Perkara Sunat Dilakukan Selepas Tanam Jenazah



SOALAN:
Apakah perkara yang disunatkan kita lakukan selepas menanam mayat di kuburan kerana ada sesetengah orang yang berdoa sahaja manakala sesetengah yang lain berzikir dahulu sebelum berdoa? Adakah boleh memberikan tazkirah kepada para hadirin selepas tanam? Bagaimana cara yang betul berdoa kepada mayat selepas tanam kerana ada berbagai cara yang dilakukan oleh masyarakat kita?

JAWAPAN:
Sesetengah dari perkara yang sunat dilakukan selepas selesai menanam mayat di kubur ialah berhenti orang yang menghantar jenazah itu di sisi kubur sekejap kerana mendoakannya dan memohon keampunan baginya.

Telah diriwayatkan dari Sayyidina Uthman r.a kata beliau: “Adalah Nabi saw apabila selesai menanam mayat ia berdiri dekat kubur dan berkata:

استَغفِرُوا لأَخِيكم وسَلُوا له التَّثبِيتَ
“Mohonlah keampunan bagi saudara kamu ini dan mintalah ketetapan baginya maka sesungguhnya dia sekarang sedang diuji.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Dan diriwayatkan daripada ‘Amr bin Al-‘Ash r.a pesan beliau:

إذا دَفَنتُمُونِي فَشُنُّوا عليَّ التُّرَابَ شَنًّا، ثُم أَقِيمُوا حَولَ قَبرِي قَدرَ ما تُنحَرُ جَزُورٌ ويُقسَمُ لَحمُها حتى أَستَأنِسَ بكم وأَنظُرَ ماذا أُراجِعُ به رُسُلَ رَبِّي
“Apabila nanti kamu selesai menanam aku dan meratakan tanah atas kubur hendaklah kamu berdiri dekat kuburku sekadar masa disembelih dan dilapah dan dibahagikan daging kambing sehingga jadi jinak hatiku dengan kamu dan sehingga aku ingat apa yang akan aku katakan kepada Malaikat Allah.” (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Nawawi:

ويستحب أن يقعد عنده بعد الفراغ ساعة قدر ما يُنحَر جَزُورٌ ويُقَسَّم لحمُها. ويشتغل القاعدون بتلاوة القرآن، والدعاء للميت، والوعظ، وحكايات أهل الخير، وأحوال الصالحين... قال الشافعي والأصحاب: يُستَحَبُّ أن يقرؤوا عنده شيئًا مِن القرآن، قالوا: فإن ختموا القرآنَ كلَّه كان حسنًا
“Dan disunatkan bahawa duduk di sisi kubur selepas tanam kadar masa sembelih dan dilapah akan kambing dan dibahagikan dagingnya iaitu orang-orang yang hadir itu membaca ayat al-Quran dan berdoa bagi mayat dan memberikan pengajaran dan menyebut kisah orang soleh.

Berkata Imam Syafie dan ashab: “Disunatkan bahawa membaca akan suatu dari al-Quran dan jika membaca sampai khatam adalah elok.” (Kitab Al-Azkar)

Berkenaan cara yang lebih baik membaca doa atau berzikir maka terpulang kepada para hadirin. Jika dia mahu berdoa sahaja maka hukumnya adalah harus atau pun dia mahu berzikir dan membaca al-Quran kemudian berdoa maka hukumnya juga adalah harus dan begitu juga jika memberikan nasihat tentang kematian pada yang hadir.

Perintah dalam hadith di atas tidak mengkhususkan lafaz-lafaz yang tertentu. Oleh itu perintah yang umum dan luas ini memberi kemudahan dan kelonggaran bagi kita dalam beramal. Bacalah apa sahaja doa dan zikir yang kita kehendaki semuanya adalah elok belaka.

Orang yang menetapkan bacaan dan doa tertentu sahaja boleh dibaca selepas menanam mayat tidak boleh dengan doa dan bacaan yang selainnya adalah menyempitkan apa yang diluaskan oleh syariat. Ini adalah perbuatan ahli bida'ah.

Berkata Mufti Mesir dalam himpunan fatwa negeri Mesir:

أما عن كيفية الدعاء للميت وهل يكون سرًّا أو جهرًا: فالأمر في ذلك واسع، والتنازع من أجل ذلك لا يرضاه الله ولا رسوله صلى الله عليه وآله وسلم، بل هو من البدع المذمومة؛ إذ من البدعة تضييق ما وسَّع الله ورسوله صلى الله عليه وآله وسلم، فإذا شَرَع اللهُ سبحانه وتعالى أمرًا على جهة الإطلاق وكان يحتمل في فعله وكيفية إيقاعه أكثرَ مِن وجه؛ فإنه يؤخذ على إطلاقه وسعته، ولا يصح تقييده بوجه دون وجه إلا بدليل
“Adapun cara berdoa bagi mayat adakah perlahan atau kuat maka perintah pada perkara ini adalah luas dan bertengkar pada masalah ini tidak disukai oleh Allah dan Rasul-Nya saw. Bahkan ia adalah perbuatan bida'ah yang dikeji dari kerana sesetengah dari bida'ah ialah menyempitkan apa yang diluaskan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Maka apabila Allah membenarkan suatu amalan atas jalan mutlak nescaya jadilah cara mengamalkannya berbagai-bagai kerana tidak ada disempitkan dan dikhususkan cara amalnya. Dan tidak sah dikaitkan perkara yang luas itu dengan cara tertentu tanpa sebarang dalil.” (دار الإفتاء المصرية 2651 الرقم المسلسل)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/perkara-sunat-dilakukan-selepas-tanam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar 14 Tahun Maut Selepas Didenda Lari Padang Oleh Guru

Pelajar 14 Tahun Maut Selepas Didenda Lari Padang Oleh Guru

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 456 hits
SULAWESI Seorang pelajar dilaporkan meninggal dunia selepas dikenakan hukuman oleh gurunya kerana lewat sampai ke sekolahnya di Mapanget barat baru baru ini Kejadian pada 1 Oktober lalu itu berlaku selepas pelajar berusia 14 tahun tersebut ...
14 Tahun Menanti Untuk Hamil Akhirnya Wanita Ini Pergi Selamanya Selepas Melahirkan Zuriat Untuk Suaminya

14 Tahun Menanti Untuk Hamil Akhirnya Wanita Ini Pergi Selamanya Selepas Melahirkan Zuriat Untuk Suaminya

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 1257 hits
Hari ini merupakan hari yang paling menyedihkan dalam kehidupan saya semenjak bergelar seorang doktor Saya pernah mengendalikan begitu banyak pesakit yang merupakan ibu hamil di wad bersalin dan setiap kali saya berada di wad saya akan berd...
Kanser Sembuh Selepas Minum Daun Rerama Dan Durian Belanda

Kanser Sembuh Selepas Minum Daun Rerama Dan Durian Belanda

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 656 hits
Sebagai seorang wanita berpelajaran di usia 30an saya sudah mempunyai segala gala yang diidamkan ramai orang Wang harta perniagaan semua saya ada Pun begitu saya leka dan terlupa bahawa wang bukanlah segala galanya Daun Rerama Hijau Ketika ...
Kucing Dimasukkan Air Selepas Kepenatan Mengawan Dengan 5 Ekor Kucing Betina Dalam 1 Malam

Kucing Dimasukkan Air Selepas Kepenatan Mengawan Dengan 5 Ekor Kucing Betina Dalam 1 Malam

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 752 hits
Seekor kucing baka Russian Blue di China bernama Xiaopi mengawan dengan lima ekor kucing betina dalam satu malam selepas ditinggalkan di hotel kucing oleh pemiliknya Xiaopi yang mengalami keletihan melampau sehingga terpaksa dimasukkan air ...
Ibu Marah Adik Sebab Ibu Sayang Budak Cuba Terjun Dari Tingkat 19 Selepas Bertengkar Dengan Ibunya Mengenai Handphone

Ibu Marah Adik Sebab Ibu Sayang Budak Cuba Terjun Dari Tingkat 19 Selepas Bertengkar Dengan Ibunya Mengenai Handphone

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 380 hits
Gara gara telefon bimbit seorang kanak kanak perempuan cuba terjun dari tingkap rumahnya di tingkat 19 untuk menakutkan ibunya Dalam kejadian yang berlaku kira kira jam 4 petang Ahad di sebuah apartmen di Larkin Johor Bahru kanak kanak pere...
Doa Makan Doa Selepas Makan

Doa Makan Doa Selepas Makan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 283 hits
Bagaimana doa makan yang ringkas Dalam artikel ini saya tuliskan doa makan umum yang ringkas dan dipermudahkan dengan tulisan rumi Selain itu saya juga turut menyenaraikan doa selepas makan dan doa selepas minum yang juga turut dipermudahka...
Foodpanda Akan Mengekalkan Skim Bayaran Baharu Walaupun Selepas Penunggang Mogok

Foodpanda Akan Mengekalkan Skim Bayaran Baharu Walaupun Selepas Penunggang Mogok

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 359 hits
Isu penunggang FoodPanda yang mogok sebagai tanpa protes skrin bayaran baharu yang diperkenalkan syarikat penghantaran ini bermula 1 Oktober Ratusan penunggang mogok sehingga mendapat perhatian kabinet dan campur tangan menteri Sungguhpun b...
Selepas Mu Tumbang Di Tangan Newcastle Twitter Trending Dengan Oleout Ditweet Lebih 35 000 Kali

Selepas Mu Tumbang Di Tangan Newcastle Twitter Trending Dengan Oleout Ditweet Lebih 35 000 Kali

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 330 hits
Persaingan Liga Perdana Inggeris yang telah masuk minggu ke 8 semalam telah berjaya menyaksikan beberapa pasukan gergasi EPL itu tumbang di tangan pasukan pasukan yang berada di pertengahan liga Antara pasukan gergasi yang tersungkur pada p...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj