Taman Rekreasi Di Pulau Pinang Dibuka Semula Sabtu Ini



Setelah hampir empat minggu Pulau Pinang berada dalam zon hijau, kerajaan negeri memutuskan untuk membuka semula taman-taman rekreasi di negeri ini bermula Sabtu ini.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang yang dipengerusikannya hari ini.

"Sukacita saya mengumumkan pembukaan semula taman-taman rekreasi di Pulau Pinang iaitu Taman Bandaraya, Taman Metropolitan Relau, Taman Botani Pulau Pinang, kawasan mendaki Bukit Jambul, aktiviti mendaki Bukit Bendera dari laluan warisan di kaki bukit stesen dan pintu jalan jeep Bukit Bendera yang hanya untuk pejalan kaki.


"Waktu operasi taman-taman berikut adalah dari jam 7 pagi hingga 7 malam dan bilangan pengunjung terhad kepada 200 orang pada satu-satu masa kecuali Taman Metropolitan Relau yang hanya terhad kepada 50 orang. Semua pengunjung perlu mendaftarkan diri secara individu melalui imbasan kod QR di aplikasi PGCare," katanya dalam siaran langsung menerusi laman Facebooknya hari ini.


Beliau berkata, semua Hutan Simpanan Kekal di bawah seliaan Jabatan Perhutanan iaitu Taman Bukit Panchor, Teluk Bahang, Cherok Tokun, Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam dan Bukit Juru; Taman Negara Pulau Pinang di bawah seliaan Jabatan Perhilitan; serta taman rekreasi dan empangan di bawah seliaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) masih kekal ditutup.

Selain itu, katanya gerai durian hanya dibenarkan menjual secara bungkus atau 'take away' bermula Khamis ini berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Kota turut memaklumkan kerajaan Persekutuan telah membatalkan peruntukan RM100 juta untuk membangunkan sistem kereta kabel alternatif bagi Bukit Bendera yang diumumkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020, Oktober tahun lepas.

Katanya, kajian prakebolehlaksanaan projek kereta kabel itu masih dalam proses dan dijangka siap pada separuh kedua tahun ini. - Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/taman-rekreasi-di-pulau-pinang-dibuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utc Pertama Di Pulau Pinang Bakal Dibuka

Utc Pertama Di Pulau Pinang Bakal Dibuka

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 385 hits
Pusat Tranformasi Bandar pertama di Pulau Pinang yang terletak di Kompleks Tun Abdul Razak dijangka beroperasi selewat lewatnya awal Ogos ini Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek kerajaan Persekutuan bernilai RM10 38 juta itu sepatutn...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Menggesa Kerajaan Perjelas Semula Sop Nyahcemar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Menggesa Kerajaan Perjelas Semula Sop Nyahcemar

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 437 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan menyatakan dengan jelas prosedur operasi standard bahawa semburan cecair pembasmi kuman ke atas tubuh tidak dibenarkan terutama kepada kanak kanak Ia berikutan penggunaan seperti itu tidak d...
Pernah Cuba Nasi Kandar Sulaiman Yang Dibuka Jam 4 Pagi Hanya Di Pulau Pinang

Pernah Cuba Nasi Kandar Sulaiman Yang Dibuka Jam 4 Pagi Hanya Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 829 hits
NASI KANDAR SULAIMAN PULAU PINANG DIBUKA JAM 4 PAGIAssalamualaikum Apa habaq Boleh kata macam tak lengkap kalau bercuti atau sampai ke Pulau Pinang tanpa makan Nasi Kandar Mana mungkin sama rasa kuah kari di sini dengan tempat lain Kalau ad...
Salun 80 Tahun Di Pulau Pinang Kembali Beroperasi Semula Hari Ini

Salun 80 Tahun Di Pulau Pinang Kembali Beroperasi Semula Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 461 hits
Sebuah salun berusia 80 tahun di Jelutong dekat sini bersedia beroperasi semula apabila Perintah Kawalan Pergerakan memasuki fasa pemulihan hari ini Tinjauan Bernama ke Ever Green Hairdressing Salon semalam mendapati pemiliknya V Segar 58 d...
Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 436 hits
Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini mungkin dibenarkan dibuka semula sekiranya k3s baru C0vid 19 kekal rendah sehingga 9 Jun menurut Kementerian Kesihatan Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya perlu menu...
Statistik Terkini Cprc Tunjukkan Perlis Pulau Pinang Kelantan Negeri Zon Hijau

Statistik Terkini Cprc Tunjukkan Perlis Pulau Pinang Kelantan Negeri Zon Hijau

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 382 hits
Perlis Pulau Pinang dan Kelantan kini diisytihar sebagai zon hijau kerana tiada kes aktif baharu COVID 19 dikesan di sana Menurut statistik terkini oleh CRPC Kebangsaan hanya satu kes aktif dikesan di Terengganu Perak dan Kedah Sementara it...
Hanya Terengganu Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau Covid 19 Setakat 30 Mei Kkm

Hanya Terengganu Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau Covid 19 Setakat 30 Mei Kkm

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 419 hits
By Amira on Mei 31 2020Putrajaya 31 Mei Kementerian Kesihatan mengesahkan hanya tiga buah negeri kekal status sebagai zon hijau COVID 19 iaitu Terengganu Perlis dan Pulau Pinang setakat 30 Mei Dalam kemaskini terbaru KKM di laman Twitter ke...
Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Dapati Kanak Kanak 8 Tahun Mula Merokok

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Dapati Kanak Kanak 8 Tahun Mula Merokok

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 590 hits
Hasil tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas penggunaan rokok dalam kalangan belia mendapati kanak kanak di Malaysia seawal usia 8 tahun sudah pandai menghisap rokok Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata tinjauan itu turut m...
Covid19 Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

Covid19 Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 354 hits
Sebuah restoran yang ada sejarah tersendiri iaitu menghidangkan sajian tradisional Hainan dan Hokkien sejak 85 tahun lepas di Georgetown Pulau Pinang akhirnya terpaksa ditutup terus ekoran terjejas kerana wabak Covid 19 Nama restoran See Ko...
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Ringkasan Berita Pasaran As Untuk 6 Ogos

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Dak Adik Tinggal Aku Balik

Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

Dari 0 Ke 300 Juta Dalam 7 Tahun Realme Tahu Cara Bermain Dengan Betul

Tak Ada Rezeki Nak Makan Karipap Segamat Legend Viral

Jalur Gemilang Of Honour And Weathered Spirits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Learning From Failed Startups

Petua Kurangkan Batuk

Aaron Wooi Yik Mahu Hadiah Emas Merdeka Buat Rakyat Malaysia Berita Harian

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Polip Serviks Punca Gejala Rawatan Dan Pencegahan

Pelajar Kolej Campak Bayi Baru Lahir Didenda Rm10 000