Zahid Beri Tempoh 14 Hari Akar Umbi Desak Pemilihan Disegerakan



(Agenda Daily) – Jika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh mendesak sidang Parlimen dibuka segera dengan memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional, ia bermakna pemilihan parti juga boleh diadakan secepat mungkin tahun ini, kata akar umbi.
Zahid perlu berlaku adil dengan gesaannya berhubung pembukaan sidang Parlimen dan tidak berdolak-dalik dalam isu pemilihan parti memandangkan parti juga kini berdepan permasalahan hal dalaman termasuk kredibiliti melibatkan Presiden itu.
Seorang pemimpin akar umbi, Timbalan Ketua UMNO Setiawangsa, Datuk Mohd. Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah menyifatkan selain sidang Parlimen menjadi keutamaan Zahid, beliau juga perlu memberikan perhatian dalam kemelut dalaman yang dihadapi parti ekoran timbul sokongannya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM).
“Ini bagi membersihkan nama Presiden dan yang paling utama nama baik UMNO. Ini juga perlu diselesaikan segera.
“MKT (Majlis Kerja Tertinggi) perlu mesyuarat dan mengumumkan keputusan mereka berkenaan mesyuarat perwakilan dan segala isu berbangkit mengikut segala aturan yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, tempoh 14 hari yang diberikan Zahid menerusi kenyataan selepas Mesyuarat Biro Politik baru-baru ini boleh mengelirukan rakyat.
“Maka, timbul persoalan siapa yang mengeluarkan kenyataan 14 hari tersebut? Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa.
“Maka, adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak untuk menetapkan sebarang tarikh bagi memanggil sidang parlimen kecuali Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.
Terdahulu, seorang pemimpin senior parti, Datuk Seri Nazri Aziz membidas Zahid supaya tidak memandai-mandai membuat keputusan bersendirian tanpa berbincang terlebih dahulu berhubung tempoh 14 hari yang diberikan kepada Kerajaan PN untuk membuka sidang Parlimen.
Nazri berkata Zahid sekali lagi membuat keputusan tanpa merujuk kepada Ahli Parlimen UMNO apabila membuat desakan tempoh 14 hari terhadap kerajaan yang disifatkannya adalah sama sekali tidak wajar.
“Saya tengok Zahid tak panggil mesyuarat Majlis Tertinggi, dia sendiri sahaja tak bincang dengan kita.
“Ini tak betul 14 hari tak boleh berlaku memang satu desakan yang tak boleh berlaku ingat panggil lah Ahli-Ahli Parlimen jangan pandai-pandai sendiri sahaja,” katanya kepada Agenda Daily semalam.
Minggu lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli-ahli Dewan Rakyat.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/23/zahid-beri-tempoh-14-hari-akar-umbi-desak-pemilihan-disegerakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Senada Dengan Pembangkang Beri Tempoh 14 Hari Buka Parlimen

Zahid Senada Dengan Pembangkang Beri Tempoh 14 Hari Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 209 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan Perikatan Nasional untuk menjalankan sidang Parlimen dalam masa 14 hari bermula daripada tarikh hari ini sepertimana yang dititahkan oleh Tuanku supaya Parlimen dibuka segera Jel...
Zahid Bawa Suara Akar Umbi Umno Menghadap Agong Esok Kata Puad

Zahid Bawa Suara Akar Umbi Umno Menghadap Agong Esok Kata Puad

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 272 hits
June 10 2021 10 06 PMMohd Puad Zarkashi berkata esok Ahmad Zahid Hamidi akan membawa suara akar umbi Umno dan rakyat dalam menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan...
Tempoh 14 Hari Ismail Sabri Sanggah Keputusan Zahid Tak Bincang Dengan Mt

Tempoh 14 Hari Ismail Sabri Sanggah Keputusan Zahid Tak Bincang Dengan Mt

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 253 hits
Tempoh 14 hari diberi diberikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pembukaan Parlimen bukan keputusan dasar parti tersebut memandangkan ia tidak dibawa dibincang dalam Majlis Tertinggi kata Naib Presidennya Datuk...
Jangan Putar Belit Tempoh 14 Hari Diberikan Umno Puad Beritahu Shahidan

Jangan Putar Belit Tempoh 14 Hari Diberikan Umno Puad Beritahu Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 240 hits
June 23 2021 Puad Zarkashi berkata Shahidan Kassim membuat tuduhan serius bahawa tempoh 14 hari diberikan Umno kepada kerajaan PN adalah ugutan PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi meminta Pengerusi Majlis Ahli Parli...
Hargai Kesetiaan Ahli Akar Umbi

Hargai Kesetiaan Ahli Akar Umbi

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 253 hits
Jumlah keahlian UMNO masih paling banyak berbanding mana mana parti yang ada di Malaysia Biarpun UMNO hilang kuasa pada PRU14 kesetiaan ahli akar umbi masih utuh Hanya sebilangan kecil pemimpin yang bacul untuk kepentingan diri sendiri meni...
Kecewa Dengan Pembahas Suara Akar Umbi Di Sabotaj Demi Jaga Nama Seekor Unta Tua

Kecewa Dengan Pembahas Suara Akar Umbi Di Sabotaj Demi Jaga Nama Seekor Unta Tua

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 290 hits
KUANTAN Suara akar umbi disabotaj demi jaga nama seekor unta tua demikian satu lagi kenyataan panas yang dibuat oleh ahli Parti Keadilan Rakyat Pahang Wan Fauzuldin Wan Samad di hari ini Beliau yang juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Paya...
Cukup Cukuplah Zahid Heret Umno Sokong Cikgunya Buat Pemilihan Segera

Cukup Cukuplah Zahid Heret Umno Sokong Cikgunya Buat Pemilihan Segera

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 248 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diingatkan rakan pemimpin senior dalam parti Datuk Seri Nazri Aziz supaya berhenti daripada mengheret parti itu untuk menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga dianggap sebagai cik...
Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 217 hits
June 24 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didesak menjelaskan siapa di kalangan Ahli ahli Parlimen UMNO yang menandatangani akuan bersumpah agar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ketua UMNO Bahagian Padang Besar...
Notis 14 Hari Zahid Atau Umno Yang Pentingkan Diri Sendiri

Notis 14 Hari Zahid Atau Umno Yang Pentingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 297 hits
Kalau dibaca kenyataan media Presiden UMNO yang mendesak agar Parlimen bersidang dalam masa 14 hari nampak hebat sekali penegasannya dan kalau kita tidak memahami keadaan kita diperbodohkan dengan mudah oleh Zahid Sebenarnya kenyataan Zahid...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida