Cara Mudah Menentukan Niche Blog
AssalamualaikumBismillah
Apa Itu Niche Blog?Niche dalam bahasa paling mudah ialah tema blog (topik khusus yang kita bina) untuk blog. Kita sendiri yang menetapkan sesuatu topik untuk dibahaskan di dalam blog
Niche adalah suatu hal yang berhubungan dengan konten dan isi suatu blog dimana dalam konten tersebut harus berfokus pada satu topik yang jelas dan dikembangkan lebih lanjut dalam micro niche
Kepentingan Niche Kepada Blog?1. Pengunjung memahami dan tahu blog kita pasal apa
2. Menjadikan aktiviti blog lebih terarah (direction)3. Menjadikan kita lebih fokus akan dengan topik tertentu4. Blog menjadi rujukan ramai orang5. Meningkatkan CTR Iklan - Iklan yang releven dengan niche blog lebih banyak klik dari pembaca6. Menarik minat pembaca yang mempunyai minat dalam topik yang sama
Cara Mudah Menentukan Niche Blog1. Tentukan Niche Berdasarkan Minat, Kemahiran & Pengetahuan.Kenali minat korang pasal apa. Misalnya, aku minat menulis tentang topik yang berkaitan dengan blog. Aku banyak menulis tentang blog kerana ingin berkongsi tentang pengalaman sebagai blogger sepenuh masa, macam mana perjalanan aku dari seorang pelajar psikologi kepada blogger sepenuh masa, dan tips-tips blogging.
Sebaiknya pilih niche yang korang ada pengetahuan dan kemahiran tentang niche tersebut. Sebagai contoh, dalam blog ini juga aku ceritakan tentang pengalaman belajar psikologi. Blog ini menjadi medium tempat aku sampaikan ilmu psikologi.
Apabila kita memilih niche yang kita minat, mempunyai pengetahuan dan kemahiran, mudah untuk mencari idea. Selain itu, blog kita akan menjadi rujukan kebanyakkan orang.
Aku bagi contoh paling mudahlah kan. Apa pekerjaan korang? Latar belakang pendidikan? Kemahiran atau hobi?
Sekiranya korang seorang :Cikgu - Fokus menulis tentang niche pendidikanSuri rumah - Parenting, Masakan, Dekorasi, BeautyBidang psikologi - Kesihatan, PsikologiBekerja pelancongan - Niche travelStudent - Student hacks, College LifestyleSimple as that. Kalau tak nak tulis hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan korang. Boleh kongsikan apa yang korang pernah belajar dulu ataupun hobi yang korang minat.
2. Jumlah Artikel Pada LabelCara ini paling senang nak tentukan niche blog korang. Cuba korang lihat jumlah artikel pada tags atau label blog. Artikel yang mana korang paling banyak tulis. Aku guna cara ini juga. Tetapi lepas dah tahu label apa yang aku kerap sangat tulis. Aku akan pilih niche yang aku betul-betul minat sahaja.
Mula-mula senaraikan dahulu topik apa yang korang kerap tulis.
1. Blogging2. Infomasi3. Psikologi4. Resepi5. Review6.Tips & Tutorial
Apabila dah senaraikan. Aku pilih Blogging, Review, Tips & Tutorial sebagai fokus utama dalam blog. Setelah itu, korang jadikan topik utama itu sebagai menu korang.
Jadi di sini boleh nampaklah yang blog ini lebih fokus pasal blogging. Of course kebanyakkan pasal blog sebab aku kan blogger sepenuh masa.
Jadi perkongsian tentang tips blogging, servis blog yang macam mana aku buat, brand mana yang pernah kolaborasi, dan review (portfolio). Everything is all about blogging.
2. Artikel Yang Mempunyai Trafik Yang Konsisten Selain itu, korang juga boleh pilih niche blog berdasarkan artikel yang mempunyai trafik yang konsisten sepanjang masa. Bukan trafik bulanan ya.
1. Pergi ke dashboard blogger - Posts
2. Pilih label (Korang boleh semak setiap label yang ada)
Seterusnya, koang boleh nilai adakah topik yang korang tulis itu mempunyai trafik yang konsisten sepanjang masa. Sekiranya YA, bolehlah jadikan ia sebagai niche blog. Hal ini demikian kerana kita nak niche yang boleh menyumbang trafik yang tinggi dalam blog kita.
3. Artikel Paling Popular Sepanjang MasaKorang juga boleh menentukan niche blog dengan melihat kepada artikel popular sepanjang masa. Artikel paling popular di blog bermaksud mempunyai kata kunci yang tinggi dalam carian. Aku dah pernah kongsikan dengan korang macam mana mahu lihat kata kunci (keywords).
Korang boleh baca artikel di bawah :Pentingnya Google Search Console untuk SEOTips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords
4. Niche Yang Boleh Dijadikan Sebagai BrandingKorang juga boleh tentukan niche yang boleh dijadikan sebagai branding. Dalam erti kata lain, topik yang dipilih tersebut boleh buat duit atau menjana pendapatan secara pasif.
Sebagai contoh, korang mempunyai bisnes shaklee, agen Takaful, jual ebook dan banyak lagi
Kalau korang jual shaklee, boleh tulis tentang produk shaklee dan tips-tips kesihatan. Bukan sahaja dapat berkongsi infomasi, secara tidak langsung dapat mempromosikan produk di blog serta menaikkan jualan.
Macam aku pula? Aku jadikan blog ini sebagai personal branding. Aku ceritakan tentang aktiviti blogging. Dalam masa yang sama aku juga menyediakan servis menulis artikel, review produk, blog konsultan dan design blog.
5. Gunakan Google TrendsMacam mana nak tahu niche yang kita pilih itu mempunyai ramai audience atau tidak. Korang boleh menggunakan Google Trends. Aku pun sebenarnya baru tahu kita boleh buat perbandingan niche kat Google Trends.
This lets you quickly see two important data points:Whether or not people are actually searching for your nicheWhether your niche is receiving increasing or decreasing interest
Meh sini aku tunjukkan caranya ya
1. Pergi ke Google Trends
2. Korang buat perbandingan untuk dua jenis topik. Contohnya Food Blog dengan Beauty Blog.
3. Pilih past 5 years (depends korang lah nak tentukan untuk 10 tahun ke)
Bagi aku dalam menentukan niche blog, apa yang paling penting sekali ialah tulislah apa yang kita sudah mahir dan mempunyai pengetahuan terhadap topik tersebut.
Tak perlu cuba jadi orang lain. Nampak orang lain buat niche yang boleh mendatangkan keuntungan kita pun nak buat juga. Tetapi kita sendiri tidak minat dengan topik tersebut.
Contohnya, blog yang berkaitan dengan resepi merupakan salah satu niche yang sangat popular. Memang mendatangkan keuntungan dari segi trafik dan earning google adsense.
Baca Sini : Cara Mudah Buat Blog Versi 2021
Cuma aku jarang juga tulis resepi di blog ini. Salah satu sebabnya aku suka berkongsi resepi yang aku sendiri masak. Tetapi aku jarang memasak hehe. Jadi, kadang malas nak tulis pasal resepi walaupun aku tahu ia boleh mendatangkan trafik yang tinggi.
Apapun pilihan di tangan anda! Korang lebih mengenali minat sendiri. Dan lebih tahu apa yang korang nak dalam berblog.
Aku hanya bagi pendapat sahaja. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang untuk menentukan niche blog.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2021/09/cara-pilih-niche-untuk-blog.html