75 Premis Diarah Tutup Dalam Tempoh Seminggu


Oleh Afiq Mohd. Shah SEBANYAK 75 premis telah diarahkan tutup sepanjang tempoh seminggu di antara 25 Jun hingga semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid (GAMBAR HIASAN) SEBANYAK 75 premis telah diarahkan tutup sepanjang tempoh seminggu di antara 25 Jun hingga semalam menerusi operasi pematuhan yang dilaksanakan pihak berkuasa.
Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 726 premis telah dikenakan kompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 132,633 premis perniagaan, kilang dan asrama pekerja telah diperiksa antara 25 Jun sehingga semalam.
Kata beliau, untuk semalam sahaja, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan 2,719 pemeriksaan ke atas kilang, 15,981 premis perniagaan dan 94 asrama penempatan pekerja.
Daripada jumlah itu, Ismail Sabri memaklumkan, lima kilang dan 10 premis telah diarahkan tutup kerana dikesan melanggar SOP dan arahan kerajaan.
“Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana telalu banyak pelanggaran arahan kerajaan serta SOP yang telah diwartakan.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 97,561 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 20,781 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri turut memberitahu seramai 636 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar SOP menerusi pemantauan sama yang dilakukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 597 individu telah dikenakan kompaun manakala 39 lagi direman.
Menurut Ismail Sabri, kesalahan tertinggi yang dicatatkan semalam adalah cubaan merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis melibatkan 182 individu.
Beliau berkata, seramai 116 lagi telah ditahan kerana tidak menjaga penjarakan fizikal manakala 94 lagi individu gagal merekod butiran diri atau mendaftar masuk premis.
“Seramai 89 orang telah dikesan tidak memakai pelitup muka dan 54 individu lagi tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan.
“Selain itu, 25 ditangkap kerana membawa penumpang berlebihan; 14 premis gagal mematuhi arahan dan enam lagi disebabkan aktiviti di pusat hiburan,” jelas beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/75-premis-diarah-tutup-dalam-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kilang 11 Premis Langgar Sop Diarah Tutup

Dua Kilang 11 Premis Langgar Sop Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 245 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR Gambar hiasanPETALING JAYA Sebanyak dua kilang dan 11 premis perniagaan diarahkan tutup semalam kerana melanggar Prosedur Operasi Standard bagi membendung penularan wabak Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Pasar Datuk Keramat Diarah Tutup Seminggu Kerana Covid 19

Pasar Datuk Keramat Diarah Tutup Seminggu Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 160 hits
DBKL memaklumkan penutupan perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada operasi sanitasi di seluruh kawasan pasar berkenaan PETALING JAYA Pasar Datuk Keramat diarahkan tutup selama seminggu bermula esok hingga 14 Julai in susulan pengesanan k...
Kilang Sarung Tangan Diarah Tutup Dikompaun Langgar Sop

Kilang Sarung Tangan Diarah Tutup Dikompaun Langgar Sop

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 253 hits
Kilang sarung tangan diarah tutup dikompaun langgar SOP Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 2021 10 11PM
Diskaun 5 Hingga 40 Peratus Bil Elektrik Bagi Tempoh 3 Bulan Mulai Bil Julai Ini Pm

Diskaun 5 Hingga 40 Peratus Bil Elektrik Bagi Tempoh 3 Bulan Mulai Bil Julai Ini Pm

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 262 hits
Terkini bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mulai Julai ini
Moratorium Pengeluaran I Sinar Diumum Dalam Tempoh Terdekat

Moratorium Pengeluaran I Sinar Diumum Dalam Tempoh Terdekat

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 178 hits
AGENDA DAILY Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Kerajaan akan mengumumkan bantuan menerusi moratorium bank dan kemudahan pengeluaran i Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam masa terdekat Menteri Kewangan Tengku...
Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya

Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 225 hits
Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memutuskan bahawa sektor Kredit Komuniti atau Pemberi Pinjam Wang yang berdaftar dengannya adalah dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah K...
Zahid Beri Tempoh 14 Hari Akar Umbi Desak Pemilihan Disegerakan

Zahid Beri Tempoh 14 Hari Akar Umbi Desak Pemilihan Disegerakan

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 243 hits
Jika Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh mendesak sidang Parlimen dibuka segera dengan memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional ia bermakna pemilihan parti juga boleh diadakan secepat mungkin tahun ini kata ak...
Lebih 150 Kemalangan Babit Penghantar Makanan Dalam Tempoh 3 Bulan

Lebih 150 Kemalangan Babit Penghantar Makanan Dalam Tempoh 3 Bulan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 195 hits
Menurut Perkeso pampasan lebih RM1 bilion dibayar setiap tahun untuk kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya kebanyakannya melibatkan pekerja penghantaran KUALA LUMPUR Lebih 150 kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang m...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient