8000 Bubur Lambuk Percuma Sempena Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira
Ramadan tahun ini sememangnya meriah lain macam bersama Nu Ideaktiv! Dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan, jenama resipi, masakan dan komuniti, majalah RASA sekali lagi menganjurkan acara tradisi tahunan bubur lambuk, tetapi kali ini dengan skala yang lebih besar dan dimensi yang lebih istimewa dengan meraikan wira negara secara lebih dekat dan bermakna bertemakan Bubur Lambuk Rewang Wira.
Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kempen ini membawa roh Ramadan yang sebenar, iaitu berpaksikan gotong-royong, kasih sayang dan penghargaan kepada mereka yang berbakti kepada negara. Tahun ini, kerjasama bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tiga pasukan badan beruniform negara iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sekadar penerima bubur lambuk, tetapi mereka sendiri akan turut serta dalam penyediaannya, bersama barisan sukarelawan dan komuniti. Inilah manifestasi sebenar Rewang Wira, satu acara yang menyalurkan penghormatan kepada mereka yang sering berada di barisan hadapan mempertahankan negara, kini berganding bahu bersama masyarakat dalam tradisi Ramadan yang penuh keberkatan.
Sejak tujuh tahun lalu, acara ini telah menjadi nadi dalam menghidupkan semangat kemasyarakatan sepanjang Ramadan. Namun tahun ini, ia dibawa ke satu tahap yang lebih meriah lain macam! Lebih 8,000 pek bubur lambuk akan diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur, termasuk hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat pelancongan.
Antara lokasi agihan Bubur Lambuk adalah di Dataran Merdeka, Hospital Kuala Lumpur (HKL), PA Seri Selangor, PPR Laksamana, Institut Jantung Negara (IJN), Bazar Jalan Raja Alang, Bazar Jalan Kuching dan Pasar Seni.
Kolaborasi tahun ini juga lebih gah dengan kehadiran BLACMORES sebagai penaja utama buat pertama kalinya, di samping sokongan berterusan daripada FGV dan AJI-SHIO®, serta rakan penaja lain seperti S&P Santan, OKI, inDrive. Strategi kolaborasi strategik pula utuh dengan kerjasama ATM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta rakan media, Astro, Zayan dan Borak seeNI.
Menurut Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, acara ini adalah satu inisiatif tahunan yang telah menjadi satu simbol bagaimana majalah RASA sebagai jenama masakan dan resipi terulung di Malaysia terus berkembang untuk membawa impak kepada kelompok komuniti yang lebih meluas.
“Kalau kita amati betul-betul, Bubur Lambuk adalah juadah berbuka puasa yang telah menjadi tradisi menghubungkan hati dan jiwa masyarakat. Setiap senduk bubur yang dimasak bukan hanya tentang rasa, tetapi tentang nilai kebersamaan dan keikhlasan. RASA berbangga menjadi antara penggerak utama tradisi ini, memastikan setiap tahun lebih ramai yang dapat menikmati keberkatan Ramadan melalui program ini. Tahun ini sangat istimewa kerana kami bukan sahaja mengekalkan tradisi, malah berkembang lebih jauh dengan kolaborasi besar. Kami sangat teruja untuk menyambut BLACKMORES sebagai penaja utama buat pertama kali, dan menghargai sokongan padu daripada FGV, AJI-SHIO®, S&P Santan, OKI dan inDrive. Kejayaan acara ini membuktikan bahawa majalah RASA bukan sekadar jenama, tetapi satu platform yang menyatukan masyarakat melalui cinta terhadap makanan dan nilai kemanusiaan.”
Sementara itu, Emma Masri, Ketua Unit Bisnes Jenama Masakan & Deko merangkap Editor Pengurusan RASA, menekankan bahawa tema Rewang Wira mempunyai satu sentimen yang lebih mendalam, bukan hanya sekadar tema semata.
“Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa di sebalik keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati, ada wira-wira negara yang berkorban bukan sahaja nyawa tetapi juga masa bersama keluarga. Jika kita menyambut Ramadan dengan keluarga, ada di antara mereka yang masih bertugas menjaga keselamatan negara. Oleh sebab itu, kami di majalah RASA mahu mendekatkan masyarakat dengan wira negara ini melalui cara yang lebih bermakna, bukan sekadar memberi, tetapi membawa mereka bersama untuk lebih dekat dengan komuniti. Rewang Wira membolehkan kita menyatukan dua elemen, tradisi gotong-royong dalam penyediaan bubur lambuk dan penghargaan kepada mereka yang berkorban demi kita semua. Masyarakat akan dapat melihat sendiri, memasak bersama, dan berbuka puasa dengan mereka. Inilah penghormatan sebenar, bukan hanya dalam kata-kata, tetapi melalui perbuatan.”
Bukan sekadar memasak dan mengedar, acara ini juga diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik:
Siaran Luar Zayan Meriah Lain Macam – Bermula jam 8 pagi, penyampai radio Zayan, Lin Ariffin, akan bersiaran secara langsung dari Dataran Merdeka untuk memulakan persiapan Bubur Lambuk bersama pasukan RASA. Ini bukan sekadar siaran, tetapi permulaan tenaga kepada acara sepanjang hari!
Segmen Meriah Lain Macam bersama Penyampai Zayan, Faizal Ismail & Nana Mahazan – Bermula jam 4.00 petang, segmen ini penuh dengan aktiviti interaktif, kuiz, permainan, hadiah eksklusif dan barangan istimewa untuk dimenangi. Suasana pasti lebih ceria dengan kehadiran personaliti radio terkenal ini!
Program temubual, Borak seeNI akan menampilkan hos Keanu Azman menerusi aktiviti Tazkirah, selain daripada peluang untuk orang ramai memenangi pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Borak seeNI juga akan menutup acara Bubur Lambuk Rewang Wira dengan sesi busking band rasminya, AANTU Band yang dibarisi oleh Adzrin Adzhar & The Uncle.
Persembahan istimewa dari Mila Jirin dan selebriti tanah air Tazkirah Ramadan bersama Ustaz Hariri & Keanu Azman.
Demonstrasi masakan eksklusif AJI-SHIO® bersama Chef Naem & demo masakan bersama OKIx Shafiqcute
Booth interaktif penaja dengan tawaran eksklusif
Pelancaran Malam Tujuh Likur dengan pameran replika hiasan gergasi
Lebih menarik, mereka yang hadir berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah istimewa, barangan eksklusif, serta pemeriksaan kesihatan percuma di booth BLACKMORES DAN 2000 vitamin percuma!
Sebagai sebahagian daripada kemeriahan Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira, pengunjung berpeluang membawa pulang sebahagian daripada RM5,000 duit raya menerusi peraduan media sosial yang mudah dan menyeronokkan! Hanya rakam momen terbaik anda di acara ini, sama ada dalam bentuk gambar atau video dan kongsikan di Instagram atau TikTok dengan kapsyen kreatif tentang mengapa Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira ini “Meriah Lain Macam”. Jangan lupa sertakan #RasaBuburLambuk, #MeriahLainMacam, serta tag @majalahrasa di Instagram atau @rasa.my di TikTok. Penyertaan dengan kapsyen paling kreatif bakal memenangi duit raya sebanyak RM200!
from Rasa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/03/8000-bubur-lambuk-percuma-sempena-rasa.html