7 Restoran Menyajikan Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang
hai assalammualaikum
7 Restoran Menyajikan Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang - Kalau ditenggokkan, dekat Pulau Pinang tak terkira banyaknya kedai makanan, google je nak apa, boleh jumpa banyak restoran-restoran yang meyediakan hidangan yang sedap , yang menyelerakan mengikut selera kita. Kalau sebelum ni, mungkin banyak makanan jalanan yang ada, tapi sekarang, banyak je restoran yang terkenal telah dibuka di Pulau Pinang.
Disebabkan dah terlalu banyak restoran yang ada, ni nad nak kongsikan 7 restoran yang menyajikan makanan yang sedap di Pulau Pinang. Sebelum tu, apa kata korang download je aplikasi Foodpanda, senang dan memudahkan bila korang nak pesan makanan. Takyah susah-susah keluar rumah, gunakan perkhidmatan food delivery penang dari Foodpanda. Dah download , hah boleh pilih restoran makanan yang korang nak.
7 Restoran Menyajikan Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang Hah, pening pulak nak pilih kan, takpa, nad bagi idea beberapa restoran yang menyajikan makanan yang sedap di Pulau Pinang.
Restoran Pen Mutiara Batu Maung
Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Penang yang hanyalah 10 minit perjalanan, merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal dengan kari kepala ikannya iaitu Restoran Pen Mutiara. Restoran Pen Mutiara adalah sebuah hotel-restoran di Batu Maung. Restoran Pen Mutiara menyajikan masakan tradisional Melayu.
Restoran yang penuh dengan keselesaan dan berpendingin hawa ini menghidangkan kari kepala ikan yang dimasak secukup rasa menggunakan ikan segar. Nak tahu macam mana sedapnya, korang kenala cuba sendiri.
Dekat sini ada menu a la carte dan set menu. Set Menu dihidangkan bersama nasi putih, timun, sambal belacan serta minuman limau asam boi. Hidangan khasnya adalah kari kepala ikan.
Waktu penghantaran
Isnin - Ahad 12:00 PM - 8:00 PM,
Kopitan Classic Penang Delight ( Georgetown )
Kopitan Classic Penang Delight (Georgetown) menyajikan makanan western, asian dan noodles. Ada bread dan toast, noodles, makanan bergoreng, chicken chop, spagetti dan lain-lain lagi. Huishh banyak menu pilihan ni. Semuanya nampak sedap. Air pun ada dijual. Senang kan.
Waktu penghantaran : Isnin sehingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 9 malam.
Dekat sini pun ada preorder Friday dari jam 11 pagi sehingga 9 malam
Restoran Kesum Art
Lagi satu restoran yang korang kene cuba pergi ialah Restoran Kesum Art. Dalam restoran ni penuh dengan lukisan menghiasi hampir seluruh dinding restoran. Katanya lukisan dekat sini pun boleh dibeli. Kot ada lukisan yang menarik perhatian, bolehlah beli sekali.
Ok, datang sini sebab nak makan kan. Ada macam-macam menu yang menyelerakan dari selatan semenanjung Malaysia seperti soto, laksa Johor, asam pedas, lontong dan lain-lain.
Jika anda sukakan seni, inginkan suasana makan yang banyak dengan pendingin hawa dan ingin makanan yang sempurna rasanya, bolehlah datang ke Kesum Art Restaurant.
Waktu operasi dari pukul 12 tengahari sehingga 5 petang
D'Dapor Express
Kalau nak makan beramai-ramai, bolehla makan di restoran D'Dapor Express ni. restoran ini menawarkan hidangan sampingan dengan nasi. Cubalah hidangan khas mereka, Kari Kepala Ikan, Ayam Pandan Berbungkus, Tauhu Claypot Muhibah dan Ikan Siakap Bawang Putih Berkicap!
Address: 7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, 11:00 pagi - 10:00 malam
Restoran Kebaya
Restoran Kebaya , restoran yang tersembunyi di Seven Terraces Hotel yang luar biasa yang mesti untuk dicuba sambil menjelajahi makanan yang enak di George Town, Pulau Pinang. Kebaya adalah pendekatan baru untuk selat klasik dan masakan Indo-Cina. Selain itu, Kebaya adalah tafsiran moden mengenai masakan Nyonya yang dicipta khas untuk pengalaman bersantap yang sungguh menggembirakan.
Ia mempunyai menu makanan yang lengkap dan asli. Ruang makannya menarik dan semua makanan yang sedap.
Alamat: 2-16 Stewart Lane George Town, Malaysia
Waktu operasi: 18:00 - 22:00
Tel: 011-14033310
Lagenda House & Cafe
Terletak di Campbell Street, restoran ini menyediakan makanan dalam congkak (permainan mancala tradisional). Ruang makan dihiasi dengan foto-foto Allahyarham P. Ramlee (1929-1973), salah satu seniman Malaysia yang paling terkenal sepanjang masa.Oldies dari tahun 1950-an dan 1960-an memenuhi suasana restoran dengan daya tarikan nostalgia.
Menu ini menampilkan Nanas Prawn Lemak terlaris, disajikan di menara kerucut biru, dan Ayam Rendang wangi disajikan dengan sambal buatan sendiri (bumbu cabai pedas) dan salad telur.
Address: 43, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi:⋅ Dibuka setiap hari dari 7 pagi - 11 malam
Menu sarapan pagi 7 pagi - 11 pagi
Suffolk House
Sebuah rumah besar bersejarah yang berubah menjadi restoran mewah di Pulau Pinang, Suffolk House tersembunyi jauh dari jalan-jalan yang sibuk. Tempat ini bukan sahaja menyediakan lawatan tetapi juga menyajikan pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan untuk kualiti makanan mereka.
Sebenarnya, ramai yang mengunjungi Suffolk House semasa perayaan dan juga minum teh. Malah ada yang mengadakan majlis perkahwinan di Suffolk House.
Address: 250, Jalan Air Itam, George Town, 10460 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi: 10:00AM – 11:00PM
Tel: 04-2283930.
Banyak kan restoran menarik dekat Pulau Pinang ni. Ni baru sikit je nakd kongsi, ada lebih 80 restoran yang ada. Semua makanan pun nampak menyelerakan. Jadi kalau teringin tu, tapi takda masa nak pergi, boleh je pesan makanan secara dalam talian dari semua kedai kegemaran yang korang suka. Takyah susah-susah, nak makan, malas keluar, guna " food delivery penang " dari Foodpanda datang hantar ke rumah atau pejabat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/06/7-restoran-menyajikan-makanan-yang.html