Kain Sutera Jenis Cara Penjagaan Hukum Memakainya


Kain Sutera – Jenis, Cara Penjagaan & Hukum Memakainya
Kain sutera telah lama menjadi simbol kemewahan dan keanggunan dalam dunia tekstil. Dengan kilauan semula jadi, kelembutan luar biasa, dan sejarahnya yang kaya, kain sutera tetap menjadi pilihan utama mereka yang ingin tampil elegan dengan sentuhan yang mewah.
Artikel kali ini akan membawa anda menyelami dunia kain sutera, menjelaskan apa itu kain sutera, jenis-jenisnya, kegunaannya, serta hukum pemakaiannya untuk lelaki. 
Jom baca.
BACA JUGA: Kain Batik Malaysia – Keunikan dan Perbezaan dengan Batik Indonesia
Apa Itu Kain Sutera? Kain sutera atau dalam bahasa Inggeris disebut “silk” adalah sejenis kain yang diperbuat daripada serat protein semula jadi yang dihasilkan oleh larva ulat sutera, terutamanya spesies Bombyx mori. Serat ini dihasilkan melalui proses pembentukan kepompong oleh ulat sutera. 
 Apa yang menjadikan kain sutera istimewa adalah kehalusannya yang luar biasa, serta kilauan semula jadi yang menjadikannya satu daripada kain paling premium di dunia. 
Kilauan kain sutera tercipta kerana struktur prisma segitiga dalam gentian yang membias cahaya pada pelbagai sudut, menjadikannya unik berbanding fabrik lain.
Selain itu, sutera juga terkenal dengan sifat penyerapan kelembapan yang baik, menjadikannya selesa dipakai dalam pelbagai cuaca. Kain sutera telah digunakan sejak zaman dahulu kala, menjadi simbol status sosial dan keanggunan. 
Sehingga kini, ia masih menjadi pilihan utama dalam industri fesyen dan seni jahitan, menawarkan pesona yang tidak lapuk oleh zaman.
Jenis-jenis dan Bahan Asal Kain sutera terdiri daripada pelbagai jenis, setiap satunya mempunyai ciri-ciri unik tersendiri yang mempengaruhi kegunaannya dalam industri fesyen dan tekstil. Pemilihan jenis sutera bergantung kepada tujuan penggunaan dan kesan akhir yang diinginkan.
Berikut adalah beberapa jenis sutera yang popular:
1. Sutera Mulberry Sutera mulberry memang merupakan jenis sutera yang paling premium dan terkenal. Ia dihasilkan daripada ulat sutera Bombyx mori yang memakan daun pokok mulberi. 
Ciri-cirinya termasuk serat yang panjang, licin, dan sangat lembut. Kilauan semula jadinya yang luar biasa menjadikannya pilihan utama untuk pakaian mewah. 
2. Sutera Tussah Juga dikenali sebagai sutera liar, sutera tussah dihasilkan oleh ulat sutera liar yang memakan pelbagai jenis daun seperti oak dan juniper. Teksturnya lebih kasar berbanding sutera mulberry, tetapi masih memberikan rasa mewah. Warnanya cenderung keemasan atau kecoklatan. 
3. Sutera Eri Sutera eri dihasilkan daripada ulat sutera Samia ricini yang memakan daun pokok castor. Ia lebih tebal dan tahan lama berbanding jenis sutera lain. Sutera eri sering digunakan untuk pakaian kasual dan aksesori kerana sifatnya yang lebih kuat. 
4. Sutera Ahimsa Dikenali juga sebagai “sutera tanpa kekejaman” atau “sutera perdamaian”, sutera ahimsa dihasilkan tanpa membunuh ulat sutera. Proses ini menghasilkan kain yang lebih lembut dan mesra alam, walaupun seratnya lebih pendek. 
5. Sutera Taffeta Jenis sutera ini mempunyai permukaan yang mengkilap dan tekstur yang lembut. Ia sering digunakan untuk pakaian formal seperti gaun malam. 
6. Sutera Mentah (Raw Silk) Raw silk memiliki permukaan mengkilap dengan tekstur yang tidak rata atau berserat. Ia terbuat daripada 100% serat sutera, menjadikannya sangat mewah dan mahal. 
7. Sutera Dupioni Dupioni silk mempunyai permukaan yang kusut dengan corak seperti hujan gerimis. Ia lebih tebal dan harganya lebih mahal berbanding beberapa jenis sutera yang lain.
8. Thai Silk Thai silk terkenal dengan kilauan mewah dan tekstur lembut yang tidak kaku, menjadikannya sangat selesa dipakai. 
Kegunaan Kain Sutera Kain sutera bukan sahaja terkenal dalam dunia fesyen, tetapi juga mempunyai pelbagai kegunaan yang menjadikannya bahan pilihan dalam banyak industri. 
Berikut adalah beberapa kegunaan utama sutera:
1. Pakaian dan Aksesori
Sutera sering digunakan dalam pembuatan pakaian mewah seperti gaun malam, pakaian perkahwinan, dan pakaian tradisional. 
Kehalusan dan kilauan kain sutera menjadikannya pilihan utama untuk pakaian yang memerlukan penampilan elegan dan sofistikated. Selain itu, sutera juga digunakan untuk membuat aksesori seperti selendang, tali leher, dan tudung.
2. Perabot dan Dekorasi Rumah
Kain sutera digunakan dalam pembuatan perabot seperti langsir, sarung kusyen, dan penutup tilam. Ia memberikan sentuhan mewah dan elegan kepada ruang tamu dan bilik tidur, serta memberikan kilauan yang menarik dalam pencahayaan.
Selain itu, sutera juga sering digunakan untuk membuat sarung bantal yang dipercayai membantu menjaga kelembapan kulit dan mengurangkan kekusutan rambut semasa tidur.
3. Perubatan Tradisional
Dalam perubatan tradisional, kain sutera kadang-kadang digunakan untuk tujuan terapeutik, terutama dalam rawatan yang melibatkan sifat anti-alergi dan kelembutannya yang sesuai untuk kulit sensitif.
4. Perhiasan dan Barang Kraf
Kain sutera sering digunakan dalam pembuatan barang kraf seperti sulaman, beg tangan, dan hiasan dinding. Keupayaan sutera untuk disulam dengan corak yang indah menjadikannya bahan yang sangat dicari dalam seni dan kraf tangan.
5. Hadiah dan Cenderahati
Kain sutera juga sering dijadikan hadiah atau cenderahati kerana nilainya yang tinggi dan sifatnya yang eksklusif. Pembalut hadiah dari sutera atau sapu tangan sutera adalah pilihan popular dalam budaya-budaya tertentu.
Hukum Memakai Sutera untuk Lelaki Merujuk kepada penjelasan Mufti WP, secara asasnya, hukum lelaki memakai sutera adalah HARAM. 
Hal ini berdasarkan  sabda Nabi SAW yang bermaksud:  “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”. –  Riwayat al-Nasa’ie (5163)
Pengecualian untuk Lelaki yang Mempunyai Penyakit Kulit
Pengecualian bagi kaum lelaki  untuk  membolehkan memakai  kain sutera  disebabkan penyakit kulit berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik R.A: 
رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلزُّبَيْرِ وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ فِي لُبْسِ الْحَرِيرِ لِحِكَّةٍ بِهِمَا
Maksudnya: Nabi  SAW memberikan kelonggaran untuk Zubair dan Abd Rahman untuk memakai sutera karana penyakit gatal yang mereka derita (Riwayat al-Bukhari  5829 Muslim 2076)
Tidak Boleh Melebihi 50% 
Sekiranya t-shirt yang dipakainya bercampur dengan kain sutera pada kadar 50%  sama banyak dengan kadar material kain lain atau campuran sutera kurang 50% maka pakaian tersebut dibenarkan bagi kaum lelaki memakainya. 
Sebaliknya, sekiranya kadar campuran kain sutera lebih banyak atau kadarnya melebihi 50%, daripada ,material lain, maka  pakaian t-shirt tersebut HARAM dipakai. 
Justeru,  para pengguna terutamanya kaum lelaki perlu mengambil cakna  dan memastikan pakaian dibeli  tidak bercampur sutera  melebihi 50%.
BACA JUGA: Majlis Aqiqah – Hukum, Syarat Sah, Aturcara Majlis & Doa
Penggunaan Sutera Selain daripada Pakaian  Apakah hukum mengambil sutera sebagai alas untuk solat atau duduk dan sebagainya?
Hukum menggunakan sutera sebagai selimut, cadar atau alas untuk solat adalah seperti hukum memakai sutera iaitu diharamkan bagi lelaki dan diharuskan bagi wanita. 
Ini adalah pandangan jumhur ulama’ daripada mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali. (Rujuk: Umdah Al-Qari’ Syarh Sahih Al-Bukhari, 22/13-14; Al-Iqna’, 1/198, Kasysyaf al-Qina’, 1/273).
Bagi lelaki yang memakai sutera atau menggunakannya sebagai alas untuk solat, dia menanggung dosa kerana melakukan perbuatan yang haram tetapi solatnya tetap sah di sisi jumhur ulama’. Hal ini kerana perkara tersebut tidak memberi apa-apa kesan dari sudut sah dan batalnya solat mengikut hukum syarak. 
Allah menjanjikan kenikmatan di syurga yang lebih abadi bagi kaum lelaki yang meninggalkan larangan tersebut di dunia, sebagaimana firman Allah S.W.T:
عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا
Maksudnya: “Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal (yang bertekap), serta mereka dihiasi dengan gelang tangan daripada perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih dan suci.” – (Surah al-Insan: 21)
Cara Penjagaan Kain Sutera Kain sutera memerlukan penjagaan yang teliti kerana kehalusan dan sifat semula jadinya yang istimewa. Untuk memastikan kain sutera tetap tahan lama dan tidak rosak, berikut adalah beberapa tips penjagaan yang perlu diambil perhatian:
1. Cucian yang Betul
Kain sutera perlu dicuci dengan teliti untuk mengelakkan kerosakan pada seratnya. Sebaiknya, cuci dengan tangan menggunakan air sejuk dan sabun lembut yang khas untuk kain halus.
Jika menggunakan mesin basuh, pastikan memilih mode pencucian lembut dan gunakan beg cucian untuk melindungi kain. Elakkan mencuci sutera dengan air panas kerana ia boleh merosakkan seratnya.
2. Pengeringan dengan Cara yang Betul
Jangan sesekali memerah kain sutera dengan kuat atau menggunakan pengering mesin. Sebaliknya, biarkan kain ditapis air secara perlahan dan kemudian lap dengan tuala bersih.
Jemur kain sutera di tempat yang teduh dan jauh dari sinar matahari langsung untuk mengelakkan warna kain pudar dan serat menjadi rapuh.
3. Guna Produk Khas
Untuk mengekalkan keindahan kain sutera, elakkan daripada menggunakan produk pembersih yang keras atau peluntur. Sebaliknya, gunakan produk yang direka khusus untuk bahan halus. Ini akan membantu mengekalkan kelembutan dan kilauan semula jadi sutera.
4. Penyimpanan dengan Betul
Apabila tidak digunakan, simpan kain sutera di dalam beg kain atau sarung pelindung yang membenarkan kain bernafas. Jangan simpan kain sutera dalam plastik kerana ini boleh menyebabkan kain terperangkap kelembapan dan menyebabkan pertumbuhan kulat. Letakkan kain sutera di tempat yang kering dan sejuk untuk mengelakkan kerosakan akibat kelembapan.
5. Pengilapan dan Seterika
Jika perlu untuk menyeterika kain sutera, pastikan seterika berada pada suhu rendah. Gunakan kain penutup atau kain pelindung di antara seterika dan sutera untuk mengelakkan permukaan kain terbakar atau kilauannya hilang. Sebaiknya, seterika kain sutera ketika kain sedikit lembap untuk menghasilkan hasil yang lebih baik.
BACA JUGA: Bagaimanakah Cara Kira Umur Kucing?
Penutup Kehalusan, kilauan, dan keselesaan yang ditawarkan kain sutera membuatkan kain ini kekal menjadi simbol kemewahan yang tak lapuk dek zaman. Dalam memilih kain sutera, pastikan anda memilih jenis yang tepat untuk kegunaan anda, dan hargailah nilai sejarah serta budaya yang terkandung dalam setiap helaiannya. 
Rujukan:
AL-KAFI # 1752 : HUKUM LELAKI MEMAKAI PAKAIAN BERCAMPUR SUTERA Tekstil ID Wawantailor Wikipedia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kain-sutera/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kain-sutera

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zakat Kwsp Akaun 3 Hukum Cara Kiraan Kadar Zakat

Zakat Kwsp Akaun 3 Hukum Cara Kiraan Kadar Zakat

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 148 hits
Ramai yang tidak tahu sebenarnya simpanan anda dalam KWSP Akaun 3 boleh dikenakan zakat Akaun 3 KWSP telah diperkenalkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka untuk ...
Kain Pelikat Asal Usul Cara Pakai Kegunaan

Kain Pelikat Asal Usul Cara Pakai Kegunaan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 148 hits
Kain pelikat bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu Ia bukan sahaja menjadi salah satu elemen penting dalam pakaian harian malah ia juga dikenali sebagai simbol tradisional yang telah ...
8 Jenis Kain Cotton Yang Popular Di Pasaran

8 Jenis Kain Cotton Yang Popular Di Pasaran

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 132 hits
Kain cotton merupakan pilihan fabrik yang sangat popular di Malaysia Berasal dari serat kapas jenis fabrik ini mempunyai pengudaraan yang baik dan sangat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca yang panas dan lembap seperti di Malaysia Sele...
Banjir Punca Dan Cara Mengelakkan

Banjir Punca Dan Cara Mengelakkan

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 174 hits
Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan terutama di kawasan rendah dan padat penduduk Kesan daripada banjir bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga mengancam nyawa dan kesihatan manusia Oleh itu me...
12 Tips Mudah Cara Buat Ebook Menarik Dan Tanpa Modal Besar

12 Tips Mudah Cara Buat Ebook Menarik Dan Tanpa Modal Besar

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 281 hits
Ketahui cara buat ebook dari memilih topik menulis hingga memasarkan Panduan ini sesuai untuk anda yang mahu mencuba dunia penerbitan digital Ebook semakin popular di Malaysia sebagai cara untuk berkongsi ilmu dan menjana pendapatan Proses ...
Cara Jadikan Google Sebagai Enjin Carian Lalai Pada Pelayar Edge

Cara Jadikan Google Sebagai Enjin Carian Lalai Pada Pelayar Edge

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 89 hits
Kepada Pengguna pelayar Edge diluar sana yang inginkan enjin carian Google dijadikan sebagai tetapan lalai bagi setiap carian maklumat pada pelayar tersebut berikut kami kongsikan caranya Pertama sekali pada pelayar Edge klik pada menu 3 ti...
Surat Mahazalim Kepada Peguam Cara Negara

Surat Mahazalim Kepada Peguam Cara Negara

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 101 hits
Surat Perdana Menteri bertarikh 21 Mei 2018 ini mengarahkan Peguam Cara Negara supaya tidak meneruskan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh Surat ini mendahului mesyuarat kabinet yang diadakan pada 23 Mei 201...
Peti Ais Berlumpur Tenggelam Banjir Jangan Terus Buang Selamatkan Cara Ni

Peti Ais Berlumpur Tenggelam Banjir Jangan Terus Buang Selamatkan Cara Ni

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 109 hits
Perkakasan elektrik antara yang dirisaukan sepanjang musim banjir ini Risau air terkena barangan elektrik yang bernilai tinggi harganya seperti peti ais Pun begitu jika perkakasan elektrik yang berlumpur dan gagal untuk berfungsi seperti se...
Kerajaan Punya Cara Yang Terbaik Tak Ada Ko Pun Boleh Sampai

Kerajaan Punya Cara Yang Terbaik Tak Ada Ko Pun Boleh Sampai

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 111 hits
RMS Sumbangan kepada mangsa banjir akan disalurkan direct oleh ICU melalui data NADMA dan JKM DSZHKerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat kata Timb...
Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Laporan Produksi Yufid Bulan Desember 2024

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

7 Cara Mengatasi Rambut Rontok Berlebihan Yang Wajib Dicoba

The Boys Trio Korban Setia Chord

Resepi Kek Marjerin