Redeem 999 Stik Percuma Di Wadihana Islamic Steakhouse Damansara Aliff Jb


[PROMO] 999 STIK PERCUMA DI WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE DAMANSARA ALIFF, JB!

SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi






Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com
“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June.
Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan
Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan perniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui

Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.




“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd.

Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya

“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya.
“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya.



Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online.

“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal

“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya.“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu

June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza)

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.

“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup.

“Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut.

“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka.
“Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya.

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.

“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah?

“Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya. 


MAKLUMAT PERNIAGAAN:
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff81200 Johor Bahru, JDTTel: 07-2442422FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2019/07/redeem-999-stik-percuma-di-wadihana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wadihana Islamic Steakhouse Wish 999 Stik Percuma

Wadihana Islamic Steakhouse Wish 999 Stik Percuma

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 289 hits
Hi Korang Berita baik untuk korang yang berada di Johor Bahru dan teringin sangat nak makan steak kan baca ni kak lily kongsikan untuk korang ekSEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50 000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic S...
Wadihana Islamic Steakhouse Akan Memberikan 999 Stik Percuma

Wadihana Islamic Steakhouse Akan Memberikan 999 Stik Percuma

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 272 hits
Hi Korang ni ada quick announcement kepada mereka yang kaki penggemar steak dan yang lagi syok tu kalau korang berada di sekitar johor pada 5 6 Julai Kenapa ini kerana WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE ingin memberikan sebanyak 999 steak yang ber...
999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse

999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 325 hits
999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse Fadzi sebenarnya dah lama tak makan steak Bila Fadzi dengar ada steakhouse nak bagi stik percuma kepada pelanggan dia terus Fadzi rasa excited sangat Tapi rupa rupanya steak percuma tu a...
Aliff Aziz Doa Ada Peluang Kedua Dengan Bella Astillah

Aliff Aziz Doa Ada Peluang Kedua Dengan Bella Astillah

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 337 hits
Mengakui bersikap angkuh dan sambil lewa dengan kebaikan yang dilakukan bekas isteri sebelum ini Aliff Aziz berdoa agar dapat diberikan peluang kedua The post appeared first on
Aliff Aziz Bersyukur Atas Ujian Allah

Aliff Aziz Bersyukur Atas Ujian Allah

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 302 hits
Penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz bersyukur atas segala ujian yang diturunkan kepadanya sejak kebelakangan ini sekali gus berjaya menjadikannya sebagai hamba yang kuat Aliff berkongsi perasaannya itu menerusi Instagram yang dimuat...
Hiburan Pendedahan Sebenar Disebalik Video Khayal Aliff Aziz Dikatakan Sedang Mabuk

Hiburan Pendedahan Sebenar Disebalik Video Khayal Aliff Aziz Dikatakan Sedang Mabuk

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 445 hits
Satu demi satu kontroversi melibatkan nama penyanyi Aliff Aziz foto fotonya bertatu dan video dia bertengkar di telefon menggunakan bahasa Lu Gua Lu Gua masih lagi hangat diperkatakan Apa sudah jadi dengan Aliff Itulah persoalan yang dibang...
Hiburan Imej Berubah Dan Ukir Tatu Nama Bella Apa Sudah Jadi Dengan Aliff Aziz

Hiburan Imej Berubah Dan Ukir Tatu Nama Bella Apa Sudah Jadi Dengan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 498 hits
Satu demi satu kontroversi dikaitkan dengan penyanyi Aliff Aziz selepas didakwa mencuri wang seorang artis Indonesia kini viral pula video yang menunjukkan dia sedang bertengkar di telefon dan gambar tubuhnya dipenuhi ukiran tatu termasuk t...
Omg Betul Ke Dia Netizen Terkejut Tengok Keadaan Terkini Aliff Aziz

Omg Betul Ke Dia Netizen Terkejut Tengok Keadaan Terkini Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 457 hits
Belum pun reda cerita pasal penceraian Aliff Aziz dan Bella Astillah kini keluar pula video yang dikatakan keadaan terkini Aliff Aziz Memang nampak lain macam betul Aliff sekarang ni sejak lafaz cerai dengan bekas isterinya haritu Mungkin t...
Aliff Aziz Buat Throwback Nak Rujuk Bella

Aliff Aziz Buat Throwback Nak Rujuk Bella

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 321 hits
Aliff Aziz throwback gambar nikah bagi hint nak rujuk Bella Astillah
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu