9 Anggota Polis Dicekup Edar Dadah Dalam Lokap


 Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
AYOB KHAN MYDIN PITCHAY JOHOR BAHRU : Seramai sembilan anggota polis lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dicekup selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di lokap polis terbabit, Ahad lalu.
Bukan sahaja menyeludup masuk bahan terlarang itu ke dalam lokap IPD tersebut, malah, sebuah sel di premis itu dijadikan sebagai ‘port’ menghisap dadah.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua tangkapan melibatkan lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 36 tahun berpangkat koperal hingga konstabel yang bertugas sebagai pengawal lokap IPD tersebut. 
Katanya, turut ditangkap ialah seorang perempuan berusia 23 tahun yang merupakan anak kepada salah seorang tahanan di dalam lokap itu yang dikenali sebagai ‘Datuk Ajim’.
“Anggota yang ditahan itu dipercayai bersekongkol dengan wanita tersebut untuk membawa masuk bekalan dadah. Anak tahanan lokap itu akan menyerahkan dadah itu kepada pengawal lokap sebelum diserahkan kepada bapanya. 
“Anggota polis itu dipercayai dibayar oleh oleh Datuk Ajim itu. Suspek pertama yang Kita tangkap, dia dibayar sebanyak RM1,500 dan seorang rakannya dibayar RM500 manakala anggota wanita terbabit menerima bayaran RM50 bagi setiap kali penghantaran mengikut pakej.
“Ada sebuah sel di dalam lokap IPD Kota Tinggi ini yang dijadikan port menghisap dadah. Ini adalah tangkapan pertama kes penyeludupan dadah ke dalam lokap, kejadian itu mungkin banyak tapi tak dapat dikesan atau ada pihak cuba melindungi,” katanya. 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. 
Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A dan Seksyen 6  Akta Dadah Berbahaya bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Ayob Khan berkata, kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak awal bulan lalu terbongkar selepas lima daripada 16 tahanan dari penjara Ulu Choh yang ditahan di lokap balai tersebut positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian saringan air kencing pada 22 November lalu. 
Beliau berkata, susulan pemeriksaan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dibantu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Johor telah mẹmbuat pemeriksaan di lokap IPD Kota Tinggi pada 29 November lalu. 
Jelasnya, hasil pemeriksaan polis berjaya merampas 38.65 gram syabu, 42.25 gram heroin termasuk sejumlah tembakau yang dianggarkan bernilai hampir RM6,000. 
“Hasil penemuan dadah dirampas, polis telah mẹmbuat ujian saringan awal terhadap 129 banduan di lokap IPD Kota Tinggi dan 22 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, morphine dan dadah jenis THC.
“Kesemua 22 individu termasuk seorang warga asing ini berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Mereka ini tidak mematuhi arahan daripada Pengarah Narkotik Bukit Aman iaitu setiap tahanan perlu menjalani ujian saringan air kencing selepas tujuh hari, namun ini tidak dibuat. Selepas kita dapat laporan, barulah mereka nak buat ujian tersebut,” katanya. 
Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua sembilan anggota terbabit dan seorang orang awam itu mendapati dua anggota polis lelaki dan anak perempuan Datuk Ajim itu positif dadah jenis methamphetamine. 
Jelasnya, salah seorang anggota polis yang positif dadah itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau pada 2017 yang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/9-anggota-polis-dicekup-edar-dadah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembilan Anggota Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

Sembilan Anggota Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 356 hits
JOHOR BAHRU Sembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap terbabit dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada 29 November lalu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sembilan angg...
Edar Dadah Untuk Banduan Dalam Lokap 9 Polis Pangkat Koperal Konstabel Ipd Kota Tinggi Ditahan

Edar Dadah Untuk Banduan Dalam Lokap 9 Polis Pangkat Koperal Konstabel Ipd Kota Tinggi Ditahan

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 958 hits
loading Sembilan polis berpangkat koperal hingga konstabel antara 10 orang yang ditahan dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada 29 November lepas
9 Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

9 Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 333 hits
MALAYSIA DATELINESembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap terbabit dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada 29 November lalu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sembilan...
Polis Rampas Bungkusan Kurier Berisi Dadah Bernilai Rm55 000 Dari Kelantan

Polis Rampas Bungkusan Kurier Berisi Dadah Bernilai Rm55 000 Dari Kelantan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 239 hits
Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sibu merampas dua bungkusan dipercayai mengandungi dadah bernilai RM55 000 yang dihantar melalui perkhidmatan kiriman kurier dari Kelantan ke Sibu semalam Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ...
Jips Kesan Anggota Polis Terbabit Proses Jual Air Ketum

Jips Kesan Anggota Polis Terbabit Proses Jual Air Ketum

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR 11 Rabiulakhir 1442H Jumaat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman telah mengesan pembabitan anggota polis dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum kata Pengarahnya Datuk Zamri Yahya Beliau berkata kegiatan
Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara

Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 455 hits
Siti Rohana IdrisTumpat Polis bersedia mempertimbangkan permohonan untuk menambah jumlah keanggotaan untuk tugasan mengawal sempadan Malaysia Thailand jika terdapat keperluan Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata kean...
Upah Orang Lain Rm80 Untuk Proses Jual Ketum Lebih 10 Anggota Polis Ditahan

Upah Orang Lain Rm80 Untuk Proses Jual Ketum Lebih 10 Anggota Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 249 hits
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman mengesan penglibatan anggota polis dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum kata Pengarahnya Datuk Zamri Yahya Beliau berkata kegiatan itu dikesan apabila terdapat anggota Polis Dira...
Anggota Polis Wanita Cedera Terkena Tembakan

Anggota Polis Wanita Cedera Terkena Tembakan

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 292 hits
Oleh ZAID MOHD NOOR BUKIT KAYU HITAM Seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel cedera pada jari kelengkeng kaki kirinya akibat terkena tembakan yang dilepaskan rakan setugas tanpa sengaja di sebuah balai polis di sini Dalam kejadian...
Leka Berhibur 6 Anggota Pegawai Polis Ditahan

Leka Berhibur 6 Anggota Pegawai Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 300 hits
Skuad Khas Harian Metro Kuala Lumpur Empat anggota dan dua pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan Inspektor dari Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat ditahan ketika leka berhibur di sebuah pusat hiburan mewah di Jalan Buk...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah