7th Anniversary Surprise For Husband
Surprise Plannner Terbaik KL
Ya Allah, dah lambat nak update, tapi nak juga update pasal anniversary, busy yang amat lah korang! selalu curi masa di office update blog, tapi tak sempat!!! Nampak tak betapa busy nya Puan Safura ni, kahhhh!
As usual, setiap kali anniversary, aku akan buat surprise untuk suami tersayang, tak kira lah apa pun, mesti akan bagi dia hadiah. Hadiah ni bukan apa tau, tak kira lah murah ke mahal, ianya adalah salah satu tanya ingatan dan tanda kita appreciate pasangan kita. Bagi aku, ko bagi seketul coklat cadbury pun aku dah happy sangat dah!
Tahun ni laki aku dapat 2 kali surprise, best kan!!! betapa sayangnya puan safura kepada suami beliau, 2 kali wooo bagi hadiah. HAHAHA.
Anniversary kami 28 Oktober tau, aku dok pening fikir nak bagi apa, sekali ting masuk idea, ok hadiahkan smart phone lah kat dia, sebab note 3 dia tu dah nazak gila wei, jatuh, pecah, excident lagi, suami aku masih pakai ( setia orangnya haha ), so cakap dalam hati, nak hadiahkan fon lah, mesti dia happy, so deal dengan adik ipar, dia terror sikit bab iphone ni, deal punya deal, tak sempat 28hb, awal Okbotber dah bagi hadiah tu, HAHA. lawak gila!
Takpe lah bagi awal pun, boleh dia guna, practice snap pic aku lawa-lawa pakai i-phone. AHAHAHA. nampak tak permainan dia mcm mana, lols!
Tapi, dah nak dekat-dekat anniversary pun, aku bagi lagi surprise, tamak surprise weiii! hahaha. Bukan apa, seronok tengok pasangan happy, aku yang rasa nak nangis, lols!
Tapi kalini punya surprise, aku gunakan khidmat TEDDY PRANK, Surprise Plannner KL paling terbaik skali, sebab apa aku cakap macam tu? sebab dah dua kali aku guna khidmat Teddy Prank, memang tak pernah mengecewakan.
Jumaat 26hb 10am, seperti yang dijanji kan, staff teddy prank dah terpacak depan office laki aku untuk surprise kan dia, terbaik kan! hahaha. Suami aku terkejut gila. Dulu aku surprise kan laki aku sempena 30th Birthday dia, now lagi skali utk 7th anniversary.
Apa yang aku suka tentang Surprise Planner KL ( Teddy Prank ) ni,
1. Dorang cover seluruh KL dan Selangor, so nak surprise siapa-siapa dan dimana area selangor dan KL, semua dorang cover, jangan risau!
2. Harga pakej ada bermacam-macam, cakap je nak budget macam mana, nak bunga sahaja ke, nak tambah kek? nak tambah coklat, nak tampah ayat-ayat cinta, semua boleh.
3. Hasil kerja tangan yang kemas, kalau korang tengok hasil hiasan bunga, coklat, semua kemas, takde nampak cincai-cincai punya kerja, yang tu memang aku salute, cantik sangat.
4. Staff yang sangat berdedikasi dan tak malu nak snap picture dan buat video orang yang di surprise kan, staff mereka sangat friendly, suami aku pun puji.
Tengok lah muka laki aku tu, terpancar NUR di wajah kan. hehehe.
So dengan Teddy prank, tak kisah lah nak mcm mana pun, boleh request ok! jangan risau, tapi jangan lah dah request macam-macam, tapi nak delivery esoknya, mau berkicap tokei nak memikir hadiah, hahaha. Better benda macam ni, plan awal-awal tau, korang pun senang.
Sekian cerita anniversary aku, tahun depan kita fikir lain pulak, nak bagi hadiah apooo, pening lah nak fikir hadiah lelaki ni. hahaha.
Muka teruja tengok hadiah dia. hehe. I love U sayang
Tentang Teddy Prank :
Facebook: @teddyprank4uInstagram: @teddyprank019-7564019📞 http://www.wasap.my/60197564019
Boleh terus wasap untuk apa-apa pertanyaan ok! Selain suami, boleh je nak surprise tok, nenek, adik, kakak, mak, or artis kesayangan korang maybe? hahaha WHY NOT kan! Try lah! or maybe JODOH korang, hello jodoh! hehe. Gud Luck tau!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.safurara.com/2018/12/7th-anniversary-surprise-for-husband.html