8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Untuk Seminggu
Kalau korang rasa tak tau nak masak apa sepanjang minggu ni, apa kata korang cuba lapan menu yang dikongsikan oleh Puan Ros dari Rose katering. Katanya ini menu ringkas sesuai sebagai hidangkan makan tengahari atau malam. Jadinya korang boleh rancang siap-siap apa menu nak dimasak setiap hari, mudah kerja. Malah boleh juga dijadikan menu kenduri. Korang bolehlah cuba ye.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan1 cawan kicap pekat manis1 sudu makan kerisikBahan Kisar:
10 tangkai cili kering3 batang serai3 biji bawang besar4 ulas bawang putih2cm lengkuas2.5 haliaBahan Sangai dan Kisar:
2 sudu makan ketumbar1 sudu makan jintan manis1/2 sudu makan jintan putihBahan Penumis:
1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 kuntuk bunga cengkih3 biji buah pelaga CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.Seterusnya, masukkan bahan yang di kisar. Kacau hingga naik bau.Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.Sedia dihidangkan.
PAJERI NENAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas masak | hiris bulat dan potong dua500ml santan pekat5 biji bawang merah | kisar2 biji bawang putih | kisar2 sudu makan rempah kari | bancuh dengan sedikit air1sudu makan serbuk cili | bancuh dengan sedikit air1 sudu makan udang kering | kisar2 sudu makan kerisikGaram dan gula secukup rasaMinyak masak untuk menumis secukupnyaRempah Penumis:1kuntum bunga lawang2 kuntum bunga cengkih2.5cm kulit kayu manis2 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.Seterusnya masukkan udang kering, bancuhan rempah kari dan serbuk cili, kacau rata hingga pecah minyak.Kemudian masukkan kerisik dan santan. Kacau hingga timbul minyak.Akhir sekali masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Setelah kuah pekat dan nanas masak, tutup api.Pajeri sedia dihidangkan.
ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan jeruk buah-buahan campur1 sudu makan serbuk kari daging3 sudu makan cili kisar2 sudu makan puri tomato1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawangGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumis secukupnyaBAHAN KISAR:
2 ulas bawang putih4 ulas bawang merah2.5cm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.Kemudian masaukkan bahan kisar, kacau hingga wangi.Seterusnya asukan puri tomato bersama serbuk kari dan kacau seketika.Selepas itu, masukan jeruk campur dan kacau hingga rata.Kemudian perasakan dengan gula dan garam.Kecilkan api, dan kacau hingga kuah pekat lebih kurang tiga minit.Angkat dan hidangkan.KARI AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos500ml santan4 sudu makan rempah kari daging2 biji kentang | belah empat2 cawan santan2 sudu makan air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menumisBAHAN KISAR:3 biji bawang besar3 ulas bawang putih 2.5cm inci haliaBAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang4 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga wangi.Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yang telah direbus.Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit,Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kari daging sedia dihidangkan.
KERABU PERUT BERSAMA TAUGE
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | cuci bersih150gm tauge | buang ekor3/4 cawan pati santan2 sudu makan kerisik1 sudu teh lada serbuk lada hitam1 biji limau nipisGaram dan gula secukup rasaBAHAN HIRISAN:2 biji bawang besar6 biji cili padi2 biji cili merah1 batang serai2 helai daun limau purut mudaCARA MEMASAK:
Perut yang telah direbus hendaklah dihiris memanjang dan toskannya.2.Seterusnya masukkan perut di dalam mangkuk bersama bahan hirisan yang lain.Tambahkan dengan kerisik, garam dan gula secukup rasa.Gaul rata, kemudian perahkan jus limau nipis.Gaul lagi sehingga rasa masamnya sekata.Kerabu sedia dihidangkan.
DAGING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris, cuci dan tos250ml susu cair150gm puri tomata4 sudu makan rempah briani | bancuh dengan sedikit air3 sudu makan serbuk badam3 sudu makan minyak sapi2 sudu makan minyak masak1/2cawan bawang goreng3 biji tomato | potong dadu3 biji bawang besar | hirisGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
3 biji bawang besar5 ulas bawang putih4cm halia5 biji cili hijau3 biji cili merahBAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis5 kuntum bunga cengkih2 kuntum bunga lawang5 biji buah pelaga1 tangkai daun kariCARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama bahan kisar, perap sekurang-kurangnya satu jam dan simpan dalam peti sejuk.Panaskan minyak, kemudian masukkan minyak sapi.Tumis bahan penumis hingga wangi, masukkan rempah briani, kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan daging, puri tomato, kacau hingga air daging keluar.Biarkan mereneh sehingga air daging kering. Baru masukkan susu cair, puri tomato dan bawang goreng.Setelah mendidih perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah kuah briani timbul minyak, tutup api.Daging Briani sedia dihidangkan.
AYAM MASAK JINTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana500ml santanGaram dan gula secukup rasa2 keping asam gelugorMinyak masak secukupnya | untuk menumisBAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
2 sudu makan ketumbar2 sudu makan jintan putih1 1/2 sudu makan jintan manis1 sudu makan lada putihBAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering | potong dan rendam dalam air panas5 ulas bawang putih6 ulas bawang merah3cm halia3cm lengkuas3cm kunyit hidup4 batang serai
CARA MEMASAK:Bersihkan ayam kemudian tos. Ketepikan.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.Masukkan pula bahan goreng sangai dan kisar. Kacau lagi seketika.Seterusnya masukkan ayam, kacau rata hingga ayam kecut.Apabila air ayam kering masukkan santan dan asam keping.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api dan biarkan mendidih seketika sebelum tutup api.Sedia dihidangkan.
AYAM PERCIK SERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana1 cawan santan pekat2 sudu makan pes cili kering1 keping asam gelugor2 batang serai | titik3 helai daun limau purut1 helai daun kunyit | hirisGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumisBAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah | kisar4 ulas bawang putih | kisar2cm halia | kisar3cm kunyit hidup2 batang seraiCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai hingga wangi bersama daun limau purut.Masukkan bahan kisar bersama pes cili, tumis hingga pecah minyak.Kemudian tambahkan santan, diikuti ayam.Biarkan hingga ayam kecut, masukkan pula asam gelugor.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Keluarkan ayam dan ketepikan.Keringkan kuah hingga pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.Tutup api dan ketepikan.Bakar ayam yang telah dikeluarkan tadi dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 10 minit.Masukkan ayam dalam pinggan dan tuangkan kuah percik di atasnya.Sedia dihidangkan.
GULAI IKAN MASIN BERSAMA TERUNG BULAT
BAHAN-BAHAN:
1kg Ikan Masin Talang | potong dan rendam2 biji terung bulat | belah empat2 biji cili hijau | potong dua2 biji cili merah | potong dua1 biji tomato | belah empat500ml santan4 sudu makan rempah kari ikan1 sudu makan serbuk cili1/2 cawan air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak untuk menumis:BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar | kisar5 ulas bawang putih | kisar3cm haliaBAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris3 ulas bawang putih | hiris1 sudu makan halba campur2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkaiCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata.Seterusnya masukkan pula rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa.Seterusnya masukkan santan, dikuti dengan ikan masin.Setelah mendidih masukkan terung.Jika kurang masin tambah garam dan gula secukup rasa.Biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi.Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, hijau dan tomato.Gulai sedia dihidangkan.
Komen anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/8-resipi-lauk-pauk-sesuai-untuk-seminggu.html