Polis Rampas Bungkusan Kurier Berisi Dadah Bernilai Rm55 000 Dari Kelantan




Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sibu merampas dua bungkusan dipercayai mengandungi dadah bernilai RM55,000 yang dihantar melalui perkhidmatan kiriman kurier dari Kelantan ke Sibu semalam.


Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata bungkusan yang mengandungi 1.1 kilogram (kg) syabu bernilai RM50,000 dan 2kg ganja bernilai RM5,000 didapati dihantar ke alamat palsu di sini.


“Bungkusan berkenaan dipercayai sampai kira-kira dua bulan lepas dan sejak hari pertama kami memerhatikan siapa yang akan mengambil bungkusan di pejabat perkhidmatan kurier di Jalan Tun Abang Haji Openg.


“Setelah menunggu lama, polis memutuskan untuk memeriksa dan merampas bungkusan yang tidak dituntut kira-kira 1.30 tengah hari semalam,” katanya pada sidang media hari ini.


Menurut Aidi, dadah yang dirampas itu berpotensi dibekalkan kepada 3,100 penagih dan polis Sarawak lebih berjaga-jaga dalam mencegah penyeludupan dadah ke negeri itu melalui perkhidmatan kurier.


“Kami juga menyalurkan maklumat yang diperolehi kepada pasukan di Kelantan untuk mereka menjejaki penghantar bungkusan berkenaan dan risikan terus dijalankan bagi mencegah serta melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah melalui perkhidmatan kurier ke negeri ini,” katanya.


Sementara itu, Aidi berkata polis berjaya menahan enam individu dipercayai ahli kumpulan sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai Geng Apoi dan merampas dadah bernilai RM15,587 pada Ahad.


“Bertindak atas maklumat risikan, kami telah menahan suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan, tiga wanita tempatan dan seorang lelaki warga China berumur antara 18 hingga 39 tahun selepas melakukan serbuan di sebuah rumah di Jalan Wawasan pada 9.30 pagi,” katanya.


Ketika serbuan, polis menjumpai beg plastik mengandungi lapan paket lutsinar berisi 6.13 gram (g) serbuk kristal dipercayai syabu, 12 paket plastik dilabelkan Milk Lover mengandungi 410.64g ekstasi dan dua paket plastik dengan tulisan Cina mengandungi 102.34g ekstasi.


Turut ditemukan beg plastik mengandungi 15 paket lutsinar berisi 33.84g syabu, bekas plastik berisi 70 pil ekstasi pelbagai warna dan paket plastik lutsinar mengandungi 24 kerajang timah mengandungi 68.48g Erimin 5.


Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,556 dan sebuah kereta jenis Perodua Aruz, manakala suspek yang didapati positif Amphetamine/Methamphetamine telah direman selama tujuh hari bermula semalam.


Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/12/polis-rampas-bungkusan-kurier-berisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Cari Saksi Perbicaraan Kes Dadah Di Mahkamah

Polis Cari Saksi Perbicaraan Kes Dadah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 337 hits
BernamaLelaki itu atau sesiapa yang mengenalinya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nursyahirah Safri dengan menelefon 017 5853559 BUKIT MERTAJAM Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi perbicaraan bagi kes pengeda...
Sembilan Anggota Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

Sembilan Anggota Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 375 hits
JOHOR BAHRU Sembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap terbabit dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada 29 November lalu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sembilan angg...
Polis Mula Siasat Skim Pelaburan Like Share Isharefans Susulan Terima 4 Laporan Mangsa Babit Kerugian Rm26 000

Polis Mula Siasat Skim Pelaburan Like Share Isharefans Susulan Terima 4 Laporan Mangsa Babit Kerugian Rm26 000

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 408 hits
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan pihaknya baru baru ini menerima dua laporan mengenai skim pelaburan Like dan Share yang membabitkan kerugian sebanyak RM20 000 Menurut beliau dua laporan itu dibuat oleh seor...
Hiburan Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Ain Edruce Hadiahkan Suami Piano Bernilai Rm20 000

Hiburan Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Ain Edruce Hadiahkan Suami Piano Bernilai Rm20 000

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 370 hits
Menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka baru baru ini pengacara dan pelakon Ain Edruce tampil membuat kejutan istimewa apabila menghadiahkan suaminya sebuah piano bernilai hampir RM20 000 Dia yang memuat naik video kejutan tersebut...
Penagih Dadah Cuba Langgar Polis

Penagih Dadah Cuba Langgar Polis

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 314 hits
Kereta Proton Wira yang dipandu suspek ditahan polis di hadapan Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang semalam Foto Ihsan pembacaTANJUNG MALIM Polis terpaksa melepaskan beberapa tembakan ke arah sebuah kereta dipandu seorang penagih dadah sel...
9 Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

9 Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 351 hits
MALAYSIA DATELINESembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap terbabit dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada 29 November lalu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sembilan...
Laman Facebook Polis Johor Meriah Angkara Kasut Nike Air Jordan X Dior Rm34 000

Laman Facebook Polis Johor Meriah Angkara Kasut Nike Air Jordan X Dior Rm34 000

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 645 hits
Satu sidang media telah dibuat semalam oleh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bagi mengumumkan penangkapan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk antara tiga yang ditahan dipercayai terbabit penipuan pelaburan tidak wujud deng...
Polis Kedah Tumpas Sindiket Penyeludupan Dadah Di Sempadan Malaysia Thailand

Polis Kedah Tumpas Sindiket Penyeludupan Dadah Di Sempadan Malaysia Thailand

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 467 hits
KUALA NERANG Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah terbesar bagi tahun ini susulan penahanan tujuh lelaki dan penemuan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM18 juta berhampiran sempadan Malaysia Thaila...
43 000 Rakyat Kelantan Dikesan Gagal Mencarum Perkeso

43 000 Rakyat Kelantan Dikesan Gagal Mencarum Perkeso

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 331 hits
Seramai 43 000 rakyat Kelantan yang bekerja sendiri dikesan gagal mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata kebanyakan golongan ini dilihat mengambil sikap mudah walaupun pelbagai sesi pener...
222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks

Hanya Gambar Berbicara

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing