10 Restoran Di Malaysia Yang Terkenal Dengan Makanan Sedap Dan Harga Yang Berpatutan


10 Restoran Di Malaysia Yang Terkenal Dengan Makanan Sedap Dan Harga Yang Berpatutan. Hi korang! Esok dah PKPP... korang ke mana? Cuti-cuti dalam Malaysia eh? Dah alang-alang pergi bercuti tu mestilah nak cari makanan yang sedap dan harga yang berpatutan. Tahukah korang terdapat 10 restoran di Malaysia yang terkenal dengan makanan sedap dan harga yang berpatutan? Kalau nak tahu kena baca sampai habis tau

10 Restoran Di Malaysia Yang Terkenal Dengan Makanan Sedap Dan Harga Yang Berpatutan
#1 Restoran Itik Salai Masthar
Bagi yang suka makan masak lemak cili padi, korang wajib mencubanya di Restoran Itik Salai Masthar. Ini kerana restoran ini menawarkan itik yang disalai selama 90 minit sebelum di buat masak lemak cili padi. Gabungan itik salai dan kuah lemak cili padi memang padu. Tak sedar korang dah habiskan sepinggan nasi. 

Selain itik salai, terdapat juga pilihan ayam salai, daging salai dan ikan keli salai yang dibuat masak lemak cili padi. Itu pilihan untuk masak lemak cili padi yang korang boleh pilih... Hidangan ini dihidangkan dengan ulam-ulaman dan cili padi. 
Paling best, terdapat juga lauk pauk yang lain yang korang boleh pilih untuk melengkapkan menu tengahari korang. 

Harga yang ditawarkan untuk semangkuk itik salai adalah RM9 dan semangkuk ayam salai pula RM6.  Harga ni sekali dengan nasi tau. Murahkan?  Sebab itulah restoran ini terkenal sebagai restoran yang sedap dan harga berpatutan. 
Di bawah adalah details restoran. 
Alamat: Medan Selera Adikku, Itik Salai Masthar, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, SelangorWaktu Operasi: 11pg -10mlm , Setiap HariTelefon: 019-255 3645

#2 Semangkuk Mee Bandung Gearbox Kambing
Bagi penggemar Mee dan Gearbox, korang wajib try mee bandung gearbox kambing yang sedap dan  kaya dengan rasa di restoran Semangkuk Batang Benar di Nilai. 

Bila melihat sendiri hidangan yang dihidangkan, macam tak percaya harga semangkuk mee bersama gearbox yang penuh dengan daging dan urat hanyalah RM14.50. Sangat berbaloi untuk dinikmati di waktu petang dan malam. 
Selain dari Mee Bandung Gearbox Kambing, restoran ini juga terkenal dengan saiz air yang besar di mana ia boleh dinikmati oleh 4-5 orang. Sangat berbaloi jika datang ramai-ramai. 

Restoran ini bukan saja menawarkan mee bandung, terdapat juga hidangan lain seperti nasi lemak, set nasi tengahari, roti john, mee kuah udang, mee kari, pelbagai pilihan roti dan juga menu petang seperti kelapa baldi, cendol, pisang cheese serta lain-lain lagi

Semua menu ditawarkan dengan harga yang berpatutan. 
Alamat: 3265, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri SembilanWaktu Operasi: Isnin-Khamis 8.35pg-6ptg | Fri 8.35pg-1ptg & 2ptg-6ptg | Sat-Sun 8.30pg-6.25ptgTelefon: 011-1002 5981

#3 Nasi Dulang Daun Pisang
Makan Nasi Dulang Daun Pisang di restoran yang berkonsepkan makanan atas dulang beralas daun pisang adalah sesuatu yang sangat rare atau jarang di dapati. Menu mereka ringkas. Tapi rasa sedap sangat. Harga murah tp kuantiti dia banyak. Puas makan. 

Hidangan utama set dulang termasuk ayam/ayam kampung, itik, ikan keli, ikan kembung, ikan talapia merah, ikan bawal, udang dan kambing.. Ayam dan itiknya diperap dengan 6 jenis gabungan rempah sebelum digoreng manakala ikan-ikannya diperap dengan kunyit dan garam



Semua set siap dengan nasi putih, ulam, 3 jenis sambal / sos (sambal penyet, air asam dan sambal belacan) dan kuah masak lemak cili api / kuah kari (pilih satu atau tambah 30 sen untuk kedua-dua kuah). 
Selain itu, mereka juga menyajikan set nasi ganja ayam versi mereka tersendiri

Alamat: PT 75024, Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang.Waktu Perniagaan: 10am - 4pmNo. Tel : 0123230220

#4  Ikan Bakar Terangkat 
Bila sebut saja ikan bakar terus terbayangkan Ikan Bakar Terangkat. Ini kerana ikan bakar direstoran ini diperap dengan rempah istimewa ikan bakar yang di buat sendiri. Jadi memang tak akan jumpa di mana-mana restoran. Hanya di sini saja. Jadi, untuk menikmati ikan bakar terangkat haruslah kena datang ke restoran Ikan Bakar Terangkat yang terletak di Kajang. 


Kedai/restoran ni bukanlah terletak di tepi pantai dan nampak laut, hanya dapat melihat jalan raya besar di hadapan kedai tu aje. Tapi restoran ini menawarkan ikan dan seafood yang segar dan besar. Paling best, pelanggan boleh pilih sendiri. 
Hasil hidupan laut yang di panggang cukup sempurna, terasa kelembutan pada isi ikan tersebut, manakala bahagian bakar dia taklah hangus ataupun terasa hangus



Penyedap rasa sudah semestinya “sambal istimewa” yang di cipta sendiri oleh tuan punya kedai, dan sambal tersebut di letakkan di atas ikan atau apa sahaja jenis bakar yang lain. Manakala terdapat juga air asam dan sambal kicap jika korang nak

Nak makan ikan bakar dan hidangan seafood yang sedap bolehlah ke sini

Alamat: No. 1, Lot 3083 Jalan Ayer Itam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, SelangorWaktu Operasi: 5.30ptg -12pg, Setiap HariTelefon: 012-466 2869

#5 Sedap Malam Station
Sedap Malam Station menawarkan hidangan yang lebih santai untuk mereka yang tidak gemarkan makan berat. Antara hidangan yang di tawarkan adalah set roti dengan kacang pool, otak-otak, satar dan pepes. 

Walaubagaimanapun, Sedap Malam Station juga memenuhi penggemar nasi diwaktu malam dengan menawarkan nasi lemak daun pisang, nasi set seperti paru goreng berlado, ikan keli berlado, sotong berlado, ikan patin berlado dan juga set nasi bersama asam pedas. Menu-menu ini memang menjadi pilihan pelanggan yang datang ke restoran ini. 


Terliur kan? Harga yang ditawarkan untuk set nasi adalah kurang dari RM10... Sangat berbaloi

Alamat: Blok P-1-21 & 26, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala LumpurWaktu Operasi: 11.30pg-3.30ptg & 6.30ptg-10.30mlm, Setiap HariTelefon: 019-3886510

#6  Restoran Barra
Restoran Barra adalah restoran yang berkonsepkan kedai mamak. Kiranya semua menu di kedai mamak ada di sini. Terdapat pelbagai pilihan makanan tapi yang paling digemari adalah nasi goreng kambing yang sedap sampai teringat-ingat. Harga untuk sepinggan nasi goreng kambing hanyalah RM9.90


Nak cuba sendiri kena datang ke.

Alamat: No. 2, Jalan 6/7A, Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorWaktu Operasi: 24 hours, Setiap HariTelefon: 03-8912 0040

#7 Nasi Kukus Dapur Mama
Dapur Mama menyediakan nasi kukus yang mana resipinya adalah original dari Kuantan, Pahang. Nasi Kukus Dapur Mama menyediakan pelbagai pilihan lauk pauk untuk di padankan dengan nasi kukus tapi yang paling digemari adalah set nasi kukus bersama ayam goreng garing panas, pajeri nanas, telur masin, kuah kari, sambal belacan dan ulam-ulaman. 


Alamat: Blok B-G-01, Jalan SS6/20A, Dataran Glomac Kelana Jaya, 47301,Petaling Jaya, SelangorWaktu Operasi: 10pg - 10mlm, Setiap HariTelefon : 03-78030112

#8 Tempat Makan Lesehan 
Bagi penggemar masakan Indonesia, Tempat Makan Lesehan adalah pilihan yang tepat untuk anda kerana ia menyediakan pelbagai menu Indonesia yang popular. Paling best terdapat 22 jenis sambal dan lauk pauk yang korang boleh pilih untuk menyedapkan menu korang. 



Jom cuba sendiri keenakkan makanan Indonesia di Tempat Makan Lesehan. 
Alamat: Jalan LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, SelangorWaktu Operasi: 12tgh-11mlm, Setiap HariTelefon: 014-963 2457

#9 Smoke Texas
Restoran Smoke Texas ini terkenal dengan Crispy Beef yang boleh dipadankan dengan nasi putih atau roti subway. Harga pun sangat berbaloi iaitu RM10 setiap set dan percuma air minuman. 

Bukan itu saja, terdapat pelbagai pilihan lagi di Smoke Texas seperti nasi set bersama daging harimau menangis, nasi batang pinang, nasi cabai hijau dan juga pilihan western food..

Alamat: No 10, Jalan 2A/27A, Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurWaktu Operasi: 12tgh-12mlm, Setiap HariTelefon: 013-380 5567
#10 Nasi Kandar Salman Nasi kandar memang menjadi pilihan setiap masa. Tak kira waktu pagi, tengahari, petang dan malam... Namun harga nasi kandar tidak murah pada zaman sekarang. Walaupun begitu, di Nasi Kandar Salman masih lagi boleh dapat sepinggan nasi kandar bersama lauk yang berharga RM5. Tak sangkakan


Jadi jangan lupa dapatkan nasi kandar yang murah dan berpatutan hanya di Nasi Kandar Salman.
Alamat: Lot 6741E, Jalan Bistari, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, SelangorWaktu Operasi: Isnin-Khamis 11mlm-8mlm | Sabtu-Ahad:11mlm-8mlm (Jumaat - TUTUP)Telefon: 013-380 5567
Seperti yang kita sedia maklum yang restoran yang terkenal dengan makan sedap dan harga berpatutan ni akan ada ramai pelanggan di waktu kemuncak. Malah perlu beratur panjang untuk menikmatinya. Jika sanggup anda boleh ke restoran tersebut sendiri. Jika tidak sanggup anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran. 
Tapi bagi korang yang berada jauh dari restoran terkenal dan harga berpatutan ini dan mencari 'restaurant near to me' yang best, berbaloi, sedap dan tak perlu beratur panjang, korang guna saja service Foodpanda. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/06/10-restoran-di-malaysia-yang-terkenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tempat Makan Western Food Yang Sedap Dengan Harga Berpatutan Di Kl

6 Tempat Makan Western Food Yang Sedap Dengan Harga Berpatutan Di Kl

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 902 hits
Tiada lain yang selalu di kongsi adalah tentang makan makan dan makan Selain itu sudah pasti tempat makan yang sedap dengan harga yang berpatutan Di sebabkan feel bayangan sekali sekala bermata biru dan suasana dengan empat musim negara bar...
7 Restoran Menyajikan Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang

7 Restoran Menyajikan Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 812 hits
hai assalammualaikum7 Restoran Menyajikan Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang Kalau ditenggokkan dekat Pulau Pinang tak terkira banyaknya kedai makanan google je nak apa boleh jumpa banyak restoran restoran yang meyediakan hidangan yang seda...
Bebola Kentang Inti Isi Ayam Lebih Sedap Daripada Menu Restoran Segera

Bebola Kentang Inti Isi Ayam Lebih Sedap Daripada Menu Restoran Segera

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 555 hits
Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah tetapi kadang kadang mati idea juga betulkan Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam mak mak jangan risau ini menu yang mudah sedap dan sihat Siap...
Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 1632 hits
Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia Berikut adalah harga baru bagi semua model kereta Honda Malaysia berkuatkuasa 15 Jun 2020 sehingga 31 Jun 2020 Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia Berikutan pengecualian cukai jualan seper...
Waktu Operasi Baru Dari Foodpanda Malaysia Untuk Penghantaran Makanan

Waktu Operasi Baru Dari Foodpanda Malaysia Untuk Penghantaran Makanan

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 1257 hits
Waktu Operasi Baru dari FoodPanda Malaysia untuk Penghantaran Foodpanda semua orang kenal Bila lapar memang cari FoodPanda Tambah tambah musim PKP dan PKPB ni kan Memang FoodPanda antara syarikat penghantaran makanan yang sangat busy PM kit...
Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan Ibu Ni Kongsikan Tip Menu Sihat Sedap

Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan Ibu Ni Kongsikan Tip Menu Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 517 hits
Apabila anak menghampiri usia 6 bulan keterujaan pastinya untuk menyediakan makanan pejal buat bayi Namun dalam rasa teruja terselit rasa ragu ragu untuk menggabungkan makanan tertentu agar serasi dengan bayi kita Tip dan resipi yang dikong...
Acer Malaysia Perkenalkan Barisan Monitor Aopen Bermula Harga Rm289

Acer Malaysia Perkenalkan Barisan Monitor Aopen Bermula Harga Rm289

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 332 hits
Jenama AOpen mungkin kedengaran janggal buat anda yang pertama kali mendengarnya Ia merupakan sub jenama dari Acer yang memfokuskan kepada penawaran monitor mampu milik dan berpatutan Menyambut kedatangan model monitor AOpen ini Acer Malays...
Resipi Nasi Thailand Super Simple Rasa Sedap Macam Yang Jual Di Pesta Makanan Tu

Resipi Nasi Thailand Super Simple Rasa Sedap Macam Yang Jual Di Pesta Makanan Tu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 510 hits
Kalau dahulu pesta makanan selalu diadakan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang sangat menghargai makanan serta berani mencuba pelbagai hidangan menarik Namun ujian COVID 19 yang melanda Malaysia menyebabkan setiap aktiviti seumpam...
Acer Malaysia Mengemaskini Predator Triton 500 Dengan Komponen Intel Dan Nvidia Terbaru Harga Baru Bermula Rm7999

Acer Malaysia Mengemaskini Predator Triton 500 Dengan Komponen Intel Dan Nvidia Terbaru Harga Baru Bermula Rm7999

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 410 hits
Tahun lepas Acer melancarkan komputer riba gaming Predator Triton 500 iaitu siri komputer riba gaming yang bukan sahaja hadir dengan komponen komponen yang berkuasa tetapi juga mempunyai rekaan yang serba minimalis dan nipis Acer Malaysia m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba