Peristiwa Badar Pahit Getir Di Bulan Ramadan Demi Meraih Kemenangan



Kekal dalam lembaran sejarah Islam peristiwa yang berlaku di bulan Ramadan. Bulan yang diuji dengan dahaga dan kelaparan. Peristiwa yang tidak dilupakan itu adalah terjadinya peperangan badar.
Ia adalah Ramadan pertama bagi umat Islam dan ditakdirkan Allah S.W.T berlakunya peperangan Badar. Betapa hebatnya sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang mengharungi Ramadan dengan menghadapi musuh Islam.
5 Fakta Ringkas Tentang Perang Badar
#1- Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan bersamaan dengan 2 Hijrah.
#2- 2 Ekor Kuda sahaja yang dimiliki pihak kaum Muslimin.
Iaitu milik Zubair bin al-Awwam dan Miqdad bin al-Aswad.
#3- Hanya memiliki 70 ekor unta sahaja
#4- 14 sahabat Nabi S.A.W yang syahid dalam peperangan Badar iaitu:
– Umair bin Abu Waqqas
– Safwan bin Wahb
– Umair (Zul Syimalain bin Abdu Amru)
– Mihja’ bin Soleh (Sahabat pertama yang meninggal dalam perang Badar)
– Aqil bin Bukair
– Ubaidah bin al-Harith
– Saad bin Khaisamah
– Mubassyir bin Abdul Munzir
– Harithah bin Suraqah
– Rafi’ bin Ma’la
– Umair bin Humam
– Yazid bin Harith
– Muawwiz bin Harith
– Auf bin Harith
#5- Jumlah ahli badar dalam 300 belasan orang.
Terdapat pelbagai riwayat mengenai jumlah ahli Badar. Menurut Ibn Kathir di dalam al-Bidayah menyebut ada 317, 313, 314, dan 315 orang. Waallahu a’lam.
Rintihan Seorang Nabi Kepada Tuhannya
Daripada Sayidina Umar, beliau merakamkan peristiwa tersebut:
“Semasa hari Badar, Nabi S.A.W melihat puak musyrikin. Mereka sekitar 1000 orang, sedangkan para sahabat hanya 319 orang sahaja. Lalu Nabi S.A.W menghadap kiblat kemudian mengangkat tangan ke langit bermunajat kepada Allah.
‘Ya Allah, sampaikanlah apa yang engkau janjikan untukku. Ya Allah, berikan apa yang engkau telah janjikan. Ya Allah, jikalau musnah kumpulan orang Islam ini, engkau tidak akan disembah lagi di bumi.’
Tidak henti-henti Nabi S.A.W merintih kepada Tuhan dengan tangan yang terangkat sehingga selendang Nabi S.A.W menggelongsor jatuh daripada bahu Baginda S.A.W. Abu Bakar mengutip dan meletakkan kembali ke bahu Nabi S.A.W. Beliau menunggu di belakang Nabi.
Selepas itu beliau (Abu Bakar as-Siddiq) berkata: ‘Wahai Nabi Allah, cukuplah tuan merintih kepada Tuhan. Dia pasti berikan tuan apa yang dijanjikan kepada tuan.’”
Riwayat Muslim
Perang Badar adalah peperangan yang penting di dalam Islam. Ia penentu tertegaknya agama Islam. Ya, ketika itu umat Islam masih dalam kuantiti yang sedikit berbanding dengan orang musyrikin.
Kemenangan dalam perang Badar adalah satu harapan yang diinginkan. Alhamdulillah, Islam menang dalam peperangan Badar.

Malaikat Turut Bersama
Allah S.W.T turut menghantar tentera malaikat dalam perang Badar. Dalam al-Quran turut tercatat tentang tentera malaikat yang turut bersama dalam peperangan Badar:
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.”
Surah Al-Anfal 8:9
Allah S.W.T berfirman;
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): ‘Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?’ Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”
Surah ali-Imran 3:123-125
Hebatnya Ahli Badar
Sahabat Nabi S.A.W yang menyertai peperangan Badar adalah sahabat yang istimewa dan mulia. Mulia di sisi Allah dan juga mulia sisi malaikat.
Suatu hari Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dia bertanya: “Apa pandangan kamu tentang ahli Badar dalam kalangan kamu?” Nabi S.A.W menjawab: “Mereka golongan Muslim yang terbaik!” Jibrail membalas, “Begitulah juga tentang malaikat yang menyertai Badar.”
Riwayat al-Bukhari
Walaupun bilangan kaum Muslimin yang menyertai perang Badar adalah kecil tetapi semangat mereka besar. Jumlah yang sedikit tidak mematahkan semangat juang dalam diri mereka.
Semoga artikel pertama ini memberi sedikit sebanyak gambaran tentang perang Badar. Berjumpa lagi pada artikel yang kedua yang lebih berfokus kepada pengajaran peristiwa perang badar dan kaitannya dengan Ramadan.
Waallahu a’lam.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Peristiwa Badar ; Pahit Getir Di Bulan Ramadan Demi Meraih Kemenangan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/peristiwa-badar-pahit-getir-di-bulan-ramadan-demi-meraih-kemenangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Manfaat Luar Biasa Dari Kurma Sang Primadona Di Bulan Ramadan

8 Manfaat Luar Biasa Dari Kurma Sang Primadona Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 461 hits
Buah kurma ini sendiri memiliki segudang vitamin dan nutrisi di dalamnya yang membuatnya sangat cocok dikonsumsi untuk mencukupi asupan ketika berpuasa
Menjelang Bulan Ramadan Gaza Dibedil Israel Wanita Hamil Anaknya Berusia 14 Bulan Terkorban

Menjelang Bulan Ramadan Gaza Dibedil Israel Wanita Hamil Anaknya Berusia 14 Bulan Terkorban

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 509 hits
The ReporterSeorang lelaki Palestine maut dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sehari selepas empat yang lain maut termasuk mangsa yang menyertai bantahan mingguan dengan ketegangan sekali lagi memuncak antara tentera Israel dan ...
Selama Bulan Ramadan Melly Goeslaw Matikan Kolom Komentar

Selama Bulan Ramadan Melly Goeslaw Matikan Kolom Komentar

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 380 hits
Melly Goeslaw memutuskan untuk mematikan kolom komentar pada setiap unggahannya di instagram
Mengapa Jumlah Rakaat Sholat Tarawih Di Bulan Ramadan Berbeda Beda Berapa Jumlah Yang Benar

Mengapa Jumlah Rakaat Sholat Tarawih Di Bulan Ramadan Berbeda Beda Berapa Jumlah Yang Benar

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 543 hits
Mengapa jumlah rakaat salat Tarawih berbeda beda Pertanyaan itu barangkali sering terbesit di benak umat Islam di bulan suci Ramadhan Beberapa masjid menegakkan salat tarawih sebanyak 11 rakaat dan beberapa yang lain menegakkan shalat taraw...
Misi Mencari Kurma Di Berkat Madinah Sempena Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba

Misi Mencari Kurma Di Berkat Madinah Sempena Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1314 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Bila kita mula tengok banyak mall dan pasaraya mula letakkan kotak kotak kurma dekat pintu masuk atau kaunter bayaran itu tandanya apa Tandanya bul...
Tkn Di Bulan Ramadan Kita Hentikan Caci Maki Seperti Sebutan Cebong Kampret

Tkn Di Bulan Ramadan Kita Hentikan Caci Maki Seperti Sebutan Cebong Kampret

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 376 hits
Lewat momentum Ramadan kehangatan dan keakraban itu harus kita nyalakan kembali Mari perbanyak silaturrahim ibadah amal saleh dan kegiatan kegiatan lain yang bermanfaat bagi diri orang sekitar dan bangsa ini pungkasnya
Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1291 hits
Diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca khususnya dan seluruh umat Islam amnya Jangan ponteng puasa pulak Semoga Ramahan tahun ini lebih baik dari tahun lepas
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Isnin 6 Mei 2019 Dan 5 Keistimewaan Bulan Ramadan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Isnin 6 Mei 2019 Dan 5 Keistimewaan Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 875 hits
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin 6 Mei 2019 Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari te...
Ketua Dpr Imbau Kedua Kubu Pemilu 2019 Jaga Suasana Politik Di Bulan Ramadan

Ketua Dpr Imbau Kedua Kubu Pemilu 2019 Jaga Suasana Politik Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 506 hits
Menurutnya selama ini masyarakat sering kali terbawa emosi karena narasi negatif dari kedua kubu capres cawapres pasca pencoblosan 17 April lalu Karena itu dia meminta kedua kubu menjaga sikap dan menghindari ucapan ucapan yang provokatif
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Tentera Israel Serbu Wilayah Selatan Syria

Ajak Melissa Janjimu Chord

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Mcmc Launches Inquiry On Mandatory Standards For Prepaid Registration

Beliawanis Mca Stabbing Incident In Bandar Utama School A Wake Up Call For Moe