Cara Daftar Akaun Bkc 2021 Online
CARA DAFTAR AKAUN BKC 2021 ONLINE(Bantuan Khas Covid-19)
Bagi mana-mana individu yang masih lagi belum pernah buat permohonan BKC, anda kini boleh membuat pendaftaran akaun BKC.Berikut adalah panduan dan cara daftar akaun BKC 2021
CARA DAFTAR AKAUN BKC 2021 ONLINE
Berikut ialah cara untuk buat pendaftaran BKC Hasil:
Untuk log masuk kali pertama MyBKC, anda perlu mendaftar MyBKC terlebih dahulu seperti berikut:
Klik Log Masuk / Semakan Status
Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
iii. Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
Klik Daftar Akaun
Maklumat Keselamatan
Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan vi. Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status.
Berikut adalah CARA CHECK STATUS BKC TERKINI
Adakah perlu daftar akaun BKC?
Untuk makluman, anda perlu membuat pendaftaran akaun BKC untuk membuat semakan secara keseluruhan dan lengkap tentang maklumat Bantuan Khas Covid-19.
Bagi yang layak, untuk terima Bantuan Khas Covid-19 2021 yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BKC. Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak LHDN.
Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
Jika dulu bujang, sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini. Kenapa? Ini kerana amaun bantuan sudah tidak sama.
Jika dulu sudah berkahwin dan belum ada anak, manakala sekarang sudah ada anak, anda perlu buat kemaskini.
Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.
Dulu nombor telefon lain, sekarang nombor telefon lain
Dulu nombor akaun bank lain, sekarang nombor akaun bank lain
Bagaimanakah CARA KEMASKINI BKC?
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan pertayaan,sila layari https://bkc.hasil.gov.my.
ARTIKEL LAIN
TARIKH PEMBAYARAN BKC FASA 1 BUJANG ISI RUMAH(Miskin Tegar B40 M40)
BKC BILA MASUK? (Ini Tarikh Dapat Duit, Pembayaran Bermula 6 Hingga 10 September 2021)
BKC 2021:PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19(Bayaran 6 September)
DUIT BKC:CHECK TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 BERMULA 6 SEPTEMBER
The post CARA DAFTAR AKAUN BKC 2021 ONLINE(Bantuan Khas Covid-19) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-daftar-akaun-bkc.html