8 Cara Panjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta
Assalamualaikum. Hari tu masa Ayue dah siap-siap nak keluar rumah, tiba-tiba kereta tak boleh start. Adoi! Dah lah suami kerja. Kereta ni memang Ayue saja yang pakai di rumah untuk keluar ke mana-mana dengan Qaayed. Apa nak buat ni? Bila tiba-tiba kereta tak boleh start macam ni, Ayue syak satu je. Bateri kereta habis! Berapa lama jangka hayat bateri kereta sebenarnya ya? Macam mana cara nak pastikan bateri kereta dah habis? Kalau betul bateri kereta dah kong, macam mana pula nak cas? Alamak semua benda Ayue tak tahu ni.
Ayue sama macam ramai wanita typical di luar sana yang hanya tahu menggunakan kereta, tapi tak pandai jaga. Hehe. Ye, mengaku diri sendiri sebab Ayue memang tahu bawa kereta je. Nak buat maintainance memang tak reti apatah lagi nk menjaga kereta. Semuanya suami yang uruskan. Tapi lepas ni insyaAllah dah serik. Atleast Ayue kena tahu juga sikit-sikit masalah kereta ye tak? Jadi di bawah ni Ayue senaraikan Tips dan Cara Panjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta anda serta persoalan tentang bateri kereta yang anda perlu tahu. Kalau anda ada tips lain boleh share ya?
Cara Panjangkan Jangka Hayat Bateri KeretaParkir di Tempat TeduhCabut Bateri Jika Kereta Ditinggalkan LamaHadkan perjalanan jarak dekatPasang bateri dengan betulMatikan semua lampu apabila keluar keretaBersihkan terminal untuk jaga jangka hayat bateriUji dan periksa bateri dengan kerapGunakan alat elektronik yang betul
1) Parkir di Tempat TeduhCuaca di Malaysia biasanya lebih panas berbanding negara-negara Eropah. Suhu cuaca yang tinggi mempercepatkan tindak balas kimia dalam bateri dan akhirnya melepaskan cas dengan lebih cepat. Cara terbaik untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda ialah dengan meletakkan kenderaan di tempat yang lebih teduh.
2) Cabut Bateri Jika Kereta Ditinggalkan LamaJika kereta ditinggalkan dan tidak dihidupkan terlalu lama, kereta anda mungkin tidak boleh dihidupkan lagi. Untuk mengelakkan situasi sebegini berlaku, anda disarankan untuk mencabut soket terminal negatif (penutup kabel hitam) pada bateri anda. Jika anda bimbang akan keselamatan kenderaan anda (penggera tidak diaktifkan jika bateri dicabut), anda boleh meminta pertolongan jiran atau rakan terdekat untuk menolong menghidupkan kereta anda setiap hari. Malah, jika anda perlu bekerja dari rumah (work from home), hidupkan kereta anda selama 10 minit sekurang-kurangnya setiap dua hari
3) Hadkan perjalanan jarak dekatMemandu kereta anda dengan sekejap menghalang bateri kereta daripada dicas sepenuhnya. Jadi, anda boleh mengekalkan kuasa bateri kereta dengan memandu lebih kerap dan juga memandu untuk tempoh yang lebih lama.
4) Pasang bateri dengan betulCara pemasangan bateri kereta yang betul penting untuk memastikan bateri tahan lebih lama kerana bateri yang tidak dipasang dengan betul dan ketat akan menyebabkan getaran pada bateri dan mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman bateri lalu menyebabkan litar pintas
5) Matikan semua lampu apabila keluar keretaPenggunaan lampu yang berpanjangan tanpa bateri dicas (kereta berjalan) akan menyebabkan bateri kong. Jadi pastikan tiap kali anda keluar kereta, semua lampu di kereta anda ditutup
6) Bersihkan terminal untuk jaga jangka hayat bateriTerminal bateri akan terhakis dari masa ke semasa. Pastikan ianya sentiasa dibersihkan daripada pembentukan sisa-sisa dan karat untuk panjangkan jangka hayat bateri kereta anda. Anda boleh bersihkan terminal dengan menggosok terminal dengan berus gigi yang dicelup dalam baking soda (serbuk penaik) yang dicampur dengan air. Bilas cucian tersebut air sejuk dan lap permukaan terminal dengan kain yang bersih hingga kering.
7) Uji dan periksa bateri dengan kerapAnda boleh menguji tahap voltan output bateri anda menggunakan penguji bateri untuk mengetahui keadaan semasa bateri anda dan berapa lama bateri kereta boleh tahan.
8) Gunakan alat elektronik yang betulMatikan fungsi eletronik seperti radio dan penghawa dingin ketika kenderaan tidak berjalan. Pastikan juga gajet atau aksesori lain seperti dashcam dan pengecaj telefon menepati spesifikasi dan had voltan pada soket kereta anda
Bacaan Bateri KeretaBagaimanakah hendak mengetahui kuasa bateri? Ada 3 cara boleh dilakukan antaranya:
Perhatikan tetingkap indikatorGuna multimeterHantar ke kedai bateri, minta mekanik periksa
Jika anda mahu beli multimeter, seeloknya jenis digital supaya mudah dibaca. Paling mudah, pergi ke kedai bateri dan minta mekanik periksa. Jangan lupa tanyakan berapa baki peratus kuasa bateri dan minta dia tunjukkan.
Fungsi Bateri KeretaBateri kereta berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin dan menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Bateri kereta adalah alat yang penting dalam sistem elektrik kenderaan dan merupakan bahagian yang perlu diganti setiap dua tahun.
Tanda Bateri Kereta KongKebanyakkan kereta moden hari ini sudah mampu memberikan isyarat awal yang menunjukkan bateri kereta sudah lemah. Antaranya:
Sistem penggera jadi tidak menentu seperti berbunyi tiba-tibaKeluar pelbagai mesej amaran secara rawakRadio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi perlu diset semulaJam perlu kerap diset semula atau tidak lagi menunjukkan waktu yang tepatLampu kereta jadi malap dan terkedip-kedip
Jenis Bateri Kereta1) Sel Basah atau KeringSemua bateri kereta sebenarnya mempunyai sel basah di dalamnya. yang membezakannya adalah sama ada bateri tersebut memerlukan penyelenggaraan atau tidak. Walaupun bateri kereta sel kering bebas penyelengaraan dan tidak memerlukan penambahan air elektrolit (bateri tradisional masih memerlukan air suling), anda perlu memeriksa terminal bateri untuk mengelakkan sebarang kakisan. Satu-satunya kelemahan bateri bebas penyelengaraan adalah ia tidak bertahan lama berbanding bateri tradisional air suling.
2) Bateri Gel dan AGMBateri kereta biasanya mempunyai jangka hayat sekitar dua tahun. Tapi kalau anda mahukan bateri kereta yang mampu bertahan sehingga lima tahun, anda boleh cuba bateri gel (atau juga dikenali sebagai sel gel) dan Absorbent Glass Mat (AGM). Berbanding bateri biasa, cas bateri ini lebih kuat, prestasi tidak merosot dengan cepat dan tahan lebih lama dalam simpanan. Cuma, makin tinggi jangka hayat bateri, makain tinggi lah harganya kan.
Suka artikel ni? Jangan lupa share tau
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2020/12/cara-panjangkan-jangka-hayat-bateri-kereta.html