Prk Kkb Protes Pengundi India Mungkin Tak Tumbangkan Ph Kata Penganalisis


 
Seramai 40,226 pengundi membabitkan Melayu (50%), Cina (30%), India (18%) dan lain-lain (2%) layak menunaikan tanggungjawab pada PRK Kuala Kubu Baharu.PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat sebarang tindakan protes daripada pengundi India tidak akan membawa kesan yang besar sehingga mendorong kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu bulan depan.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata komuniti India yang mewakili 18% pengundi boleh memilih untuk tidak keluar mengundi atau beralih sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) sebagai “balasan” kemarahan mereka sejak PRU15.
Azmi Hassan.“Hakikatnya ketidakpuasan hati itu masih ada dan sudah sampai di kemuncaknya, mungkin beri sedikit masalah kepada calon PH, namun tidak sampai memenangkan PN.
“Pengundi India belum sampai ke peringkat ‘kingmaker’ di kawasan DUN Kuala Kubu Baharu,” katanya kepada FMT.
Tambahnya, ini kerana sokongan Cina yang mewakili 30% pengundi di kawasan itu mungkin masih utuh kepada PH selain ditambah sedikit undi ahli Umno.
Sementara itu, Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata gesaan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) untuk “memboikot” calon PH tidak mampu memecah undi dan seterusnya menyebabkan kekalahan parti itu.
“Sesiapa yang datang meletak calon (PRK KKB) dilihat sebagai ugutan yang kuat kerana berpengaruh menjejaskan keputusan undian 50:50 bagi kerusi berkenaan. Ini kerana sebarang pecahan undi akan menyebabkan yang sepatutnya menang jadi kalah.
“Namun gesaan itu sekadar gesaan..tidak akan memberi impak yang besar sangat..Biarpun Urimai ‘turun padang’ sendiri belum tentu dapat menarik undi daripada PH.
Lau Zhe Wei.“Dengan kata senang, PH menang atau kalah tak akan disebabkan Urimai,” katanya.
Semalam, pengasas Urimai P Ramasamy berkata parti itu hanya akan menasihati pengundi agar tidak menyokong calon DAP PH pada PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei depan ekoran rasa tidak puas hati atas layanan kerajaan perpaduan terhadap masyarakat India.
Bagaimanapun beliau menegaskan parti itu tidak menyekat pengundi terbabit dalam amalan demokrasi, malah boleh membuat keputusan tanpa pengaruh memandangkan tiada hubungan rasmi mahupun tidak rasmi dengan pembangkang, PN. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/prk-kkb-protes-pengundi-india-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Kkb Bekas Mb Beri Komitmen Bantu Kempen Kata Mat Sabu

Prk Kkb Bekas Mb Beri Komitmen Bantu Kempen Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 158 hits
Mohamad Sabu berkata Muhammad Muhammad Taib beri komitmen akan bantu kempen calon kerajaan pada PRK Kuala Kubu Baharu PETALING JAYA Seorang bekas menteri besar Selangor dikatakan beri komitmen akan membantu kempen kerajaan perpaduan pada PR...
Banyak Bantuan Belum Tentu Dapat Pikat Hati Pengundi Kata Penganalisis

Banyak Bantuan Belum Tentu Dapat Pikat Hati Pengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 135 hits
LANGKAH menjadikan Pangkalan Data Utama sebagai komponen untuk menyampaikan subsidi bersasar belum tentu akan meningkatkan sokongan pengundi terhadap parti parti dalam kerajaan perpaduan kata penganalisis politik Penganalisis nbsp percaya p...
Hanya Cadangan Kata Bn Berkait Gesaan Mca Tanding Prk Kuala Kubu Baharu

Hanya Cadangan Kata Bn Berkait Gesaan Mca Tanding Prk Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 173 hits
Megat Zulkarnain Omardin berkata BN Selangor telah bersedia berdepan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan PETALING JAYA Barisan Nasional Selangor berpendapat pendirian segelintir ahli dan pemimpin MCA supaya parti itu bertanding PRK Kual...
Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 258 hits
Dilema calun PRK KKB Melayu atau Cina ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be wPjUN1FLoG8 src in org https www youtube com embed wPjUN1FLoG8 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed w...
Calon Asli Berpotensi Kecilkan Majoriti Dap Kata Penganalisis

Calon Asli Berpotensi Kecilkan Majoriti Dap Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 146 hits
Seramai 40 226 pemilih layak mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu termasuk pengundi Orang Asli yang mewakili kelompok kecil PETALING JAYA Penyertaan Parti Orang Asli Malaysia pada PRK Kuala Kubu Baharu dijangka hanya akan mengecilkan 4 119 u...
Prk Kuala Kubu Dap Ketepikan Kaum Melayu India

Prk Kuala Kubu Dap Ketepikan Kaum Melayu India

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 199 hits
DAP pulaukan sensiviti kaum melayu dan india Lebih memilih untuk utamakan kaum Cina untuk menerajui kawasan DUN Kuala Kubu Persoalannya apakah kaum melayu dan india masih mahu memilih kaum cina daripada DAP selepas DAP terpalit dengan pelba...
Peluang Menang Lebih Cerah Di Kkb Jika Calon Melayu Kata Perikatan

Peluang Menang Lebih Cerah Di Kkb Jika Calon Melayu Kata Perikatan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 190 hits
JIKA Perikatan Nasional memutuskan untuk memberi laluan kepada Gerakan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu parti itu diharap dapat meletakkan calon Melayu kata Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor Bercakap
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia