7 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 19 10



Selepas Ubuntu 19.10 ini dilancarkan, saya dapat lihat terdapat segelintir pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem operasi ini. Terus terang saya katakan, semangat saya untuk menulis terutamanya tentang Linux pudar beberapa tahun ke belakangan ini atas sebab kurangnya sambutan pembaca berbanding komuniti luar negara.
Pendedahan (push) bagi Linux umumnya dan Ubuntu khususnya amatlah kurang, sementelah blogger-blogger IT yang dulu aktif membuat aktiviti berkaitan telah lama ‘pupus’ ditelan dek perkembangan zaman. Tak pasti kenapa dengan mereka, tetapi barangkali atas sebab yang sama juga, iaitu ‘populasi’ peminat Linux di Malaysia tidak semeriah waktu saya mula-mula berkecimpung dalam dunia penulisan.
Sekarang saya rasa masa yang amat sesuai bagi bermula semula, dek kerana terdapat ura-ura akan kerajaan ingin memulakan penggunaan Linux di sekolah-sekolah. Pada saya ini satu langkah yang baik bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar agar mereka tidak kekok dengan Linux apatah lagi berasa takut untuk mencuba.
Cukuplah sekadar di situ intro saya.
Sekarang kita beralih semula kepada Ubuntu 19.10. Banyak perkara yang perlu dibuat apabila selesai sahaja pemasangan. Di sini saya akan senaraikan beberapa yang penting agar sesiapa sahaja yang bermula dengan Ubuntu dari versi ini akan dapat berasa selesa (sedikit sebanyak) setelah siap pemasangannya.
1. Aktifkan ‘Minimize On Click’.
Saya tidak pasti kenapa ciri ini masih lagi belum menjadi ciri lalai atau default pada Ubuntu. Ia agak tidak patut kerana ciri ini harus menjadi ciri asas kepada sistem operasi yang menggunakan launcher/dock.
Cara paling mudah untuk mengaktifkan ia adalah dengan menggunakan baris perintah ini:
gsettings set org.gnome.shell.extensions.dash-to-dock click-action ‘minimize’
2. Tukar pelayan mirrors.
Ini juga amat penting untuk dilakukan, bagi memastikan kelancaran dan kepantasan muat turun fail dari pelayan berada pada tahap optimum lagi maksimum. Untuk menukar, buka ‘Software & Updates’, kemudian klik ‘Download from’, tukar Main Server kepada Other, dan dari situ, klik pada ‘Select Best Server’.
Anda boleh buat seberapa banyak kali yang anda mahu, dan apabila telah selesai menjalankan pemilihan, klik ‘Choose Server’. Kemudian, klik ‘Close’. Ia akan meminta anda untuk ‘Reload’, maka tekan sahaja butang tersebut dan tunggu sehingga selesai.


3. Periksa Kemas Kini
Jika anda kemas kini, lebih baik kiranya anda muat turun fail kemas kini tersebut. Ia boleh dilakukan sama ada melalui aplikasi ‘Software Updater’ atau Terminal (baris perintah).
Jika anda ingin gunakan Terminal, cukup sekadar gunakan perintah sudo apt update, dan sudo apt upgrade.

4. Pasang Gnome Tweaks (Gnome Tweak Tool)
Gnome Tweaks mungkin tidak mempunyai terlalu banyak tetapan yang boleh diubah, seperti zaman aplikasi Ubuntu Tweak, suatu tika dahulu. Namun, masih berbaloi untuk memasangnya kerana dari sini kita boleh ubah bermacam-macam jenis tetapan tersembunyi.
Untuk memasangnya, gunakan perintah:
sudo apt install gnome-tweaks

5. Tukar Tema Gelap
Disebabkan kita telah pun memasang Gnome Tweaks, rugilah jika tidak memanfaatkan fungsi penukaran tema yang ada padanya. Saya juga masih terasa musykil, akan kenapa ciri ini disembunyikan, sedang ia secara rasminya telah dimasukkan ke dalam sistem operasi.
Bagi menukar paparan tema, klik pada ‘Appearance’, tukar pilihan ‘Applications’ kepada ‘Yaru-dark’.

6. Pasang Chrome
Saya bukan tidak sukakan Firefox, tetapi dalam persekitaran sistem operasi apa jua pun, saya tetap berasa lebih selesa dengan Chrome dan derivatif Chromium seperti Brave, Edge, dan sebagainya.
Anda boleh muat turun sahaja Chrome pada pautan ini: Google Chrome
Kemudian, apabila hendak pasang, cara mudah (bagi saya) ialah buka Terminal, dan halakan ia ke folder di mana anda muat turun fail tersebut. Dalam contoh ini, saya muat turun di folder Downloads.
Perintahnya ialah:
cd Downloads
sudo dpkg -i google-chrome-stable_current_amd64.deb

7. Pasangkan Integrasi Gnome Shell Extension
Apalah ertinya menggunakan Gnome Shell tanpa memanfaatkan pula Gnome Shell Extension. Dengan adanya pelbagai extension ini, anda akan dapat mengubah paparan GNOME menjadi rupa bentuk atau ciri yang anda mahu.
Untuk itu, gunakan perintah ini bagi memasangnya:
sudo apt install chrome-gnome-shell
Jangan lupa, pasangkan juga extension bagi pelayar web Chrome/Chromium iaitu GNOME Shell Integration.

Buat masa ini, saya kongsikan dahulu 7 perkara yang patut anda lakukan setelah selesai memasang Ubuntu 19.10. Di artikel yang lain, saya akan kongsi lagi beberapa perkara yang saya rasa wajar dibuat bagi menjadikan sistem operasi anda lebih lengkap serta teratur.
Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/7-perkara-perlu-dilakukan-selepas-memasang-ubuntu-19-10/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkara Sunat Dilakukan Selepas Tanam Jenazah

Perkara Sunat Dilakukan Selepas Tanam Jenazah

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 328 hits
SOALAN Apakah perkara yang disunatkan kita lakukan selepas menanam mayat di kuburan kerana ada sesetengah orang yang berdoa sahaja manakala sesetengah yang lain berzikir dahulu sebelum berdoa Adakah boleh memberikan tazkirah kepada para had...
Taufan Hagibis Mula Membadai Jepun Selepas Digegarkan Dengan Gempa Bumi Berkekuatan 5 7 Magnitud Sehari Sebelumnya

Taufan Hagibis Mula Membadai Jepun Selepas Digegarkan Dengan Gempa Bumi Berkekuatan 5 7 Magnitud Sehari Sebelumnya

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 403 hits
Taufan Hagibis yang membawa hujan lebat dan angin kencang dilaporkan mula membadai Jepun pada 13 Oktober dan menyebabkan beberapa kawasan seperti Tokyo Shizuoka dan Chiba utara Jepun terjejas Sebelumnya pihak berkuasa Jepun telah mengeluark...
Rihana Failkan Petisyen Di Mahkamah Rusia Selepas Tuntutan Tidak Dilayan

Rihana Failkan Petisyen Di Mahkamah Rusia Selepas Tuntutan Tidak Dilayan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 352 hits
Apa perkara yang kita akan bincang pada malam ini Ohmedia dan kita semua masih tidak dapat lari dari permasalahan yang berlaku diantara Sultan Kelantanm Sultan Muhammad V bersama Rihana Oksana Gorbatenko dan rakyat terutama orang Kelantan m...
Gpk Hem Maut Selepas Rebah Daki Gunung

Gpk Hem Maut Selepas Rebah Daki Gunung

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 991 hits
LELAKI tiba tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendaki Bukit Beruang Melaka hari ini Sebelum kejadian Salleh Kanan 56 Guru Penolong Kanan SK Peringgit Melaka itu dikatakan mendaki bukit berkenaan bersama rakannya Ketua Polis...
Azura Cinta Hati Datuk Jamal Sanggup Bangun Tengah Malam Selepas 13 Tahun Rehat

Azura Cinta Hati Datuk Jamal Sanggup Bangun Tengah Malam Selepas 13 Tahun Rehat

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 1014 hits
Alhamdulillah Nur Azura Yamani anugerah terindah daripada Allah kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga kata penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ketika berkongsi berita kelahira...
Jepun Berduka Selepas Dibadai Hagibis 7 Maut Belasan Lagi Hilang Tak Dapat Dikesan

Jepun Berduka Selepas Dibadai Hagibis 7 Maut Belasan Lagi Hilang Tak Dapat Dikesan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 354 hits
Sekurang kurangnya 7 orang dilaporkan maut manakala 15 yang lain tidak dapat dikesan selepas ribut yang paling kuat pernah terjadi melanda negara Jepun sehingga menyebabkan lebih setengah juta buah rumah hilang punca kuasa serta telah menye...
Viral Keadaan Kerosakkan Teruk Di Jepun Selepas Dilanda Taufan Hagibis Seorang Dilaporkan Maut

Viral Keadaan Kerosakkan Teruk Di Jepun Selepas Dilanda Taufan Hagibis Seorang Dilaporkan Maut

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 593 hits
Sekurang kurangnya seorang dilaporkan maut manakala ramai yang lain cedera selepas taufan Hagibis melanda jepun hari ini Taufan yang sedang melanda Jepun itu dianggap sebagai salah satu taufan yang paling berbahaya dengan kelajuan angin sel...
Beginilah Amalan Meniup Lilin Kek Bermula Selepas Tahu Sila Hentikan Amalan Ini

Beginilah Amalan Meniup Lilin Kek Bermula Selepas Tahu Sila Hentikan Amalan Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 417 hits
Apabila tibanya hari lahir pasti setiap orang akan merasa teruja dan seronok untuk menyambut hari lahir sama ada sambutan secara sederhana atau besar besaran Dalam Islam tidak menjadi masalah untuk mengadakan sambutan hari lahir Para ulama ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru