Pakar Sahkan 90 Tekapan Seterika Di Badan Jadi Punca Kematian Zulfarhan


Pakar sahkan 90 tekapan seterika di badan jadi punca kematian Zulfarhan



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menyebabkan kematian mangsa namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja.


Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata selepas mengambil kira keterangan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian mangsa bukan suatu kematian yang mengejut selepas dicederakan.


Katanya mahkamah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan Osman.


"Tertuduh pertama, kedua, keempat dan kelima mengaku menekap hanya sekali atau dua kali manakala tertuduh ketiga tidak mengaku menekap namun tertuduh keenam dan seorang saksi pendakwaan melihat tertuduh ketiga turut menekap," katanya.


Azman berkata tiada keterangan kukuh menunjukkan bahawa terdapat individu lain menekap seterika ke badan Zulfarhan Osman selain kelima-lima tertuduh yang secara niat bersama melakukan perbuatan itu.


Beliau berkata di peringkat pendakwaan, Dr Salmah berkata, bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar Zulfarhan Osman.


“Kesan luka lecur itu adalah pada kategori tahap satu, dua dan tiga yang didapati dari pangkal leher sehingga ke kaki mangsa termasuk bahu, lengan, dada, perut, rusuk, belikat, betis, paha dan buku lali,” katanya.


Enam tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Zulfarhan Osman.


Biasanya telefon polis


Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya yang didapati bersalah mencederakan mangsa. Kesemua tertuduh kini berumur 25 tahun.


Dalam penghakiman, Azman berkata Dr Salmah dan Dr Rohayu bersetuju bahawa terdapat 90 kesan tekapan seterika pada tubuh mangsa kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan.


“Jika mangsa memakai baju lengan panjang dan umur mangsa panjang maka parut tidak akan kelihatan, begitulah betapa telitinya orang yang menekap seterika wap panas di tubuh mangsa.


“Tertuduh-tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, kalau mereka tidak rasa sayang, muka Zulfarhan Osman akan ditekap juga dan lebih daripada 90 tekapan akan dikenakan,” katanya.


Hakim itu juga berkata nyawa Zulfarhan Osman mungkin boleh diselamatkan sekiranya terdapat campur tangan oleh seorang doktor sebuah klinik swasta di Bangi semasa mangsa menerima rawatan di klinik tersebut.


Kata hakim pada kebiasaannya, pihak hospital atau klinik kesihatan akan menelefon polis jika mengesyaki pesakit didera kerana ia adalah isu perundangan perubatan.


"Sepatutnya doktor tersebut tidak membabi buta mempercayai mangsa terlibat dengan letupan dalam latihan sehingga terkena pada semua tubuh mangsa termasuk zakar dan testis namun tidak pada muka si mati," katanya.


Menurut Azman jika mangsa tidak mengalami cedera parah, dia tidak perlu dibawa ke klinik sebanyak dua kali memandangkan kosnya adalah mahal iaitu kira-kira RM500 bagi setiap sesi rawatan.


Mula pukul pada awal pagi


Katanya tertuduh boleh membawa mangsa ke hospital kerajaan yang percuma atau klinik UPNM namun mereka tidak berbuat demikian kerana bimbang rahsia mereka (mencederakan Zulfarhan Osman) terdedah.


Azman juga berkata Zulfarhan Osman mungkin boleh diselamatkan jika seorang jurulatih di UPNM tidak bertindak menularkan keadaan pegawai kadet laut UPNM itu di dalam kumpulan WhatsApp.


Katanya nasib tidak menyebelahi mangsa apabila Kapten Haryani Hassan pendek akal dengan menularkan dalam kumpulan WhatsApp itu siapa yang dimaksudkan ‘sakit’ menurut surat layang yang diterima.


“SP23 (penuntut UPNM, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi) yang menulis surat layang bersama tertuduh kelapan (Muhammad Akmal Akif Alias) menyatakan ‘si mati ada memesan kepada beliau jika hendak sapu ubat, sapu semasa dia lena sebab sakit sangat jika dia sedar.’


“Surat layang itu membuktikan penelitian mereka berdua (SP23 dan tertuduh kelapan) bahawa si mati sakit tenat semasa berada di dalam bilik asrama namun tertuduh pertama hingga keenam tidak perasan mangsa cedera parah dan mereka nampak mangsa kelihatan biasa sahaja tidak seperti orang sakit,” katanya.


Azman berkata nasib malang mangsa bermula apabila komputer riba tertuduh pertama iaitu Muhammad Akmal hilang dan ayah tertuduh ke-17, Noriznan Izzairi Noor Azhar, menelefon serta mengesahkan tiga suspek termasuk mangsa sebagai individu yang mencuri komputer riba itu.


“Pada 21 dan 22 Mei 2017, Zulfarhan Osman telah dibawa ke bilik 03-05 Blok Jebat pada jam 2.30 pagi dan bermula sesi memukul mangsa oleh tertuduh bertujuan untuk mendapatkan pengakuanya.


“Pada 22 Mei 2017, jam 4.45 pagi hingga hampir Subuh, mangsa mula diseksa dengan menggunakan seterika wap oleh Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin atas arahan Muhammad Hasif apabila mangsa tidak mengaku mencuri komputer riba berkenaan,” kata hakim itu.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2021/11/pakar-sahkan-90-tekapan-seterika-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
90 Tekapan Seterika Sebabkan Kematian Zulfarhan Tetapi Tiada Niat Bunuh Kata Hakim

90 Tekapan Seterika Sebabkan Kematian Zulfarhan Tetapi Tiada Niat Bunuh Kata Hakim

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 207 hits
Azman berkata Zulfarhan mungkin boleh diselamatkan jika mereka segera menghantar mangsa ke hospital untuk menerima rawatan Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur Mahkamah Tinggi semalam memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap ya...
Kes Kematian Zulfarhan 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Tetapi Bukan Niat Membunuh Hakim

Kes Kematian Zulfarhan 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Tetapi Bukan Niat Membunuh Hakim

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain...
Enam Penuntut Upnm Di Dapati Salah Sebab Kematian Zulfarhan Osman Empat Tahun Lepas

Enam Penuntut Upnm Di Dapati Salah Sebab Kematian Zulfarhan Osman Empat Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun l...
Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 326 hits
Susulan daripada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu enam suspek utama yang dibicarakan dilaporkan terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi A...
Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 243 hits
Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulk...
Perjuangan Tersasar Punca Melayu Berpecah

Perjuangan Tersasar Punca Melayu Berpecah

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 339 hits
MERUJUK pandangan saudara Baharuddin Samek dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertajuk yang diterbitkan pada 20 Oktober lalu berhubung keengganan orang Melayu untuk bersatu Dalam artikel tersebut Baharuddin menyatakan situasi politik yang ...
Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 330 hits
October 26 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan akar umbi parti itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS Bagaimanapun dia berkata bergantung kepada PAS sama ada kerjasama itu berlaku atau tidak Tentulah ahli kita ...
Hiburan Sori Lamberttt Lagi Ditawarkan Untuk Muncul Di Stesen Tv Rita Rudaini Enggan Jadi Punca Kes Covid 19

Hiburan Sori Lamberttt Lagi Ditawarkan Untuk Muncul Di Stesen Tv Rita Rudaini Enggan Jadi Punca Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 238 hits
Pelakon penuh kontroversi Rita Rudaini tampil mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran daripada sebuah stesen televisyen bagi tujuan promosi produk ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementWalau bagaimanapun ujar Rita dia enggan menerima tawaran t...
Buasir Otak Tv Punca Kena Pecat Serta Merta

Buasir Otak Tv Punca Kena Pecat Serta Merta

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 275 hits
Bila orang dipecat kerja serta merta oleh bos disebabkan kesalahan yang dia lakukan Jom tonton animasi ini
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz