Geng Plastik Ija Kekalkan Kebersihan Pantai Terengganu


BH ONLINE Sukarelawan Geng Plastik Ija membawa sampah yang dikumpul ketika ditemui di Pantai Pandak, Kuala Terengganu. - Foto BERNAMA KUALA TERENGGANU: Keindahan kawasan pantai sepanjang 244 kilometer di Terengganu yang berlatarbelakangkan kepulauan Laut China Selatan sememangnya memukau setiap mata memandang.
Namun pemandangan lautan biru yang mempesonakan itu ada kalanya dicacatkan dengan 'kehadiran' sampah-sarap di pesisir pantai, angkara sikap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati.
Kecewa dengan keadaan itu, kira-kira 100 ahli 'Geng Plastik Ija' (GPI) ('Ija' bermaksud hijau dalam dialek Terengganu) yang antaranya adalah golongan profesional, sepakat mengambil inisiatif mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai serta pulau pada setiap hujung minggu.
Pengerusi GPI, Zulkefli Sarji berkata sejak pertubuhan itu diwujudkan pada 2017, setiap minggu sudah menjadi kebiasaan buat ahli memakai baju t rasmi berwarna hijau dan membawa plastik sampah yang juga berwarna hijau mengutip sampah-sarap di sekitar pantai.
"Pada mulanya hanya saya dan isteri Normazita Ali, 45, sahaja yang melakukan aktiviti ini secara sukarela kerana kami selalu menghabiskan waktu petang dengan berjalan-jalan di pantai. Namun kami berasa 'sakit mata' melihat begitu banyak sampah dan sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung jadi kami pun mula mengutip sampah.
"Selepas itu ada pula rakan-rakan kami yang berminat untuk turut serta (mengutip sampah) dan mereka menguar-uarkan aktiviti ini di media sosial. Kemudian ahli kami semakin berkembang sehinggalah tertubuhnya GPI ini," kata jurutera sebuah syarikat minyak dan gas yang berumur 52 tahun itu ketika ditemui Bernama pada program pembersihan Pantai Pandak di Chendering, di sini.
Zulkefli berkata pada peringkat awal penubuhan, aktiviti GPI lebih banyak tertumpu di pantai sekitar Kemaman dan Dungun memandangkan kebanyakan ahli berasal dari kedua-dua daerah itu.
Namun pada 2019 seiring dengan pertambahan ahli termasuk dari Kuala Terengganu, GPI melebarkan aktiviti mereka ke kawasan pantai sekitar Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Besut.
Zulkefli berkata selain menganggap apa yang dilakukan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab fardu kifayah, mereka juga berharap ia dapat menjadi contoh yang baik dan membuka mata masyarakat untuk turut sama menjaga kebersihan pantai.
"Pantai ini adalah magnet rezeki. Apabila pantai cantik dan bersih akan ramai orang termasuk dari luar Terengganu datang berkunjung. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan kerana mereka boleh berniaga makanan dan sebagainya," katanya.

Sampah di sekitar pantai yang berjaya dikumpul sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) ketika ditemui di Pantai Pandak, Kuala Terengganu. - Foto BERNAMAZulkefli berkata pihaknya turut membabitkan penyertaan kumpulan pelajar termasuk daripada pusat tahfiz dan sekolah sebagai usaha melahirkan golongan muda yang lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.
Sementara itu wakil GPI dari Kuala Terengganu, Dr Mohd Arif Hafizi, 31, berkata antara kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh ahli kumpulan itu apabila mereka berjaya mengumpul 389 kilogram sampah hanya dalam tempoh beberapa jam melakukan aktiviti pembersihan di Pantai Kemasik, Kemaman pada Ogos tahun lalu.
Beliau berkata kebiasaannya sebanyak 70 hingga 80 peratus sampah yang terdapat di pesisir pantai adalah sampah bawaan ombak seperti pukat nelayan dan botol kaca, manakala selebihnya adalah sampah yang dibuang oleh pengunjung seperti sisa makanan, tisu dan plastik minuman.
"Walaupun jumlahnya banyak namun sampah bawaan ombak selalunya hanya muncul pada musim tengkujuh sahaja. Berbeza dengan sampah yang dibuang orang ramai, walaupun lebih sedikit tetapi ia ada pada setiap masa tidak kira apa sahaja musim.
"Sampah seperti plastik makanan dan minuman yang paling merisaukan kerana ia susah untuk reput dan mampu mengancam hidupan laut sekiranya dibawa ombak hingga ke tengah laut," katanya yang juga seorang pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Dr Mohd Arif yang melakukan aktiviti sukarela bersama isteri Dr Fatin Nurliyana Mohd Zain, 28, berkata sampah seperti botol plastik, kertas dan sebagainya akan dihantar ke pusat kitar semula.
Seorang peserta termuda, Aufa Irdina Najmi Mohd Nazri, 12, yang berasal dari Kemaman berkata setiap hujung minggu dia sanggup bangun seawal 5 pagi untuk mengikut bapa Mohd Nazri Abdullah, 47, dan ibu Shamni Mohamad, 45, untuk mengutip sampah di pantai.
"Kalau program pembersihan di pantai yang jauh dari Kemaman seperti Kuala Terengganu, saya dan adik-adik akan bangun lebih awal kerana kami perlu bertolak pada 5 pagi. Walaupun letih tetapi saya seronok kerana selepas pantai dibersihkan kami dapat bermain di persekitaran pantai yang cantik dan bersih," katanya.
Aufa Irdina Najmi yang menyertai aktiviti pembersihan pantai bersama adik-adiknya iaitu Mohd Dafiq Dayan Najmi, 9, dan Aissa Balqish Najmi, 6, juga ingin menjadi contoh kepada rakan-rakan seusianya untuk bersama-sama menjaga kebersihan kawasan pantai dan pulau.– BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/geng-plastik-ija-kekalkan-kebersihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Said Isytihar Umno Tanding Semua Kerusi Parlimen Dan Dun Di Terengganu

Ahmad Said Isytihar Umno Tanding Semua Kerusi Parlimen Dan Dun Di Terengganu

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 324 hits
April 3 2021 UMNO Terengganu meneruskan hasrat untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum akan datang sekali gus tidak memberi laluan mudah kepada Bersatu mahupun Pas Pengerusinya Datuk Seri ...
839 Dapat Kerja Dalam Karnival Pekerjaan Terengganu

839 Dapat Kerja Dalam Karnival Pekerjaan Terengganu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 295 hits
KUALA TERENGGANU Karnival PenjanaKerjaya Negeri Terengganu 2021 yang berakhir semalam berjaya membantu 839 individu mendapatkan pekerjaan yang sesuai sepanjang dua hari ia berlangsung Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman Pengerusi Jawatankuasa Keusah...
No More Muafakat Nasional In Terengganu Says Umno Leader

No More Muafakat Nasional In Terengganu Says Umno Leader

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 332 hits
Terengganu Umno chief Ahmad Said says there is no such thing as muafakat between the party and PAS in the state despite both parties being partners at the national level through Muafakat Nasional since September 2019 Ahmad said this was evi...
Pas Terengganu Bungkus Jika Tidak Tunai Janji Bertembung Umno Pru 15

Pas Terengganu Bungkus Jika Tidak Tunai Janji Bertembung Umno Pru 15

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 365 hits
Cadangan Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang ditemui di Perhimpunan Agung Umno semalam bahawa Pas dan Umno perlu bertanding secara mesra bagi menentukan parti manakah yang lebih disukai rakyat untuk memerintah Terengganu pa...
Tangkapan Kes Edar Dadah Di Terengganu Meningkat Mendadak

Tangkapan Kes Edar Dadah Di Terengganu Meningkat Mendadak

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 368 hits
KUALA TERENGGANU 11 Syaaban 1442H Khamis Tangkapan membabitkan kes pengedaran dadah di Terengganu meningkat secara mendadak dengan nilai rampasan sebanyak RM2 06 juta direkodkan sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini Ketua Polis Nege...
Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 373 hits
Adam Abu BakarKUALA LUMPUR Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said mendakwa tiada istilah muafakat di negeri berkenaan antara partinya dengan PAS walaupun di peringkat pusat kedua dua parti Melayu Islam itu secara rasmi menjalinkan kerjasama m...
Yuslaini Buat Laporan Polis Ekoran Tiada Permohonan Maaf Dari Pkr Terengganu

Yuslaini Buat Laporan Polis Ekoran Tiada Permohonan Maaf Dari Pkr Terengganu

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 491 hits
Ketua Wanita Muda AMK Terengganu Yuslaini Azmi telah menuntut kenyataan maaf dari Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Terengganu Syed Mohd Al Amin bin Tuan Sharif diatas satu kenyataan dikeluarkan yang mendakwa beliau di tahan di bawah ...
Pas Agak Terancam Di Terengganu Kata Husam

Pas Agak Terancam Di Terengganu Kata Husam

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 201 hits
Apa yang lebih Islamnya kerajaan negeri Terengganu di bawah Pas dengan Umno dan Terengganu dengan negeri negeri lain Bekas Naib Presiden AMANAH Senator Datuk Husam Musa berpendapat kerajaan Pas Terengganu boleh jatuh pada Pilihan Raya Umum ...
Pidato Ezam Sempena Pelancaran Gerak98 Negeri Pahang Malam Ini Di D Peria Cafe Kg Seri Cempaka Jln Pantai Sepat Kuantan

Pidato Ezam Sempena Pelancaran Gerak98 Negeri Pahang Malam Ini Di D Peria Cafe Kg Seri Cempaka Jln Pantai Sepat Kuantan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 265 hits
Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia yang diasaskan oleh Almarhum Us Fadzil Noor pada tahun 1998 menggabungkan ramai tokoh pembangkang ketika itu bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan Pertubuhan ini lahir ketika rejim Mahathir...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Cave Cartography Mapping The Hidden Worlds Beneath Our Feet

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Dalam Kepala Anak Ada Air

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Editing Tools For Drawing

Drama Hilang Dalam Rindu