6 Gaya Memanggil Pelayan Restoran Unik Rakyat Malaysia


Kredit: Stok Gambar oleh Azhari Fotolestari/Shutterstock.com Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan rakyatnya yang mempunyai nama singkatan. Jika seseorang itu mempunyai nama yang agak panjang, individu lain akan mereka satu nama lain yang lebih mudah disebut atau nama lain yang lebih kelakar.
Dan yang lebih menarik ia akan melekat dalam minda orang lain sehingga ada yang lain juga memanggil dengan gelaran atau jolokan yang sama. Kita juga gemar memanggil orang lain dengan gelaran yang lebih baik seperti gelaran dalam keluarga sebagai cara untuk menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain tak kira umur dan pangkat.
Malaysia Negara Berbilang Kaum Kepelbagaian yang terdapat di Malaysia menjadikan ia sebuah negara yang penuh dengan keunikan tersendiri. Dalam panggilan juga, rakyat Malaysia sangatlah kreatif dengan menghasilkan beberapa panggilan yang unik untuk memanggil individu lain.

Jika kita berada di dalam restoran, pelbagai panggilan dan jolokan akan kedengaran bagi memanggil pelayan. Ianya mudah dan senang diikuti oleh orang lain untuk turut gunakan jolokan yang sama.
Kalau tak gunakan gelaran tersebut, orang boleh kata bukan orang Malaysia lah! Disini kita teroka apa jolokan atau gelaran yang sering kita gunakan atau kita biasa dengar bila berada di gerai makan sambil-sambil kita ketahui sebab mengapa gelaran tersebut digunakan.

1. Bos
Pertama, kita akan memanggil pelayan tersebut dengan panggilan ‘bos’. Ia sebenarnya bukanlah merujuk kepada majikan semata. Panggilan tersebut digunakan di gerai makan ataupun di mana-mana sahaja tempat.
Gelaran ini bukan sahaja digunakan bagi menggelarkan pelayan, bahkan sesama individu juga sering diguna pakai. Ia menunjukkan rakyat Malaysia sangat menghormati antara satu sama lain dan ia menunjukkan kita adalah rakyat yang berbudi bahasa selaras dengan elemen yang terkandung dalam rukun negara, iaitu Kesopanan dan kesusilaan.
Walaupun gelaran ini agak janggal pada mulanya, tapi gelaran ini paling kerap digunakan oleh rakyat Malaysia dalam berinteraksi dengan orang lain terutama apabila berada di gerai makanan.
Jika situasinya di gerai makan, kita akan biasa mendengar individu memanggil pelayan dengan cara begini. Walaupun kita bukanlah bekerja dengan mereka dan kita bekerja sebagai apa saja sekalipun, bila di kedai makan, terutama kedai mamak. Pelayan yang bekerja disitu dan mengambil pesanan kita, mereka adalah ‘bos’ ketika itu.
Walaupun macam tak logik, tapi ia menunjukkan sikap keramahan dan saling menghormati dalam kalangan orang Malaysia. Jadi, semua orang adalah bos!


2. Tauke
Kredit: Gambar Stok oleh sasimoto/Shutterstock.com Tauke juga digunakan untuk memberi jolokan yang mudah kepada seseorang. Ia sebenarnya berasal daripada dialek Hokkien dengan sebutan ‘Tau-kay’ bermaksud bos. kedua-duanya merujuk kepada maksud yang sama sahaja. Tetapi, gelaran itu tidak semestinya merujuk kepada ketua, tetapi jika di Malaysia ia digunakan sebagai tanda hormat.
Kebiasanya ia digunakan kepada peniaga kaum cina yang lebih tua, kita akan memanggil mereka tauke atau bos (amatlah sesuai jika digunakan kepada mereka).
Ia sama macam kita panggil mereka dengan panggilan bos. Jika di gerai makan atau kedai runcit pasti ada yang menggunakannya. Jika nak orang panggil bos atau tauke, pergilah ke kedai makan, tambah-tambah di kedai mamak. Pasti anda rasa yang anda adalah tauke kepada mereka.



3. Anneh/ Anney
Bagi jolokan anneh/ anney sebenarnya ia bermaksud saudara yang lebih tua (abang) dalam bahasa Tamil. Jadi, kita gunakan adalah sebagai tanda hormat, kebiasaannya kepada mereka yang berbangsa india. Bagi bangsa Melayu, kita bagi gelaran ‘abang’ dan bangsa cina pula ‘Taiko’.
Di Malaysia, Anneh selalu juga digunakan kepada mereka yang berbangsa lain juga. Tiada siapa akan memarahi anda jika anda menggunakan gelaran ini. Mereka akan merasa lebih terhormat dan wujud toleransi antara individu dalam berkomunikasi.

Gelaran anneh ini juga biasa digunakan di gerai mamak jika kita nak pesan makanan. Contoh situasi apabila kita nak pesan air atau makanan, “Anneh, air kosong satu” atau ketika meminta mereka mengira bil, “Anneh, kira”. Kaum india biasanya menggunakan untuk memanggil abang, tetapi bezanya di Malaysia, kita menggunakan kepada pekerja di kedai mamak sebagai gelaran dan mereka sudah terbiasa dipanggil dengan gelaran ini juga oleh pelanggan yang berkunjung ke kedai mereka.

3. Mamak Kredit: Gambar Stok oleh zahimmohd/Shutterstock.com Terma ‘mamak’ ini asalnya merujuk kepada individu yang mempunyai keturunan India-Muslim. Namun kini, terma ini lebih merujuk kepada jenis gerai atau kedai makan yang menjual dan menyajikan hidangan masakan India dengan gabungan citarasa orang Malaysia. ‘Mamak’ juga lokasi popular dan tumpuan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan sentiasa dikunjungi tak kira masa.
Jika pelancong dari luar negara ingin mencari tempat makan yang menghidangkan pelbagai hidangan, penduduk tempatan pasti sarankan kepada mereka untuk mengunjungi kedai mamak. Kini, terma ‘mamak’ ini jarang merujuk kepada individu, ia lebih menjurus kepada tempat sebagai rujukan kepada orang lain. Ataupun meletakkan ia sebagai nama rujukan kepada masakan yang ada di gerai tersebut tetapi boleh didapati juga di tempat lain.
Misalnya, mee goreng ‘mamak’, jolokan ini diberikan bagi membezakan cara penyediaan dan rasa antara masakan di gerai mamak dengan di kedai makan lain. Jadi, ia adalah merangkumi semua aspek dan bukan individu sahaja dipanggil sebagai mamak. Ini kerana, jika kita berada di gerai mamak, kita memanggil pelayan dengan gelaran lain seperti bos atau anney sahaja.

4. Pakcik/Makcik @ uncle/ aunty Kredit: Gambar Stok oleh Gwaoii/Shutterstock.com Adakalanya gelaran yang diberikan apabila memanggil mereka lebih mesra dan seolah keluarga. Itulah kelainan yang kita akan lihat di Malaysia. Budi bahasa amatlah ditekankan dalam pergaulan dengan sesiapa pun walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
Gelaran bila kita gunakan kepada pelayan wanita sama ada makcik/ aunty. Gelaran itu bukanlah bererti mereka makcik kita, tapi ia menunjukkan kemesraan dan sikap yang ramah rakyat Malaysia dengan semua orang. Bagi pelayan lelaki pula, kita akan panggil dengan pakcik/ uncle.
Panggilan ini seolah rakyat Malaysia adalah satu keluarga yang besar tanpa mengira bangsa dan pangkat. Ia juga sebagai rasa hormat yang muda kepada mereka yang lebih tua dalam panggilan. Contohnya, “Pakcik, nak teh tarik satu.”

5. Bang/ Kak @ Bro/sis Kredit: Stok Gambar oleh Hafizussalam bin Sulaiman/Shutterstock.com Bagi mereka yang kelihatan muda, kita akan panggil dengan gelaran kak/ bang. Macam panggil abang/ kakak kita kan. Gelaran ini bukanlah menunjukkan mereka adik-beradik kita tapi tanda kita hormat. Di gerai makan, kita mesti akan guna gelaran ini untuk memanggil pelayan atau pekerja tersebut dengan gelaran kak/ bang. Contohnya, “Bang, nak order bang” (sambil angkat tangan).”
Bagi golongan muda sekarang, mereka akan memanggil pelayan dengan gelaran bro/sis. Ia adalah singkatan daripada brother/ sister, bermaksud abang/kakak dari bahasa Inggeris.
Globalisasi telah memberi pengaruh dari segi panggilan terhadap individu lain juga. Ia lebih ringkas dan kebiasaannya, kedai yang mereka kunjungi pastinya dimiliki oleh peniaga muda dan berkonsepkan moden. Jadi, panggilan mereka juga akan lain dari kebiasaan yang kita dengar di kedai makan biasa. Contohnya, “Bro, tolong bungkus ni kejap.”

6. Bahasa Tubuh
Kredit: Gambar Stok oleh Odua Images/Shutterstock.com Di kedai makan, kita mahu yang lebih mudah untuk memanggil pelayan. Kita hanya bersiul sahaja supaya mereka datang ke meja kita untuk mengambil pesanan. Adakalanya kita hanya mengangkat tangan tanpa bersuara, mereka sudah memahami yang kita hendak memesan makanan atau inginkan sesuatu daripadanya. Pelbagai gaya dan bahasa tubuh yang akan kita lihat bila berada di kedai makan dengan hanya cara memanggil pelayan sahaja.
Walaupun tidak memberi gelaran kepada mereka, tetapi dengan hanyamemberi isyarat sahaja, ia sudah memadai untuk memanggil pelayan tersebut dan membuat pesanan. Kini, sistem pemesanan menjadi lebih canggih dengan menggunakan komunikasi perantaraan berkomputer, dimana pelayan akan hanya datang bila kita panggil dan dia memberikan kertas untuk diisikan pesanan yang kita diingini. Jadi, dengan adanya tiada komunikasi yang secara terus berlaku tapi dengan hanya bahasa tubuh sahaja sama ada kita panggil mereka dengan mengangkat tangan atau panggil dengan panggilan biasa iaitu, ‘waiter’. Itu sahaja! Mudah bukan gaya orang Malaysia akan memanggil pelayan bila memesan makanan.

Apa Gelaran Kegemaran Anda? Daripada semua gelaran, kita boleh nilai yang Malaysia sangat berbeza dengan negara lain. Hal ini kerana, kepelbagaian budaya dan kaum yang menjadi faktor kepada pengaruh panggilan itu sendiri. Sebagai contoh, panggilan ‘tauke’ diambil daripada bahasa Hokkien, ‘Anney’ daripada bahasa Tamil dan Bang daripada bahasa Melayu. Perkongsian penggunaan bahasa ini menjadikan rakyat Malaysia adalah masyarakat yang majmuk dan bertoleransi antara satu sama lain.
Kemakmuran yang dirasai ini haruslah dikekalkan bagi menjamin keselesaan bersama. Hidup saling hormat-menghormati antara kaum amatlah ditekankan dalam kalangan rakyat Malaysia. Panggilan kepada orang lain juga mencerminkan siapa diri kita dan bagaimana kita menghargai orang lain. Jadi, jika anda ada mengetahui lebih banyak gaya dan cara rakyat Malaysia memanggil ‘waiter’ di kedai makan yang unik dan biasa digunakan oleh rakyat Malaysia. Bolehlah kongsi dengan Butterkicap!

The post 6 Gaya Memanggil Pelayan Restoran Unik Rakyat Malaysia appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/6-gaya-memanggil-pelayan-restoran-unik-rakyat-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Rakyat Malaysia Tabik Dr Amalina Tak Sangka Ibu Dan Ayahnya Bukan Calang Calang Individu

Seluruh Rakyat Malaysia Tabik Dr Amalina Tak Sangka Ibu Dan Ayahnya Bukan Calang Calang Individu

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 487 hits
Rakyat Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan pakar yang berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di Lon...
Pos Malaysia Keluarkan Setem Variasi Asam Kesukaan Rakyat Malaysia

Pos Malaysia Keluarkan Setem Variasi Asam Kesukaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan siri setem baharu yang memaparkan tiga variasi Asam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Asam Kelubi Asam Embang dan Asam Kandis Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Haidan Ab...
Hari Raya Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

Hari Raya Adalah Pemangkin Rakyat Malaysia Untuk Mengurangkan Sisa Makanan

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 585 hits
Carousell salah satu daripada pasar iklan baris terbesar dan paling pantas di dunia menjalankan kaji selidik dalam aplikasinya yang menarik seramai 1 724 responden mengumpul beberapa pandangan ke dalam pembersihan rumah tradisional atau mer...
Mesej Ringkas Ayah Ainul Mardhiah Undang Tanda Tanya Rakyat Malaysia

Mesej Ringkas Ayah Ainul Mardhiah Undang Tanda Tanya Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 470 hits
Mesej Ringkas Ayah Ainul Mardhiah Undang Tanda Tanya Rakyat MalaysiaS emalam SK berkongsi perkembangan terbaru adik Ainul Mardhiah yang telah diterbangkan ke United Kingdom bagi menjalani rawatan berhubung penyakit yang dihidapinya selama i...
9 Homestay Malaysia Yang Unik Lain Dari Yang Lain

9 Homestay Malaysia Yang Unik Lain Dari Yang Lain

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1048 hits
HOMESTAY MALAYSIARamai orang keliru apa sebenarnya definisi homestay Menurut homestay atau dipanggil inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong Kaedah inap desa ini bagi menampung kek...
Rakyat Malaysia Dihidang Isu Sek Sejak 20 Tahun Lalu

Rakyat Malaysia Dihidang Isu Sek Sejak 20 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 318 hits
FB IBRAHIM MAT ISARakyat Malaysia telah dihidangkan fitnah seks atau fitnah liwat sepanjang 20 tahun sejak 1998 Rekaan itu dilakukan oleh satu kumpulan propaganda yang mencatur siapa siapa yang akan dinaikkan menjadi pemimpin negara Ketua d...
Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 610 hits
Kisah adik Ainul Mardhiah yang menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang prihatin sebelum ini telah dilaporkan selamat menjalani pembedahan kelmarin Ainul yang menghidapi kanser mulut Germ Cell Tumor yang sebelum ini seperti...
4992 Mudahkan Rakyat Buat Aduan Kegiatan Judi Utusan Malaysia 17 06 2019

4992 Mudahkan Rakyat Buat Aduan Kegiatan Judi Utusan Malaysia 17 06 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia dan kerajaan digesa supaya mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakat sertai kempen banteras judi haram Penyediaan pusat saluran maklumat itu juga supaya memudahkan data data butiran mereka t...
Bebal Si Lim Guan Eng Memang Kelakar Tapi Sangat Menyusahkan Keseluruhan Rakyat Malaysia

Bebal Si Lim Guan Eng Memang Kelakar Tapi Sangat Menyusahkan Keseluruhan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 731 hits
April 2017 Malaysia telah diletakkan negara yang didakwa melakukan penipuan perdagangan Negara lain yang turut disenaraikan adalah Negara China Sedar sekiranya tuduhan tersebut tidak dilenyapkan dan diatasi Malaysia bakal menghadapi sekatan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah