Wadihana Islamic Steakhouse Wish 999 Stik Percuma


Hi Korang,
Berita baik untuk korang yang berada di Johor Bahru dan teringin sangat nak makan steak kan, baca ni kak lily kongsikan untuk korang ek

SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru. 
Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. 
Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi! 
Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com

“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June. 
Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan. 
TENTANG WADIHANA 
Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha. 
Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih. 
“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd. 
Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya. 
“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya. 
“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya. 

Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru. 
Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana. 




“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online. “Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok. 
Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. 



Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal. 
“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya. “Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu. 
June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza). 
Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa. 
Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga. 
“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup. “Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut. 
“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka. “Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya. 
Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka. 
“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah? “Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya. 
Untuk korang yang berada di Johor Bahru pada hari tersebut, janganlah lepaskan peluang ke sini tau, ini alamatnya:-
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH 36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff 81200 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2442422 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
Facebook Page: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/
Instagram: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/07/wadihana-islamic-steakhouse-wish-999.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wadihana Islamic Steakhouse Akan Memberikan 999 Stik Percuma

Wadihana Islamic Steakhouse Akan Memberikan 999 Stik Percuma

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 298 hits
Hi Korang ni ada quick announcement kepada mereka yang kaki penggemar steak dan yang lagi syok tu kalau korang berada di sekitar johor pada 5 6 Julai Kenapa ini kerana WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE ingin memberikan sebanyak 999 steak yang ber...
Redeem 999 Stik Percuma Di Wadihana Islamic Steakhouse Damansara Aliff Jb

Redeem 999 Stik Percuma Di Wadihana Islamic Steakhouse Damansara Aliff Jb

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 346 hits
PROMO 999 STIK PERCUMA DI WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE DAMANSARA ALIFF JB SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50 000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff Johor Bahru Tawara...
999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse

999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 365 hits
999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse Fadzi sebenarnya dah lama tak makan steak Bila Fadzi dengar ada steakhouse nak bagi stik percuma kepada pelanggan dia terus Fadzi rasa excited sangat Tapi rupa rupanya steak percuma tu a...
Panduan Mendaftar Mysalam Dan Cara Tuntutan Insuran Percuma B40

Panduan Mendaftar Mysalam Dan Cara Tuntutan Insuran Percuma B40

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 365 hits
Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion yang diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan Sama juga konsepnya sep...
Dapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Dari Celcom

Dapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Dari Celcom

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 306 hits
Reading Time 1 minuteDijual secara rasmi pada harga RM 799 RM999 untuk pasaran Malaysia sejak 11 Mei yang lalu Vivo Y17 kini boleh dimiliki secara percuma menerusi pelan pascabayar Platinum dan Platinum Plus dari Celcom nbsp Pelan Platinum ...
Playstation Plus Telah Mengumumkan Permainan Percuma Untuk Bulan Julai 2019

Playstation Plus Telah Mengumumkan Permainan Percuma Untuk Bulan Julai 2019

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 293 hits
Pada setiap bulan Playstation Asia akan mengumumkan permainan percuma buat pengguna dan korang boleh dapatkannya di Playstation Plus Menariknya permainan percuma untuk bulan Julai ini ialah Pro Evolution Soccer 2019 Permainan Pro Evolution ...
Tol Percuma Jadi Tol Forever Sindir Najib

Tol Percuma Jadi Tol Forever Sindir Najib

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 236 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam hantaran di Facebook sinis berkata undi Pakatan Harapan yang dapat adalah tol forever Sindirnya juga rupa rupanya janji PH untuk tol percuma telah menjadi tol untuk selama lamanya Najib yang juga bekas ...
Cara Dapat Telefon Pintar Vivo Y17 Percuma

Cara Dapat Telefon Pintar Vivo Y17 Percuma

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 298 hits
Anda mencari telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang sesuai buat permua Vivo Y17 adalah antara telefon pintar yang sesuai dan mempunyai tawaran PERCUMA jika anda melanggan plan Celcom Platinum dan Platinum Plus Pada
Video Sepakan Percuma Herold Goulon Yang Bakal Dicalonkan Dalam Anugerah Puskas

Video Sepakan Percuma Herold Goulon Yang Bakal Dicalonkan Dalam Anugerah Puskas

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 363 hits
Perlawanan separuh akhir Piala FA 2019 antara Pahang dan Perak mencipta sejarah tersendiri hari ini Perlawanan yang berkesudahan dengan keputasan yang memihak Pahang dengan jaringan 3 gol berbalas 1 Namun gol ketuga yang dijaringkan oleh pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba