8 Jenis Kain Cotton Yang Popular Di Pasaran


Kain cotton merupakan pilihan fabrik yang sangat popular di Malaysia. Berasal dari serat kapas, jenis fabrik ini mempunyai pengudaraan yang baik dan sangat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca yang panas dan lembap seperti di Malaysia.
Selesa dan mudah menyerap peluh, kain ini juga sering menjadi pilihan untuk dijadikan pakaian tradisional sehari-harian antaranya baju kurung Kedah, baju kurung dan Kebaya.
Sumber : Carousell Walaupun cirinya sedikit keras, kain yang mudah untuk dicuci ini turut sesuai untuk dijadikan blaus, jubah, selimut, cadar dan sebagainya.
Selain kain cotton asli, terdapat juga beberapa jenis kain cotton dan kain yang mengandungi dihasilkan dengan campuran cotton.
Ia juga boleh dijumpai dalam pelbagai rekaan corak dari yang ringkas seperti petak dan jalur sehinggalah ke corak bunga-bungaan kecil dan sebagainya.
Mungkin ada yang keliru untuk memilih jenis fabrik cotton apa yang sesuai mengikut keperluan.
Jadi, ayuh kita kenali beberapa jenis kain cotton lain.
8 Jenis Kain Cotton Paling Popular di Pasaran 1. Cotton Jepun Sumber : bajusedondon.com Merupakan jenis kain cotton yang paling eksklusif, Cotton Jepun mempunyai sifat yang lebih halus dan ringan.
Sekilas pandang, ia mungkin nampak seperti kain cotton biasa, namun jika diperhatikan dengan teliti, ia mempunyai ciri khusus seperti bahagian sisi hujung yang ditulis ‘Japan Design’ atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
Cotton Jepun juga berharga lebih tinggi berbanding fabrik berasaskan cotton lain di pasaran, mempunyai warna yang lebih awet serta tahan lama.
Ia juga selesa untuk dipakai kerana mampu menyerap peluh dengan baik.
Cotton Jepun sesuai untuk dijadikan blaus, gaun, jubah, telekung dan sebagainya.
2. English Cotton   Sumber : Shopee Kain English cotton adalah sederhana tebal namun tidak mudah berkedut dan senang digosok. Ia turut menjadi pilihan ramai kerana tidak berbulu walaupun setelah dibasuh berkali-kali.
3. Crepe Cotton Sumber : Amazon Juga memiliki ketebalan yang sederhana, Crepe Cotton sesuai untuk penggemar pakaian ringkas kerana ia mudah dijaga dan sukar berkedut.
4. Cotton Paris Sumber : Shopee Cotton Paris pula mempunyai ciri yang hampir sama dengan Cotton Jepun namun lebih nipis. Fabrik ringan dan mudah menggerbang ini biasanya digunakan untuk tudung, jubah dan blaus wanita.
5. Cotton Silk Sumber : Andaaz Fashion Malaysia Cotton Silk hadir dalam 2 variasi iaitu nipis dan tebal. Kain ini boleh dikenalpasti melalui beberapa ciri-ciri seperti permukaan kain yang lebih berkilat dan tahan lama walaupun sering dicuci.
Harganya pula sedikit mahal berbanding cotton biasa.
Walau bagaimanapun, kain ini masih tidak boleh menandingi harga Cotton Jepun.
6. Cotton Minyak Kain jenis ini mempunyai permukaan yang agak berkilap seakan minyak. Kilapnya pula berbeza dengan Cotton Silk.
Walau bagaimanapun, kilapnya akan berkurang setelah kain dicuci beberapa kali. Ia juga mempunyai daya serapan peluh yang baik dan mempunyai harga yang sama dengan cotton biasa.
7. Cotton Chiffon Sumber : Amazon Kain cotton chiffon diperbuat daripada campuran kapas dan sintetik fiber. Memiliki tekstur yang lembut, beralun dan ringan, fabrik ini sesuai untuk dibuat gaun, pakaian dalam serta pakaian tradisional serta moden.
Cirinya yang nipis juga membuatkan kain ini tidak panas dan selesa buat si pemakai.
8. Swiss Cotton Sumber : Saroj Fabrics Swiss Cotton juga mempunyai ramai penggemarnya kerana material fabrik yang lembut tetapi tebal. Ia juga tahan lasak dan tidak kecut walaupun setelah dibasuh.
Ia juga tidak mudah renyuk dan senang diseterika.
Setiap jenis kain cotton mempunyai kelebihan tersendiri. Dengan panduan ini, anda bolehlah memilih mengikut keperluan dan bajet.
Anda juga boleh bertanyakan pada orang yang lebih arif dalam bab fabrik seperti tukang jahit dan pengedar kain bagi mendapatkan kain yang paling sesuai.
Sumber : VinusaK Cehrolina, Dhia Cotton, Harian Metro
Baca Juga : Kain Batik Malaysia : Keunikan dan Perbezaan dengan Batik Indonesia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kain-cotton/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kain-cotton

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kain Sutera Jenis Cara Penjagaan Hukum Memakainya

Kain Sutera Jenis Cara Penjagaan Hukum Memakainya

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 434 hits
Kain Sutera Jenis Cara Penjagaan Hukum Memakainya Kain sutera telah lama menjadi simbol kemewahan dan keanggunan dalam dunia tekstil Dengan kilauan semula jadi kelembutan luar biasa dan sejarahnya yang kaya kain sutera tetap menjadi pilihan...
Ketahui Jenis Kegunaan Panadol Yang Terdapat Di Pasaran Sebelum Korang Beli

Ketahui Jenis Kegunaan Panadol Yang Terdapat Di Pasaran Sebelum Korang Beli

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 133 hits
Ketahui Jenis Kegunaan Panadol Yang Terdapat Di Pasaran Sebelum Korang Beli Kalau korang pergi ke kedai serbaneka nak cari ubat kadang kadang pening bila tengok pilihan Panadol yan ada Sampai tak tahu yg ini untuk apa yang itu untuk apa Kal...
Jenis Panadol Di Pasaran Dan Kegunaannya

Jenis Panadol Di Pasaran Dan Kegunaannya

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 82 hits
Panadol adalah salah satu jenama ubat tahan sakit yang sangat popular di pasaran Walau bagaimanapun mungkin sesetengah pengguna boleh keliru untuk membeli kerana terdapat pelbagai jenis Panadol di pasaran Sebenarnya setiap satu mempunyai ke...
Muhammad Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England Wales Pada 2023

Muhammad Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England Wales Pada 2023

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 146 hits
Muhammad Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England Wales Pada 2023 Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu dengan lebih 4 600 bayi lelaki berdaftar dengan nama...
Biodata Fara Fauzana Penyampai Radio Popular

Biodata Fara Fauzana Penyampai Radio Popular

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 98 hits
Pendengar radio tegar pasti mengenali Fara Fauzana seorang penyampai radio dan pengacara yang sangat berpengalaman dalam industri Terkenal dengan pesona yang ceria dan suara yang sedikit serak Fara pernah bergelar penyampai radio di beberap...
Dua Pelancong Asing Maut Pokok Besar Tumbang Di Lokasi Popular Bali

Dua Pelancong Asing Maut Pokok Besar Tumbang Di Lokasi Popular Bali

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 105 hits
AgensiDalam kejadian pada Selasa di Monkey Forest Ubud itu dua lelaki warganegara asing disahkan terkorban sementara seorang lagi mengalami kecederaan Instagram canggubalinewsDENPASAR Sekumpulan pelancong asing yang sedang menikmati percuti...
10 Perfume Popular Pilihan Lelaki Yang Anda Boleh Cuba

10 Perfume Popular Pilihan Lelaki Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 203 hits
Lelaki juga perlukan perfume atau minyak wangi untuk tampil bergaya dan segar setiap kali berurusan dalam interaksi sosial Jadi ikuti senarai perfume popular pilihan lelaki yang anda boleh cuba Minyak wangi juga tidak boleh dipisahkan bersa...
Apa Ketua Pemuda Pas Dok Buat Qamai Kalut Jaga Tepi Kain Orang Pulak

Apa Ketua Pemuda Pas Dok Buat Qamai Kalut Jaga Tepi Kain Orang Pulak

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 103 hits
MAAQUB SINTOK NI DOK KALUT BAB ORANG JAGA LA KAWASAN HANG TU TENGGELAM DAH TU KIOKAfnan Hamimi punya kalut mengalahkan KP UMNOHarapandailyDecember 6 2024Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden membangkitkan isu berkaitan titah adendum ...
Lim Jiyeon Choo Young Woo Pelakon Popular The Tale Of Lady Ok Drama Paling Trending Kini

Lim Jiyeon Choo Young Woo Pelakon Popular The Tale Of Lady Ok Drama Paling Trending Kini

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 172 hits
Terbaru Good Data Corporation telah mengeluarkan senarai drama TV dan pelakon paling popular pada minggu ini Artikel Berkaitan Untuk pengetahuan kedudukan itu ditentukan menerusi data yang dikumpul dari liputan media dan artikel berita meng...
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Grs Man Says Hamzah Has No Solution Only Rhetoric

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters

Group Urges Selangor Ruler To Commute Sirul S Death Sentence


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Mahkamah Agung Amerika Mengekalkan Perintah Pengharaman Terhadap Tiktok

Keadaan Akan Aman Jadi Untuk Apa Mahu Boikot Lagi Vincent Tan

Recycling Labels A Pathway To Sustainable Waste Management

Pm Anwar To Undertake Two Day Working Visit To Belgium

How Prof Kangkung Cherry Picks 11 Lines Out Of 111 Pages From Hannah S Book To Derive Conclusion

Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian