7 Salah Faham Yang Sering Dikaitkan Dengan Bisnes Multi Level Marketing


Pernah tak anda terfikir, kenapa bisnes multi level marketing sering dipandang negatif oleh masyarakat kita?
 
Pada mulanya, saya menjangkakan persepsi negatif terhadap bisnes MLM ini hanya ada dalam kalangan penduduk di Malaysia sahaja, rupa-rupanya bila saya buat lebih banyak pembacaan, boleh dikatakan satu dunia mempunyai rasa kurang senang dengan model perniagaan seperti ini.
 
Ya, bukan kat Malaysia je yang anti dengan bisnes seperti ini.
 
Satu masa dulu saya juga berpandangan sedemikian. Kalau dah namanya bisnes MLM, lebih baik jauhkan diri. Saya juga pernah mempunyai tanggapan negatif terhadap bisnes ini.
Baca juga: Kenapa orang benci dengan Bisnes MLM?
 
Kemudian saya mula membaca lebih banyak buku-buku dan artikel di internet yang membicarakan tentang bisnes MLM. Mereka yang tak suka bisnes MLM ada hujahnya, manakala mereka yang meminati bisnes seperti ini juga mempunyai hujah.

Kalau sekadar berhujah, saya kira ianya tak memberikan sebarang kebaikkan kepada saya. Jadi, pada satu hari saya mula memberanikan diri untuk sertai bisnes MLM. Saya ingin dapatkan pengalaman secara first hand, apa itu sebenarnya bisnes MLM.
 
Bisnes pertama yang saya join, ialah semasa saya di universiti dulu. Masa itu saya masih kurang pengalaman dan tak ada siapa yang ajar saya cara untuk membezakan antara bisnes MLM yang sah dengan skim piramid. Waktu itu saya ingatkan kedua-duanya adalah sama sahaja.
 
Sekarang ini, bila diingatkan semula, saya rasa bisnes yang saya join dulu tu sebenarnya adalah skim piramid sahaja.
 
Syarikat tersebut juga dah tak wujud sekarang ini. Pada tahun tersebut, memang banyak program-program seperti ini diwujudkan dan targetnya adalah kelompok pelajar universiti.

 
Banyak juga yang saya dengar pengalaman tersungkur disebabkan skim cepat kaya dalam kalangan pelajar. Akhirnya, bisnes tak ke mana, belajar tak habis dan diri sendiri menanggung hutang yang banyak.
Baca juga: Wajarkah golongan pelajar menyertai bisnes MLM?
 
Ini merupakan salah satu sebab kenapa saya terpanggil untuk menulis tentang bisnes ini. Kalau boleh saya nak salurkan ilmu dan fakta yang tepat mengenai bisnes ini.
 
Diluar sana terdapat individu yang gemar menggunakan nama bisnes MLM dengan cara yang salah. Bisnes yang betul juga boleh jadi tunggang terbalik, apabila ada percubaan untuk memanipulasi sistem pemasaran. In Shaa Allah bila ada ilmu, kita tak mudah dipengarui dan tertipu dengan sebarang muslihat, yang akhirnya akan menyusahkan kita kembali.
 
Satu lagi yang saya nak anda tahu, bisnes MLM ini juga ada yang bagus. Janganlah kerana kebencian anda terhadap para penipu yang mencemarkan nama MLM, membuatkan anda terlepas peluang yang baik yang ada didepan mata.
 
Memetik kata-kata salah seorang leader dalam bisnes MLM yang saya sertai, Dr Tengku Asmadi, “… kita tolak sesuatu peluang bisnes biar dengan ILMU, dan kalau kita nak buat sesuatu bisnes itu juga biar dengan ILMU.”
 
Pada kesempatan kali ini, saya nak kongsikan antara salah faham yang sering berlaku apabila kita membicarakan soal menjana pendapatan menerusi bisnes berkonsepkan Multi Level Marketing.
 
1. Bisnes MLM adalah sama dengan skim piramid Apakah terdapat persamaan antara bisnes MLM dengan skim piramid? Ya memang ada, dan persamaan tersebut adalah pada bentuk piramid yang membentuk struktur organisasi.
 
Bentuk piramid ini sebenarnya boleh dilihat dalam banyak organisasi, dan ia tidak terhad hanya pada bisnes MLM semata-mata.
 
Kalau dalam syarikat swasta, kita boleh lihat dalam carta organisasi ada CEO atau Managing Director berada pada level paling atas. Kemudian diikuti oleh barisan pegawai, manager, supervisor dan sebagainya. Orang yang dibawah akan bekerja mengikut job scope masing-masing, namun dari segi hasil, orang yang diatas akan dapat bayaran paling tinggi.
 
Kita lihat dalam institusi kerajaan pula, yang mana kita ada Perdana Menteri diatas. Kemudian dibawahnya adalah barisan kabinet yang terdiri daripada menteri dan timbalan menteri.
 
Kalau yang menjadi isu adalah semata-mata pada bentuk piramid yang membentuk sistem organisasi, ketahuilah bahawa bentuk dan struktur sedemikian ada dimana-mana.
 
Justeru, tak perlulah anda terlalu takut dengan bentuk piramid.

Berbalik kepada bisnes MLM. Dalam bisnes ini, setiap orang ada peluang untuk mencapai jawatan dan pangkat yang paling tinggi. Saya kata “ada peluang” dan bukannya dijamin tau. Untuk capai tahap paling tinggi, ia tidak bergantung semata-mata kepada berapa lama telah berkhidmat, hubungan yang baik dengan orang yang lebih senior (guna kabel) dan paling penting tak perlu nak main politik.
 
Anda buat kerja dengan tekun, terus berkongsi tentang bisnes, anda akan capai tahap tertinggi yang boleh dicapai dalam bisnes tersebut.
 
Katakanlah dalam bisnes tersebut tahap paling tinggi dikenali dengan nama Imperial Master. Asalkan anda dah cukup syarat, anda boleh capai posisi tersebut, tak kiralah berapa lama sekalipun masa yang anda perlukan.
 
2. Bisnes MLM adalah satu penipuan Bisnes MLM adalah satu bentuk perniagaan yang sah. Kalau di Malaysia, bisnes ini dilesenkan dan dikawalselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau singkatannya KPDNHEP.

 
Untuk pengetahuan anda, orang ramai boleh layari laman web KPDNHEP untuk buat semakan status sesebuah syarikat yang beroperasi menggunakan strategi pemasaran berbilang peringkat. Sebagai contoh lihat pada screenshot diatas. Anda boleh layari pautan berikut https://www.kpdnhep.gov.my/ms/
 
Jika syarikat yang anda ingin sertai tidak tersenarai disitu, maka sila ambil langkah berhati-hati. Besar kemungkinan, ia mungkin satu penipuan.
 
Syarikat MLM yang sah mempunyai produk yang berkualiti tinggi untuk dipasarkan. Hanya produk yang berkualiti tinggi sahaja yang mampu memastikan bisnes dapat bertahan lama dan mampu pergi ke peringkat global. Syarikat tak akan dapat bertahan kalau sekadar bergantung harap kepada pelan pemasaran yang menawarkan pulangan yang lumayan.
 
Kena ingat, pengguna bukan bodoh. Kalau sekali dia beli produk, dan dia dapati produk tersebut langsung tak berguna, dia tak akan buat pembelian ulangan.
 
Syarikat MLM yang SAH juga tidak teragak-agak untuk mendedahkan siapakah yang bertanggungjawab menghasilkan produk mereka. Misalnya maklumat seperti siapa yang buat kajian produk, kilang yang mana satu yang hasilkan produk dan sebagainya.
 
Kemudian, jika anda rajin, anda juga boleh baca hasil-hasil kajian dan jurnal berkaitan dengan produk keluaran syarikat. Kesemua maklumat ini mudah diperolehi, hanya dengan membuat carian di Google.
 
Apa yang penting, jika syarikat mengeluarkan produk kosmetik, ia tak sama kualiti seperti produk timbang kilo yang diperkenalkan oleh founder produk, yang banyak jual di media sosial.
 
3. Bisnes MLM kena cari orang Kebiasaannya, orang yang sebut pasal “kena cari orang ke?” adalah orang yang baru pertama kali lakukan bisnes. Boleh jadi, selama ini dalam seumur hidupnya, dia tak pernah lagi buat sebarang bisnes.
 
Saya ada satu rahsia nak kongsikan kepada anda. Rahsia ini, hanya orang-orang yang berbisnes, atau yang ada pengalaman buat bisnes sahaja yang tahu. Nak tahu apa dia?
 
Rahsia kejayaan sesebuah perniagaan adalah “jualan”. Daripada jualan, kita boleh lihat berapa sebenarnya keuntungan yang berjaya dihasilkan, setelah kita ambil kira segala kos-kos yang terlibat dalam membuat jualan.
 
Kalau anda rasakan bisnes MLM ini tak menarik, sebab kena cari-cari orang (actually kena buat jualan), maka untuk pengetahuan anda, semua bisnes di luar sana kena cari pelanggan dan kena buat jualan.
 
Kalau anda masih belum bersedia nak buat sebarang bisnes, sebab kena buat jualan, its okay. Tak perlu tergesa-gesa nak terus terjun dalam bidang ini. Take your time, as much as you want, untuk persiapkan diri anda dengan pengetahuan dan ilmu perniagaan.
 
4. Bisnes akan runtuh apabila pasaran telah tepu Satu lagi perkara yang sering membuatkan orang ramai risau untuk sertai bisnes network marketing adalah isu tentang pasaran akan tepu.
 
Apabila semua orang dah join, maka lepas ini dah tak ada sesiapa lagi yang akan sertai bisnes ini.
 
Katakanlah, dalam bisnes ini setiap orang hanya perlu cari dua orang sahaja. Setiap dua orang yang kita dapat itu pula akan buat perkara yang sama, maka dari segi matematik, perkembangan rangkaian kita akan kelihatan seperti berikut.
2
4
8
16
32
64
128
Jumlah ini kalau kita teruskan, (terus darab dengan 2) ia akan mencapai jumlah jutaan manusia.
 
Cara fikir seperti ini ada benarnya, namun hakikatnya ia tak semestinya akan berlaku sedemikian rupa. Orang yang tak pernah buat bisnes cenderung untuk menganggap ini adalah satu-satunya kebenaran yang perlu dipegang oleh setiap orang.
 
Biar saya jelaskan, kenapa pemikiran seperti ini sebenarnya tidak begitu tepat.
 
i. Walaubagaimana hebat dan bagus sesuatu produk, pasti ada individu yang tak akan menggunakannya
Orang tersebut memang tak akan jadi pengguna produk tersebut. Kita katalah macam mana bagus sekalipun dia tetap tak akan jadi pengguna. Nak contoh? How about kita cuba jual cincin kepada orang yang kudung kedua-dua belah tangannya.
 
ii. Bukan semua orang yang join syarikat MLM sebagai member akan berminat untuk buat bisnes
Saya dah jumpa banyak orang yang minat nak join sebab nak jadi consumer sahaja. Dia tak minat pun nak buat bisnes.
 
iii. Ada individu yang hangat-hangat tahi ayam
Anda ingat bila join network marketing, rangkaian anda pasti akan berkembang seperti dalam teori? Sudah tentulah tidak, sebab ada kebarangkalian, orang yang join tu cuma semangat pada peringkat awal sahaja. Bila dia sedar, dalam bisnes ini dia kena buat kerja, dia jadi malas dan terus tinggalkan bisnes ini.
 
Ataupun sebab dia ada peluang lain yang lebih menarik, mungkin dia sakit, meninggal dunia dan sebagainya. Ada banyak kemungkinan yang menyebabkan rangkaian tak berkembang dengan sihat.
 
iv. Tiada siapa yang betul-betul tahu berapakah jumlah sebenar manusia di dunia ini
Setiap hari akan ada kelahiran baru.
Setiap hari juga akan ada seseorang yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-18.
Jangka hayat manusia juga kita tak boleh ramal akan berakhir pada usia berapa.
 
Kita cuma boleh buat anggaran, ok.. penduduk Malaysia ini ada 30 juta orang misalnya. Tapi saban tahun, jumlah ini makin bertambah, disebabkan kadar kelahiran yang makin bertambah dan tahap kesihatan yang semakin baik. Melainkan kalau berlaku satu wabak yang menyebabkan ramai orang meninggal dunia dalam satu-satu masa. (nauzubillah hi min zalik)
 
v. Anda tak tau ke ada syarikat MLM yang dah wujud sejak tahun 1886 (Avon) dan sampai ke hari ini, pasaran masih tetap belum tepu dengan produk mereka
Apa dah jadi dengan hujah pasaran akan tepu? Ketika anda berpegang pada hujah pasaran akan tepu, diluar sana ada individu yang gigih berusaha membangunkan bisnes ini.
 
Sebenarnya, formula setiap orang hanya perlu cari dua orang, hanyalah bagi tujuan memudahkan pemahaman ahli baru dan menunjukkan bahawa bisnes ini tidak begitu sukar untuk dijalankan. Ketika membuat penerangan, kita cuma minta anda buat perkara yang sangat minima, iaitu dapatkan dua orang pelanggan (atau downline) sahaja.
 
Cuba bayangkan situasi ini. Anda buat satu bisnes, dan anda cuma perlu dapatkan dua orang pelanggan sahaja. Let say, bisnes ini anda bakal jalankan selama 10 tahun, dan dalam masa 10 tahun itu anda hanya perlu dapat dua orang pelanggan sahaja.
 
Susah ke senang?
 
Saya takkan kata bisnes ini senang, sebab setiap orang lain cabarannya. Apa yang saya boleh katakan, kalau sekadar dapatkan dua orang, ianya tak mustahil untuk dilakukan. Cepat atau lambat, asalkan berusaha, In Shaa Allah boleh dapat. Itupun kalau anda benar-benar serius dengan bisnes ini.
 
Walaupun anda cuma dapatkan dua pelanggan, anda masih tetap ada bisnes dan bisnes anda boleh berjalan seperti biasa.
 
Bandingkan dengan lain-lain bisnes yang ada diluar sana. Cukupkah sekadar dapatkan dua orang pelanggan? Sudah tentulah jawapannya tak cukup.
 
Menariknya dengan bisnes MLM ini, dari dua pelanggan yang anda perolehi, ia berkembang menjadi 4, 8,16 dan pelanggan seterusnya.
 
For the sake of arguments, katakanlah satu hari nanti semua orang dah join bisnes ini. Kita dah tak jumpa lagi walaupun seorang yang masih belum sertai syarikat.
 
Pada waktu itu, adakah bisnes ini akan runtuh? Besar kemungkinan TIDAK runtuh, selagi mana pengguna masih yakin dan berpuas hati dengan produk.
 
Ingat lagi kan, saya ada sebut bukan semua orang yang daftar sebagai ahli akan jadi distributor. Ada juga yang hanya nak jadi pengguna, sebab dia berpuas hati terhadap produk yang digunakan. Mereka ini akan terus guna produk, menyokong syarikat, dan menghasilkan pendapatan yang berterusan kepada perniagaan kita.
 
Ini merupaka satu ciri yang membezakan antara bisnes MLM dengan skim piramid. Kalau skim piramid, ia cuma target duit dari penyertaan individu tersebut. Sebaliknya, dengan bisnes MLM yang sah kita mensasarkan untuk bina hubungan perniagaan yang berterusan. Kita mahu orang ramai terus menerus menjadi pengguna setia produk syarikat.
 
5. Bila join bisnes MLM kawan-kawan dan saudara mara akan menjauhkan diri Ini satu lagi ketakutan dan salah faham yang sering bermain difikiran.
 
Lepas saudara mara atau kawan-kawan tahu yang kita buat MLM, kita akan terus kena pulau. Mereka bimbang, kalau-kalau kita akan paksa mereka untuk join juga.
 
Saya berpendapat, ini semua berpunca daripada kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang lama yang terlebih dahulu join bisnes ini.
 
Boleh jadi mereka terlebih excited nak buat duit sebanyak yang mungkin hingga sanggup buat apa sahaja untuk penuhkan orang dalam rangkaiannya. Termasuklah menjadikan ahli keluarga, saudara mara, jiran-jiran dan orang terdekat sebagai sasaran.
 
Mungkin ada seseorang yang menyuruh anda buat perkara seperti ini. Senaraikan 100 nama yang anda kenal untuk dijadikan prospek.
 
Kemudian hubungi mereka, untuk kita ceritakan tentang peluang bisnes ini. Selepas dah hubungi, cari cara untuk bawa mereka ke sesi preview, sama ada mereka tahu atau tidak, dan seterusnya follow up dan pujuk mereka sampai mereka setuju untuk join.
 
Ini adalah resipi untuk gagal dalam bisnes. In fact, bukan sahaja bisnes ini, malahan tak kira apa bisnes sekalipun, jika anda mencari prospek dengan kaedah ini, bisnes anda pasti akan gagal.
 
Siapakah yang layak untuk kita jadikan sebagai prospek? Kalau ada yang kata kepada anda, semua orang adalah prospek, ketahuilah bahawa anda sebenarnya sedang mendengar nasihat tak berguna dari individu yang sebenarnya tak tahu apa yang dia katakan.
 
Bukan semua orang adalah prospek. Ya, kita boleh bercerita kepada semua orang, jika diizinkan, namun untuk mengatakan semua orang adalah prospek adalah kurang tepat.
 
Prospek yang bagus adalah seseorang yang mempunyai masalah tertentu.
Prospek yang bagus juga adalah individu yang mempunyai keperluan (needs) dan kemahuan (wants) yang boleh kita penuhi.
 
Itu baru dinamakan prospek. Kalau orang tu memang sedang mencari peluang bisnes, haa… individu macam ini memang sangat sesuai kita jadikan prospek.
 
Tapi kalau orang yang memang dah kaya raya, macam taikun besar dekat Malaysia ni, tak kan mereka pun kita nak anggap sebagai prospek. Well good luck.
 
6. Bisnes ini hanya akan mengkayakan orang atas Dalam bisnes MLM akan ada konsep membina rangkaian dan juga upline downline.
 
Bila kita baru pertama kali join, kita akan jadi downline kepada orang yang memperkenalkan kita dengan bisnes ini.
 
Kemudian bila kita mula mempromosikan bisnes ini, dan seseorang minat untuk join, waktu itu kita pula yang akan jadi upline.
 
Begitulah resmi bisnes ini. Kita bermula dari bawah, tanpa ada seorang pun downline, kemudian selepas kita berusaha, kita akan mula dapat pelanggan yang minat dengan produk dan juga bisnes kita. Orang itu pula akan jadi downline kita.
 
Sesetengah orang, dia tak nak join sebab tak nak mengkayakan orang yang diatas.
 
Perkara ini agak klise, sebabnya saya boleh katakan, setiap hari apabila kita berbelanja, kita memang sedang mengkayakan seseorang yang berada diatas.
 
Kita beli burger di restoran fast food, seseorang yang berada diatas akan jadi semakin kaya.
 
Kita beli barang dapur dan keperluan peribadi dekat pasaraya besar dan farmasi terkemuka. Setiap bulan kita habis sehingga RM2,000 sedar tak sedar kita juga sedang mengkayakan orang atas.
 
Setiap hari kita bekerja dengan majikan. Kita juga sebenarnya sedang mengkayakan orang atas.
 
Tiba-tiba pada satu hari, ada seseorang yang anda kenal, yang hidupnya biasa-biasa dan sedang berusaha memperbaiki kehidupan, nak keluar dari masalah kewangan, dan dia mengajak anda untuk join bisnes ini, anda tolak mentah-mentah dengan memberi alasan “tak nak mengkayakan orang atas”.
 
Wow…
 
Ini memang hak anda untuk menolak dan berkata tidak. Tapi bukankah lebih manis dan cantik jika penolakkan itu sebab
i. Anda tak memerlukan produk yang dijual
ii. Produk yang anda sedang guna lebih baik berbanding produk yang dipromosikan kepada anda
iii. Produk yang anda guna lebih menjimatkan.
iv. Anda tak minat nak sertai skim cepat kaya atau skim piramid, jika betul kawan anda tu mempromosikan skim tersebut
 
Tapi… Anda tak nak join sebab hujah “tak nak kayakan orang atas”. Lebih kejam lagi, anda langsung tak beri peluang kepada kawan anda itu untuk menjelaskan bagaimana setiap orang boleh dapat manfaat menerusi compensation plan syarikat dengan hanya menukar beberapa jenama produk yang biasa digunakan setiap bulan.
 
Saya secara peribadi tak melihat bisnes ini sebagai mengkayakan orang atas, tapi lebih kepada rasa syukur sebab dari perbelanjaan kita, saya dapat bantu upline-upline yang saya kenal menjana pendapatan dan mengubah kehidupan mereka jadi lebih baik.
 
Upline saya orangnya baik-baik belaka. Saya tahu, mereka juga akan lakukan perkara-perkara yang baik, dari pendapatan yang dihasilkan. Lagipun, ketika saya beli barang, saya bukannya bayar lebih mahal semata-mata nak kayakan orang atas tu. Saya tetap bayar dengan harga yang sama.
 
Kalau upline saya boleh jadi lebih kaya, apa salahnya? At least saya kenal siapa mereka.
 
7. Orang yang buat MLM semata-mata sebab nak kaya cepat Memang betul, dalam bisnes MLM memang ada orang yang jadi kaya. Orang seperti ini biasanya sudah bersama syarikat untuk satu tempoh masa yang agak lama.
 
Sepanjang tempoh tersebut, dia juga sudah membuat perkongsian tentang bisnes kepada ramai orang.
 
Jika ada kesempatan, cubalah anda slow talk dengan individu tersebut dan minta dia tunjukkan bukti pendapatan yang dia pernah hasilkan, bagi tujuan inspirasi.
 
Dr Tengku Asmadi pernah tunjuk bukti income yang beliau perolehi dari bisnes Atomy dalam salah satu pembentangan. Bukan sebab nak menunjuk, tapi untuk beri semangat dan meyakinkan orang, bahawa bisnes ini memang boleh buat duit.
 
Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, dalam bisnes ini memang kita ada peluang untuk jadi kaya. Bila cakap pasal kaya, setiap orang ada pandangan sendiri.
 
Ada orang, bagi dia kalau boleh dapat income RM250 setiap hari, itu dah dikira kaya.
Orang lain mungkin anggap, RM250 sehari sikit sangat, kena dapat RM1,000 sehari baru boleh dianggap kaya
Kalau yang memang biasa dapat income RM1,000 setiap hari pula, dia rasa jumlah tu biasa-biasa sahaja, dan kalau boleh dia nak income RM5,000 setiap hari
 
Perkara ini berkaitan dengan motif atau matlamat individu tersebut menjalankan sesuatu bisnes. Benarkah semua orang yang buat bisnes, niatnya semata-mata untuk jadi kaya.
 
Rasanya ia kurang tepat kalau nak pukul rata motif setiap orang.
 
Tapi anda juga kena tahu, buat bisnes memang boleh jadi kaya. Pada masa yang sama, buat bisnes juga boleh jadikan kita miskin papa kedana. Terutama sekali apabila bisnes kita gagal, kita dibebani dengan hutang yang bertimbun, dan macam-macam lagi komimen kewangan.
 
Berita baiknya ialah, untuk buat bisnes MLM modal yang diperlukan sangatlah rendah. Malahan, kalau anda sertai syarikat ini bersama saya, anda tak perlu bayar apa-apa untuk join. Dengan risiko yang begitu rendah, anda boleh mulakan bisnes… dan siapa tahu, in future anda benar-benar jadi kaya. Salah ke?
 
Jadi… Apa masalahnya?
Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Apa yang saya boleh katakan, ada beberapa masalah yang ada pada diri sesetengah masyarakat kita.
 
i. Kurang ilmu
Orang yang kurang ilmu, memang susah nak faham perkara-perkara yang diluar daripada kotak pemikiran dia. Kita terangkan macam mana sekalipun, dia tetap tak boleh nak faham. Bukan salah dia seratus peratus. Dia cuma kurang ilmu, itu sahaja. Tunggu dia belajar, cari ilmu, In Shaa Allah satu hari nanti kefahaman tu akan sampai pada dia.
 
ii. Malas
Spoiler alert! Bisnes ini (dan kebanyakkan bisnes diluar sana) memang tak sesuai untuk orang malas. Mereka akan cari sebab untuk tak buat dan cipta pelbagai alasan kenapa bisnes ini mustahil dan tak akan berjaya.
 
iii. Cemburu melihat kejayaan orang lain
Ada sesetengah orang, dia tak boleh terima bila orang lain yang ajak dia buat bisnes. Dia rasa diri dia terlebih mulia untuk jadi downline orang yang ajak dia sertai bisnes tersebut. Tapi kalau situasinya berubah, iaitu dia yang masuk dulu, mungkin dia tak ada masalah pun nak join.
 
Itulah misteri rezeki. Kita jumpa peluang lebih lambat berbanding kawan kita, tapi tak bermakna kita ditakdirkan untuk gagal, hanya sebab kita tahu lambat. Boleh jadi kita akan lebih berjaya, ataupun sama-sama berjaya dengan kawan yang mula-mula ajak kita join tu.
 
Asalkan buang la sikap cemburu dan ego tu dulu.
 
iv. Lebih suka mengkritik dan mengutuk
Saya ok je kalau orang nak kritik. Kalau kritikkan tu betul dan membina, apa salahnya kita terima dan perbaiki diri. Tapi ada ketikanya kita patut abaikan sahaja kritikkan yang langsung tak memberi kebaikkan ini.
 
Memang wujud orang yang macam ni. Bagi dia, semua tak bagus. MLM tak bagus. Affiliate marketing, jangan buat. Bisnes dropship, elakkan. Jangan main Google Adsense, income dia sikit sangat. Ye la.. semua benda bagi dia tak bagus.
 
Kalau kita layan orang macam ni, kita sendiri jadi pening. Bagi dia semua tak bagus. Bila tanya apa yang bagus? Apa alternatif? Tak ada cadangan pula. Maka dari situ kita boleh tahu, dia ni cuma bagus dalam bab mengkritik sahaja. Kita yang dengar kritikkan dia rasa syok la juga, tapi rupa-rupanya kita tak kemana-mana.
 
Oleh yang demikian, buatlah keputusan yang sewajarnya. Saya harap semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
 
Jika anda ingin sertai bisnes MLM tapi masih tak sure nak join syarikat mana, saya ingin mengajak anda untuk sertai bisnes yang saya join.
Klik pada link berikut untuk hubungi saya menerusi whatsapp https://minatbisnesdarirumah.wasap.my/ atau 011-5689 0863
 
Bisnes yang saya sertai adalah bisnes Atomy. Boleh tonton video dibawah ini jika anda berminat.
 
 
The post 7 Salah Faham yang sering dikaitkan dengan bisnes Multi Level Marketing (MLM) appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/salah-faham-terhadap-bisnes-mlm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbandingan Antara Bisnes Multi Level Marketing Yang Sah Dengan Skim Piramid

Perbandingan Antara Bisnes Multi Level Marketing Yang Sah Dengan Skim Piramid

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 385 hits
Tahukah anda terdapat perbezaan yang begitu ketara jika kita buat perbandingan diantara bisnes berkonsepkan multi level marketing dengan skim piramid Bisnes MLM turut dikenali dengan beberapa nama Antaranya i Bisnes networking ii Network Ma...
Bagaimana Memilih Bisnes Network Marketing Yang Betul

Bagaimana Memilih Bisnes Network Marketing Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 313 hits
Bisnes network marketing adalah satu bentuk perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran yang memerlukan ahlinya membina rangkaian pelanggan bagi tujuan menembusi pasaran pengguna tanpa menggunakan kaedah pemasaran tradisional serta mengelu...
Bukitbendera Salah Faham 2 Individu Pakai Gelang Pink

Bukitbendera Salah Faham 2 Individu Pakai Gelang Pink

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 333 hits
Dua individu yang dilihat memakai gelang merah jambu di kawasan parkir Bukit Bendera dekat Air Itam di sini disahkan bukan berstatus Di bawah Pengawasan COVID 19 Malah gelang merah jambu yang dipakai mereka adalah gelang tangan dari sebuah ...
Buat Suami Hargailah Isteri Kita Susah Dia Faham Bila Senang Sama Sama Bahagia

Buat Suami Hargailah Isteri Kita Susah Dia Faham Bila Senang Sama Sama Bahagia

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 343 hits
Untuk suami apa pun isteri sanggup korbankan demi melihat pasangan menjadi insan terbahagia Apabila suami senang jangan pula isteri dilupakan Suami isteri pasti berkongsi susah senang bersama sejak dari awal perkahwinan Susah senang jatuh b...
Suami Tolong Faham Kalau Isteri Letih Sakit Kepala Berat Susah Turun Tandanya Stres

Suami Tolong Faham Kalau Isteri Letih Sakit Kepala Berat Susah Turun Tandanya Stres

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 498 hits
Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stres yang kronik Sebab stres yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang Kalau nak tahu horm...
Pkb Minta Geger Ulah Dosen Swinger Tak Dikaitkan Dengan Jokowi

Pkb Minta Geger Ulah Dosen Swinger Tak Dikaitkan Dengan Jokowi

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 173 hits
Seorang pria yang mengaku dosen Bambang Arianto mengungkap telah melakukan pelecehan seksual dengan kedok penelitian terkait perilaku swinger PKB meminta polisi menangkap pelaku tersebut dan publik tak mengaitkan Bambang dengan Presiden Jok...
Saya Teringin Nak Ada Bisnes Atau Produk Saya Di Carian Google

Saya Teringin Nak Ada Bisnes Atau Produk Saya Di Carian Google

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 427 hits
SAYA TERINGIN NAK ADA BISNES atau PRODUK SAYA DI CARIAN GOOGLE Bila founder facebook Mark Zuckerberg keluarkan pelbagai algoritma baru di facebook maka semakin banyak iklan dan posting menjual tenggelam di facebook Lagi parah semua status m...
4 Idea Bisnes Makanan Dari Rumah

4 Idea Bisnes Makanan Dari Rumah

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 343 hits
Bisnes Makanan Dari Rumah Nak buat duit dari rumah Tapi tak tau nak buat bisnes apa Mari akak bagi idea Sebenarnya banyak peluang bisnes dari rumah yang boleh you lakukan Tak semestinya nak pandai IT baru boleh buat duit dari rumah secara o...
10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda 1 Tahap Desakan

10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda 1 Tahap Desakan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 327 hits
Panduan 10 perkara wajib anda semak ini dah banyak kali saya ulang kongsikan dalam blog hidupringkas com ini Saya tulis dalam berbagai pendekatan supaya anda yang berkunjung ke blog ini dapat The post appeared first on
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah