Perbandingan Antara Bisnes Multi Level Marketing Yang Sah Dengan Skim Piramid


Tahukah anda, terdapat perbezaan yang begitu ketara jika kita buat perbandingan diantara bisnes berkonsepkan multi level marketing (MLM) dengan skim piramid.
 
Bisnes MLM turut dikenali dengan beberapa nama. Antaranya
i. Bisnes networking
ii. Network Marketing
iii. Direct selling atau jualan langsung
 
Manakala bagi skim piramid, ia juga adakalanya dikenali dengan gelaran skim cepat kaya.
 
Jika dilihat dari struktur organisasi, kedua-dua bisnes MLM dan skim piramid turut menghasilkan bentuk seakan-akan piramid. Namun itu bukanlah kaedah perbandingan yang tepat kalau sekadar membuat penilaian berdasarkan bentuk piramid.

Sedangkan diluar sana, hampir semua syarikat mempunyai sistem atau struktur organisasi yang sama bentuknya, iaitu berbentuk piramid. Orang yang berada di tingkat paling atas memberi arahan kepada yang dibawah. Pada masa yang sama, yang diatas lazimnya menerima bayaran lebih tinggi berbanding orang dibawahnya.
 
Oleh itu, boleh kita katakan, sesuatu sistem piramid dikatakan sebagai sistem piramid bukanlah disebabkan bentuk piramid yang membentuk struktur organisasi mereka, sebaliknya kita perlu fokus kepada persoalan bagaimana syarikat atau perniagaan tersebut beroperasi.
 
Kali ini, saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk ikuti perbincangan mengenai kaedah untuk mengenalpasti, sama ada sesuatu peluang bisnes itu adalah perniagaan MLM yang sah atau sebenarnya ia merupakan skim cepat kaya.
 
Tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita terus kepada point saya yang pertama.

 
[1] Ada lesen yang sah dan beroperasi mengikut undang-undang yang ditetapkan Bisnes berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) adalah satu jenis perniagaan yang sah di Malaysia asalkan perniagaan tersebut dilesenkan dan berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
 
Di Malaysia, perniagaan yang menggunakan konsep MLM dikawal selia oleh KPDNHEP di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP). Selagi mana perniagaan MLM tersebut didaftar dan dilesenkan oleh KPDNHEP, maka perniagaan MLM tersebut adalah SAH mengikut lunas undang-undang.
 
Bagaimana pula dengan perniagaan berbentuk skim piramid? Harap anda jelas, yang sebenarnya perniagaan berbentuk skim piramid adalah salah di sisi undang-undang, manakala perniagaan berbentuk MLM adalah sah selagimana ia dilesenkan dan berdaftar dengan KPDNHEP.
 
Bagaimana pula caranya untuk mengetahui sama ada sesebuah perniagaan MLM didaftarkan atau berlesen dengan KPDNHEP atau tidak? Kita sebenarnya boleh menyemak status syarikat jualan langsung yang berlesen dengan KPDNHEP melalui laman sesawang kementerian tersebut. Layari laman web KPDNHEP di alamat berikut https://www.kpdnhep.gov.my/ms/
 
Sebagai contoh, saya nak lihat status lesen syarikat Atomy. Berikut adalah hasil carian tersebut.

 
Kita hanya perlu masukkan nama syarikat yang kita nak semak dan seterusnya buat carian. Jika syarikat tersebut merupakan syarikat MLM yang sah, maklumat mereka pasti akan dipaparkan disini.
 
Untuk makluman anda juga, di laman sesawang ini, KPDNHEP telah menyenaraikan nama-nama syarikat jualan langsung yang berlesen serta tempoh kesahan lesen mereka. Malah, turut disenaraikan adalah nama-nama syarikat jualan langsung yang telah dibatalkan lesen mereka oleh KPDNHEP.
 
Sebelum menyertai mana-mana perniagaan atau syarikat yang mengamalkan sistem pemasaran MLM, orang awam digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu status syarikat jualan langsung tersebut. Ini bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan, malah berkemungkinan menyebabkan orang lain turut menjadi mangsa kepada penipuan skim piramid.
 
Untuk mengatakan bahawa semua bisnes MLM adalah satu bentuk penipuan ataupun salah di sisi undang-undang adalah satu kenyataan yang tidak tepat. Hakikatnya, jika syarikat tersebut dilesenkan dan mematuhi akta yang ditetapkan, ia sebenarnya beroperasi secara sah mengikut peruntukkan undang-undang.
 
[2] Perniagaan tersebut mempunyai produk untuk diniagakan Matlamat sesebuah syarikat ditubuhkan adalah untuk menjalankan perniagaan menjual produk ataupun perkhidmatan (servis) lalu mendapat keuntungan daripada aktiviti jualan tersebut.
 
Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai kaedah pemasaran digunakan, dan salah satunya adalah kaedah pemasaran berbilang peringkat atau lebih sinonim dengan nama Multi Level Marketing. Kaedah pemasaran ini digunakan bertujuan untuk memastikan produk keluaran syarikat dapat sampai ke tangan pengguna dengan lebih efisien dan jimat dari segi kos.
 
Sekiranya anda terjumpa satu peluang perniagaan yang kononnya tak memerlukan anda menjual produk, atas alasan produk bukanlah suatu perkara yang penting dalam bisnes mereka, atau ada alasan lain misalnya mereka sebenarnya sedang menjual sistem untuk jadi jutawan, bukannya fokus pada produk, maka berhati-hatilah. Itu satu petanda bahawa syarikat tersebut sebenarnya sedang memperkenalkan skim cepat kaya, iaitu nama lain bagi skim piramid.
 
Dalam skim piramid, lazimnya mereka tak ada produk sendiri ataupun kalau ada produk sekalipun, ianya sebagai cukupkan syarat sahaja.
 
Apabila kita menceburkan diri dalam perniagaan MLM yang sah, suka ataupun tidak, kita WAJIB tahu apakah produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
 
Sebabnya, selain bercerita mengenai pelan pemasaran (marketing plan) kita juga perlu bercerita mengenai produk. Ya, kita perlu tahu, produk yang kita bakal jual nanti sebenarnya menyelesaikan masalah apa? 
 
Apabila kita bercerita kepada kawan-kawan tentang bisnes yang kita sertai, kita juga perlu tahu sedikit sebanyak, apakah masalah yang sedang dihadapi oleh kenalan kita tu, dan apakah manfaat yang bakal mereka perolehi hasil daripada menggunakan produk yang kita jual.
 
Saya berpandangan, sesuatu produk itu seharusnya dibeli hanya apabila produk tersebut ada fungsi, kegunaan dan manfaat kepada penggunanya. Bukannya beli produk sebab kita boleh dapat sistem buat duit, boleh jadi kaya, boleh jadi jutawan dan sebagainya.
 
Sekiranya produk dibeli hanya semata-mata sebab “nanti boleh buat duit”, lazimnya ia hanya akan dibeli sekali sahaja. Tiada belian ulangan atau repeat sales akan berlaku. Pembeli akan rasa serik dan rasa seperti tertipu apabila dia dapati setelah beli produk, dia tak jadi semakin kaya, pendapatan tak bertambah, tetapi kini dia terikat dengan komitmen kena cari orang yang nak beli produk yang sama dia pernah beli sebelum ini.
 
Kalau skim cepat kaya atau skim piramid, biasanya begitulah keadaannya. Produk tersebut dipromosikan seolah-olah ianya sangat ajaib, dan mampu untuk ubah kehidupan pembelinya. Tak kan sekadar membeli satu unit penapis air, kita dah boleh jadi kaya? Sudah tentulah tidak.
 
Jika difikirkan secara logik, sudah tentu dengan membeli satu produk ia tak mampu untuk menjadikan kita kaya. Namun begitulah common practice bagi skim piramid.
 
Pengamal skim tersebut memang cukup bijak bermain kata-kata dan memperdayakan kita untuk menyertai skim mereka. Umpan yang digunakan lazimnya adalah seperti gaya hidup mewah, rumah besar, kereta mewah, boleh melancong ke serata dunia dan sebagainya.
 
Maka berhati-hatilah. Jika penerangan lebih menjurus kearah gaya hidup mewah, tanpa memberi penjelasan mengenai produk, itu satu petanda bahawa orang yang memperkenalkan bisnes tersebut sebenarnya mengamalkan skim piramid.
 
[3] Pendapatan terhasil apabila berlaku jualan produk dan bukannya sekadar penyertaan ahli baru Ini satu lagi elemen penting yang perlu diberi perhatian serius.
 
Iaitu persoalan mengenai bagaimana cara untuk menghasilkan pendapatan apabila kita bersetuju untuk sertai sebagai ahli. Dalam bahasa yang lebih mudah, “duit tu datang dari mana?”

Bagi perniagaan MLM yang SAH, pendapatan terhasil apabila kita berjaya membuat jualan produk. Ataupun apabila ada ahli dalam rangkaian kita membuat pembelian produk bagi kegunaan sendiri.
 
Bagaimana pula situasinya dengan skim piramid? Fokus mereka adalah untuk tarik orang jadi ahli. Itu sahaja.
 
Bagi menarik orang ramai untuk sertai mereka dan menjadi ahli, pengamal skim piramid sanggup untuk menjanjikan bulan dan bintang, hanya untuk meyakinkan ahli baru untuk masuk ke dalam sistem.
 
[4] Mempunyai polisi pemulangan barangan atau refund Pernah tak anda terfikir untuk dapatkan balik duit anda setelah membuat bayaran atau membeli barang, jika ada perkara yang kita tak puas hati? Pasti pernah, kan.
 
Syarikat yang menjalankan bisnes melalui kaedah pemasaran berbilang peringkat pasti akan mempunyai polisi pemulangan barang atau pemulangan duit jika pelanggan tidak berpuas hati terhadap pembelian yang dilakukan.
 
Bukan itu sahaja, malahan syarikat juga akan memberikan tempoh bertenang kepada pelanggan baru, seandainya dia ingin membatalkan penyertaan atau berubah fikiran.
 
Satu lagi saya nak tambah ialah konsep after sales service, ataupun khidmat pelanggan setelah beli barang. Setelah kita beli barang, kita boleh beri feedback, tanya soalan jika ada yang tak pasti mengenai produk.
 
Perkara yang sama sudah tentu tidak berlaku dalam skim piramid. Malahan tidak mustahil kalau berlaku keadaan dimana setelah kita jadi ahli, upline terus senyap dan hilangkan diri.
 
[5] Produk yang dijual mempunyai nilai yang munasabah di pasaran Apa-apa produk yang diperlukan oleh manusia, semuanya sudah ada dipasaran.
 
Syarikat MLM juga tidak menjual atau memperkenalkan produk baru, sebaliknya mereka menjual produk-produk yang sudah ada dipasaran.
 
Apa yang membezakan antara produk yang mereka jual dengan produk sedia ada, hanyalah dari segi jenama, kandungan produk, pembungkusan, siapa penjualnya.
 
Kalau kita buat sedikit kajian terhadap syarikat MLM ternama, kita akan nampak dengan lebih jelas, produk mereka bukanlah unik dan dipasaran sudah ada produk yang sama, dengan fungsi yang lebih kurang sama.
 
Saya ambil contoh ubat gigi. Dekat pasaran ada macam-macam jenama ubat gigi.

Maka disini, secara semulajadi pengguna akan buat perbandingan sebelum membuat pembelian, sama ada perbandingan dari segi harga, kuantiti, kandungan dan juga manfaat lain.
 
Penolakkan seperti “dari aku bayar mahal-mahal untuk beli produk ni, baik aku beli je dekat kedai runcit, lagi murah” adalah sesuatu yang biasa berlaku.
 
Ayat seperti itu biasanya datang dari individu yang mementingkan aspek nilai terhadap belian. Kenapa perlu bayar mahal untuk produk yang sama, yang boleh diperolehi dengan harga lebih murah?
 
Adakah perbezaan harga yang begitu ketara itu sebenarnya bertujuan untuk bayar komisen kepada para upline?
 
Maka disini perlunya pengguna nampak bahawa harga yang perlu dibayar adalah munasabah. Ianya tak jauh beza dengan harga produk dari jenama lain, dan jika ada perbezaan harga, ianya disebabkan oleh manfaat tambahan yang datang bersama produk tersebut.
 
Jika harga munasabah, dan tak jauh beza, maka tak mustahil untuk pengguna bertukar jenama dan mana tahu satu hari nanti, dia akan jadi pengguna setia bagi jenama tersebut.
 
[6] Ada sebab yang kuat untuk pelanggan membeli produk dari syarikat Kenapa kita membeli sesuatu produk?
 
Setiap individu adalah unik. Mereka ada sebab yang pelbagai, kenapa mereka membuat keputusan pembelian.
 
Boleh jadi seseorang itu membeli sebab
i. Dia ada masalah dan produk tersebut adalah penyelesaian kepada masalah tersebut
ii. Membeli-belah ibarat satu terapi buat dirinya
iii. Dia ingin mencuba pengalaman baru
 
Sesuatu produk itu sepatutnya mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mampu untuk memuaskan keperluan dan kehendak pembelinya.

Kita beli ubat gigi untuk membersihkan gigi, menanggalkan plak dan menghilangkan nafas berbau.
Kita beli sabun pencuci untuk basuh baju supaya baju lebih bersih, berbau harum dan fabrik tahan lebih lama.
Kita beli sabun pencuci pinggan supaya mudah untuk menanggalkan kesan minyak, memudahkan cucian dan sabun tidak menyebabkan kulit pada tangan menggelupas.
 
Apabila produk itu sendiri mampu untuk selesaikan masalah penggunanya, dari situ pasti produk boleh terjual. Atau at least akan buatkan orang ramai berminat untuk mencuba.
 
Tapi sebaliknya, kalau produk tersebut hanya mempunyai satu kelebihan sahaja, iaitu ia mampu untuk berikan anda duit, boleh ubah nasib, boleh jadi jutawan dan sebagainya, maka disini produk tersebut sudah tidak penting.
 
Boleh sahaja kalau nak ganti produk tersebut dengan apa-apa sahaja barang. Mungkin kayu dan batu?
 
Hakikatnya bukan semua orang yang join bisnes, akan berjaya buat duit. Bukan semua orang yang beli ubat gigi atau sabun pencuci berbuat demikian sebab nak buat bisnes. Mereka mungkin sekadar nak support bisnes kawan-kawan.
 
Tapi kalau bisnes tersebut memang jelas adalah skim cepat kaya, yang ini memang tak sepatutnya disokong.
 
[7] Tiada sebarang unsur paksaan atau desakkan untuk membuat jualan, membeli produk atau mendaftarkan orang baru Bisnes MLM lazimnya akan menarik golongan seperti suri rumah, pelajar, orang yang kurang berpengalaman dalam bisnes, part timer dan sebagainya untuk mencuba bisnes ini.
 
Maka disebabkan itu, biasa berlaku satu keadaan dimana selepas join bisnes, mereka seperti tak tahu apa nak buat seterusnya?

Sebagai upline, jika anda memaksa mereka untuk membuat jualan, semata-mata sebab ada komisen dan insentif lain yang bakal diperolehi, hanya akan buatkan mereka makin menjauhkan diri dengan bisnes ini.
 
Selain itu, memaksa mereka untuk merekrut ahli keluarga, saudara mara dan sebagainya juga bukanlah satu tindakan yang baik. Ini akan membuatkan mereka berada dalam kedudukan yang agak janggal apabila bersama keluarga terdekat, apabila telah wujud persepsi tak baik seperti, “orang ini tak boleh rapat sangat sebab nanti dia akan pujuk, paksa dan tarik masuk dalam bisnes MLM”.
 
Niat untuk menjalankan bisnes perlu datang dari hati. Bukannya sebab disuruh atau dipaksa-paksa. Kalau seseorang itu memang tak ada hati dalam bidang perniagaan, pasti bisnes yang dijalankan itu nanti tak akan menjadi.
 
Sebarang bentuk paksaan dan desakkan tidak memberi kebaikkan dalam bisnes seperti MLM ini. Termasuklah memaksa downline kita untuk membuat pembelian peribadi dalam satu kuantiti tertentu.
 
Apa kata kita jangan memandai-mandai nak ubah ataupun manipulasi sistem pemasaran dan pelan imbuhan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
 
Dengan adanya individu yang tamak, yang cuba memanipulasi pelan pemasaran syarikat, impaknya syarikat MLM yang menjalankan perniagaan yang sah juga boleh dilihat sama seperti program cepat kaya.
 
Saya kira ada baiknya jika kita jangan ubah apa-apa atau cuba memandai-mandai memanipulasi sistem.
 
Sebaliknya kita sekadar menggalakkan downline atau rangkaian kita berbelanja sekadar yang perlu. Tak perlu sampai nak mengubah shopping pattern orang di dalam rangkaian kita.
 
Kalau sebelum ini dia hanya beli sabun basuh dua botol sahaja setiap bulan berdasarkan kepada pengunaannya, maka cukup sekadar itu. Tak perlu sampai nak pujuk atau paksa dia beli banyak dan buat stok, semata-mata nak suruh dia dapat PV (atau point value) yang lebih besar dan melayakkan dia dapat naik ke posisi yang lebih tinggi.
 
Pernah tak anda terfikir, kenapa agaknya orang-orang yang masih baru dalam bisnes, suri rumah atau golongan pelajar senang tertarik dengan bisnes seperti ini?
 
Kenapa tidak mereka sasarkan golongan yang memang business minded?
 
Saya ada terfikir hal yang sama. Boleh jadi sebab golongan yang memang business minded ini biasanya terlalu sibuk.
 
Sibuk dengan apa? Sudah tentulah sibuk dengan bisnes sendiri. Dia terlalu sibuk buat duit melalui bisnes yang sedang dia jalankan hingga tak ada masa nak tengok bisnes lain.
 
Sebaliknya mereka yang masih mencari peluang untuk buat duit sampingan mereka masih belum ada satu bisnes yang benar-benar dapat berikan income kepada mereka. Sebab itu mereka lebih terbuka untuk mencuba, berbanding mereka yang kita lihat mempunyai potensi untuk berjaya dalam bisnes sebab mereka sudah ada bisnes mereka sendiri.
 
Setelah menyedari hakikat ini, barulah saya faham kenapa selama ini, bila kita cuba ajak kenalan kita yang ada potensi untuk berjaya, mereka cenderung untuk menolak. Mungkin sebab mereka tak nak hilang fokus dengan bisnes yang sedang dijalankan. Daripada mereka terpaksa mula dari kosong untuk join bisnes MLM yang kita ajak, lebih baik dia fokus pada bisnes sedia ada, yang memang dah terbukti memberi hasil.
 
===
 
Saya dah agak lama mencari satu syarikat MLM yang sesuai dan kena dengan jiwa saya.
 
Sepanjang hidup saya, saya pernah beberapa kali sertai syarikat MLM, namun sayangnya saya tak dapat nak pergi jauh. Kelemahan itu terdapat pada diri saya sendiri dan syarikat yang saya pilih.
 
Syarikat-syarikat MLM yang pernah saya sertai sebelum ini, tidak mempunyai fasiliti dan teknologi seperti yang terdapat pada bisnes MLM terbaru yang saya join, iaitu Atomy.
 
Saya ada cerita dengan lebih details, kenapa saya pilih untuk join Bisnes Atomy. Saya pun masih baru dalam bisnes ini, dan masih banyak lagi yang saya sedang pelajari.
 
Cuma harapan saya, semoga rezeki saya ada disini. Syarikat dapat bertahan lama, dan saya sebagai salah seorang yang telah daftar sebagai distributor, dapatlah hasilkan income disini.
 
Baiklah, saya harap semoga anda dapat manfaat dari penulisan kali ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai bisnes ini, bolehlah hubungi saya menerusi whatsapp menerusi pautan ini https://minatbisnesdarirumah.wasap.my/ atau 011-5689 0863
 
 
The post Perbandingan antara Bisnes Multi Level Marketing (MLM) yang SAH dengan skim piramid appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/perbandingan-bisnes-multi-level-marketing-dengan-skim-piramid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Memilih Bisnes Network Marketing Yang Betul

Bagaimana Memilih Bisnes Network Marketing Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 313 hits
Bisnes network marketing adalah satu bentuk perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran yang memerlukan ahlinya membina rangkaian pelanggan bagi tujuan menembusi pasaran pengguna tanpa menggunakan kaedah pemasaran tradisional serta mengelu...
Antara Bisnes Air Balang Vs Bisnes Home Tuition

Antara Bisnes Air Balang Vs Bisnes Home Tuition

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 285 hits
Alhamdulillah setelah Allah permudahkan saya nikah pada 22 Jun 2019 lepas Sekarang saya sedang berfikir bisnes untuk tambah pendapatan Semasa mencari idea hendak memulakan bisnes saya terfikir bisnes jual air tepi jalan sebab selalu tengok ...
Rasmi Luqman Hakim Sah Milik Kv Kortrijk Dengan Kontrak 5 Tahun

Rasmi Luqman Hakim Sah Milik Kv Kortrijk Dengan Kontrak 5 Tahun

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 321 hits
Luqman Hakim sah menjadi pemain Malaysia pertama menandatangani kontrak profesional di Liga Belgium selepas menandatangani kontrak 5 tahun bersama KV Kortrijk hari ini Pengesahan itu dibuat dalam satu majlis khas di Berjaya Times Square Hot...
Berkuatkuasa Serta Merta Pengerusi Bernama Sah Letak Jawatan

Berkuatkuasa Serta Merta Pengerusi Bernama Sah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 439 hits
Hanya selepas kira kira lima bulan bekas ketua pengarang Astro Awani Suhaimi Sulaiman meletakkan jawatannya sebagai ketua pengerusi Lembaga Pengelola Bernama Menurut Suhaimi surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Menteri Komunikasi dan...
Pati Segera Tinggalkan Sabah Jika Tiada Dokumen Sah Operasi Besar Besaran Dalam Masa Terdekat

Pati Segera Tinggalkan Sabah Jika Tiada Dokumen Sah Operasi Besar Besaran Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 437 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pendatang tanpa izin yang gagal berbuat demikian dan berhasrat terus menetap di Negeri Di Bawah Bayu itu bakal ditangkap menerusi operasi besar besaran dalam tempoh terdekat Mana mana...
Sah Hutang Rm1 2 Trilion Pak Lebai Kata Apa

Sah Hutang Rm1 2 Trilion Pak Lebai Kata Apa

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 313 hits
Ipohmali Kata Menteri Kayangan di parlimen Dia Sah kan Hutang Negara RM 1 2 trilion dalam maksud yang lain 1200 Billion Sebelum ni punya dok troll Lim Guan Eng kononnya menipu yang hutang Negara RM 1 Trillion Lim Guan Eng Sebut lebih 1 Tril...
Sah Dicer4ikan Tal4k 3 Vivy

Sah Dicer4ikan Tal4k 3 Vivy

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 1056 hits
Isteri kedua pelakon kacak Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry sebelum ini pernah mended hkan telah dicer4ikan dengan talak 3 Terbaru melaporkan pengesahan lafaz cer4i tersebut masih lagi berlangsung di mahkamah sehingga hari ini Menurut Vivy dia...
Penurunan Emas Tidak Sah Paras Tinggi Sepanjang Masa

Penurunan Emas Tidak Sah Paras Tinggi Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 298 hits
Emas telah diniagakan menaik dan nampaknya bertekad untuk berdagang lebih tinggi lagi selepas kejatuhan kecil dan sementara Seperti yang saya katakan semalam harga emas naik dan boleh mencuba untuk mendekati dan mencapai paras sejarah 1 981...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord