7 Tips Banyakkan Susu Badan Supaya Kuning Cepat Turun
Risau bila bayi jadi kuning? Nah ini 7 tips untuk banyakkan susu badan. Tips nombor 7 tu paling penting tau
Jom teruskan membaca.
7 Tips Banyakkan Susu Badan Selepas Baru Melahirkan
Aduh risaunya kalau dah kuning macam ni.
1- Kerapkan Penyusuan Secara LangsungIni juga kita sebut sebagai 'direct breasfeeding', di mana ibu terus menyusukan bayi. Sentuhan kulit ibu ke bayi ini akan merembeskan hormon yang akan menggalakkan penghasilan susu
Susukan bayi sekerap yang mungkin. Tidak perlu tunggu 2-3 jam, lihat saja kiu atau tanda yang bayi anda tunjuk.
2- Pam Selepas MenyusukanSetiap kali selepas bayi menyusu pamkan sebentar dalam 10-15 minit. Ini bagi memastikan payudara benar-benar kosong
Payudara yang kosong akan menghasilkan lebih banyak susu.
Anda boleh saja pam menggunakan tangan atau gunakan alat pam manual atau elektrik
3- Minum Air SecukupnyaElakkan dari menyekat pengambilan air sewaktu berpantang. Air ini penting bagi melancarkan proses membanyyakkan susu badan
Minum sedikit-sedikit tapi kerap
Cuba sebaiknya untuk habiskan 2-3 liter setiap hari. Selain itu, air yang cukup akan mempercepatkan proses penyembukan luka selepas bersalin
4- Makan Makanan SeimbangPenjagaan makanan ketika mengandung haruslah diteruskan semasa berpantang. Ibu dinasihatkan untuk makan makanan yang seimbang ketika berpantang
Ambil karbohidrat seperti nasi secukupnya. Pilih protein yang baik seperti ikan atau ayam, jika anda serius untuk banyyakkan susu amalkan Energizing Soy Protein (ESP)
ESP ini adalah diperbuat dari kacang soya non-GMO dan ia adalah sumber protein paling baik. Mudah tercerna dan meresap ke dalam badan sebagai protein penuh. Berbeza dengan protein sumber haiwan, di mana kebanyakkan nutrisi protein ini hilang sewaktu proses penyediaan
ESP ini juga baik untuk mengelakkan rasa asyik lapar ketika menyusukan anak. Dan ia juga baik untuk anda yang mahu cepat turunkan berat dan kembali ramping
5- Amalkan Makanan 'Milk Booster'Terdapat pelbagai pilihan makanan yang bersifat 'milk booster' (makanan penggalak susu)
Contohnya kacang soya, kurma, sayuran hijau, oat, kacang badan dan pelbagai lagi
Tapi anda mesti ingat, apa pun makanan yang dipilih ambil secukupnya ya
6- Bersangka BaikTerus saja fikirkan yang susu badan anda banyak dan cukup untuk si anak. Sentiasa bersangka baik supaya tips 1-5 dapat membantu anda menambahkan susu
Ingat apa saja yang kita lakukan itu hanyalah sebab susu badan menjadi banyak. Hakikatnya Allah yang memberikan rezeki itu.
7- BertenangIni adalah tips terpenting, sentiasa bertenang. Walaupun pada awalnya tiada hasil yang anda nampak. Teruskan usaha dan tetaplah bertenang. Yakinlah Allah akan sentiasa membantu hambaNya yang meminta pertolongan
Orang yang bertenang pasti akan menang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://welovesusuibu.blogspot.com/2019/09/7-tips-banyakkan-susu-badan.html