9 Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan
9 MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIPANASKAN
1. Telur
Jika dipanaskan semula telur, ia boleh menjadi toksik dan mendatangkan kesan buruk dalam sistem pencernaan anda. Seterusnya berpotensi untuk membuatkan anda jatuh sakit.
Lebih-lebih lagi jika ia dipanaskan berulang kali, kerana haba boleh menyebabkan toksin terhasil di dalam telur tersebut.
Dicadangkan bahawa, makanan perlu disimpan dalam peti sejuk dalam masa 2 hingga 4 jam dan makan di antara sehari atau dua hari. Jika disimpan lebih dari masa tersebut, anda mungkin boleh jatuh sakit.
2. BayamMemanaskan semula sayur bayam bukan saja menyebabkan kehilangan zat, malah boleh menyebabkan zat nitrat daripada sayur-sayuran ini mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya apabila ia dipanaskan untuk kali kedua. Oleh itu, sebaiknya keluarkan makanan ini dari senarai apa sahaja makanan yang ingin dipanaskan semula.
3. Ubi BitUbi bit mengandungi sejumlah besar nitrat yang bermanfaat, terutama apabila dimakan mentah atau dibuat jus. Apabila dimasak dan dipanaskan semula, ianya akan bertukar menjadi toksik. Oleh itu, cuba untuk habiskam bit pada hari yang sama.
4. Lobak BulatSeperti ubi bit, lobak adalah sayur berakar yang terdedah kepada nitrat di dalam tanah. Masak dan makan pada hari yang sama untuk mengelakkan risiko ‘carcinogenic’(potensi untuk menyebabkan kanser). Ataupun buang lebihan lobak putih dalam masakan anda sebelum memanaskannya semula
5. Nasi
Bagaimana ia disimpan sebelum dipanaskan boleh menyebabkan masalah. Menurut Agensi Piawaian Makanan, “Beras yang tidak dimasak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makanan.
Apabila beras dimasak, spora dapat bertahan, kemudian, jika beras ditinggalkan pada suhu bilik, spora akan berkembang dan boleh menghasilkan racun yang menyebabkan muntah atau cirit-birit. Pemanasan semula nasi tidak akan menghilangkan racun ini. “
Perkara terburuk yang mungkin anda sering lakukan adalah dengan membiarkan pada suhu bilik, yang menyebabkan bakteria untuk terus membiak. Cara terbaik adalah dengan menyimpannya di dalam peti sejuk selama beberapa jam, sebelum boleh memanaskannnya semula.
6. KentangKentang sedikit rumit jika dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan ia perlu disejukkan dengan segera kerana suhu panas boleh menggalakkan pertumbuhan botulisme, bakteria yang jarang berlaku.
Botulisme tidak boleh dibunuh dengan cepat di dalam ketuhar gelombang mikro, jadi sebaiknya sejukkan dengan segera untuk elak sebarang masalah dengan pemanasan semula.
7. Ayam
Jika ingin menikmati semula masakan ayam, anda perlu memilih sama ada memakannya secara sejuk atau memanaskan semula dengan suhu yang rendah dalam jangka masa yang panjang.
Protein yang telah membeku setelah berada lama dalam peti sejuk, akan berubah setelah dipanaskan semula. Ini akan menjadi faktor utama sakit perut. Mikrowave juga tidak membantu dalam proses yang betul.
8. CendawanSeperti juga ayam, cendawan mempunyai protein tertentu yang boleh menyebabkan masalah usus atau hati, jika ia dipanaskan semula selepas sehari disimpan. Mungkin anda harus memakannya pada hari yang sama.
Bagi lebihan makanan, sebaiknya makan ketika masih sejuk, kerana dapat menghalang dari permasalahan tersebut.
9. MinyakMinyak boleh menjadi tengik atau bertukar menjadi lemak apabila dikenakan haba yang tinggi. Ini termasuk juga kacang hazel, avokado, walnut, atau biji anggur. Gunakan mereka pada suhu bilik adalah lebih baik.
Sumber: Astro Awani, Beautiful Nara, MyResepi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2024/05/9-makanan-yang-tidak-boleh-dipanaskan.html