Saintis Beri Amaran Kesan Buruk Projek Tambakan Laut Di Selatan Pulau Pinang



KUALA LUMPUR - Beberapa saintis memberi amaran projek mega tambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR) akan menjejaskan habitat ikan pesisir pantai kerana kekeruhan air laut akan menyebabkan haiwan sumber protein itu mencari habitat baharu untuk membiak dan mencari makanan.

Saintis Marin Pusat Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Che Abd Rahim Mohamed berkata, sumber yang diambil dari daratan, misalnya, pasir yang mengandungi kandungan kimia akan merosakkan kualiti air laut akibat kehadiran selut.

"Selut akan jadi bahan terampai dalam air dan berkeladak lalu menyebabkan kekeruhan air laut. Akibatnya, ia mengganggu pernafasan ikan.

"Aktiviti menambak juga mengganggu sifat semula jadi air dan ombak laut ditambah pula berlakunya kekeruhan air menyebabkan ikan lari meninggalkan habitat asal dan tempatnya membiak terutama di kawasan paya bakau.

"Kita akan melihat kesan ini paling kurang dalam tempoh lima tahun selepas projek tambakan siap," kata saintis marin yang berpengalaman selama 22 tahun itu.

Mohd Yusoff memberi penerangan mengenai implikasi buruk yang akan berlaku ke atas alam sekitar sekiranya projek pembinaan tiga pulau buatan dijalankan di Pulau Pinang.

Sementara itu Pakar Kualiti Air Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak juga berpandangan sama bahawa air laut akan menjadi keruh akibat kehadiran selut yang terhasil berikutan kewujudan bahan terampai dalam air seperti tanah dan sebagainya ketika kerja-kerja tambakan dilakukan.


"Pencemaran akibat aktiviti tambak laut akan menyebabkan kekeruhan air laut berikutan kehadiran selut dan lumpur halus lalu mengganggu penglihatan dan mengganggu insang pernafasan ikan menyebabkannya lari ke tempat lain," katanya.

Menurut Mohd Yusoff, selain kekeruhan air laut, aktiviti menambak yang melibatkan pergerakan mesin dan kapal pengangkut termasuk bunyi bising jentera turut mengganggu ikan.

"Gangguan di dasar atau sedimen bawah laut juga boleh mengganggu organisma yang menjadi makanan ikan.

"Biasanya jika makanan ikan terganggu, haiwan sumber protein itu akan beredar ke tempat lain yang ada makanan.

"Maka ikan di tempat yang menjadi kawasan tumpuan nelayan pesisir pantai selama ini akan lari meninggalkan habitat asal seterusnya membiak di tempat baharu.

"Jadi secara logiknya tiada lagi ikan mahu membiak di situ menyebabkan nelayan terpaksa pergi lebih jauh untuk menangkap ikan," katanya.

Katanya, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah adalah antara contoh kawasan perikanan yang terganggu akibat kehadiran selut selepas projek tambakan pertama.

Katanya, struktur tambakan itu sendiri menyebabkan ikan beredar mencari habitat lain secara semula jadi.

"Kita melihat penambakan seluas 1,822 hektar itu akan menyebabkan ekosistem laut terganggu hingga akhirnya menjejaskan aktiviti menangkap ikan oleh nelayan pantai terutama di Teluk Kumbar," katanya lapor Sinar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/saintis-beri-amaran-kesan-buruk-projek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Gempa Bumi Kuat 7 4 Magnitud Gegar Laut Berdekatan Pulau Maluku Amaran Tsunami Dikeluarkan

Terkini Gempa Bumi Kuat 7 4 Magnitud Gegar Laut Berdekatan Pulau Maluku Amaran Tsunami Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 522 hits
Sulawesi Utara 14 Nov Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7 4 skala richter telah menggegarkan kepulauan antara Sulawesi Utara dan Maluku Utara pada jam 11 17 p m tadi waktu tempatan bersamaan kira kira 12 17 a m waktu Malaysia Gempa yang ...
Bersatu Ambil Alih Pulau Pinang Daripada Dap

Bersatu Ambil Alih Pulau Pinang Daripada Dap

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 261 hits
HARAKAHDAILY PAS ajak parti parti politik bermuafakatKEPALA BATAS Projek projek pembangunan mega yang mahu dilaksanakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang hakikatnya bakal mendatangkan musibah berbanding kebaikan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ...
Jambatan Pulau Pinang Ditutup Pada 24 November Sempen Marathon Antarabangsa

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Pada 24 November Sempen Marathon Antarabangsa

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 639 hits
GEORGE TOWN 13 Nov Jambatan Pulau Pinang dan beberapa jalan di negeri ini akan ditutup kepada semua kenderaan selama 10 jam pada 24 Nov sempena penganjuran Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan ...
Juru Operasi Bersepadu Jpj Pulau Pinang

Juru Operasi Bersepadu Jpj Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 321 hits
Seberang Jaya 19 November 2019 Satu Sidang Media Khas sempena Operasi Bersepadu telah diadakan pada malam ini di Plaza Tol Juru bersama Ybrs Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang Tuan Mohamat Johari Bin Mat Nor Operasi Bersepadu ini telah dijal
Kesan Buruk Pengambilan Dadah

Kesan Buruk Pengambilan Dadah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 544 hits
Seorang penagih boleh bertindak luar kawalan termasuklah mencederakan orang lain Gambar hiasan PENGAMBILAN dadah adalah haram berdasarkan kiasan dan nas nas yang dizahirkan di dalam al Quran Pun begitu kesannya yang membawa keburukan juga s...
Putrajaya Belum Putus Jual Air Mentah Atau Terawat Kepada Pulau Pinang

Putrajaya Belum Putus Jual Air Mentah Atau Terawat Kepada Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 340 hits
Putrajaya belum memutuskan sama ada sumber air dari Sungai Perak akan dijual kepada Pulau Pinang sebagai air mentah atau air terawat bagi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pi...
2 Lelaki Vietnam Tawar Urutan Sejenis Di Pulau Pinang Didenda Rm1 000

2 Lelaki Vietnam Tawar Urutan Sejenis Di Pulau Pinang Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 742 hits
The ReporterMalam Selasa lalu dua lelaki warga Vietnam yang masuk ke Pulau Pinang secara sah ditahan kerana menjalankan aktiviti urut untuk kaum sejenis dengan caj RM150 selama sejam dalam keadaan bogel Perbuatan mereka itu terbongkar selep...
8 Restoran Halal Yang Boleh Anda Singgah Di Pulau Jeju Korea Selatan

8 Restoran Halal Yang Boleh Anda Singgah Di Pulau Jeju Korea Selatan

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 572 hits
Semakin ramai rakyat Malaysia yang gemar untuk bercuti ke Pulau Jeju iaitu pulau terbesar di Semenanjung Korea Selatan Mana taknya Jeju memiliki pelbagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang sesuai dikunjungi sepanjang empat musim Mala...
Mensos Canangkan Kawasan Siaga Bencana Di Pantai Selatan Pulau Jawa

Mensos Canangkan Kawasan Siaga Bencana Di Pantai Selatan Pulau Jawa

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 188 hits
Mensos mengatakan KSB merupakan tindak lanjut dari arahan Presiden RI agar semua pihak sensitif dan antisipatif terhadap bencana Presiden juga berpesan agar edukasi kebencanaan disampaikan secara masif kepada masyarakat
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef