bermotifkan retro glam anggun dan mewah, memberikan rasa selesa dengan penampilan kontemporari-minimalis bersiling tinggi dan cahaya semula jadi dari pintu serta tingkap gelas. Peminta karaoke kemudiannya akan terus ke kawasan hiburan yang dipilih dimana setiap daripadanya mempamerkan hiasan dalaman yang tersendiri



Di A Quiet Place, korang boleh memilih lagu menggunakan telefon bimbit korang secara ‘on demand’ melalui aplikasi web.  Terdapat lebih 300,000 pilihan lagu dalam pelbagai genre untuk korang mencari lagu karaoke kegemaran korang. Sementara itu, sistem audio tercanggih oleh JBL dan skrin luas berdefinisi tinggi boleh didapati di Loud Speaker 2.0 dan GeTai untuk memastikan korang dapat menikmati hanya yang terbaik



Korang di Loud Speaker 2.0 dan GeTai juga boleh memesan minuman sihat kombucha oleh Myboocha atau menikmati minuman tanpa alkohol yang boleh diisi semula dari bar minuman, sambil menikmati bertih jagung. Penggemar alkohol pula akan menyukai pilihan wain organik dan koktel yang disediakan; dipilih oleh pelayan wain di sana



Penggemar karaoke boleh memilih antara tiga konsep di satu tempat yang mudah dan selesa untuk bersantai dan menyanyi sepuas hati

Loud Speaker 2.0
Suasana Loud Speaker 2.0 yang berkelas dan ranggi akan membuatkan korang berasa teruja untuk memulakan persembahan  konsert mini korang sendiri. Sesuai untuk korang yang mencari pengalaman karaoke premium, bilik Loud Speaker 2.0 memberikan keselesaan dan ruang privasi; menjadikan cawangan Bukit Bintang ini lebih menarik daripada cawangan Loud Speaker sedia ada



Efek pencahayaan yang mengikut rentak muzik di semua bilik Loud Speaker 2.0, menjadikan suasana nyanyian lebih bertenaga dan mengujakan buat penyanyi. Selain itu, sesi karaoke pastinya lebih memuaskan dengan penampilan skrin visual besar yang memberikan korang pengalaman imersif dan hanya boleh didapati di Bilik Opera (VIP) dan Bilik Festival (VVIP). Bagi korang yang gemar berparti, Bilik Party (VVIP) boleh memuatkan sehingga 40 orang dan sesuai untuk acara peribadi atau korporat


Terdapat 5 jenis bilik berkeluasan dari 100 kaki persegi sehingga 800 kaki persegi dengan 5 jenis bilik; Audition (kecil), Cabaret (Sederhana), Symphony (Besar), Opera dan Festival; membuatkan jumlah keseluruhan 33 bilik termasuk 7 bilik Opera dan 1 bilik Festival



Harga tempahan bermula dari RM 40 sejam dan disertakan dengan minuman tanpa alkohol yang boleh diisi semula. Para korang boleh menikmati promosi "beli 2 percuma 1 jam". Tambahan lagi, ahli Jom K Kakee Loud Speaker dapat menebus ganjaran naik taraf bilik secara percuma. Promosi ini tertakluk kepada kekosongan bilik dan sah dari 22 Feb hingga 31 Mac 2023
Mini Studio
Berita untuk penyanyi yang baru berjinak-jinak dalam dunia muzik dan anak seni umumnya. Mini Studio menawarkan pengalaman studio sebenar untuk menyanyi seperti seorang artis rakaman. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari hiburan karaoke yang tidak memakan masa at baik au kerseronokkan buat seketika, dengan harga yang bermula dengan hanya RM10 untuk 30 minit. Ia adalah idea yang menarik untuk luangkan waktu makan tengahari. 


Pertama kali dibuka di Pusat Beli-belah Toppen, Johor Bahru, jenama tersebut kini membuka pintunya buat komuniti Lembah Klang untuk mencuba pengalaman unik ini. Mini Studio mempunyai rupa moden dan rapi, diganding dengan rupa persekitaran studio yang mewah. Manakala tona warna yang tenang pula mirip dengan suasana profesional industri muzik. Selain itu, Mini Studio menawarkan kemudahan daftar masuk mudah akses seperti ‘contactless check-in’ di kiosk yang tersedia. Setelah tiba di pusat karaoke, korang boleh menuju ke kiosk untuk menempah dan membayar sebelum terus pergi ke bilik yang ditetapkan. Di Mini Studio, terdapat 23 bilik yang boleh memuatkan dari seorang di bilik Duet sehingga lapan orang di bilik Choir. 



Selain itu, fungsi Rekod & Kongsi kini sedang diusahakan. Pengalaman di studio akan menjadi lebih baik, kerana tidak lama lagi, korang akan dapat merakam nyanyian korang di studio dan menyimpannya untuk tujuan demo atau dimuat naik ke media sosial. Mini Studio juga dibuka untuk peluang francais, dan pendaftaran kini dibuka. Bakal pelabur dan usahawan boleh menghantar e-mel ke [email protected] untuk info lanjut

GeTai
GeTai, yang secara literal bermaksud "pentas lagu" dalam bahasa Cina dikatakan berasal dari Singapura pada tahun 1940-an.  Ia telah menjadi satu hiburan yang popular dan kini dimodenkan untuk terus kekal dalam dunia hiburan hari ini.  


Jika anda mencari sesuatu yang lebih mencabar, GeTai adalah pilihan yang terbaik. GeTai ialah bar karaoke ‘open mic’ yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa. Selain itu, ia menawarkan pelbagai tetapan tempat duduk daripada bar dan meja makan sehinggalah ke ruang sofa. Bersedialah untuk mengembara semula ke filem-filem Shanghai lama, yang dibawakan oleh hiasan dalaman GeTai yang menggabungkan rekaan oriental lama dan teknologi, disempurnakan dengan pentas karpet merah. Pencinta muzik yang lebih suka untuk bersantai pula boleh duduk sambil dihiburkan dengan dendangan nyanyian orang lain dalam kemewahan suasana GeTai



Penyanyi juga boleh menggunakan aplikasi GeTai untuk menyanyi, memberi ganjaran dan menerima ganjaran dari pengguna aplikasi yang lain untuk persembahan korang. Apabila pengguna menerima ganjaran secara maya ini, ia akan ditukar menjadi mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menuntut hadiah seperti MacBook, iPhone, Apple Watches, AirPods dan banyak lagi



Untuk menyenangkan korang, Mini Studio dan Loud Speaker 2.0 akan melancarkan sistem tempahan karaoke online yang pertama untuk menambah baik lagi pengalaman menempah bilik.  Dengan tiada keperluan untuk beratur, pengguna boleh menempah sesi korang pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan terus bermula menyanyi sebaik sahaja tiba



Dengan perancangan untuk mengembangkan lagi empayar Loud Speaker, Mini Studio dan GeTai, setiap jenama sedang bersedia untuk membuka lima lagi cawangan baharu dalam tahun ini

Datang sendiri ke A Quiet Place untuk pengalaman karaoke premium terbaik. Maklumat lanjut layari:Laman web: www.aquietplacekl.comNombor telefon: +6012 766 7161 (Loud Speaker 2.0) / +6012 706 7161 (GeTai)Alamat: GF-003, Ground Floor, Federal Arcade, No. 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 K.L


#AQuietPlaceGoesLoud #LoudSpeakerV2 #MiniStudioKTV #GetaiMalaysia










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/02/port-karaoke-paling-havoc-di-bukit-bintang-a-quiet-place.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Quiet Place Lokasi Karaoke Terbaru Di Bukit Bintang

A Quiet Place Lokasi Karaoke Terbaru Di Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 238 hits
Hi Korang Bukan seperti tempat sunyi biasa A Quiet Place mengalu alukan kedatangan pencinta muzik dan peminat karaoke untuk menyanyi sepuas hati menganjurkan parti atau berhibur dengan nyanyian sahabat handai Merupakan lokasi hiburan sehent...
Merasai Penginapan Mengujakan Atas Lalaport Bukit Bintang Dan Menghadap Menara Merdeka 118

Merasai Penginapan Mengujakan Atas Lalaport Bukit Bintang Dan Menghadap Menara Merdeka 118

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 280 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Harit u Maha dah kongsi percutian mewah di atas untuk 4hari 3malam Kalau nak dapat harga yang berpatutan dan bebaloi boleh ruj...
Bob Sentuhan Feat Maman Teachers Pet Bukit Bintang Chord

Bob Sentuhan Feat Maman Teachers Pet Bukit Bintang Chord

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 171 hits
E E G m G m A A B B EPertama kali ku terlihatnyaG mSenyumannya saja A B Bmenggoncang jantungku EDia ketawa aku tercungap G mkehabisan udara ANyawaku terbang B B bersamanyaCmWoh B AKita bercanda di Bukit BintangA Woh Woh C m BMataku hanya pa...
A Quiet Place A Grand Place For Music Lovers

A Quiet Place A Grand Place For Music Lovers

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 220 hits
A Quiet Place A Grand Place for Music Lovers Another movie Nope Not that movie Here at A Quiet Place you are allowed to make noise The more the merrier the better A Quiet Place is the latest karaoke joint in town and it is certainly grand N...
Orang Indonesia Internetan Lebih Dari 7 Jam Sehari Paling Suka Akses Apa Sih

Orang Indonesia Internetan Lebih Dari 7 Jam Sehari Paling Suka Akses Apa Sih

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 207 hits
Meskipun durasi internetan ini terbilang cukup tinggi nyatanya tahun 2022 lalu angkanya justru lebih tinggi lagi loh
Voters Will Punish State Govt Over Bukit Cherakah Development Warns Group

Voters Will Punish State Govt Over Bukit Cherakah Development Warns Group

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 144 hits
Last August two NGOs hauled the Selangor state government to court over its decision to degazette the forest PETALING JAYA The Selangor state government risks angering voters living near the Bukit Cherakah Forest Reserve if it does not heed...
Bergegar Weh Penduduk Bukit Jalil Tergamam Dengar Sorakan 80 000 Peminat Di Konsert Blackpink

Bergegar Weh Penduduk Bukit Jalil Tergamam Dengar Sorakan 80 000 Peminat Di Konsert Blackpink

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 214 hits
Bagai menunggu bulan jatuh ke riba akhirnya BLACKPINK kembali ke Malaysia bagi melaksanakan konsert jelajah dunia BORN PINK ARTIKEL BERKAITAN Semenjak ia diumumkan rata rata BLINK di Malaysia tidak membuang masa dan memastikan kesemua tiket...
Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Bingka Ubi Kayu Paling Sedap Lembut Moist Sangat

Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Bingka Ubi Kayu Paling Sedap Lembut Moist Sangat

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 221 hits
Bingka ubi kayu antara makanan tradisional yang menjadi kegemaran ramai Rasanya yang lembut di dalam dan rangup di luar ditambah dengan rasa ubi kayu yang kuat memang membangkitkan selera Jom ikuti resepi yang dikongsi RESEPI BINGKA UBI KAY...
Resipi Biskut Dahlia Klasik Paling Sedap Imbau Nostalgia Raya Zaman Kanak Kanak

Resipi Biskut Dahlia Klasik Paling Sedap Imbau Nostalgia Raya Zaman Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 311 hits
Jom buat Biskut Semperit Dahlia Bila tiba bulan kaum kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk nanti Malah kalau nak buat niaga inilah masanya Salah satu resipi yang sedap yang boleh anda buat adalah Bisk...
Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Munas Iv Relawan Tik Indonesia Hani Purnawanti Lanjutkan Tongkat Estafet Kepemimpinan

Lelaki Pengsan Dipukul Bekas Teman Wanita

Berang Kena Kacau Warga Asing Korek Mata Lelaki Tempatan

Happy Birthday To Me 16 November 2024

Jepun S Coffin Cafe A Chill Spot To Unwind And Think About Life And Death

As Lapor Kes Pertama Mpox Jenis Baharu