Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka


MERDEKA 118 AGIH BUBUR LAMBUK BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA | Assalammualaikum semua! Sempena bulan Ramadan, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah menganjurkan acara tahunan ‘Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118’ buat kali kedua. 

PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV) ditubuhkan pada Jun 2000 dan merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNBMV ialah pemilik tanah dan pemegang amanah tunggal Stadium Merdeka dan juga Stadium Negara. Kedua-dua stadium ini telah disenaraikan sebagai tapak “Warisan Negara” pada Oktober 2005 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Selepas itu, PNBMV telah menjalankan usaha pemuliharaan yang teliti, sekali gus membolehkan Stadium Merdeka memenangi Anugerah Kecemerlangan UNESCO bagi Program Pemuliharaan Warisan Budaya (Asia Pasifik) 2008. 
Presint Merdeka 118 ialah pembangunan kegunaan bercampur yang terdiri daripada ruang pejabat premium Gred A, Dek Pemerhatian The View at 118, hotel Park Hyatt Kuala Lumpur, pusat beli-belah tujuh tingkat yang dinamakan 118 Mall dan tiga menara kediaman premium yang dikenali sebagai ‘Merdeka Residences’. Pembangunan Merdeka 118 tersergam di taman linear 4 ekar yang dikenali sebagai ‘Merdeka Boulevard at 118’. Menara Merdeka 118 telah diiktiraf sebagai menara bangunan kedua tertinggi di dunia oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH) pada Oktober 2023. Selepas itu, menara ini dibuka secara rasmi pada 10 Januari 2024 oleh Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Pada tahun ini, acara tersebut bertambah istimewa kerana buat julung kalinya bubur lambuk disediakan dan diagihkan di Stadium Merdeka. Acara ini menghimpunkan sukarelawan dan penduduk setempat yang berpeluang untuk beramah mesra dan menjalin hubungan bermakna





Diadakan pada hari Jumaat yang mulia, acara ini menyaksikan sukarelawan daripada PNB dan PMVSB bersama-sama menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar. Dari jam 7:30 pagi, sukarelawan berganding bahu memasak juadah berbuka puasa ini untuk pengagihan yang bermula pada jam 2:00 petang selepas solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah. Inisiatif ini berjaya menghimpunkan ratusan penduduk setempat, dengan pengagihan 500 bungkus bubur lambuk untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di presint Merdeka 118. 

Mohd Azmi Bin Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam (PA) Seri Sarawak, berkongsi, “Kami amat menghargai keprihatinan PMVSB yang sentiasa komited untuk berhubung dan menyokong komuniti sekeliling. Kehadiran mereka benar-benar memberi impak positif kepada penduduk di sini. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menjalankan program Bubur Lambuk bersama, dan selain itu, PMVSB juga banyak membantu melalui inisiatif seperti projek madu lebah kelulut, Dapur Komuniti, serta baik pulih taman kami. Kerjasama ini sangat bermakna, dan kami berharap ia akan terus berlanjutan pada masa akan datang.”

Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, yang turut hadir semasa pengagihan bubur lambuk berkata, “Inisiatif ‘Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118’ bukan sekadar aktiviti biasa, tetapi satu usaha bermakna untuk merapatkan hubungan dalam komuniti Merdeka 118. Kami tidak mahu terasing daripada komuniti sekeliling, tetapi menjadi sebahagian daripadanya. Penganjuran acara di Stadium Merdeka tahun ini membuka ruang untuk kami lebih dekat dengan komuniti dan mengukuhkan lagi jalinan yang sedia ada. Kami komited untuk terus menganjurkan inisiatif yang mengutamakan serta memberi manfaat kepada komuniti di sini.”

Tahun lalu, program ini bermula dengan pengagihan hampir 450 pek bubur lambuk kepada penduduk PA Seri Sarawak, PA Jalan Hang Tuah, PA Loke Yew, dan PA Seri Selangor. Tahun ini, dengan skala yang lebih besar dan sokongan yang lebih meluas, inisiatif ini berpeluang untuk menyantuni lebih ramai anggota komuniti.

Inisiatif ‘Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118’ adalah salah satu daripada pelbagai program berasaskan komuniti yang dianjurkan di Stadium Merdeka sejak ia diaktifkan semula. Sebagai tempat tumpuan ramai, stadium bersejarah ini terus menganjurkan pelbagai aktiviti, daripada acara sukan, kesenian dan warisan kepada program hiburan dan banyak lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/03/merdeka-118-agih-bubur-lambuk-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Lambuk Air Tangan Tengku Ampuan Pahang Istimewa Untuk Penghuni Penjara Penor

Bubur Lambuk Air Tangan Tengku Ampuan Pahang Istimewa Untuk Penghuni Penjara Penor

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 136 hits
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dibantu Tengku Puteri Raja Puteri Ilisha Ameera Al Sultan Abdullah memasak bubur lambuk Pahang khas di Penjara Penor PETALING JAYA Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berken...
Jangan Marah Semasa Masak Fakta Menarik Tentang Bubur Lambuk Ramai Tak Tahu

Jangan Marah Semasa Masak Fakta Menarik Tentang Bubur Lambuk Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 173 hits
Fakta menarik tentang bubur lambuk yang ramai tak tahu Bubur lambuk adalah juadah istimewa yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan Namun ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik keenakan dan tradisi penyediaannya terdapat pelbagai fakta m...
Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 185 hits
Jom cuba resipi Bubur Lambuk best ni Judah ini memang popular dan sinonim dengan bulan Ramadan Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu berbuka rasa tak lengkap Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi Setiap negeri ada rasa yang berbe...
Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 177 hits
Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025 Assalamualaikum semua Bulan Ramadan bulan yang mulia di mana umat Islam berlumba lumba untuk membuat pahala dan kebaikan Begitu juga dengan rangkaian Restoran ...
Pengunjung Padang Mbk1 Terharu Tengku Ampuan Pahang Sedia Dan Agihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat

Pengunjung Padang Mbk1 Terharu Tengku Ampuan Pahang Sedia Dan Agihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 126 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengagihkan kira kira 2 500 pek bubur lambuk kepada rakyat yang berkunjung di Padang MPK 1 di sini hari ini Baginda berangkat tiba pada pukul 2 20 petang dan be...
Wan Rosdy Makanan Tradisional Bubur Lambuk Boleh Jadi Ejen Perpaduan Pelbagai Kaum Di Negara Ini

Wan Rosdy Makanan Tradisional Bubur Lambuk Boleh Jadi Ejen Perpaduan Pelbagai Kaum Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 150 hits
LIPIS Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata h...
Marrybrown Berkongsi Rezeki Ramadan Dengan Mengedarkan 25 000 Bubur Lambuk Ke Seluruh Negara

Marrybrown Berkongsi Rezeki Ramadan Dengan Mengedarkan 25 000 Bubur Lambuk Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 141 hits
Dalam mengekalkan komitmennya kepada komuniti dan tradisi rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal tempatan kegemaran Malaysia Marrybrown sekali lagi membawa kebahagiaan Ramadan kepada rakyat Malaysia dengan mengagihkan lebih 25 000 pek...
Skuad Terengganu Fc Belasah Sri Pahang Fc 5 1 Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Malam Tadi

Skuad Terengganu Fc Belasah Sri Pahang Fc 5 1 Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Malam Tadi

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 114 hits
KUANTAN Finalis Piala Malaysia 2025 Sri Pahang FC dimalukan oleh Terengganu FC apabila dibelasah 5 1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi Hanya tiga minit diperlukan untuk Akhyar Rashid menewaskan penjaga gol Sri Pahang Zarif I...
Resipi Aneka Bubur Pengat Sedap Untuk Berbuka Moreh

Resipi Aneka Bubur Pengat Sedap Untuk Berbuka Moreh

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 157 hits
Menikmati manisan di akhir hidangan seolah olah satu pelengkap yang memuaskan Sebab itu kebiasaannya seperti aneka bubur dan pengat manis sering menjadi pilihan ramai pada akhir hidangan termasuklah ketika bersama keluarga tersayang Apa kat...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

Skim Pembiayaan Perumahan Muda Syarat Kelayakan Jenis Pembiayaan