7 Sebab Saya Hantar Anak Ke Asrama Smka


 7th November lepas telah bermulanya sesi persekolahan kakak Alya selepas beberapa lama PDPR di rumah.Antara bersedia atau tidak,mama terpaksa relakan dan menyediakan persiapan kakak ke asrama.Mungkin kakak Alya sudah pandai buat kerja-kerja rumah apatah lagi mama sekarang dalam tempoh berpantang,agak rasa berat hati untuk melepaskan kakak .Namun,untuk kebaikannya mama terpaksa merelakan untuk berjauhan dengan kakak.



Kakak Alya dapat panggilan sebuah sekolah menengah agama untuk intake ke 2 selepas permohonan pertama gagal.Menggunakan result UPKK yang sedikit agak baik,mama cuba buat surat rayuan dan akhirnya diterima untuk intake ke 2 di sebuah sekolah SMKA kluster kecemerlangan
Nak mohon MRSM dan SBP rasanya tidak iterima,sebab Alya akademik so-so sahaja tidak sebijak mamanya heheh,namun untuk subjek sekolah agama,ia lebih menyerlah berbanding sekolah biasa.Dari segi tulisan jawi,hafalan dan bahasa arab,kakak Alya nampak lebih cepat pick up.Jadi dapat SMKA pun dah rasa bersyukur sangat.
Mama dan papa rancang kakak masuk asrama dari dia sekolah rendah lagi.Cuma bezanya kami terawal daftarkannya,jika dia masuk asrama form 4 & 5 pun tak apa,macam mama dan papa yang dulu yang ke asrama bermula selepas tamat tingkatan 3. Memandangkan kami dah buat rayuan dan diterima,maka kakak ke asrama lebih awal nampaknya.Mungkin itu lebih baik buat kakak Alya InsyaALLAH.



7 sebab mama dan papa hantar kakak Alya ke Asrama1..Kakak Alya ni manja orangnya.Walaupun dah ada adik dua orang bawahnya,jarak dia dengan adiknya no 2 adalah 10 tahun.Umur kakak 13 tahun,sudah remaja,namun kadang-kadang ada perangainya masih belum menunjukkan dia macam seorang kakak.Kadang-kadang merayu nak tidur sekali dalam bilik mama dan papanya.Kadang-kadang penakut tak bertempat tidur di biliknya.
Jadi pilihan kami untuk dia keasrama agar dia lebih berdikari.Hilangkan  rasa takutnya dan lebih matang sesuai usianya.



2.Di asrama,kakak akan basuh baju sendiri.Urus duit saku sendiri.Mungkin mama akan beri untuk belanja beberapa minggu,jadi dari situ mama nak dia ada rasa tanggungjawab urus kewangan ikut budget bulanan mahupun mingguan.Jika di rumah setiap kali diberi duit,habis tak menentu,Ada saja jajan dibelinya ntah apa-apa.Jadi bila dah beri duit ikut keperluan,pandai-pandailah dia mengurus kewangannya.Jadi hanya di asrama rasanya dapat mendidiknya tentang mengurus kewangan,kalau di rumah dia tahu ada mak,ayah atau atuk nenek yang jadi penyumbang wang beli jajan.


3.Kesibukan mama di luar,kadang-kadang mama tak tertengok belajarkah dia di rumah.Membaca kah,ulang kaji kah.Jadi dalam kesibukan mama,kalau di asrama sekurang-kurangnya dia ada kawan-kawan yang akan belajar sama-sama.Ada kelas prep,jadi banyak masa digunakan penuh dengan aktiviti  pembelajaran.Harapnya bila ada aktiviti belajar bersama kawan-kawan buat dia lebih bersemangat belajar.
4.Yang paling utama,mama nak jauhkan dia dari sosial media.Tiktok,instagram.Kalau di rumah,entah berapa kali phone nya mama repair.Asyik jatuhlah,motherboard rosak lah.Asyik selfie,wefie,tiktok youtube.Jadi bila di asrama dia jauh dengan semua ini.Fokusnya kawan-kawan dalam kawasan sekolah,guru-guru dan buku-buku.
 Jadi bila sesekali pulang ke rumah,barulah boleh tengok handphone.Moga dengan kurangnya dia terdedah dengan sosial media dapat membentuk jiwa yang lebih cintakan ilmu berbanding hiburan.InsyaALLAH.
5.Tak mahu jadikan dia mangsa kemarahan.Bila ada adik dua orang masih kecil,Sikit-sikit mama akan suruh dia buat itu ini.Adik menangis dia mungkin kena marah.Kadang-kadang mama tinggalkan dia di rumah dengan adik dan mama monitor dari CCTV.
Walaupun ada kesalahan tu adik dia yang buat,selalunya kakak sulong akan jadi mangsa kemarahan .Jadi mama tidak mahu ganggu emosi dia begitu.Jadi biarlah dia di asrama belajar dan menimba ilmu tanpa terbeban kena jaga adiklah atau buat kerja-kerja rumah.Bila balik baru tolong-tolong mama.
6.Makan yang teratur.Bila diasrama,waktu makan dan mandi semua sudah teratur.Kalau di rumah,kadang-kadang suka memilih tak nak lauk tu,nak lauk ni.Kalau mama masak tak nak ikan,nak ayam.Malam-malam dah kenyang pun still nak membeli di gerai depan rumah.Mandi pun selalu disuruh mandi awal,kadang-kadang dibawanya ke tengah hari.
Jadi bila di asrama waktu makannya sama sahaja setiap hari.Dia akan terima sahaja apa lauk yang disaji.Mama tak perlu membebel suruh mandi awal,sebab kalau di asrama lambat ,semua kena tinggal.Jadi mungkin cara di asrama lebih buat kakak berdisiplin dengan waktu dan bersederhana menerima apa adanya makanan yang diberikan.

7.Mama berdoa sangat agar suasana sekolah,circle dalam bilik darjah dan dorm dapat mendidik kakak jadi anak gadis yang solehah dan wanita muslimah.Biar lebih baik dari mamanya.Kalau di rumah setiap malam akan diingatkan baca AL MULK sebelum tidur.Di asrama,siap solat jemaah,bacaan AL Mulk wajib dibaca setiap malam secara jemaah lagi.Belum lagi ada Qiam mulainya.
Syukur sekiranya semua ini terlaksana disana dan kakak Alya dapat ikutinya dengan baik,moga ia dapat mengisi kolam-kolam jiwa kakak dan bila pulang ke rumah dia boleh memberi contoh yang baik kepada adik-adiknya.
Jujurnya mama bukanlah warak dan baik sangat,namun mengimpikan anak jadi baik dan solehah adalah impian setiap insan yang bergelar ibu .Jika disekolah berasrama dapat membentuk kolam jiwanya dengan setiap pengisian dan aktiviti disekolah,maka ia adalah lebih baik di asrama.
Mama dan papa akan beri tempoh hingga dia tingkatan 3 ,mama akan tengok bila dia pulang cuti nanti perkembanganya dan juga keputusan-keputusan peperiksaannya.Jika ia lebih baik,maka diasramalah kakak sampai tingakatan 5.Namun jika tiada perubahan,mama akan keluarkan kakak dan duduk dengan mama sahaja di rumah.Boleh tolong-tolong mama buat kerja rumah.
Moga ALLAH menjaga kakak disana dan mama doakan kakak dapat menimba ilmu dengan baik dan jadi anak solehah berjaya dunia akhirat.aaaamin.





 
Appreciate your time reading this entry.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2021/11/7-sebab-saya-hantar-anak-ke-asrama-smka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sekolah Permohonan Sbp Smka Main Baling Kasut

Anak Sekolah Permohonan Sbp Smka Main Baling Kasut

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 310 hits
Assalamualakum semua Lama tak menulis kat sini Apa khabar semua Aku harap semua sihat walafiat Dan aku percaya kebanyakannya sudah kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baru Pakai mask sudah menjadi satu kemestian Anak anak...
Ibu Mujahid Bangga Hantar 4 Anak Berjihad

Ibu Mujahid Bangga Hantar 4 Anak Berjihad

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 135 hits
Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa Palestin Beliau adalah seorang ibu sejati yang telah menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin Tiga daripada empat ana...
Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 325 hits
Hashtag cerita anak murid lawan cikgu ni bukan benda baru Cumanya kalau nak bantai cikgu tak cukup kalau setakat jadi juara isu kena ada kabel kuat duit banyak dan kekal konfiden walaupun bukannya betul pun Shining Eun soo Still Loving You ...
Lelaki Inilah Yang Hantar 7 Anaknya Masuk Universiti Vide0 Anak Perempuan Angkat Bapa Guna Kren Buat Ramai Kagum

Lelaki Inilah Yang Hantar 7 Anaknya Masuk Universiti Vide0 Anak Perempuan Angkat Bapa Guna Kren Buat Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 309 hits
JASA dan peng0rb4nan orang tua yang membesarkan anak anak sememangnya tidak dapat dibalas dengan apa jua harta di dunia Namun selagi h4yat dikandung badan sudah menjadi tugas anak anak untuk mencurahkan bakti buat ibu bapa bagi membalas kem...
Hiburan Elfira Loy Pertahankan Pendirian Hantar Anak 2 Tahun Ke Sekolah

Hiburan Elfira Loy Pertahankan Pendirian Hantar Anak 2 Tahun Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 248 hits
Tampil mempertahankan tindakan dirinya menghantar anak sulung Muhamad Rayyan Khalaf yang baru berusia 2 tahun ke sekolah pelakon menegaskan yang semua itu terpulang kepada kehendak masing masing sebagai ibu bapa 4 minggu laluTak Risau Hamil...
Bawa Kek 2 Anissa Buat Suprise Beritahu Syahmi Hamil Anak Kedua Tahniah

Bawa Kek 2 Anissa Buat Suprise Beritahu Syahmi Hamil Anak Kedua Tahniah

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 320 hits
Youtuber Syahmi Sazli ada memuatnaik sebuah video di lan Instagram di mana isterinya Anissa Faizul membuat kejutan memberitahu yang dia sedang hamil anak kedua mereka Di dalam video itu Anissa dan rakan rakannya dilihat membawa kek untuk Sy...
Di Mgn 2021 Danny Bangkitkan Semangat Anak Muda Dengan Restorasi

Di Mgn 2021 Danny Bangkitkan Semangat Anak Muda Dengan Restorasi

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 234 hits
Wali Kota Makassar Moh Ramdhan Danny Pomanto tampil sebagai pembicara pada kegiatan Media Group Network Stage di Ballroom Four Point By Sheraton Hotel Jum at
Clingy Bila Mummy Daddy Nak Keluar Kena Ajar Anak Berpisah Sekejap Dr Izzar

Clingy Bila Mummy Daddy Nak Keluar Kena Ajar Anak Berpisah Sekejap Dr Izzar

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 239 hits
Anak manja dan melekat 24 jam pastinya membuatkan kita semakin bertambah runsing Sebenarnya hal ini kurang baik untuk perkembangan anak itu sendiri Membiarkan anak berdikari dan ada waktu untuk dirinya bersama orang lain baik untuk anak Dr ...
Selalu Tanya Bila Daddy Nak Balik Luahan Rindu Anak Isteri Hargai Pengorbanan Alif Satar

Selalu Tanya Bila Daddy Nak Balik Luahan Rindu Anak Isteri Hargai Pengorbanan Alif Satar

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 241 hits
Isteri kepada penyanyi dan pengacara Alif Satar meluahkan rasa sayu dan sebak melihat kegigihan suaminya bekerja siang dan malam demi tanggungjawabnya kepada kerjaya dan keluarga Malah menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi ada waktun...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened