8 105 Pelajar Tingkatan Lima Mrsm Mula Sesi Persekolahan


 Wartawan SuaraMerdeka

SERAMAI 8,105 pelajar Tingkatan Lima dari 53 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara akan memulakan sesi persekolahan mulai hari ini dan esok, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 36,789 pelajar MRSM, yang akan memulakan sesi pengajian di maktab masing-masing dalam suasana kebiasaan baharu sebelum mereka menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Menurutnya, MRSM Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dibuka hari ini manakala MRSM Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak serta Selangor) esok.
Azizah berkata MARA telah merangka garis panduan pembukaan semula MRSM selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pendidikan, dan garis panduan ini perlu dipatuhi oleh waris pelajar dan para pelajar terbabit.
Garis panduan itu antara lain memperincikan tanggungjawab pentadbir MRSM, peranan guru terutama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bersesuaian, peranan pelajar daripada aspek penjagaan kesihatan diri serta pengamalan normal baharu serta peranan ibu bapa masing-masing, katanya.
“Semua pengetua dan tenaga pengajar sudah bersiap sedia untuk memulakan sesi persekolahan ini dengan memastikan bilik asrama dan setiap kelas disiapkan dengan mengikuti SOP ditetapkan termasuk amalan penjarakan sosial,” katanya kepada pemberita selepas melawat MRSM Kota Kinabalu, di Papar, dekat sini, hari ini.
Dalam pada itu, sesi pembelajaran secara dalam talian yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar MRSM dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan diteruskan bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat, katanya.
Peperiksaan SPM bermula 6 Januari tahun depanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula telah membuat penjadualan semula buat kali kedua takwim peperiksaan di bawah kementerian itu dengan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini dipinda ke 6 Jan hingga 9 Feb tahun depan.
Peperiksaan itu sebelum ini dijadual bermula 16 Nov hingga 7 Dis ini, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang sepatutnya bermula 23 hingga 30 Jun ini bagi ujian bertulis dan ujian lisan dipinda ke tarikh baharu iaitu 17 Ogos hingga 30 Sept ini.
Sesi pertama peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 24 Mei ini bagi semester tiga dan semester satu akan dipinda kepada 3 hingga 14 Ogos ini dan 28 hingga 9 Okt ini.
Tarikh peperiksaan bagi sesi kedua untuk semester keempat dan semester kedua SVM juga dipinda iaitu masing-masing dari 21 Okt hingga 8 Nov dan 14 hingga 30 Okt ini kepada 18 hingga 29 Jan 2021 dan 17 hingga 28 Mei 2021. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/8105-pelajar-tingkatan-lima-mrsm-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 000 Pelajar Memulakan Sesi Persekolahan Di Johor

50 000 Pelajar Memulakan Sesi Persekolahan Di Johor

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 267 hits
JOHOR BAHRU Lebih 50 000 pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam melibatkan 234 buah sekolah memulakan sesi persekolahan di seluruh Johor pada hari ini Exco Pendidikan Penerangan Warisan dan Budaya Negeri Johor Mazlan Bujang berkata semua...
Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016 2017

Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016 2017

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 949 hits
Sijil Matrikulasi Dihantar Terus Kepada Bekas Pelajar Mulai Sesi 2016 2017 Ini adalah penjelasan daripada apa yang saya baca dari website dan blog blog informasi berkenaan status sijil matrikulasi bekas pelajar Pada mulanya saya tercari car...
Sesi Persekolahan Dibuka Secara Berperingkat Bermula 15 Julai

Sesi Persekolahan Dibuka Secara Berperingkat Bermula 15 Julai

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 290 hits
Bagi murid tahun 1 hingga 4 pada minggu berikutnya 22 Julai PUTRAJAYA Pelajar tingkatan satu hingga empat dan pelajar kelas peralihan serta murid tahun lima dan enam akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai ini Menteri Kanan Dr Mohd Radzi M...
Kementerian Pupr Bangun 21 915 Rumah Di Papua Dalam Lima Tahun Terakhir

Kementerian Pupr Bangun 21 915 Rumah Di Papua Dalam Lima Tahun Terakhir

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 271 hits
Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan rakyat telah menyalurkan Program Bantuan Stimulan Perumahan Swadaya untuk 21 915 unit rumah di Provinsi Papua Total anggaran Program BSPS Kementerian PUPR dari tahun 2016 hingga 2020 di Provinsi Papu...
Ini Lima Perkara Penting Kenyataan Media Pkpp Hari Ini

Ini Lima Perkara Penting Kenyataan Media Pkpp Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 392 hits
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada Sabtu 20 Jun 2020 INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI 1 Polis ...
Anda Jenis Panas Baran Ketahui Lima Kaedah Redakan Marah Dengan Cepat Dari Sudut Sains Ini

Anda Jenis Panas Baran Ketahui Lima Kaedah Redakan Marah Dengan Cepat Dari Sudut Sains Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 992 hits
Anda seorang yang panas baran Jika ya artikel ini sangat menarik untuk anda baca ia boleh membantu anda untuk keluar dari masalah ini Biasanya yang kita dengar salah satu cara nak redakan marah dari sudut agama adalah dengan berwudhuk Tapi ...
Lima Teori Konspirasi Yang Terbukti Benar

Lima Teori Konspirasi Yang Terbukti Benar

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 325 hits
Di dalam setiap situasi bencana selalu ada sekelompok orang yang mengeluarkan teori konspirasi Mulai dari pembunuhan Kennedy hingga Pemboman di Boston Kebanyakan dari teori tersebut tidak berdasar dan terdengar gila Namun kadang hal yang pa...
Lima Unit Kedai Musnah Dalam Kebakaran

Lima Unit Kedai Musnah Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 449 hits
KUALA PILAH 18 Jun Lima unit kedai dua tingkat musnah dalam satu kebakaran di sini kira kira pukul 11 10 malam tadi Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata 40 pegawai dan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp