9 Homestay Malaysia Yang Unik Lain Dari Yang Lain



HOMESTAY MALAYSIARamai orang keliru, apa sebenarnya definisi homestay? Menurut Wikipedia, homestay atau dipanggil inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional
Di sinilah kekeliruan berlaku. Dengan menggunakan istilah ‘rumah orang awam‘, ramai yang menggunakan rumah di bandar besar atau kecil, dan memanggilnya homestay juga. Rumah teres, malahan rumah pangsa yang tidak didiami lagi dijadikan homestay untuk menambah pendapatan. Ia tidak salah, cuma tidak berapa unik, jika pengunjung mahukan lebih dari sekadar tempat tidur. Terasa bagaikan tumpang tidur di rumah seseorang, dan dikenakan bayaran
PELANCONGAN LUAR BANDARProgram homestay adalah salah satu strategi pelancongan di luar bandar. Ia melibatkan pelancong menginap, menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama penduduk kampung yang terlibat
Di sini, kami senaraikan beberapa homestay Malaysia yang betul-betul terletak di kawasan kampung dan mempunyai ciri-ciri yang unik. Unik di sini bermaksud:Homestay tersebut bukan sekadar rumah atau bilik semata-mata.Mempunyai ruang yang luas dan lapang, dan mempunyai fasiliti lain. Bukan mahu kata bagaikan resort, cuma memadai.Pihak homestay menyediakan aktiviti untuk pengunjung.Dimana pengunjung boleh merasai suasana kampung yang sebenar-benarnya. Bukan sekadar tidur dan melepaskan lelah semata-mata, pengunjung boleh mengikut sekali melakukan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung.1. HOMESTAY SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM, SELANGOR
Foto Kredit: http://jcheerios.blogspot.com/2013/03/3-days-and-2-nights-at-homestay-haji_15.htmlSebenarnya, ada banyak sangat homestay di Kampung Sungai Haji Dorani. Gambar di atas hanyalah satu contoh sahaja. Mahu lihat sawah bendang depan mata? Boleh pandu kereta, hanya 120 km sahaja dari Kuala LumpurOrang bandar tentu dengar bunyi enjin kereta di jalanan setiap hari. Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau. Buka tingkat, nampak sawah menghijau. Ah, cukup mendamaikan

Foto Kredit: kosmo.com.myMembeli-belah di pekan Sungai Besar juga bakal buat isteri dan wanita kering poket. Bukan sahaja kuih dan kerepek yang murah-murah, banyak pilihan baju untuk kanak-kanak. Mewah juga dengan hasil laut di pasar

Foto Kredit: homestayairmanis.comRisau tentang nyamuk? Siap-siaplah beli ubat nyamuk sendiri kalau takut digigit  nyamuk
Blog homestay JKKK menyenaraikan, antara tempat menarik yang boleh dilawati di Sabak Bernam ialah:1. Kawasan Mini Estet Padi Kampong Sungai Haji Dorani.
2. Perusahaan membuat pelbagai jenis kerepek .
3. Perusahaan membuat keropok lekor .
4. Perusahaan membuat kuih tradisional dan bahulu.
5. Perusahaan / Kilang Nata De Coco dan minyak kelapa dara.
6. Perusahaan memproses kulit lembu.
7. Rumah tradisional dan ukiran.
8. Perusahaan membuat tapai.
9. Kilang padi / beras.
10. Tempat sejarah Lubok Pusing.
11. Masjid Jin.
12. Pusat Pemasaran Bio Asli ( Kosmetik dan ubatan ).
13. Pusat Pemulihan Akhlak Wanita .
14. Perusahaan minuman botol / oren.
15. Perusahan kuih muih ( frozen )
16. Institiut Latihan Dakwah Selangor ( ILDAS )
17. Mini Muzium Wak Surgi. 18. Muzium Pertanian dan Perikanan.
19. Balai cerap ( Pusat melihat anak bulan ). 20. Kawasan melihat kelip-kelip.
21. Kawasan memerhati burung enggang.
22. Pantai BNO.
23. Pasar Petang Sungai Haji Dorani ( setiap petang ).
24. Kebun mangga / mempelam ( mengikut musim )
25. Pangkalan Nelayan dan Pantai Sungai Haji Dorani2. HOMESTAY LIMASTIGA, UMBAI, MELAKALimastiga tersenarai dalam entri tempat menarik di Malaysia yang kami tulis sedikit masa yang lalu. Walaupun bukan hotel dan beroperasi sebagai private homestay, ada juga yang memberikan 5 bintang untuk Limastiga
Sangat sesuai untuk reunion dan gathering untuk kawan-kawan lama dan keluarga. Kalau ingin makan malan, restoran makanan laut yang banyak terdapat di Umbai hanya terletak 2-3 minit sahaja dari sini

Foto Kredit: LimasTigaNak booking kena cepat, kerana selalunya hujung minggu tempat ini penuh

Foto Kredit: LimasTiga*Nota: Atas sebab-sebab tertentu, pihak pengurusan LimasTiga menyediakan Private Vacation Villa ini untuk pengunjung Muslim sahaja. Sila hubungi pihak LimasTiga untuk maklumat lanjut.Maklumat lanjut: limastiga.blogspot.com & facebook.com/Limastiga3. HOMESTAY DESA BALQIS, KUALA LINGGI, MELAKADesa Balqis juga tersenarai dalam entri terdahulu berkenaan tempat menarik di Malaysia. Uniknya, setiap 10 rumah yang ada di sana diberikan nama seperti panggilan pada pakcik dan makcik kita. Ia termasuk Pak Long, Pak Ngah, Balqis, Mama Penghulu, Pakcik, Adik & Kakak, Nenek, Atuk , Pak Ndak

Foto Kredit: Desa BalqisAsyik kerja, kerja, kerja sahaja. Kerja banyak mana, tidak akan habis. Apa kata pergi jauh dari hiruk-pikuk kotaraya dan singgah di sini. Antara kerinduan yang sudah lama kita tidak rasai ialah, apabila waktu Subuh pula dikejutkan oleh kokokan ayam. Menarik
Rupanya, ramai orang yang dalam perjalan JB-KL atau KL-JB yang sengaja singgah ke sini. Cari ketenangan katanya!. Tidak kurang juga yang memilih Desa Balqis untuk family day. Jangan tidak percaya, ada yang sambut Hari Raya Aidilfitri di sini juga

Foto Kredit: Desa BalqisJika ada anak kecil yang boring dan tidak tahu mahu buat apa, biarkan mereka berendam di kolam renang. Padang pun sangat luas, biarkan sahaja anak berlari-lari di sana tanpa risau. Macam zaman kita dulu-dulu

Foto Kredit: Desa BalqisSungguh, suasana bagaikan kampung zaman dahulu, di tepi Selat Melaka. Silangkan kaki dan tarik nafas dalam-dalam. Bayangkan kita di zaman Portugis atau Belanda, sambil melihat kapal-kapal besar nun di seberang sana. Sungguh mendamaikan
Maklumat lanjut: desabalqis.com & facebook.com/DesaBalqis4. HOMESTAY FELDA SUNGAI KLAH, SUNGKAI PERAK
Foto Kredit: feldahomestay.comJika inginkan kelainan, boleh tinggal bersama peneroka Felda yang menyertai program ini. Usah risau, rumah Felda bukan rumah usang seperti dahulu. Ramai anak-anak mereka sudah berjaya

Foto Kredit: maleisure.com
Antara tarikan yang tidak boleh dilepaskan di sini ialah melawati Felda Hotspring Park. Selain main air, jangan lupa lepaskan peluang merebus telur dengan air panas di sini
Maklumat lanjut: feldahomestay.com/our-homestay/felda-sg-klah/
5. HOMESTAY D’ KAMPUNG, BESERI, PERLIS
Foto Kredit: http://anjasukma.blogspot.com/2013/06/homestay-d-kampung.htmlBlog anjasukma menyenaraikan senarai penduduk kampung yang menyertai homestay D’ Kampung ini. Ujarnya lagi, jika sukakan suasana kampung atau ingin merasai sendiri pengalaman di kampung, semuanya ada di sini
Realisasikan percutian anda di Rangkaian Homestay D’ Kampung yang cukup menarik. Terdiri dari beberapa buah homestay yang berdekatan di antara satu sama lain, mempunyai ciri-ciri dan rekabentuk tradisional, moden dan kombinasi kedua-duanya sekali.  Dibina di suatu kawasan yang luas dengan kawasan persekitaran yang menghijau , bagaikan anda berada di suatu perkampungan yang cukup indah
Tidak rugi menginap di sini kerana lokasinya yang berdekatan dengan Tasik Melati, Gua Kelam, Taman Herba, Taman Ular, Ladang mempelam, Padang Besar dan Wang Kelian yang bersebelahan dengan Pusat Pertanian Agro Bukit Temiang
6. HOMESTAY AL-HAMBRA, BESERI, PERLIS
Foto Kredit: http://anjasukma.blogspot.com/2013/06/homestay-al-hambra.htmlLagi dari blog anjasukma, homestay ini adalah inspirasi dari Bali, Indonesia. Dikatakan, pekerjanya juga dibawa dari sana. Jika mahu ke Langkawi atau Padang Besar, boleh singgah menginap di sini sehari
Homestay ini juga bersebelahan dengan masjid dan berdekatan dengan kedai makan. Mudah untuk mengisi perut dan menunaikan solat
7. HOMESTAY BORNEO BENUK, KUCHING, SARAWAK
Foto Kredit: kujie2.comBiasanya, kita cuma lihat rumah panjang dalam buku teks sekolah. Jarang yang ada pengalaman pergi melihat rumah panjang secara dekat. Kali ini, apa kata ajak satu keluarga menginap di rumah panjang kaum Bidayuh ini pula
Menikmati angin segar dan bunyi-bunyi unggasakan buat kita rasa kedamaian. Blogger kujie2 telah menulis panjang lebar tentang pengalaman beliau bercuti di homestay ini bersama keluarga. Siap masak ayam pansuh lagi
Banyak sangat aktiviti yang disediakan di sini. Jangan lupa singgah Panggah, iaitu dewan pahlawan yang menjadi tempat simpan tengkorak musuh
Maklumat lanjut: borneobenukhomestay.com8. JOJO RAKIT, KOTA TINGGI, JOHOR
Foto Kredit: ibuayahdamia.blogspot.comPernah tidur atas rakit? Jika belum, apa kata lawati Jojo Rakit. Perjalanan ke sini cuma mengambil masa 25 minit dari Bandar Kota Tinggi

Foto Kredit: ibuayahdamia.blogspot.comBlogger Zamzarina dari ibuayahdamia.blogspot.com berkongsi banyak gambar menarik ketika berada di sana. Mula-mula beliau ingatkan kawasan ini kotor, busuk dan tidak selesa. Rupa-rupanya, sangkaan beliau meleset
Waktu malam, siap boleh BBQ lagi. Jika memancing waktu malam, suasana juga sunyi sepi. Sungguh mendamaikan. Jika anda pemancing tegar, potensi ikan di sini ialah:GelamaTandaBolosKerapuPari/TukaMayungSembilangDuriBayan9. BOB’S HOMESTAY, KAMPUNG JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, JOHOR
Foto Kredit: josheen.netTerletak di tepi sungai Kampung Johor Lama, pengunjung bakal dipukau dengan keindahan alam semulajadi. Kehijauan di mana-mana. Tempat juga terjaga

Foto Kredit: picisan-kuliketip.blogspot.comAktiviti memancing itu memang wajib. Lebih-lebih lagi pengalaman memancing di kelong. Kalau mahu tahu, di sini juga boleh dapatkan pengalaman menangkap belangkas. Bukan tangkap sahaja, boleh dimasak dan dimakan juga
Antara aktiviti tambahan ialah menaiki bot, berkayak dan berbasikal
Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/pages/Bobs-Homestay/336315441092AKHIR KATAKenapa perlu ke luar negara, sedangkan negara kita ada banyak sangat tempat menarik. Homestay Malaysia sebenarnya bakal memberikan satu pengalaman baru. Bagi yang tinggal di kota, manfaatkanlah masa cuti untuk lari dari hiruk pikuk bandar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/06/9-homestay-malaysia-yang-unik-lain-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Homestay Di Malaysia Yang Unik

Homestay Di Malaysia Yang Unik

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 255 hits
Jika bosan tinggal di hotel cuba beralih pada homestay Malaysia pula Lebih banyak aktiviti kekampungan yang boleh dilakukan Bukan sekadar menginap KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA Homestay Malaysia Yang Unik Lain Dari Yang Lain
6 Gaya Memanggil Pelayan Restoran Unik Rakyat Malaysia

6 Gaya Memanggil Pelayan Restoran Unik Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 455 hits
Kredit Stok Gambar oleh Azhari Fotolestari Di Malaysia sudah menjadi kebiasaan rakyatnya yang mempunyai nama singkatan Jika seseorang itu mempunyai nama yang agak panjang individu lain akan mereka satu nama lain yang lebih mudah disebut ata...
Keputusan Kelayakkan Piala Dunia Fifa 2022 Timor Leste Lwn Malaysia

Keputusan Kelayakkan Piala Dunia Fifa 2022 Timor Leste Lwn Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 475 hits
Berikut adalah keputusan perlawanan Kelayakkan Piala Dunia FIFA 2022 Pusingan Pertama antara Timor Leste dan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah berlangsung pada 11 Jun 2019 8 45 malam KEPUTUSAN PENUHTimor Leste 1 5 Malaysia...
Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 617 hits
Kisah adik Ainul Mardhiah yang menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang prihatin sebelum ini telah dilaporkan selamat menjalani pembedahan kelmarin Ainul yang menghidapi kanser mulut Germ Cell Tumor yang sebelum ini seperti...
Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 526 hits
Nivaarani Arumugam Pensyarah Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan Muzium perkataan yang sering didengari oleh kita semasa zaman kecil dan sentiasa disenaraikan sebagai destinasi yang harus dilawati pada waktu kecil Apabila disebu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba