9 Amalan Mudah Untuk Menghidupkan Bulan Ramadan



Tidak lama lagi kita akan didatangi oleh tetamu istimewa iaitu bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan yang di dalamnya terdapat seribu satu keistimewaan dan ganjaran yang Allah S.W.T sediakan buat hamba-hamba Nya.
Berikut 9 amalan pengisian yang boleh kita lakukan di dalam bulan Ramadan ini untuk kita sama-sama memperoleh manfaat dan ganjarannya;
#1- Berpuasa Bersungguh-Sungguh Di Siang Hari
Kenapa perlu berpuasa dengan bersungguh-sungguh? Ini ialah kerana pahala puasa itu bergantung kepada bagaimana cara kita berpuasa pada siang harinya.
Ramai orang yang berpuasa, tetapi puasa mereka hanyalah menjadi perbuatan yang sia-sia. Abu hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”
Riwayat Bukhari
Seperti yang kita ketahui, puasa adalah perbuatan menahan diri. Menahan diri yang dimaksudkan adalah bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum sahaja tetapi turut menahan diri daripada melakukan amalan dan perbuatan yang melalaikan dan melanggar perintah Allah S.W.T seperti berkata buruk, mencela dan mengumpat.
Amalan dan perbuatan yang sia-sia tidak akan membatalkan puasa tetapi ianya mengurangkan pahala puasa.
Oleh itu, marilah kita berpuasa dengan sebenar-benarnya agar kita dapat mengambil pahala puasa dengan sebanyak mungkin.
#2- Mengerjakan Solat Terawih
Solat terawih adalah solat yang hanya ada pada bulan Ramadan. Oleh itu, solat terawih ini amatlah besar kelebihannya.
Solat terawih dilakukan setelah solat isyak dan boleh dilakukan sama ada secara berjemaah ataupun secara bersendirian. Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Sesiapa yang mendirikan solat (terawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosa-dosanya yang lalu”
Riwayat Muslim
#3- Membaca Dan Tadarus Al-Quran
Ramadan adalah bulan al Quran kerana al Quran itu sendiri diturunkan pada bulan Ramadan.
Oleh itu, perbanyakkan membaca al Quran di samping berusaha bukan sekadar membacanya sahaja tetapi dengan meneliti, memahami dan juga mempelajari makna di sebalik setiap ayat di dalam al Quran itu sendiri.
Berusahalah juga untuk mengkhatamkan al Quran pada bulan Ramadan ini walaupun hanya satu kali. Ambil sedikit masa yang kita ada untuk diperuntukkan khas untuk membaca al Quran. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”
Surah Fatir : 29
Bacalah al Quran kerana al Quran nantinya akan menjadi pembela dan pemberi syafaat pada hari akhirat kelak.

#4- Bersahur
Bersahur memberikan banyak kelebihan kepada badan kita sendiri untuk memberikan keselesaan sepanjang berpuasa di siang hari. Malah di dalam sahur itu sendiri ada keberkatan di sisi Allah S.W.T.
Kita disunatkan untuk mengakhirkan waktu sahur dan mempercepatkan waktu berbuka. Bangun dan makanlah pada waktu sahur walaupun hanya sebiji kurma. Daripada Amru bin al Asr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Perbezaan di antara puasa umat islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu adalah dengan makan sahur”
Hadis Riwayat Muslim
#5- Memperbanyakkan Sedekah
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak”
Surah al-Hadid : 18
Orang yang dermawan dan sentiasa bersedekah akan mendapat banyak kelebihan dan ganjaran disisi Allah. Mereka akan dikurniakan pahala yang banyak dan malah akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak.
 
Sumber: tzkrh.com
The post 9 Amalan Mudah Untuk Menghidupkan Bulan Ramadan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/9-amalan-mudah-untuk-menghidupkan-bulan-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Larang Umat Islam Di Xinjiang Berpuasa Di Sepanjang Bulan Ramadan

China Larang Umat Islam Di Xinjiang Berpuasa Di Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 508 hits
The ReporterKerajaan China mengeluarkan arahan untuk melarang penjawat awam pelajar dan guru beragama Islam di Xinjiang dari berpuasa di sepanjang bulan ramadan dan mengarahkan restoran dibuka seperti biasa China yang diperintah oleh parti ...
Peristiwa Badar Pahit Getir Di Bulan Ramadan Demi Meraih Kemenangan

Peristiwa Badar Pahit Getir Di Bulan Ramadan Demi Meraih Kemenangan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 528 hits
Kekal dalam lembaran sejarah Islam peristiwa yang berlaku di bulan Ramadan Bulan yang diuji dengan dahaga dan kelaparan Peristiwa yang tidak dilupakan itu adalah terjadinya peperangan badar Ia adalah Ramadan pertama bagi umat Islam dan dita...
Ini Kondisi Bagi Ibu Hamil Agar Tetap Boleh Berpuasa Di Bulan Ramadan

Ini Kondisi Bagi Ibu Hamil Agar Tetap Boleh Berpuasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 422 hits
Juwalita Surapsari spesialis gizi mengatakan bahwa jika seorang ibu yang mengandung ingin melakukan puasa bicarakan terlebih dulu dengan dokter sebelum melakukannya Namun memang ada waktu yang aman bagi mereka untuk berpuasa
Tpm Seru Rakyat Latih Hormat Kaum Dan Agama Di Bulan Ramadan

Tpm Seru Rakyat Latih Hormat Kaum Dan Agama Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 257 hits
TPM seru rakyat latih hormat kaum dan agama di bulan Ramadan Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 May 2019 8 23
Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 874 hits
Cara Menetapkan Anak Bulan RamadanKewajipan puasa ke atas umat Islam bermula pada tahun 2 Hijrah Nabi Muhammad SAW melakukannya ibadah puasa di bulan Ramadan sebanyak 9 kali sebelum wafat pada tahun ke 11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal Cara men...
Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 652 hits
Ibu yang menyusukan pastinya lebih letih dan merasa lapar ketika berpuasa Anda tidak perlu meninggalkan ibadah berpuasa asalkan ada pengetahuan bagaimana untuk mengekalkan tenaga berpanjangan Paling penting usah lupa bersahur dan ambil maka...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 806 hits
Diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca khususnya dan seluruh umat Islam amnya Jangan ponteng puasa pulak Semoga Ramahan tahun ini lebih baik dari tahun lepas
Terkini Tinjauan Cerapan Anak Bulan Ramadan Di Menara Kuala Lumpur

Terkini Tinjauan Cerapan Anak Bulan Ramadan Di Menara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 439 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melakukan cerapan anak bulan menggunakan teleskop bagi menetapkan bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur MalaysiaGazette com Online News Portal Follow US Now Or visit www malaysiaga...
Pegawai Kanan Polis Wanita Ditahan Dipercayai Bersekedudukan

Fiscal Responsibility Is The Key In Budget 2025

Startup Business Ideas

Seleweng Hutang Utar Rm83juta Pmx Dap Mca

From Bloomberg To Murray Hunter How To Misled Public With False Claim

Golongan Kaya Dan Miskin Memahami Ketidakseimbangan Sosial Dan Keperluan Campur Tangan Kerajaan

Pemangku Sultan Johor Beritahu Walau Kalau Xpuas Hati Sila Pindah Tempat Lain

Why Choose Paver Installers Olympia Wa For Your Walkway


echo '';
ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober

5 Individu Termuda Bergelar Graduan Universiti di Dunia

Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First

Resepi Cheese Tart Paling Gebu dan Kemas Senang Dimakan Bila Separuh Montok

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Calar Cinta Slot Samarinda TV3


What Options Should You Look For In The Shapewear Sale

Laporan Produksi Yufid Bulan September 2024

Alat Perdagangan Di Forex Apa Yang Ditawarkan Pasar Indonesia

Doa Tidak Diaibkan Oleh Manusia

Types Of Slot Deposit 5000 Games In Site

Selamat Pagi Semua