8 Tip Jaga Kereta Korang Wajib Tahu


8 Tip Jaga Kereta Korang ‘Wajib’ Tahu
Setiap pemilik kenderaan pasti mahukan kereta mereka sentiasa berada dalam keadaan baik, tahan lama dan tidak mudah rosak.
Namun, realitinya ramai yang hanya menunggu sehingga kereta menunjukkan tanda-tanda masalah barulah dibawa ke bengkel.
Sebenarnya, penjagaan kereta bukan sekadar mengisi minyak dan mencuci luaran sahaja.
Ada beberapa perkara asas yang sering kita abaikan, tetapi sangat penting untuk memastikan kereta terus berfungsi dengan baik dalam jangka masa panjang.
Mari kita lihat 8 tip mudah penjagaan kereta seperti yang disyorkan oleh McMahon Automotive untuk membantu anda menjaga kenderaan dengan lebih baik.
Periksa dan tambah minyak enjin Minyak enjin berfungsi untuk melicinkan bahagian dalaman enjin. Jika berkurangan, ia boleh menyebabkan kerosakan yang serius.
Untuk menambah minyak, buka penutup minyak enjin, gunakan minyak dengan tahap kelikatan yang disyorkan, tuang sedikit demi sedikit dan periksa menggunakan dipstick.
Elakkan terlebih isi kerana ia boleh menjejaskan prestasi enjin. Rujuk buku manual kenderaan untuk kapasiti minyak yang tepat.
Periksa tekanan tayar Tayar adalah satu-satunya bahagian kereta yang menyentuh jalan raya.
Pastikan tekanan angin sentiasa mengikut kadar yang disyorkan pengeluar (biasanya tertera pada pelekat di bahagian pintu pemandu).
Gunakan tolok angin untuk menyemak, kemudian tambah atau kurangkan angin jika perlu. Tayar yang tidak cukup angin boleh meningkatkan penggunaan minyak dan membahayakan keselamatan.
Cara ‘jump start’ bateri Jika bateri kereta mati, anda perlu tahu cara ‘jump start’.
Paling penting, jangan sesekali salah sambung kabel. Sambungan merah adalah positif, manakala hitam adalah negatif.
Jika tertukar, ia boleh merosakkan sistem elektrik kenderaan.
Tukar penapis udara Seperti manusia perlukan udara bersih untuk bernafas, enjin juga memerlukan udara bersih untuk proses pembakaran.
Jika penapis udara kotor, prestasi enjin akan menurun dan penggunaan minyak meningkat.
Pastikan penapis diperiksa dan diganti mengikut jadual penyelenggaraan.
Periksa sistem penyejukan Sistem penyejukan penting untuk memastikan enjin tidak terlalu panas. Sentiasa pastikan air radiator dan tangki simpanan (overflow reservoir) mencukupi.
Jika air berkarat atau berubah warna, itu tanda sistem perlu dicuci (flush). Kekurangan penjagaan boleh menyebabkan enjin overheat dan rosak.
Periksa tali sawat (belt) Tali sawat menggerakkan pelbagai komponen penting seperti alternator, pam air dan penghawa dingin.
Jika putus, semua sistem boleh gagal berfungsi. Justeru, pemeriksaan berkala perlu dilakukan untuk mengelakkan kerosakan mengejut di jalan raya.
Ganti bilah pengelap cermin (wiper) Penglihatan yang jelas amat penting semasa memandu, terutama ketika hujan. Bilah pengelap yang haus tidak dapat menghalang air dengan baik dan membahayakan pemanduan.
Tukar bilah wiper sekurang-kurangnya sekali setahun atau apabila ia tidak lagi berfungsi dengan baik.
Tambah cecair pencuci cermin (washer fluid) Cecair pencuci membantu menanggalkan kotoran, habuk dan air hujan daripada cermin depan.
Caranya mudah: buka bonet, cari penutup takungan bertanda ikon cermin, buka dan isi semula. Biasanya penutup berwarna biru atau kuning.
BACA: Nak Jual Kereta? Ini Tip Penting Elak Rugi Beribu Ringgit
BACA: Kereta Dilanggar Dari Belakang? Ini Langkah Perlu Anda Buat
BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat
Sumber: McMahon Automotive
The post 8 Tip Jaga Kereta Korang ‘Wajib’ Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/25/8-tip-jaga-kereta-korang-wajib-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Aksesori Kereta Wajib Ada Untuk Pemilik Kereta Baharu

5 Aksesori Kereta Wajib Ada Untuk Pemilik Kereta Baharu

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1330 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Membeli kereta baharu sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan Namun memiliki kereta bukan sekadar tentang gaya dan presta...
Ibu Anak Ditemui Mati Dalam Kereta Di Paya Rumput

Ibu Anak Ditemui Mati Dalam Kereta Di Paya Rumput

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2149 hits
Ibu anak ditemui mati dalam kereta di Paya Rumput Proton Exora dinaiki kedua dua mangsa di lokasi kejadian di Paya Rumput Foto ihsan PDRM AYER KEROH Dua beranak ditemui maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna Proton Exora yang diparkir di...
Pemandu Maut Kereta Terbakar Selepas Bertembung Lori

Pemandu Maut Kereta Terbakar Selepas Bertembung Lori

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2180 hits
Juwan RiduanKereta mangsa hangus dijilat api selepas berlanggar dengan sebuah lori di simpang SK Sandau Lahad Datu hari ini Foto ihsan bombaLAHAD DATU Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori sebelum hangu...
Rahsia Kereta Kekal Bernilai Tinggi Walaupun Bertahun Digunakan

Rahsia Kereta Kekal Bernilai Tinggi Walaupun Bertahun Digunakan

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1617 hits
Rahsia Kereta Kekal Bernilai Tinggi Walaupun Bertahun Digunakan Bagi kebanyakan pemilik kereta bukan sekadar alat pengangkutan harian untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain Ia juga adalah satu bentuk pelaburan besar yang memer...
Bangkai Harimau Belang Dalam Kereta Di Mersing Polis Tahan Tiga Lelaki

Bangkai Harimau Belang Dalam Kereta Di Mersing Polis Tahan Tiga Lelaki

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 995 hits
Bangkai Harimau Belang Dalam Kereta Di Mersing Polis Tahan Tiga Lelaki MERSING 16 Sept Tiga lelaki ditahan selepas pihak berkuasa menemukan bangkai seekor harimau belang dipercayai diburu secara haram di dalam sebuah kereta di Felda Tenggar...
Bimbang Boleh Rugi Ini Sebab Kenapa Jangan Tunggu 2026 Untuk Beli Kereta

Bimbang Boleh Rugi Ini Sebab Kenapa Jangan Tunggu 2026 Untuk Beli Kereta

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 2505 hits
Bimbang Boleh Rugi Ini Sebab Kenapa Jangan Tunggu 2026 Untuk Beli Kereta Zaman sekarang memiliki kereta bukan lagi soal gaya hidup semata mata tetapi sudah menjadi satu keperluan asas Dengan keadaan pengangkutan awam yang sesak di sesetenga...
Projek Kereta Api Laju Lewat Dua Tahun Gara Gara Pemilik Rumah Enggan Berpindah

Projek Kereta Api Laju Lewat Dua Tahun Gara Gara Pemilik Rumah Enggan Berpindah

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1804 hits
Projek Kereta Api Laju Lewat Dua Tahun Gara Gara Pemilik Rumah Enggan Berpindah BEIJING Sebuah projek landasan kereta api laju bernilai 38 bilion yuan di Wilayah Jiangsu tergendala selama dua tahun gara gara seorang pemilik rumah enggan ber...
Bateri Baru Tapi Kereta Tak Boleh Start Mekanik Dedah Punca

Bateri Baru Tapi Kereta Tak Boleh Start Mekanik Dedah Punca

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 3812 hits
Bateri Baru Tapi Kereta Tak Boleh Start Mekanik Dedah Punca Kereta yang baru sahaja tukar bateri baharu kebiasaannya akan rasa lebih lancar dan mudah untuk dihidupkan Keadaan ini disebabkan kuasa bateri yang segar dapat memberikan tenaga ya...
Tak Bagi Laluan Pemandu Kereta Dibawa Tengok Pesakit Dalam Ambulans

Tak Bagi Laluan Pemandu Kereta Dibawa Tengok Pesakit Dalam Ambulans

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 534 hits
Tak Bagi Laluan Pemandu Kereta Dibawa Tengok Pesakit Dalam Ambulans Ketika di jalan raya pemandu kenderaan perlu memberi laluan kepada ambulans yang sedang menghadapi kecemasan Kebiasaannya orang ramai akan berganjak sedikit ke tepi dan mem...
Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Permata Tersembunyi Sarawak Rahsia Terbaik Bintulu Menanti

The Perodua Kembara Has Been Repaired

Lirik Lagu Jeda Derita Nyanyian Liza Hanim

Cyber Insurance Is It Worth The Investment For Small Businesses

Hari Ni Hujan Jadi Mood Pun Macam Sayu Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Tauhu Berlauk

Key Benefits Of A Dedicated Ai Button On Your Phone

Janji Tere Liye

Perkembangan Ai Dan Modal Mind Mostaque

Sejarah Dan Warisan Iona Abbey Penubuhan Oleh St Columba Pada Tahun 563 Ad

Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa