999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse
999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) | Fadzi sebenarnya dah lama tak makan steak. Bila Fadzi dengar ada steakhouse nak bagi stik percuma kepada pelanggan dia, terus Fadzi rasa excited sangat.
Tapi rupa-rupanya, steak percuma tu adalah dari Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff, Johor Bahru. Tapi alang-alang Fadzi dah tau, Fadzi kongsikan lah dengan korang walaupun Fadzi tak dapat nak redeem kan.
999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)Kalau korang yang berada di Johor Bahru tu, pastikan tarikh 5 dan 6 Julai nanti, korang pergi ke Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff. Pada hari tu nanti, sebanyak 999 stik bernilai hampir RM50 000 akan diberikan secara percuma.
Untuk dapatkan tawaran istimewa sempena dengan kempen Giveaway Half Ribs ni, korang cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit. Tawaran ini hanya sah untuk semua pelanggan yang makan di restoran dieorang saja.
Nak lagi best, kalau korang pertama kali mendaftar sebagai penggemar WISH, korang akan dapat satu scoop ais krim.
Biasalah kalau benda-benda berbaloi macam ni, biasanya orang mesti ramai nak datang dan cuba kan. Fadzi cadangkan korang buat tempahan awal supaya tak kecewa bila pergi sana dah penuh pulak kan.
Untuk tempahan korang boleh hubungi nombor telefon di bawah. Ataupun kalau korang nak tahu maklumat lanjut pasal promosi ni, korang boleh lawati website dieorang.
013-7333280www.wadihanaislamicsteakhouse.com
999 stik percuma ini adalah sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH dari Wadihana Islamic Steakhouse kepada pelanggan-pelanggan mereka. Wadihana Islamic Steakhouse baru saja dibuka pada Februari yang lalu.
Stik yang dipromosikan untuk kempen kali ni adalah Honey Pepper Ribs yang bernilai RM49.90 setiap hidangan.
Tentang Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.
Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.
Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.
“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd.
Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.
“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya.
“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya.
Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.
Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.
“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online.
“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.
Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.
Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.
“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya.
“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.
June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).
Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.
Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.
“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup.
“Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut.
“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka.
“Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya.
Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.
“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah?
“Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya.
MAKLUMAT PERNIAGAAN:WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff81200 Johor Bahru, JDTTel: 07-2442422 FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2019/07/999-stik-percuma-daripada-wadihana.html