90 Tekapan Seterika Sebabkan Kematian Zulfarhan Tetapi Tiada Niat Bunuh Kata Hakim


Bernama

Azman berkata Zulfarhan mungkin boleh diselamatkan jika mereka segera menghantar mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur. Mahkamah Tinggi semalam memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menyebabkan kematian mangsa namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja.
Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata selepas mengambil kira keterangan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian mangsa bukan suatu kematian yang mengejut selepas dicederakan.
Beliau berkata mahkamah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan Osman.
“Tertuduh pertama, kedua, keempat dan kelima mengaku menekap hanya sekali atau dua kali manakala tertuduh ketiga tidak mengaku menekap namun tertuduh keenam dan seorang saksi pendakwaan melihat tertuduh ketiga turut menekap,” katanya.
Azman berkata tiada keterangan kukuh menunjukkan bahawa terdapat individu lain menekap seterika ke badan Zulfarhan selain kelima-lima tertuduh yang secara niat bersama melakukan perbuatan itu.
Beliau berkata di peringkat pendakwaan, Dr Salmah berkata bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar Zulfarhan.
“Kesan luka lecur itu adalah pada kategori tahap satu, dua dan tiga yang didapati dari pangkal leher sehingga ke kaki mangsa termasuk bahu, lengan, dada, perut, rusuk, belikat, betis, paha dan buku lali,” katanya.
Enam tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Zulfarhan Osman.
Mahkamah juga menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya yang didapati bersalah mencederakan mangsa. Kesemua tertuduh kini berumur 25 tahun.
Dalam penghakiman, Azman berkata Dr Salmah dan Dr Rohayu bersetuju bahawa terdapat 90 kesan tekapan seterika pada tubuh mangsa kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan.
“Jika mangsa memakai baju lengan panjang dan umur mangsa panjang maka parut tidak akan kelihatan, begitulah betapa telitinya orang yang menekap seterika wap panas di tubuh mangsa.
“Tertuduh-Tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, kalau mereka tidak rasa sayang, muka Zulfarhan Osman akan ditekap juga dan lebih daripada 90 tekapan akan dikenakan,” katanya.
Hakim itu juga berkata nyawa Zulfarhan mungkin boleh diselamatkan sekiranya terdapat campur tangan oleh seorang doktor sebuah klinik swasta di Bangi semasa mangsa menerima rawatan di klinik tersebut.
Beliau berkata pada kebiasaannya, pihak hospital atau klinik kesihatan akan menelefon polis jika mengesyaki pesakit didera kerana ia adalah isu perundangan perubatan.
“Sepatutnya doktor tersebut tidak membabi buta mempercayai mangsa terlibat dengan letupan dalam latihan sehingga terkena pada semua tubuh mangsa termasuk zakar dan testis namun tidak pada muka si mati,” katanya.
Beliau berkata jika mangsa tidak mengalami cedera parah, beliau tidak perlu dibawa ke klinik sebanyak dua kali memandangkan kosnya adalah mahal iaitu kira-kira RM500 bagi setiap sesi rawatan.
Katanya tertuduh boleh membawa mangsa ke hospital kerajaan yang percuma atau klinik UPNM namun mereka tidak berbuat demikian kerana bimbang rahsia mereka (cederakan Zulfarhan) pecah.
Azman juga berkata Zulfarhan mungkin boleh diselamatkan jika seorang jurulatih di UPNM tidak bertindak menularkan keadaan pegawai kadet Laut UPNM itu di dalam kumpulan WhatsApp.
Beliau berkata nasib tidak menyebelahi mangsa apabila kapten Haryani Hassan pendek akal dengan menularkan dalam kumpulan WhatsApp itu siapa yang dimaksudkan “sakit” menurut surat layang yang diterima.
“SP23 (penuntut UPNM, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi) yang menulis surat layang bersama tertuduh kelapan (Muhammad Akmal Akif Alias) menyatakan ‘si mati ada memesan kepada beliau jika hendak sapu ubat, sapu semasa dia lena sebab sakit sangat jika dia sedar.’
“Surat layang itu membuktikan penelitian mereka berdua (SP23 dan tertuduh kelapan) bahawa si mati sakit tenat semasa berada di dalam bilik asrama namun tertuduh pertama hingga keenam tidak perasan mangsa cedera parah dan mereka nampak mangsa kelihatan biasa sahaja tidak seperti orang sakit,” katanya.
Azman berkata nasib malang mangsa bermula apabila komputer riba tertuduh pertama iaitu Muhammad Akmal hilang dan ayah tertuduh ke-17, Noriznan Izzairi Noor Azhar telah menelefon serta mengesahkan tiga suspek termasuk mangsa sebagai individu yang mencuri komputer riba itu.
“Pada 21 dan 22 Mei 2017, Zulfarhan telah dibawa ke bilik 03-05 Blok Jebat jam 2.30 pagi dan bermula sesi memukul mangsa oleh tertuduh bertujuan untuk mendapatkan pengakuan mangsa.
“Pada 22 Mei 2017, jam 4.45 pagi hingga hampir Subuh, mangsa mula diseksa dengan menggunakan seterika wap oleh Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin atas arahan Muhammad Hasif apabila mangsa tidak mengaku mencuri komputer riba berkenaan,” kata hakim itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/90-tekapan-seterika-sebabkan-kematian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kematian Zulfarhan 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Tetapi Bukan Niat Membunuh Hakim

Kes Kematian Zulfarhan 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Tetapi Bukan Niat Membunuh Hakim

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain...
Pakar Sahkan 90 Tekapan Seterika Di Badan Jadi Punca Kematian Zulfarhan

Pakar Sahkan 90 Tekapan Seterika Di Badan Jadi Punca Kematian Zulfarhan

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 269 hits
Pakar sahkan 90 tekapan seterika di badan jadi punca kematian ZulfarhanMahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada anggota b...
6 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung

6 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 227 hits
The ReporterMahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bersalah di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu Hakim Datuk Azman Abdullah me...
Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 326 hits
Susulan daripada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu enam suspek utama yang dibicarakan dilaporkan terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi A...
Kes Bunuh Zulfarhan 6 Penuntut Upnm Dipenjara 18 Tahun 12 Rakan Mereka Dipenjara 3 Tahun

Kes Bunuh Zulfarhan 6 Penuntut Upnm Dipenjara 18 Tahun 12 Rakan Mereka Dipenjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 325 hits
Susulan kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang didapati bersalah menyebab...
Zulfarhan Maut Kerana Fitnah Bomoh Kata Ayah

Zulfarhan Maut Kerana Fitnah Bomoh Kata Ayah

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 158 hits
Bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain yakin anak kebanggaannya masih hidup hari ini jika tidak difitnah oleh bomoh yang sanggup main serkap jarang menilik kononnya pemuda itu mencuri komputer riba Anak saya mangsa fitnah bomoh kata Zulkarn...
Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 244 hits
Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulk...
Enam Penuntut Upnm Di Dapati Salah Sebab Kematian Zulfarhan Osman Empat Tahun Lepas

Enam Penuntut Upnm Di Dapati Salah Sebab Kematian Zulfarhan Osman Empat Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun l...
Model Sambilan Pandu Lawan Arus Hingga Sebabkan Kematian Kekal Dihukum Penjara Lima Tahun

Model Sambilan Pandu Lawan Arus Hingga Sebabkan Kematian Kekal Dihukum Penjara Lima Tahun

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 229 hits
Butterworth Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM18 000 terhadap model sambilan wanita yang memandu secara lawan arus hingga menyebabkan kema...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp