Covid 19 Enam Kes Positif Baharu Dengan Lima Penularan Tempatan Hari Ini


 

KUALA LUMPUR -- Enam kes positif Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas dengan lima melibatkan penularan dalam negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata perkembangan terbaharu hingga 12 tengah hari itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak tersebut di negara ini sebanyak 9,291 kes, sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 188 kes.
Menurutnya, lima kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warga Malaysia di Kedah iaitu tiga kes daripada Kluster Tawar manakala masing-masing satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan kes saringan bergejala, kedua-duanya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
"Daripada enam kes baharu yang dilaporkan, satu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu Singapura yang melibatkan bukan warganegara. Kes import ini dilaporkan di Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata terdapat tujuh kes yang telah pulih COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada pandemik itu sebanyak 8,978 kes iaitu 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sehingga kini, terdapat sembilan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam memerlukan bantuan pernafasan manakala tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, katanya.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes iaitu 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.
Menyentuh mengenai Kluster Tawar, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan tiga kes kluster tersebut hari ini, jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu ialah sebanyak 73 kes.
Setakat 12 tengah hari tadi, keseluruhannya 4,051 orang telah disaring dalam kluster berkenaan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, di mana di Kedah 3,514 individu telah disaring dengan  62 kes dikesan positif, 2,884 individu didapati negatif manakala 568 masih menunggu keputusan.
"Di Pulau Pinang pula 526 telah disaring, 11 didapati positif, 513 negatif dan dua masih menunggu keputusan manakala di Perak kekal 11 saringan yang mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu," katanya.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan telah menjalankan pelbagai intervensi kesihatan awam termasuk aktiviti-aktiviti pencegahan penularan jangkitan Covid-19 bagi Kluster Tawar, dan ini telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi lain.
"Langkah ini diambil bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19  dalam kluster ini terutamanya di negeri Kedah yang telah melaporkan 85 peratus daripada kes positif kluster ini," katanya.
Langkah-langkah lain yang diambil ialah meningkatkan aktiviti pengesanan kes secara aktif, meningkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), penutupan sekolah dan premis yang terlibat untuk menjalankan aktiviti nyah kuman dan nyah cemar.
Selain itu, beliau berkata kementerian turut meningkatkan komunikasi risiko termasuk memaklumkan situasi terkini Covid-19 di kawasan-kawasan yang terjejas melalui media massa.
"Aktiviti-aktiviti ini masih diteruskan di lapangan termasuk saringan kontak rapat kes positif Covid-19. Situasi semasa kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/covid-19-enam-kes-positif-baharu-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Kes Baharu Covid 19 Hari Ini Lima Penularan Tempatan

Tujuh Kes Baharu Covid 19 Hari Ini Lima Penularan Tempatan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 335 hits
SHAH ALAM 24 OGOS Tujuh kes baharu Covid 19 dilaporkan hari ini membabitkan lima penularan tempatan dan dua kes import kata ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keselur...
Covid 19 Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

Covid 19 Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Selepas merekodkan satu kematian semalam COVID 19 meragut satu lagi nyawa hari ini menjadikan jumlah kematian dalam negara akibat pandemik meningkat kepada 127 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Covid 19 Lima Kes Baharu Di Catat Hari Ini Tiga Dalam Negara Dan Dua Lagi Kes Import

Covid 19 Lima Kes Baharu Di Catat Hari Ini Tiga Dalam Negara Dan Dua Lagi Kes Import

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 308 hits
PUTRAJAYA Kes positif COVID 19 hari ini terus mencatatkan satu angka dengan hanya lima kes baharu tiga daripadanya adalah penularan dalam negara manakala dua lagi adalah kes import Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah be...
Dr Noor Hisham Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid 19 Hari Ini

Dr Noor Hisham Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR Malaysia mencatatkan 11 kes baharu positif Covid 19 setakat jam 12 tengahari tadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut lapan adalah kes import yang melibatkan tujuh wa...
Covid 19 Satu Kluster Baharu Di Kedah Di Kesan Jumlah Positif 10 Kes

Covid 19 Satu Kluster Baharu Di Kedah Di Kesan Jumlah Positif 10 Kes

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 401 hits
COVID 19 Satu kluster baharu di Kedah dikesan jumlah positif 10 KesPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu berkaitan wabak COVID 19 iaitu Kluster Tawar di Kedah kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Ab...
Covid 19 Sebanyak 10 Kes Di Lapor Hari Ini Tiada Kematian Atau Pun Kluster Baharu

Covid 19 Sebanyak 10 Kes Di Lapor Hari Ini Tiada Kematian Atau Pun Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 367 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 10 kes baharu Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 10 kes sembuh hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 10 kes baharu itu 8 adalah kes import dan 2 penularan temp...
Covid 19 Di Jakarta Membimbangkan Kes Positif Baharu Melebihi Seribu Sehari

Covid 19 Di Jakarta Membimbangkan Kes Positif Baharu Melebihi Seribu Sehari

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 261 hits
M Update 1 9 2020 Kes positif baharu COVID 19 di Jakarta direkodkan melebihi angka 1 000 kes untuk tempoh dua hari berturut turut sejak semalam menjadikan provinsi itu kini mencatatkan kes positif keseluruhan berjumlah 40 086 kes Jurucakap ...
10 Kes Baharu Covid 19 Termasuk 8 Kes Import Dicatatkan Hari Ini Kp Kesihatan

10 Kes Baharu Covid 19 Termasuk 8 Kes Import Dicatatkan Hari Ini Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 320 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih COVID 19 pada hari ini Jumla...
Covid 19 Sebanyak 26 Kes Baharu Hari Ini Kes Aktif Catat Lebih 200

Covid 19 Sebanyak 26 Kes Baharu Hari Ini Kes Aktif Catat Lebih 200

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR Kes positif COVID 19 kian meningkat apabila 26 kes baharu dilaporkan hari ini membabitkan 23 kes penularan tempatan dan selebihnya kes import Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah ...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue