Jangan Marah Semasa Masak Fakta Menarik Tentang Bubur Lambuk Ramai Tak Tahu


Fakta menarik tentang bubur lambuk yang ramai tak tahu. Bubur lambuk adalah juadah istimewa yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik keenakan dan tradisi penyediaannya, terdapat pelbagai fakta menarik tentang hidangan ini. Berikut adalah beberapa fakta unik mengenai bubur lambuk yang mungkin mengejutkan anda!

Segalanya bermula di Masjid Kampung Baru Ramai yang tidak tahu bahawa bubur lambuk yang terkenal di Malaysia dipercayai bermula di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sejak sekian lama, bubur ini dimasak dan diedarkan secara percuma kepada orang ramai setiap kali Ramadan.
Sumber gambar: FB Rizal Hakim Tradisi ini kemudian berkembang ke seluruh negara, menjadikan bubur lambuk sinonim dengan bulan puasa. Tahniah kepada AJK masjid yang terawal membuat inisiatif baik ini sehingga menjadi aktiviti sedekah popular seluruh negara. Jika ada yang mengatakan bahawa mungkin ada juga masjid lain yang lebih awal melakukannya, namun projek bubur lambuk masjid Jamek Kampung Baru adalah yang paling konsisten dan sistematik.
Sumber gambar: FB Rizal Hakim Sumber gambar: FB Rizal Hakim Bukan sekadar bubur biasa, ada resipi berbeza di setiap negeri Walaupun bubur lambuk di Kuala Lumpur terkenal dengan rasa rempah yang kaya, beberapa negeri di Malaysia turut mempunyai versi mereka sendiri. Contohnya: Bubur Terengganu & Kelantan menggunakan santan dan lebih berkrim. Johor pula menggunakan daging dan rempah khas seperti rempah sup. Manakala Sabah & Sarawak menambah makanan laut sebagai bahan utama.
Bubur Lambuk Terengganu Apa yang pasti, setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri, menjadikan pengalaman menikmati bubur lambuk lebih menarik! Betul tak?
Tak kick kalau tak berewang bersama Salah satu keistimewaan bubur lambuk adalah cara penyediaannya yang melibatkan gotong-royong masyarakat atau rewang. Dari menyiapkan bahan-bahan hingga mengacau bubur dalam periuk besar, semua dilakukan bersama-sama. Ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga menjadi simbol perpaduan umat Islam ketika Ramadan.

Makanan bernutrisi lengkap Walaupun nampak ringkas, bubur lambuk sebenarnya adalah hidangan yang lengkap dari segi nutrisi. Ia mengandungi karbohidrat dari beras untuk tenaga. Ada juga sumber protein dari daging atau ayam. Tidak ketinggalan juga vitamin dan mineral daripada pelbagai rempah serta sayur-sayuran.

Tidak hairanlah ia menjadi makanan pilihan ketika berbuka puasa kerana mudah dihadam dan mengembalikan tenaga dengan cepat.
Jangan masak bubur lambuk ketika marah Di sesetengah tempat, terdapat pantang larang tertentu dalam penyediaan bubur lambuk. Contohnya, ada yang percaya bahawa jika seseorang dalam keadaan marah atau tidak ikhlas ketika memasak, bubur yang dimasak akan menjadi kurang sedap. Oleh itu, mereka yang memasak bubur lambuk sering diingatkan untuk memasak dengan hati yang tenang dan penuh keikhlasan.

Boleh tahan lama jika disimpan dengan betul Ramai yang menyangka bubur lambuk perlu dimakan segera kerana ia cepat basi. Namun, jika disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan semula dengan cara yang betul, ia boleh bertahan sehingga dua atau tiga hari tanpa kehilangan rasanya. Dalam dunia moden hari ini, panaskan semula bubur lambuk dalam microwave. Tak perlu tambah air.
Dapat sesuatu? Bubur lambuk bukan sekadar makanan berbuka puasa, tetapi juga lambang perpaduan, tradisi, dan sejarah masyarakat Islam di Malaysia. Dari kisah asal usulnya hinggalah keunikan resipi di setiap negeri, bubur lambuk terus menjadi simbol Ramadan yang dinanti-nantikan setiap tahun. Jadi, apabila anda menikmati semangkuk bubur lambuk nanti, ingatlah bahawa ia lebih daripada sekadar bubur – ia adalah warisan budaya yang penuh makna!
8000 bubur PERCUMA untuk berbuka puasa Tapi, kepada anda yang teringin sangat makan bubur lambuk yang team RASA sediakan bersama para perwira negara, apa kata datang memeriahkan program RASA Bubur Lambuk Rewang Wira pada 22 Mac 2025 (Sabtu) di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bermula jam 12 tengahari hingga berbuka puasa. Hampir 8000 bubur lambuk akan diedarkan. Ini merupakan program CSR tahun ketujuh anjuran RASA, portal masakan #1 tanahair.

Ada banyak juga aktiviti menarik seperti demo masakan, tazkirah Ramadan, beramah mesra dengan para tentera serta boleh juga temui selebriti terkenal tanahair.
Edaran bubur akan bermula pada jam 5 petang ke atas. Selain itu anda juga boleh berbuka puasa santai bersama keluarga dan teman-teman di Dataran Merdeka sambil meyaksikan pameran pelita-pelita gergasi di Dataran Merdeka sempena malam tujuh likur. Ada 1000 makanan percuma turut diberikan selain pelbagai hidangan berbuka dijual oleh pengusaha food truck. Tambah menarik, pengunjung bertuah juga akan menerima sample makanan dan produk daripada para penaja program ini. Jumpa di sana!
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/03/jangan-marah-semasa-masak-fakta-menarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puteri Balqis Biodata Fakta Menarik

Puteri Balqis Biodata Fakta Menarik

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 360 hits
Puteri Balqis Biodata Fakta Menarik Puteri Balqis adalah antara salah satu pelakon cilik yang terkenal dan sering muncul di kaca televisyen Meningkat dewasa Puteri Balqis terus aktif mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan hiburan ta...
Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 243 hits
Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025 Assalamualaikum semua Bulan Ramadan bulan yang mulia di mana umat Islam berlumba lumba untuk membuat pahala dan kebaikan Begitu juga dengan rangkaian Restoran ...
Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 203 hits
Sebelum ini anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa keping foto di Instagram Penampilan Seperti Seorang Lelaki via Instagram Cik B Dalam hantaran sebelum ini Cik B dil...
Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 254 hits
MERDEKA 118 AGIH BUBUR LAMBUK BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA Assalammualaikum semua Sempena bulan Ramadan PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad telah menganjurkan acara tahunan Bubur La...
Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik

Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 281 hits
Transit Aliran Ringan 3 merupakan projek pengangkutan awam yang dinanti nantikan menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang Projek ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan mobiliti...
Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 248 hits
Jom cuba resipi Bubur Lambuk best ni Judah ini memang popular dan sinonim dengan bulan Ramadan Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu berbuka rasa tak lengkap Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi Setiap negeri ada rasa yang berbe...
Bubur Lambuk Air Tangan Tengku Ampuan Pahang Istimewa Untuk Penghuni Penjara Penor

Bubur Lambuk Air Tangan Tengku Ampuan Pahang Istimewa Untuk Penghuni Penjara Penor

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 177 hits
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dibantu Tengku Puteri Raja Puteri Ilisha Ameera Al Sultan Abdullah memasak bubur lambuk Pahang khas di Penjara Penor PETALING JAYA Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berken...
Wan Rosdy Makanan Tradisional Bubur Lambuk Boleh Jadi Ejen Perpaduan Pelbagai Kaum Di Negara Ini

Wan Rosdy Makanan Tradisional Bubur Lambuk Boleh Jadi Ejen Perpaduan Pelbagai Kaum Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 185 hits
LIPIS Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata h...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord