Istidraj Maksud Tanda Tanda Kesan Istidraj Contoh


Istidraj: Maksud, Tanda-tanda & Contoh 
Pernah tak anda alami situasi di mana seseorang yang sering melakukan maksiat tetapi diberikan rezeki yang melimpah ruah? 
Itulah yang dinamakan sebagai istidraj. Istidraj adalah merupakan sebuah istilah yang merujuk kepada satu fenomena di mana seseorang secara perlahan-lahan ‘diperdayakan’ atau ‘disesatkan’ oleh Allah SWT kerana keingkarannya melalui nikmat. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: 30 Contoh Ucapan Selamat Berpuasa / Background Ramadan
Maksud Istidraj Dari segi bahasa, istidraj diambil daripada perkataan da-ra-ja (درج) yang bermaksud; naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya. 
Secara umumnya pula, Istidraj bermaksud Allah SWT membiarkan seseorang hambaNya terus melakukan kesalahan atau dosa tanpa sebarang azab/hukuman. Allah SWT membiarkannya dan tidak disegerakan azabnya. Firman-Nya:
سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” – Surah al-Qalam (44)
Bahkan, Allah limpahkan lagi dengan pelbagai nikmat dan kurniaanNya padahal ia adalah bentuk ujian untuknya. 
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.”
Riwayat Ahmad (17311), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4220)
dan al-Tabarani dalam al-Ausat (8/110)
Tanda-tanda Istidraj 1. Mendapat Banyak Nikmat Tetapi Keimanan Tidak Bertambah/Menurun
Apabila seseorang dikurniakan nikmat yang banyak tetapi dia semakin menjauh dari Allah, maka ia boleh jadi petanda istidraj. Sesungguhnya, disebalik nikmat yang diberikan itu ada peringatan yang Allah berikan kepada seseorang.
Seseorang yang beriman akan sentiasa bersyukur apabila mendapat nikmat. Malah, semakin bertambah keimanannya.  Tetapi hal tersebut tidak akan dirasakan oleh orang yang tidak beriman, mereka hanya akan sentiasa merasa kurang dan gelisah walaupun Allah mengurniakannya dengan nikmat yang berlimpah-ruah. 
2. Sukar Melakukan Ibadah  
Salah satu petanda istidraj juga ialah apabila seseorang merasakan sukar untuk melaksanakan ibadah secara konsisten walaupun mempunyai peluang dan kemudahan. Hati mereka tertarik dengan dunia dan jauh daripada akhirat. 
3. Tidak Kuat Melawan Nafsu (Kurang Iman)
Individu yang terperangkap dalam istidraj merasa sukar untuk menolak godaan atau nafsu yang membawanya kepada dosa.
4. Tidak Mahu Mendengar Nasihat
Orang yang berada dalam keadaan istidraj sering mengabaikan peringatan dan nasihat yang diberikan oleh orang lain untuk bertaubat atau meninggalkan perbuatan dosa. Mereka merasakan apa yang dilakukan tidak mengundang murka Allah kerana nikmat yang diperolehinya. 
5. Jarang sakit
Sakit adalah merupakan penghapus dosa. Jadi, apabila seseorang jarang jatuh sakit boleh jadi ia merupakan tanda istidraj. Allah membiarkannya melakukan kesalahan tanpa segera menampakkan hukuman yang nyata. 
Contoh-contoh Istidraj Dengan mengenali tanda-tanda istidraj, kita dapat menghindari jatuh ke dalam perangkap dosa yang berpanjangan dan meraih keampunan serta rahmat Allah SWT. Berikut ialah contoh-contoh istidraj:
1. Berjaya dalam kerjaya walaupun tidak menunaikan solat dan melakukan maksiat semasa di tempat kerja. 
2. Seseorang yang kerap meminum arak tetapi tidak mengalami sebarang kesan buruk yang ketara dalam hidupnya atau kesihatannya. 
3. Kaya walaupun rezeki tersebut datangnya daripada sumber yang haram. 
4. Orang yang terus melakukan dosa-dosa besar seperti zina atau riba tetapi tidak merasakan keinginan untuk bertaubat. 
5. Seseorang yang terus mencari kekayaan melalui cara yang tidak halal tetapi masih mendapat kejayaan material tanpa mengalami kesulitan atau rintangan yang besar .
6. Individu yang terus mencapai kejayaan dalam kehidupan tanpa bersusah payah atau bekerja keras, walaupun dia terus melakukan dosa. 
7. Individu yang terus merasakan ketenteraman dalam hati tanpa merasakan rasa bersalah atas dosa-dosa yang dilakukannya.
8. Seseorang yang terus melakukan perbuatan jahat tetapi tidak didedahkan atau dikenali oleh masyarakat umum atau pihak berkuasa. 
9. Seseorang yang mendapat kejayaan dan kekayaan tetapi tidak pernah merasa puas atau bahagia walaupun berjaya mencapai apa yang diinginkannya.
10. Seseorang yang merasa selesa dalam hidupnya tanpa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan terus melakukan dosa-dosa. 
Kesan Istidraj Allah SWT berfirman:
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ
Maksudnya: Ketika mereka tidak mengambil pelajaran dari kemiskinan dan sakit yang Kami timpakan kepada mereka, Kami uji mereka dengan rezeki yang banyak. Kami bukakan semua pintu untuk memperoleh rezeki tersebut. Hingga, pada saat mereka senang dan tidak bersyukur dengan apa yang Kami berikan kepada mereka, datanglah azab dengan tiba-tiba. Maka mereka lalu bingung, putus asa, dan tidak mendapatkan jalan keselamatan.
Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 44 ini, begitu dahsyat sekali Allah akan menarik nikmat hambanya yang tidak bersyukur dan tidak bertaubat dengan dosa-dosa yang dilakukan. 
Antara kesan-kesan istidraj ialah:
Terus melakukan dosa Kehilangan rahmat Allah Tidak dikurniakan ketenangan Sentiasa merasa gelisah  Tidak merasa cukup dengan apa yang dikurniakan walaupun melimpah ruah RUJUKAN:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/3301-al-afkar-53-bagaimana-membezakan-antara-istidraj-dan-kurniaan-allah-swt


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/istidraj/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=istidraj

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadan Mubarak Maksud Contoh Ucapan

Ramadan Mubarak Maksud Contoh Ucapan

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 169 hits
Ramadan Mubarak Maksud Contoh Ucapan Ramadan adalah merupakan bulan yang mulia dan sangat dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia Ia disambut dengan penuh sukacita pengabdian dan pengharapan akan keampunan Allah Setiap tahun umat Islam aka...
9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar Maksud Doa Tanda Dan Amalan Disertakan

9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar Maksud Doa Tanda Dan Amalan Disertakan

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 246 hits
Bila masuknya bulan mulia Ramadan Lailatul Qadar adalah malam yang ditunggu tunggu Apakah kelebihan malam lailatur qadar ini sehingga ramai mencarinya Para ulama berpendapat sebaik baik amalan soleh adalah pada malam lailatul Qadar yang man...
Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Cedera

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Cedera

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 219 hits
BernamaMenurut polis kes disiasat sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang hari ini bagi mengenal pasti punca kematian KUALA LUMPUR Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip air di Su...
Kesan Pertama Jenderal Tni Bintang Dua Bikin Sim A Di Kantor Polisi Pengunjung Auto Heboh

Kesan Pertama Jenderal Tni Bintang Dua Bikin Sim A Di Kantor Polisi Pengunjung Auto Heboh

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 153 hits
Kedatangan jenderal bintang dua itu awalnya disambut Kapolrestabes Palembang Kombes Pol Harryo Sugihhartono
15 Foto Karya Tribute To Akira Toriyama Pencipta Komik Dragon Ball Yang Meninggalkan Kesan

15 Foto Karya Tribute To Akira Toriyama Pencipta Komik Dragon Ball Yang Meninggalkan Kesan

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 236 hits
Akira Toriyama dianggap sebagai salah seorang pengarang yang mengubah sejarah manga daripada sirinya yang sangat berjaya seperti Dr Slump sehingga Dragon Ball yang menjadi jenama terkenal di dunia Akira Toriyama meninggal dunia pada usia 68...
Kesan Inflasi Bagaimana Berita Mempengaruhi Saham Dolar Dan Hasil Bon

Kesan Inflasi Bagaimana Berita Mempengaruhi Saham Dolar Dan Hasil Bon

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 159 hits
Indeks Harga Pengeluar untuk permintaan akhir meningkat sebanyak 0 6 bulan lalu melebihi ramalan yang mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 0 3 yang diramalkan oleh ekonom yang disurvei selepas kenaikan yang tidak dikaji semula sebanyak 0 3 pad...
Polis Kesan Transaksi Rm3 8b Melalui 15 Syarikat Disyaki Hasil Penipuan

Polis Kesan Transaksi Rm3 8b Melalui 15 Syarikat Disyaki Hasil Penipuan

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 176 hits
BernamaJabatan Siasatan Jenayah Komersil mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3 8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023 Pengarah JSJK...
Ibu Mengandung Boleh Ke Makan Paracetamol Ada Kesan Tak Pada Bayi Dalam Kandungan

Ibu Mengandung Boleh Ke Makan Paracetamol Ada Kesan Tak Pada Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 144 hits
Ramai masih tertanya tanya sama ada mereka boleh makan atau tidak Seperti yang kita ketahui mudah terdedah pada semua ubat yang diambil oleh si ibu Menurut Malaysian Pharma paracetamol adalah dalam kelas ubat yang dikenali sebagai analgesik...
Rekod Persediaan Mengajar Kandungan Contoh

Rekod Persediaan Mengajar Kandungan Contoh

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 181 hits
Bagi guru yang ingin memulakan pengajaran di sekolah salah satu dokumen yang perlu disediakan adalah Persediaan Mengajar Apakah yang dimaksudkan oleh RPM Rekod Persediaan Mengajar atau disebut sebagai RPM ialah perincian rancangan yang dibe...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri