90 Kilang Diarah Tutup Sejak 1 Jun


Faris Fuad
  Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 90 kilang diarahkan tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 1 Jun hingga kelmarin.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan itu susulan pemeriksaan oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan terhadap 404 kilang dalam tempoh berkenaan.
"Dalam usaha untuk memastikan sektor perkilangan dan perniagaan mematuhi SOP PKP secara menyeluruh, kerajaan meningkatkan operasi pemantauan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak didapati melanggar SOP diwartakan.
"Secara kumulatif sebanyak 22,819 premis perniagaan serta 2,015 kilang dengan keseluruhan 24,834 premis diperiksa sejak 14 Januari lalu.
"Sehingga kini, 143 kilang dan 17 premis bukan kilang diarahkan tutup," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam melakukan 1,428 pemeriksaan pematuhan harian dan sebanyak 22 kompaun dikeluarkan ke atas premis perniagaan gagal mematuhi SOP PKP.
Katanya, KPDNHEP melaksanakan sebanyak 597,252 pemeriksaan dan mengeluarkan sebanyak 414 kompaun sejak 13 Mei 2020.
"Dalam tempoh 6 hingga 14 Jun lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula menerima 266 aduan mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian serta agensi.
"Daripada jumlah itu, jumlah aduan tertinggi yang direkodkan membabitkan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis pekerjaan iaitu sebanyak 62 aduan, perkhidmatan tidak perlu 50 aduan dan 45 aduan bagi kategori ketidakpatuhan SOP," katanya.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat 138 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara semalam.
"Hasil pemeriksaan mendapati 43 tapak binaan beroperasi manakala 95 lagi tidak beroperasi. Dalam pemeriksaan itu, CIDB mendapati 31 tapak binaan mematuhi SOP manakala 12 lagi diarahkan tutup.
"Secara keseluruhan, CIDB sudah melakukan 18,932 pemeriksaan membabitkan 10,864 tapak binaan sejak 20 April 2020," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa menahan 841 individu atas kesalahan ingkar SOP PKP semalam, dengan 821 dikompaun manakala 20 lagi direman.
Katanya, kesalahan direkodkan ialah rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta makan di premis membabitkan 170 individu, tiada penjarakan fizikal (165), tidak memakai pelitup muka (157) dan individu gagal merekod butiran diri serta daftar masuk premis (103).
"Kesalahan lain tidak patuh arahan kawalan pergerakan (91), membawa penumpang berlebihan (87), aktiviti pusat hiburan (32) serta gagal patuhi arahan (12).
"Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan 99,153 pemeriksaan semalam. Ia membabitkan 4,585 pasukan pematuhan terdiri daripada 20,612 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP," katanya.
Mengenai Op Benteng semalam, Ismail Sabri berkata, seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap, manakala empat kenderaan darat serta tiga bot dan kapal dirampas.
Beliau berkata, sebanyak 221 bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.
"Op Benteng membabitkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) juga menjalankan 952 sekatan jalan raya semalam," katanya.
Ismail Sabri berkata, sebanyak 171 operasi sanitasi dilaksanakan di 83 zon merah, lima zon jingga dan enam zon kuning seluruh negara semalam.
Katanya, operasi itu membabitkan 1,045 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 260 pihak berkuasa tempatan (PBT) serta 161 jentera JBPM.
"Pada hari sama, seramai 556 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya sudah dikuarantin.
"Secara kumulatif sejak 24 Julai 2020, seramai 227,362 individu pulang ke tanah air dan ditempatkan di 77 hotel, 10 Institut Latihan Awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara," katanya.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, seramai 55 pekerja asing menjalani ujian saringan semalam dan tiada kes positif COVID-19 direkodkan.
Katanya, secara kumulatif setakat ini seramai 699,125 pekerja terbabit menjalani ujian saringan COVID- 19 membabitkan 36,258 majikan.
"Daripada jumlah pekerja itu, seramai 10,352 disahkan positif COVID-19 manakala 688,773 lagi negatif. Sehingga kini, sebanyak 1,544 klinik terbabit program saringan itu," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/90-kilang-diarah-tutup-sejak-1-jun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang Sarung Tangan Diarah Tutup Dikompaun Langgar Sop

Kilang Sarung Tangan Diarah Tutup Dikompaun Langgar Sop

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 198 hits
Kilang sarung tangan diarah tutup dikompaun langgar SOP Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 2021 10 11PM
Langgar Sop Di Kilang 59 Diarah Tutup 75 Dikompaun

Langgar Sop Di Kilang 59 Diarah Tutup 75 Dikompaun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 164 hits
Oleh SEBANYAK 75 buah kilang dikenakan kompaun manakala 59 lagi diarahkan tutup selepas didapati melanggar Prosedur Operasi Standard yang dijalankan sejak 1 Jun lalu hingga semalam Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ber...
Pkp Tampa Tutup Kilang Tidak Akan Berjaya

Pkp Tampa Tutup Kilang Tidak Akan Berjaya

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 140 hits
HAMDAN TAHABerdasarkan berita ini jika masih pkp tapi tak tutup terutama kilang kes tak akan selesai dan menurun kerana 70 kes setiap hari datangnya daripafa tempat kerja Kea yang membabitkan hari raya saja jangkakan telah hampir selesai ke...
Baik Tutup Semua Kilang Dari Laksana Pkpd Di Kuala Muda

Baik Tutup Semua Kilang Dari Laksana Pkpd Di Kuala Muda

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 241 hits
Tapi kena pastikan jangan paksa bekerja secara diam diam BANGI Adalah lebih baik sekiranya kebenaran operasi semua kilang di kawasan industri daerah Kuala Muda ditarik balik dan ditutup berbanding menggesa Perintah Kawalan Pergerakan Diperk...
Putrajaya Umum Pkp Penuh Lanjut Hingga 28 Jun

Putrajaya Umum Pkp Penuh Lanjut Hingga 28 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 291 hits
PERINTAH Kawalan Pergerakan penuh yuang sepatutnya berakhir pada 14 Jun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Kebenaran beroperasi juga kekal mengikut senarai sedia ada katanya dalam...
Kenyataan Akhbar Kpk 11 Jun 2021 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Kenyataan Akhbar Kpk 11 Jun 2021 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 154 hits
1 nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berja
Kpt Buka Fasa Kemas Kini Upuonline Mulai 15 Jun

Kpt Buka Fasa Kemas Kini Upuonline Mulai 15 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 362 hits
Keputusan permohonan dijangka pada minggu ketiga Julai PUTRAJAYA Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 boleh mula mengemas kini pilihan program pengajian masing masing menerusi UPUOnline yang dibuka untuk dikemas kini selama tujuh hari berm...
Pkp Disambung Dua Minggu Hingga 28 Jun

Pkp Disambung Dua Minggu Hingga 28 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 274 hits
malaysiakini comDiterbitkan 11 Jun 2021 6 29 pmDikemaskini 7 24 pmSekatan penuh di bawah perintah kawalan pergerakan atau total lockdown yang sepatutnya berakhir 14 Jun ini disambung untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa pada 15 Jun se...
Analisis Teknikal Eth Usd Pada 11 Jun 2021

Analisis Teknikal Eth Usd Pada 11 Jun 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 189 hits
Berita Industri Kripto Setelah Presiden El Salvador mengumumkan bahawa bitcoin telah diambil sebagai tender yang sah Lembaga Sekuriti dan Bursa India berhasrat untuk mempertimbangkan semula larangan mata wang kripto semasa dan memulakan pro...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024