A Kadir Jasin Ketua Umno Menderita Tekanan Jiwa Mereka Hanya Nampak Pintu Penjara



Dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengajak kita melakukan kebaikan dan menolak keburukan.

Menteri berketurunan Cina yang bukan beragama Islam itu menyebut ungkapan itu dalam bahasa asalnya - “amar ma’aruf nahi mungkar” (الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر).

Semua agama dan tamadun tinggi di dunia menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan.

Tetapi biasalah bagi ahli sebuah parti yang telah mengabaikan agama, tamadun dan kesopanan kerana “cash is king” mempersendakan Belanjawan 2019 sebagai tidak ada apa-apa yang baru.

Bagi ketua-ketua Umno/BN tidak ada apa yang baru dalam Belanjawan 2019 kerana mereka tidak mendapat habuan dan peluang untuk terus mengisi tembolok mereka dan anak, bini serta suku sakat mereka.

Bukan itu saja. Fikiran mereka pun tidak berada dalam keadaan tenang untuk menghayati sesuatu yang baik dan terpuji.

Fikiran mereka kacau kerana bekas ketua nombor satu mereka, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, sedang menghadapi berpuluh-puluh tuduhan jenayah di mahkamah.

Tambahan pula isteri beliau yang begitu berkuasa dan ditakuti, (Datin Paduka Seri Puti Reno) Rosmah Mansor, pun turut menjadi OKT (orang kena tuduh).

Kalau Najib dan Rosmah pun berkemungkinan menjadi banduan apalah sangat mereka.

Ada di antara mereka yang telah pun dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menunggu masa untuk bertemu hakim.

Tidak syak lagi banyak antara mereka akan mengikuti jejak Najib, Rosmah, bekas Pengerusi Tabung Haji, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim dan “penari deman malam Sabtu” (Saturday Night Fever), (Tan Sri) Irwan Serigar Abdullah, ke mahkamah.

Hatta makhluk suci bernama Jho Low yang dikatakan bersih 1MDB oleh SPRM, Peguam Negara dan PDRM zaman Najib itu pun sudah didakwa dengan jenayah 1MDB di Amerika Syarikat.

Turut didakwa dan sudah mengaku bersalah di Amerika adalah bekas eksekutif kanan Goldman Sachs, Tim Leissner. Dia ini digambarkan sebagai sangat akrab dengan Najib dan Rosmah. Seorang lagi eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng, ditahan di Malaysia.

Dengan perkembangan terbaru itu, konco-konco Najib dan Rosmah yang lain pun tidak selamat lagi. Misalnya SPRM telah mengeluarkan notis orang dikehendaki terhadap warganegara British dan pemastautin tetap Malaysia bernama Paul Stadlen.

Paul Stadlan: Perunding komunikasi Najib

Dia ini adalah seorang perunding media Najib yang digambarkan sebagai sangat berpengaruh dan digeruni oleh pengarang media arus perdana tempatan zaman Najib. Seorang lagi adalah ahli perniagaan bernama Habibul Rahman.

Kalau Stadlen pun dikehendaki maka lojiklah konco-konco dan tali barut Najib yang lain akan dipanggil “berbual” oleh SPRM dan agensi-agensi penguat kuasa lain.


Tali Barut

Setelah sekian lama menjadi tali barut Najib dan memakan duit haram daripada pelbagai sumber, khususnya 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, mereka tentulah menjangka yang pada bila-bila masa saja serkap akan menyerkup mereka.

Dalam suasana minda yang kacau dan penuh ketakutan itu mereka tentulah tidak dapat menghayati dan mengakui bahawa belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan tersebut adalah untuk menyelamatkan negara dan rakyat jelata daripada bom jangka yang ditinggalkan oleh pemerintahan kleptokrasi Najib.

Banyak duit negara yang dicuri. Hutang kerajaan melambung melepasi RM1 trilion. Jumlah sebenar adalah RM1,065,000,000,000 atau RM33,281.25 bagi setiap penduduk Malaysia. Kerja Najib adalah gali lubang timbus lubang kerana baginya duit adalah raja.

Belanjawan sulung kerajaan PH ini bolehlah ibaratkan sebagai merawat orang sakit.

Mula-mula sekali pesakit tidak mengaku dia sakit. Sehingga beberapa bulan lalu, dia bukan saya tidak mengaku dia sakit malah dia bagi tahu satu dunia yang dia cukup sihat.

Leissner (kiri sekali) dengan isterinya, Kimora Lee, bersama NajibTetapi banyak orang tahu dia bukan saja tidak sihat malah mengalami banyak penyakit kronik, penyakit aneh dan sakit jiwa.

Apabila pesakit pengsan, dikejarkan ke hospital dengan ambulans dan diperiksa barulah diketahui bahawa dia sudah pun dalam kategori tenat yang memerlukan penjagaan sepanjang masa di unit rawatan rapi oleh doktor-doktor pakar.

Apa tidaknya. Kencing manis ada. Sakit jantung ada. Darah tinggi ada. Kolesterol tinggi. Paru-paru rosak sebab banyak merokok. Badan obes kerana makan tak pantang dan langsung tak peduli senaman.

Sekarang kerajaan PH sudah tahu penyakit kronik yang dideritai negara dan mulai Belanjawan 2019 melakukan rawatan rapi.

Kaki yang sudah kelemayuh (gangrene) sama ada dibersihkan atau dipotong. Pesakit akan cacat seumur hidup tetapi nyawanya selamat.

Jantung dibedah dan saluran yang tersumbat diganti dengan urat dari kaki. Kalau tidak teruk sangat, digali saja untuk buang lemak yang menyumbat saluran darah.

Kesimpulannya kita tidaklah boleh mengharapkan ketua-ketua Umno/BN yang sedang menderita tekanan jiwa berfikir dengan waras dan wajar. Yang mereka nampak bukanlah kebajikan rakyat jelata tetapi pintu penjara.

Wallahuaklam.

Tulisan Blogger : A.Kadir Jasin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/akadir-jasin-ketua-umno-menderita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadir Jasin 40 Umno Mps Met Dr M May Join Ppbm

Kadir Jasin 40 Umno Mps Met Dr M May Join Ppbm

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 332 hits
Datuk A Kadir Jasin claimed today that there is a possibility of up to 40 Umno MPs jumping ship to Parti Pribumi Bersatu Malaysia The PPBM Supreme Council member said the MPs have been meeting party chairman Tun Dr Mahathir Mohamad and pres...
40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 495 hits
JOHOR BAHRU Kira kira 40 ahli Parlimen Umno dikatakan berkemungkinan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin berkata mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali me...
40 A Parlimen Umno Sertai Bersatu Kadir Jasin

40 A Parlimen Umno Sertai Bersatu Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 321 hits
Kadir ketika merasmikan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya Skudai di sini hari ini JOHOR BAHRU Bersatu mendedahkan terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti kerana menyatakan hasrat u...
Kadir Jasin Ada Cakap Cakap 40 Mp Umno Akan Keluar Parti

Kadir Jasin Ada Cakap Cakap 40 Mp Umno Akan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 387 hits
Susulan penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil rakyat Umno akan keluar parti Ketika...
Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 385 hits
Oleh A Kadir JasinIrwan Serigar berkempen di Langkawi melawan Dr MahathirBAHAYA kerajaan baru Pakatan Harapan disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini Pertama pemimpin PH termasuk anggota ...
Kalau Tekanan Ph Ingat Boleh Lunturkan Semangat Kami Mereka Silap

Kalau Tekanan Ph Ingat Boleh Lunturkan Semangat Kami Mereka Silap

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 297 hits
Tidak sedikit pun luntur semangat saya walau bagaimana saya dilayan Dalam 5 tahun banyak boleh berlaku Lihatlah di mana kita hari ini dan ke mana kita Halatuju Malaysia penting Apakah kita akan biarkan begitu sahaja Kita tidak boleh berdiam...
Perkasa Wants Cops To Probe Kadir Jasin Tycoon For Sedition

Perkasa Wants Cops To Probe Kadir Jasin Tycoon For Sedition

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 377 hits
Perkasa wants authorities to take action against veteran newsman Kadir Jasin and construction tycoon Koon Yew Yin PARIT Malay rights group Perkasa today urged police to investigate veteran newsman A Kadir Jasin and construction tycoon Koon ...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future