Bagaimana Memilih Bisnes Network Marketing Yang Betul


Bisnes network marketing adalah satu bentuk perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran yang memerlukan ahlinya membina rangkaian pelanggan, bagi tujuan menembusi pasaran pengguna (consumer market) tanpa menggunakan kaedah pemasaran tradisional serta mengeluarkan belanja pengiklanan yang mahal di media utama.
 
Dalam bisnes ini, ahli akan bertindak sebagai pasukan pemasaran dan mereka akan menyebarkan maklumat seperti kelebihan dan manfaat apabila menggunakan produk.
 
Bagi menghargai usaha tersebut, syarikat akan memperkenalkan sistem imbuhan yang dikenali dengan nama panggilan seperti marketing plan atau compensation plan. Selagi mana ahli mengikuti plan yang ditetapkan oleh syarikat dan telah cukup syarat, maka syarikat akan membuat bayaran.

Dalam bisnes network marketing ini, setiap ahli adalah pelanggan bagi syarikat. Pada masa yang sama, ahli juga boleh bertindak sebagai wakil syarikat untuk memasarkan produk syarikat kepada orang ramai dan mendapatkan pelanggan baru.
 
Sama ada sedar ataupun tidak, diluar sana terdapat banyak perniagaan yang dipasarkan menggunakan kaedah networking seperti ini. Sesetengah peluang bisnes tersebut adalah bisnes yang sah dan beroperasi mengikut lunas undang-undang di Malaysia. Sebahagiannya lagi hanyalah sekadar skim cepat kaya, skim piramid atau money game yang diwujudkan sekadar untuk mengaut duit dari poket orang ramai.
Baca juga: Perbandingan antara bisnes Network Marketing dengan skim piramid
 
Perbincangan kali ini adalah tentang bagaimana cara memilih syarikat network marketing yang betul untuk kita jadikan ia sebagai bisnes kita. Tak kiralah sama ada nak buat bisnes part time, atau full time.
 
Kalau tersalah pilih bisnes, kita bukan sahaja akan membuang masa kita, malahan kita juga mungkin kerugian dari segi wang ringgit, usaha pemasaran dan sedikit sebanyak mencalarkan nama baik kita.
 
Mari kita teruskan kepada apa dia kriteria yang perlu kita lihat dalam memilih bisnes yang sesuai untuk kita.

 
(1) Fahami bagaimana sesebuah perniagaan network marketing dipromosikan Bagaimana anda mengetahui tentang peluang untuk buat bisnes ini?
 
Mungkin ada beberapa cara
i. Seseorang yang anda kenali membawa anda ke sesi preview
ii. Anda baca mengenai peluang bisnes melalui website promosi, laman blog ataupun perkongsian ahli lain di media sosial
iii. Anda terbaca fliers yang diselitkan di kereta anda lalu anda menghubungi nombor telefon yang disertakan
iv. Seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan memperkenalkan bisnes tersebut kepada anda
 
Sewaktu saya masih belajar di universiti dulu, saya pernah dibawa oleh salah seorang senior ke sebuah rumah di Subang Jaya yang digunakan bagi tujuan bisnes networking.
 
Dirumah tersebut kami disambut oleh seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya dengan nama Nizam. Selama lebih kurang satu jam, Nizam akan membuat pembentangan mengenai syarikat, pelan pemasaran dan juga produk.
 
Dia juga akan menjawab segala soalan dan juga sebarang bantahan sekiranya ada. Selesai pembentangan, dia juga yang akan meyakinkan para prospek yang hadir bahawa itu adalah peluang yang sangat baik untuk hasilkan income tambahan. Kita yang bawa prospek ini, tak dibenarkan untuk buka mulut. Diam dan perhatikan sahaja.

Saya join bisnes tersebut untuk dapatkan pengalaman bisnes networking saya yang pertama. Dalam bisnes tersebut, peranan saya hanya membawa kenalan yang sesuai untuk dijadikan prospek ke rumah tersebut.
 
Bila dah sampai dirumah tersebut Nizam akan mainkan peranan dengan membuat pembentangan. Dia yang akan handle semuanya.
 
Ok… Pada masa dulu, saya rasa itu adalah kaedah yang terbaik dan mudah untuk buat bisnes. Saya hanya perlu bawa orang untuk berjumpa dengan Nizam, dan selepas itu dia yang akan uruskan semua.
 
Lama kelamaan saya mula merasakan kaedah ini tidak begitu efisien. Kos perjalanan dari segi masa, petrol, tol, makan dan minum membuatkan saya merasakan kaedah promosi seperti ini hanya membuatkan saya habis duit lebih banyak berbanding dapat buat duit.
 
Akhirnya saya tinggalkan bisnes tersebut apabila sudah mula sibuk dengan assignment, test dan aktiviti di universiti.
 
Kemudian selang beberapa bulan, saya sudah tidak dengar berita tentang syarikat tersebut. Senior yang merangkap upline saya pun nampaknya sudah tidak lagi mencari orang untuk dibawa bertemu Nizam.
 
Katanya dia juga dah mula sibuk dengan belajar. Setiap kali topik ini dibuka, jelas tergambar di wajah senior tu, seolah-olah dia juga kecewa dengan bisnes yang beliau perkenalkan. Bila difikirkan semula, saya rasa mungkin sebab kenpa senior saya tu stop buat bisnes tu sebab dah balik modal ataupun dah dapat untung dari bisnes tersebut.
 
Sepanjang tempoh saya belajar dulu, saya rasa ada banyak juga bisnes seumpama ini muncul. Ada iklan yang saya lihat menerusi edaran fliers. Saya pernah hubungi nombor telefon di fliers tersebut dan membuat temujanji.
 
Kesudahannya sama sahaja. Kali ini saya sudah ada pengalaman dan memilih untuk mendengar penerangan sahaja.
 
Sekarang ini bila diingat balik, saya rasa kebanyakkan so called bisnes networking yang saya pernah jumpa dulu, lebih mirip kepada sistem piramid sahaja.
 
Dalam sesi penerangan memang penuh dengan unsur-unsur hype, sengaja nak buatkan pendengar rasa teruja untuk segera join. Kalau boleh kena join hari ini juga. Kalau lambat join, peserta akan rugi besar.
 
Sebenarnya, kalau real business, tak kisah pun sama ada nak join hari ini atau bulan depan, peluangnya patut sama sahaja.
 
Kalau join awal bolehlah mulakan kerja-kerja pemasaran lebih awal berbanding orang yang masuk lewat. Katakanlah anda join hari ini, bermakna hari ini juga anda sudah boleh mula merancang dan memulakan gerak kerja.
 
Itu kelebihan paling utama bagi mereka yang join lebih awal. Dalam bisnes, tak ada istilah masuk awal, boleh jadi kaya lebih awal. Banyak perkara perlu diambil kira untuk berjaya dalam bisnes, selain kena masuk awal berbanding orang lain.
 
Kalau masuk awal, tapi tak mampu nak bina rangkaian, tak mampu nak yakinkan orang untuk cuba produk syarikat, tetap tak akan berjaya dan tak akan jadi kaya.
 
(2) Lihat sejarah syarikat dan berapa lama telah beroperasi Syarikat yang masih baru sering kali mengatakan siapa yang join awal, akan ada peluang yang lebih cerah untuk jadi kaya.
 
Maka tak hairanlah kalau ada yang biasa dengar pujukan seperti jadilah yang terawal.
 
Tapi sebenarnya join pada peringkat awal, atau ketika syarikat masih lagi berstatus start up ada banyak risikonya.
 
Pada waktu ini, ada banyak perkara yang masih belum teruji. Untuk syarikat yang sangat baru, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
 
i. Adakah produk yang dikeluarkan oleh syarikat betul-betul bagus dan tidak mempunyai sebarang side effect?
Pihak syarikat atau wakilnya boleh claim macam-macam dan boleh kata betapa ajaibnya produk yang mereka keluarkan. Namun akhirnya kita hanya akan tahu setakat mana keberkesanan produk mereka setelah ada individu yang mula menggunakan produk mereka.
 
ii. Bagaimana pula dengan pengurusan syarikat? Adakah mereka mempunyai CEO yang cekap atau mungkin CEO akan lari apabila syarikat ada masalah
Saya pernah sertai bisnes network marketing yang masih dalam peringkat start up. Bisnes tak dapat bertahan walaupun satu tahun. Saya cuma tahu bisnes ada masalah dari leader yang memperkenalkan bisnes tersebut kepada saya. Seterusnya saya dapat berita, CEO telah menghilangkan diri dan dah mula mengelak panggilan telefon. Akhirnya bisnes terkubur begitu sahaja tanpa berjaya masuk ke tahun pertama.
 
iii. Bagaimana pula dengan persaingan? Adakah produk syarikat begitu unik atau banyak saingan.
Biasa pada peringkat permulaan memang bisnes nampak hebat sebab persaingan masih agak kurang. Tapi selepas wujud syarikat lain masuk pasaran dan memberi persaingan, bagaimana syarikat berhadapan dengan situasi tersebut? Adakah syarikat boleh bertahan dengan kewujudan pesaing dan upgrade produk sedia ada, atau akhirnya akan kalah dalam persaingan.
 
iv. Adakah terdapat pelanggan yang berpuas hati terhadap produk yang dibeli
Ini kita perlu lihat dari segi testimoni pengguna. Bukan testimoni yang dibuat-buat atau semata-mata sebab nak tarik orang lain jadi ahli, sebaliknya dari pengalaman sebenar menggunakan produk syarikat.
 
v. Ada atau tidak ahli ataupun peserta yang telah berjaya buat duit melalui pelan pemasaran syarikat
Jika ini adalah matlamat anda menyertai syarikat network marketing, maka anda perlu tahu maklumat ini. Berapa ramai yang berjaya buat duit setelah bekerja keras mempromosikan syarikat tersebut.
 
Mungkin anda biasa jumpa, ada banyak bisnes yang tak mampu untuk bertahan hingga tahun yang kelima. Pada masa ini ada macam-macam isu mula timbul hingga akhirnya membuatkan pihak pengurusan terpaksa menghentikan operasi syarikat.
 
Kalau saya secara peribadi, saya lebih cenderung untuk pilih syarikat yang ada visi untuk beroperasi sehingga 100 tahun. Syarikat seperti ini mempunyai cita-cita yang besar dan sudah tentu kita sebagai ahli ada peluang untuk menikmati pendapatan dari syarikat hingga ke beberapa generasi.
 
(3) Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang syarikat Kalau syarikat telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu, bermakna sudah ada banyak orang yang pernah jadi ahli. Cuba kenalpasti mana-mana individu yang pernah jadi ahli dan dapatkan maklumat dari mereka.
 
Bukan susah nak cari individu yang pernah jadi ahli. Kita boleh lihat aktiviti mereka di media sosial. Selalunya pasti mereka akan gunakan media sosial bagi tujuan pemasaran dan memperkenalkan bisnes kepada orang ramai.
 
Kalau kita buat carian di google juga boleh temui beberapa perkongsian, artikel dan sebagainya dari mereka yang pernah jadi ahli.
 
Bagaimana pengalaman peribadi mereka bersama syarikat. Adakah bagus, neutral atau sangat buruk. Sesetengah orang sangat malu nak mengaku yang dia pernah join mana-mana syarikat network marketing disebabkan pengalaman buruk yang pernah dilalui.
 
Manakala mereka yang mempunyai pengalaman yang agak neutral atau baik, kebiasaannya mereka lebih terbuka untuk berkongsi maklumat serta pengalaman. Setelah baca pengalaman mereka, apa yang anda rasa? Kalau masih rasa itu adalah syarikat yang bagus, maka teruskanlah buat pendaftaran.
 
(4) Siasat sama ada syarikat mempunyai lesen yang berkaitan Bagi situasi di Malaysia, syarikat yang mengamalkan kaedah pemasaran berbilang peringkat atau multi level marketing perlulah didaftarkan di suruhanjaya syarikat Malaysia dan mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan dan dikawal selia oleh KPDNHEP.
 
Kalau sesebuah bisnes itu tak memiliki lesen yang diperlukan, ia memberi kita satu gambaran bahawa
 
i. Mereka tidak serius dengan bisnes yang dijalankan
ii. Mereka mungkin akan lari bersama dengan duit-duit para pelanggannya
iii. Mereka sebenarnya menjalankan skim piramid yang sememangnya salah disisi undang-undang
 
(5) Buat kajian mengenai produk yang dijual oleh syarikat Anda perlu berikan perhatian yang lebih dalam bab ini. Anda perlu tahu apakah produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak syarikat.

Tanya soalan pada diri anda
i. Adakah anda akan menggunakan produk tersebut sekiranya anda beli produk tu.
ii. Adakah ada orang lain yang akan beli produk tersebut
iii. Sekiranya tiada elemen “peluang buat duit” apabila menggunakan produk syarikat, adakah orang ramai tetap akan beli produk tersebut
iv. Adakah terdapat produk lain yang menjadi alternatif bagi produk tersebut
v. Adakah produk dijual dengan harga yang munasabah
vi. Adakah isteri anda akan menggunakan produk tersebut
 
(6) Fahami struktur marketing plan atau compensation plan Ini berkaitan dengan persoalan bagaimana dan berapa banyak pendapatan yang bakal anda hasilkan menerusi bisnes ini. Orang yang join sesebuah syarikat sebab nak buat duit kena faham betul-betul bab mengenai pelan pemasaran.
 
Oleh sebab saya pernah ada pengalaman sertai beberapa syarikat network marketing dengan struktur compensation plan yang berbeza, kini saya mula berpandangan sistem binary adalah lebih baik berbanding sistem yang membenarkan anda untuk daftarkan seberapa ramai yang boleh di level 1.
 
Dalam sistem binary, setiap orang hanya boleh daftarkan 2 orang sahaja di level 1. Jika ada orang ketiga, dia perlu didaftarkan di level 2.
 
Sistem binary dapat mengelakkan individu yang hebat dalam bidang sales bolot semua prospek dan letakkan semua di level satu dia sahaja.
 
Bisnes network marketing bukan semata-mata tentang kemahiran membuat jualan sahaja. Ia lebih kepada kemahiran membina networking (rangkaian) yang mana setiap orang mempunyai matlamat yang sama.

Dalam bisnes ini perlu ada satu semangat untuk saling membantu antara satu sama lain. Untuk berjaya, upline perlu pastikan downline dalam rangkaiannya berjaya.
 
Upline yang hebat dalam bidang jualan boleh bantu downline dengan meletakkan downline baru dalam rangkaian dibawahnya. Bukannya semua orang diletakkan dilevel 1 dia semata.
 
Kalau dia mampu dapatkan 100 orang, dia tak boleh letak atau susun semua di level 1 dia sahaja. Sebaliknya dia perlu bahagi-bahagikan 100 orang ini ikut susunan yang sesuai. Dengan ini lebih ramai ahli berpeluang untuk buat duit dalan bisnes ini.
 
Ataupun mungkin upline boleh bantu dengan membuat persembahan jualan, atau handle sesi preview bagi pihak downline, pada peringkat awal. Macam sekarang ini, kita dah ada teknologi. Kalau upline boleh hasilkan video pembentangan tentang peluang perniagaan pun dah kira cukup baik. Downline yang tak pandai nak buat penerangan boleh bagi sahaja prospek untuk tonton video.
 
Satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian adalah persoalan mengenai,
Apakah terdapat syarat tertentu yang perlu dipenuhi sebelum melayakkan diri ahli untuk mendapat komisen pada bulan tertentu? Misalnya ahli wajib buat pembelian peribadi sebanyak sekian sekian jumlah baru layak menerima bayaran.
 
Saya dapati, ada syarikat MLM yang mengenakan syarat sedemikian rupa kepada para ahlinya. Kalau bulan ni nak dapat komisen, kena buat pembelian sekian sekian jumlah.
 
Perkara ini ibarat satu komitmen kewangan. Nak masuk jadi ahli kena bayar yuran pendaftaran. Kemudian bila dah jadi ahli, kena maintain pembelian pula. Hal seumpama ini pasti akan menyusahkan ahli yang niat join sebab nak buat duit, alih-alih dia pulak yang kena banyak keluar duit.
 
Mujurlah bisnes yang saya join ini, tak perlu nak bayar apa-apa bila jadi ahli, dan tak perlu nak maintain pembelian. Just beli bila ada keperluan sahaja.
 
(7) Beri tumpuan terhadap terma dan syarat, peraturan pemasaran serta etika Ini bahagian yang paling biasa orang terlepas pandang.
 
Bila join bisnes networking kita akan diminta untuk bersetuju dengan terma dan syarat terlebih dahulu.
 
Berapa ramai sebenarnya yang baca keseluruhan konten terma dan syarat sebelum menekan butang setuju. Mungkin ada baca tapi tak faham atau baca sepintas lalu.
 
Syarikat mempunyai imej, identiti dan nama baik yang perlu dipelihara. Justeru mereka tak benarkan ada ahlinya yang berbuat sesuka hati bagi mendapatkan ahli baru.

Tindakan-tindakan seperti over claim, menggunakan maklumat palsu, memaksa orang untuk jadi ahli, memperdayakan orang ramai untuk join, menggunakan kaedah pemasaran yang mencemarkan nama baik syarikat dan banyak lagi.
 
Semua ini bakal menyebabkan anda dikenakan tindakan disiplin dan jika kesalahan yang serius boleh menyebabkan anda dikeluarkan dari program.
 
(8) Sistem pembelajaran dan sokongan kepada ahli Bagi memastikan setiap ahli dalam bisnes network marketing mampu untuk jalankan bisnes, maka pihak syarikat perlu mula memikirkan kaedah bagaimana untuk melatih para ahli supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan.
 
Kelas-kelas pembelajaran berkenaan dengan produk, pelan pemasaran dan juga teknik-teknik pemasaran serta jualan yang berkesan perlu diadakan.
 
Sekiranya anda masih belum pernah join mana-mana bisnes network marketing, ini boleh dijadikan penanda aras bagi menilai sama ada sesebuah syarikat itu berbaloi ataupun tidak untuk disertai.
 
Kebiasaannya kita sebagai downline cenderung untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh upline kita.
 
Jika upline adalah seseorang yang pandai berkata-kata terutama dalam sesi pembentangan one on one, kita juga akan mula ikut dan hafal apa-apa yang dituturkan oleh upline kita.
 
Andai kata upline adalah seseorang yang mahir membina rangkaian melalui penulisan, maka downline juga akan tiru skill tersebut.
 
Dalam bisnes networking ini, kedua-dua pihak iaitu downline dan juga upline perlu main peranan dan perlu komited.
 
Kalau cuma upline yang beriya nak turunkan ilmu, tapi downline asyik bagi alasan terlalu sibuk dengan urusan lain, maka bisnes pasti tak menjadi. Begitulah juga sebaliknya. Upline juga perlu luangkan masa untuk downline apabila mereka bersemangat nak belajar.
 
Baiklah ini merupakan 8 kriteria yang perlu diberikan perhatian apabila hendak memilih bisnes yang sesuai. Anda rasa saya ada tertinggal sesuatu? Apa kata anda kongsikan dibahagian komen sekiranya saya ada tertinggal atau terlepas pandang poin yang penting.
 
 
 
 
The post Bagaimana memilih Bisnes Network Marketing yang betul appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bagaimana-memilih-bisnes-network-marketing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Dan Langkah Langkah Mulakan Bisnes Ternak Ikan Tilapia Dengan Betul

Cara Dan Langkah Langkah Mulakan Bisnes Ternak Ikan Tilapia Dengan Betul

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 471 hits
Ikan tilapia adalah ikan yang cukup versatile dalam masakan Bagi penulis ikan tilapia adalah ikan klon ikan salmon Cara Mulakan Ternakan Ikan TilapiaBila digoreng garing dan dicuahkan dengan pelbagai kuah perisa fuh memang satu periuk nasi ...
Perbandingan Antara Bisnes Multi Level Marketing Yang Sah Dengan Skim Piramid

Perbandingan Antara Bisnes Multi Level Marketing Yang Sah Dengan Skim Piramid

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 386 hits
Tahukah anda terdapat perbezaan yang begitu ketara jika kita buat perbandingan diantara bisnes berkonsepkan multi level marketing dengan skim piramid Bisnes MLM turut dikenali dengan beberapa nama Antaranya i Bisnes networking ii Network Ma...
Filem Jack In The Box Ni Buatkan Kita Semua Tak Sabar Nak Tengok Ending Dia Seram Betul

Filem Jack In The Box Ni Buatkan Kita Semua Tak Sabar Nak Tengok Ending Dia Seram Betul

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 339 hits
Pawagam baru jer dibenarkan beroperasi dan semua movie yang keluar akan ditayangkan mengikut prosedur operasi standard baru yang telah pun ditetapkan Korang tak rindu ke nak chill dekat wayang sambil makan popcorn Disebabkan baru jer dibuka...
Ikut 8 Langkah Ini Untuk Cara Basuh Tangan Dengan Betul

Ikut 8 Langkah Ini Untuk Cara Basuh Tangan Dengan Betul

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 461 hits
Ikut 8 Langkah Ini Untuk Cara Basuh Tangan Dengan Betul Basuh tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian Sejak penularan wabak covid 19 penghujung tahun lepas hingga lah sekarang macam macam kempen dah buat Antaranya termasuk cara ...
Benarkah Pemilihan Bantal Yang Betul Membantu Anda Tidur Lena

Benarkah Pemilihan Bantal Yang Betul Membantu Anda Tidur Lena

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 508 hits
Benarkah Pemilihan Bantal Yang Betul Membantu Anda Tidur Lena Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sha perasan kini makin ramai yang mula mengambil berat tentang kesihatan diri Sha sendiri pun selepas aktiviti riadah dibenarkan dalam tempoh ...
Betul Ke Potret Warna Ai Supervooc 2 0 Slow Mo Jadi Kesukaan Lizzy Ayda Jebat Azira Shafinaz Dan Neelofa

Betul Ke Potret Warna Ai Supervooc 2 0 Slow Mo Jadi Kesukaan Lizzy Ayda Jebat Azira Shafinaz Dan Neelofa

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 279 hits
Siapa yang tak kenal dengan empat nama besar dalam industri seni Tanah Air ini Neelofa Ayda Jebat Azira Shafinaz Dan Elizabeth Tan Gabungan bakat mereka begitu mantap sehingga hari ini mereka tetap menjadi buah hati rakyat Malaysia Bukan sa...
Mencecah Usia 1 3 Tahun Anak Memang Banyak Akal Masa Ni Kena Betul Betul Bersabar

Mencecah Usia 1 3 Tahun Anak Memang Banyak Akal Masa Ni Kena Betul Betul Bersabar

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 394 hits
Bagi anak kecil berumur 1 3 tahun ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat menyeronokkan Dalam bahasa Inggeris umur ini kita panggil toddler berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang Yang ...
Belajar Cara Bermain Saham Biarlah Dengan Teknik Yang Betul

Belajar Cara Bermain Saham Biarlah Dengan Teknik Yang Betul

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 352 hits
Ramai yang bertanya kenapa cerita yang untung jer Kalau rugi macam mana Oklah pertamanya bila kita nak berjaya kena utamakan yang positif dulu Kemudian baru kita ambil tahu tentang apa sebab rugi Ada beberapa sebab yang menyebabkan pelabur ...
Apa Cara Yang Betul Nak Simpan Sos Telur Susu Segar Dan Ubat Dalam Peti Sejuk Baca Ni

Apa Cara Yang Betul Nak Simpan Sos Telur Susu Segar Dan Ubat Dalam Peti Sejuk Baca Ni

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 547 hits
APA CARA YANG BETUL NAK SIMPAN SOS TELUR SUSU SEGAR DAN UBAT DALAM PETI SEJUK BACA NI Ada orang kalau kita bukak peti sejuk dia macam macam ada kat dalam tu Letak pun main ikut je Sudahnya ada barang yang cepat rosak rasa pun berubah Jadiny...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan