8 Makanan Kelantan Yang Wajib Dicuba
Suka makanan Kelatan? Banyak yang sedap, kan!Kelantan, sebuah negeri di Pantai Timur Malaysia, bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang menakjubkan, tetapi juga dengan warisan budayanya yang kaya dan unik. 
.jpg)
Warisan Dan  Keunikan Salah satu aspek yang paling menonjol dari kekayaan budaya Kelantan adalah kepelbagaian makanannya. Dari hidangan tradisional yang kaya dengan rempah hingga pencuci mulut yang manis. Setiap hidangan mempunyai cerita sendiri yang merangkumi warisan dan keunikan tempatan.
Makanan Kelantan Menggoda Selera!
Jom kita jelajahi 8 hidangan Kelantan yang wajib dicuba apabila melangkah ke negeri ini, merasai setiap sajian yang menggambarkan keunikan dan kearifan tempatan. 
Bagi sis, setiap hidangan adalah cerita cinta yang dapat kita rasakan dengan setiap suapan dan tegukan minuman.
Baca Juga:
Resepi Serunding Ikan
Resepi Sambal Jantung Pisang 
1. Nasi Dagang
.jpg) 
 Nasi Dagang, sarapan kegemaran Kelantan, adalah sebuah himpunan rasa dan aroma yang mengasyikkan. Nasi lembut yang disatukan dengan santan serta rempah kari khas Kelantan, disajikan bersama ikan tongkol atau ayam, mencipta pengalaman rasa yang tiada tandingannya.
2. Nasi Kerabu
.jpg) 
 Warna biru menawan nasi kerabu tidak hanya mencuri perhatian tetapi juga memenangi hati pencinta makanan. Disajikan dengan pelbagai ulam-ulaman segar, ikan bakar atau goreng dan sambal yang pedas. Nasi kerabu adalah perpaduan sempurna antara rasa dan tekstur.
3. Ayam Percik
 
 Ayam Percik adalah hidangan yang mewakili keanggunan dan kekuatan rasa Kelantan. Ayam panggang yang disalut dengan sos rempah khas Kelantan menyampaikan citarasa yang memikat dan memuaskan hati. Fav nih!!
4. Laksam
.jpg) 
 Laksam, mi ketulan lebar yang dihidangkan dalam kuah santan pekat yang kaya dengan rempah, adalah salah satu hidangan yang paling diinginkan di Kelantan. Keseluruhan rasa lembut dan kuah yang berperisa lemak-lemak ikan itu membuatkan hidangan ini tidak boleh dilepaskan. Nie pun Fav!
5. Ketupat Sotong 
Ketupat Sotong, hidangan yang unik di mana ia juga dikenali sebagai sotong bersumbat pulut, Merupakan hidangan tradisional yang menggunakan sotong dan beras pulut sebagai bahan utamanya. Sotong dan beras pulut direbus dan dimasak dalam kuah bersantan yang diperkaya dengan gula Melaka.
6. Kuih Akok
 
 Kuih Akok, kuih tradisional Kelantan yang diperbuat daripada santan, telur dan gula. Menu pencuci mulut ini menjadi  kegemaran ramai. Tekstur yang lembut dan rasa yang manis membuatkan kuih ini menjadi pilihan yang sempurna untuk mengakhiri hidangan. 
7. Tahi Itik
Kuih Tahi Itik. Nama yang memanggil rasa ingin tahu. Ia diperbuat dengan menggunakan telur dan dimasak dalam air gula yang panas. Bentuknya yang bertempek-tempak menyerupai tahi itik
8. Pulut Panggang
.jpg) 
 Pulut Panggang atau Pulut Lepa, merupakan sejenis kuih tradisionl  yang popular di kalangan penduduk Kelantan.Pulut yang diisi dengan inti kelapa yang manis, kemudian dibakar di atas bara. Keunikan hidangan ini terletak pada aroma harum daripada pulut yang hangat, bunga cengkih dan halba serta rasa manis inti kelapa yang lembut.
Dengan pelbagai makanan sedap yang boleh merangsang selera, makanan Kelantan bukan setakat mengenyangkan perut. Sebaliknya turut memberikan sejuta kisah hidup dan budaya yang kaya. Melalui setiap hidangan, kita boleh merasai warisan keunikan makanan tradisonal yang ditawarkan oleh negeri ini. 
Jadi, bagi yang belum pernah makan mana-mana menu tersebut, selamat menikmatinya!  
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://aniemohamed.blogspot.com/2024/05/8-makanan-kelantan-yang-wajib-dicuba.html