7 Masalah Yang Biasanya Akan Dihadapi Oleh Peniaga Online


Adakah anda seorang usahawan online? Atau mungkin anda baru nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian.
 
Jika jawapan anda adalah ya, saya ingin kongsikan kepada anda, antara masalah biasa yang akan dihadapi atau sedang dilalui oleh para peniaga online.
 
Sekiranya anda juga pernah lalui masalah-masalah yang saya bincangkan disini, mungkin anda boleh relate dan rasai, walaupun masalah-masalah ini agak remeh, tapi ia cukup menyusahkan. Namun kalau anda belum pernah ada pengalaman seperti ini, anggap sahajalah ini sebagai satu perkongsian pengalaman.
 
Ok jom kita mula.
 
(1) Bakal pelanggan banyak bertanya tentang produk, tapi akhirnya tak buat pembelian. Ini satu situasi yang benar-benar memenatkan dan membuang masa. Anda habiskan masa untuk jawab soalan pelanggan, tapi mereka tak buat pembelian pun.
 
Biasanya ini berlaku jika anda meletakkan ayat call to action seperti “sila pm untuk info lanjut”.
 
Dalam keadaan ini, akan ada dua kemungkinan yang akan berlaku, sama ada inbox anda akan dihujani dengan soalan dari bakal pelanggan ataupun mereka hanya akan komen “PM”.
 
Kalau bakal pelanggan hanya meletakkan komen “PM” sahaja, maka andalah yang kena hubungi individu tersebut dan berikan maklumat yang diperlukan.
 
Selalu berlaku, bakal pelanggan mula senyap apabila dia tahu tentang harga. Seolah-olah mereka hanya tertarik dengan sesuatu produk kalau harganya menepati selera dan kehendak mereka.
 
Adakah fungsi dan kegunaan produk jadi tidak penting, setelah mereka tahu berapa harga yang perlu dibayar?

Saya berpendapat adalah lebih baik seorang penjual itu terus nyatakan berapa harganya. Kalau anda tetap mahukan bakal pembeli menghubungi anda, sebab anda nak close sale satu per satu melalui whatsapp, messenger dan sebagainya, maka anda boleh letakkan ayat call to action seperti “sila hubungi saya untuk dapatkan diskaun dan free gift”.
 
Orang yang akan hubungi anda nanti adalah bakal pembeli yang tak ada masalah dengan harga anda dan mereka cuma nak tahu apa lagi free gift yang bakal dia dapat nanti.

 
(2) Selalu dapat soalan berulang seperti barang ni masih ada stok lagi atau tak? Bagi mereka yang dah lama berniaga, sudah pasti mereka ini akan kerap dapat soalan yang sama berulang-ulang kali. Kadang tu sampai rasa penat nak menjawabnya.
 
Masih ada stok ke?
Warna merah ada lagi tak?

Kalau setakat 10 ke 20 orang yang tanya, mungkin kita ok lagi. Boleh melayan, tapi cuba bayangkan kalau ada beribu mesej yang masuk.
 
Anda tak risau ke kalau-kalau ada mesej yang terlepas pandang nanti?
 
(3) Pelanggan yang baru kenal, ada masalah kurang percaya untuk buat pembayaran. Isu percaya ini adalah isu besar yang perlu anda hadapi sebelum pelanggan yang baru kenal dengan anda berani untuk buat bayaran. Secara peribadi, saya sendiri tak akan beli barang dari individu yang baru saya kenal di media sosial. Kebarangkalian untuk kena tipu itu ada. Saya tak kata semua peniaga di media sosial akan menipu, tapi saya hanya ambil pendekatan untuk berjaga-jaga.
 
Macam mana pelanggan nak beli barang dari anda, kalau dia tak percaya pada anda?
 
Bercakap mengenai aspek percaya ini, pelanggan anda perlu
i. Percaya bahawa anda adalah seorang penjual yang jujur
ii. Percaya apa yang anda cakap mengenai produk adalah betul dan bukan sekadar ayat marketing
iii. Percaya dengan jenama produk anda
iv. Percaya dengan syarikat yang mengeluarkan produk anda
 
Kalau bakal pelanggan was-was dan kurang percaya pada anda, maka usaha pemasaran anda akan jadi sia-sia dan kurang memberikan hasil. Anda telah bersusah payah cuba untuk meyakinkan bakal pembeli, namun akhirnya dia memilih untuk beli dari penjual lain yang dia lebih percaya.
 
(4) Pelanggan selalu jadikan alasan tak ada online banking untuk tujuan bayaran Sepatutnya ini bukan lagi satu isu yang besar, sebabnya sekarang ni rata-rata semua orang dah tahu cara untuk menggunakan perbankan internet. Tapi ini tak bermakna, kita tak akan jumpa seseorang yang memang tak pandai guna online banking.
 
(5) Kalau pelanggan boleh buat online banking, mereka ini bagi alasan tak ada bank yang sama dengan akaun bank anda Sebenarnya tak ada masalah pun kalau tak ada akaun bank dari bank yang sama dengan penjual. Sebab kita sekarang sudah ada sistem DuitNow. Tapi sesetengah orang lebih selesa kalau boleh buat transaksi dengan bank yang sama.
 
Mungkin sebab cara nak key in nombor akaun lebih mudah, kalau bank yang sama.
 
(6) Pernah kena tipu atau at least pernah dengar kes kena tipu dan anda risau kena benda yang sama Dalam urusan jual beli online ini, bukan hanya penjual yang boleh menipu, malahan pelanggan juga boleh menipu.

Kita biasa dengar, antara penipuan yang mungkin dilakukan oleh penjual adalah seperti
i. Iklan produk lain, bila pelanggan beli dihantarnya produk lain
ii. Produk dah dibayar oleh pelanggan tapi penjual langsung tak pos barang
iii. Penjual menjual barangan tiruan tapi jual dengan harga original
 
Pada masa yang sama, pembeli juga ada yang menipu
i. Belum bayar tapi tipu resit
ii. Buat bayaran menggunakan kad kredit orang lain untuk claim fraud
iii. Janji nak buat bayaran bila jumpa tapi pembeli tak muncul dan tak bagitahu pun nak cancel.
 
Kalau nak cerita bab penipuan ni, memang ada macam-macam cara dan kaedah.
Baca juga: Cara elak penipuan di media sosial
 
Ada penipuan yang menyebabkan kita rugi duit dan ada juga yang menyebabkan kita rugi masa serta tenaga. Ini semua merupakan risiko yang perlu kita hadap apabila nak jadi usahawan. Namun bukanlah bermaksud semua ni kita akan lalui setiap hari. Tidak… Ada masa-masa tertentu, jika bertuah kita akan lalui semua itu.
 
(7) Susah betul nak dapatkan pelanggan untuk tengok iklan yang kita buat. Bukan nak suruh beli. Kita nak orang tengok sahaja iklan kita.
 
Kita sedia maklum, bukan semua orang akan beli produk kita, setelah mereka tengok iklan kita. Andaikan dalam 100 orang yang tengok iklan kita, mungkin adalah 2 atau 3 orang yang akan jadi pembeli.
 
Persoalannya, macam mana nak naikkan jumlah pembeli? Jawapannya ialah, kita usahakan supaya lebih ramai yang tengok iklan kita.
Kalau dalam 100 orang yang lihat iklan kita, 2 orang akan jadi pembeli.
Andai kata kita nak dapatkan 10 orang pembeli, berapa banyak orang yang perlu lihat iklan kita?
Jawapannya adalah lebih kurang 500 orang perlu lihat iklan yang kita telah hasilkan.
 
Namun hakikatnya bukan mudah untuk dapatkan 500 orang untuk lihat iklan yang kita hasilkan. Kita belum mula bercerita tentang nak dapatkan pembeli, baru nak dapatkan orang untuk baca, dan lihat iklan produk yang kita hasilkan, itupun dah cukup mencabar.
 
Bagi usahawan online yang berpengalaman, pasti tak ada masalah untuk dapatkan 500 views pada iklan. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan, sama ada menggunakan
i. Iklan berbayar FBAds
ii. Iklan berbayar Google Adwords
iii. Buat video reviews di Youtube
iv. Buat artikel advertorial blog
v. Buat video pendek di tiktok

Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan ialah, ada terlalu banyak cara untuk dapatkan views yang banyak. Kalau satu cara tak berapa berhasil, guna cara seterusnya. Sesetengah orang akan gabungkan beberapa cara, supaya hasilnya akan jadi lebih baik.
 
Cuma bila kita cuba pelbagai cara, masalah kita akan hadapi adalah dari segi masa dan juga kualiti kerja. Sebelum ini masa yang ada kita cuma perlu fokus pada satu platform sahaja, tapi bila kita dah mula menggunakan 5 platform yang berbeza misalnya, fokus kita pun akan mula dibahagi-bahagikan.
 
Tahukah anda, kesemua masalah ini boleh diselesaikan dan penyelesaiannya tidaklah begitu rumit.
 
Mungkin anda minat nak tahu, apakah jalan penyelesaian yang saya maksudkan. Kalau anda pernah ikuti perkongsian saya dalam blog ini, anda pasti pernah baca beberapa artikel saya mengenai sistem jualan menggunakan konsep e-commerce.
Baca juga:
i. Buat bisnes menggunakan sistem marketplace untuk potensi keuntungan yang besar
ii. Kelebihan dan kekurangan bisnes menggunakan sistem e-commerce
iii. Faktor kejayaan sistem marketplace
iv. Faktor kegagalan bisnes menggunakan sistem e-commerce
 
Sistem e-commerce ini juga ada kelemahannya. Namun bila kita cerita dari segi kebaikkan dan kelebihan, ia mampu untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 7 permasalahan yang dibincangkan dalam artikel ini.

Jika sebelum ini, anda kerap berurusan dengan bakal pembeli yang banyak bertanya soalan-soalan asas, kali ini dengan sistem marketplace, mereka tak perlu nak banyak bertanya, sebabnya anda boleh terus masukkan semua maklumat produk dalam listing atau iklan produk anda.
 
Anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada bakal pembeli yang suka tanya soalan yang sama berulang-ulang kali.
 
Selepas ini tak ada lagi isu, tak boleh nak buat bayaran sebab tak ada online banking, tak ada akaun bank yang sama dengan anda, sebabnya mereka boleh buat bayaran mengikut apa-apa kaedah yang mereka selesa. Kalau nak bayar cash di kaunter seven eleven pun boleh.
 
Kalau ada pelanggan yang baru kali pertama kenal anda, mereka juga akan lebih yakin untuk buat bayaran kerana duit mereka akan dijamin selamat oleh penyedia platform. Ini jika anda menggunakan khidmat laman jualan dari Shopee atau Lazada.
 
Sebarang kes-kes penipuan dapat dielakkan. Anda sebagai penjual selamat, dan keselamatan duit pembeli juga dijamin.
 
Laman atau platform jualan seperti Shopee dan Lazada akan bantu anda membuat pengiklanan bagi pihak anda. Iklan produk anda berpotensi untuk dilihat oleh beribu-ribu orang dalam sehari. Anda tak perlu susah payah buat pengiklanan, dan fokus anda hanyalah untuk uruskan tempahan sahaja.
 
Sebelum mengakhiri perkongsian ini, sekali lagi saya ingin jelaskan. Sistem e-commerce bukanlah satu sistem fool proof atau sistem yang tak akan gagal. Ia masih ada kelemahan, namun pada masa yang sama, kebaikkan yang ditawarkan oleh sistem seperti ini juga agak besar.
 
Terserah kepada anda untuk membuat penilaian, mana satu yang terbaik untuk anda dan juga perniagaan yang anda jalankan.
 
Semoga bermanfaat.
 
 
The post 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/masalah-peniaga-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taktik Scammer Peniaga Online China Guna Taktik Cod Untuk Tipu Pembeli

Taktik Scammer Peniaga Online China Guna Taktik Cod Untuk Tipu Pembeli

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 275 hits
Scammer daripada China guna teknik COD Dapat barang baru bayar Ramai sudah pembeli di Malaysia terkena dengan teknik scammer daripada China yang menjual barang barang mengunakan teknik COD Ramai sebenarnya akan percaya seller takkan Seller ...
13 Komplikasi Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Mengandung

13 Komplikasi Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 382 hits
13 Komplikasi Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Mengandung Ketika Hamil Wanita mana yang tak gembira apabila doktor mengesahkan dirinya kini berbadan dua Ada yang menunggu khabar gembira ni selama 3 tahun 4 tahun dan ada juga yang lebih dari it...
Tidak Pernah Iktiraf Nikah Online Majlis Agama Islam Narathiwat Siasat Isu Timbalan Menteri

Tidak Pernah Iktiraf Nikah Online Majlis Agama Islam Narathiwat Siasat Isu Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 317 hits
MALAYSIA DATELINEPihak Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian Timbalan Yang di Pertuanya Abdul Aziz Che Mamat berkata pihaknya akan menjalankan siasatan susulan dakwaan majlis ...
Menkominfo Minta Situs Belanja Online Tak Jual Bebas Obat Yang Harus Resep Dokter

Menkominfo Minta Situs Belanja Online Tak Jual Bebas Obat Yang Harus Resep Dokter

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 239 hits
Menkominfo mencontohkan ada beberapa obat yang bisa dijual bebas di e commerce tanpa menggunakan resep dari dokter Sebab itu dia mengimbau sekali lagi agar hal tersebut tidak dapat terjadi
Cara Dapatkan Penyata Akaun Bsn Melalui Mybsn Secara Online

Cara Dapatkan Penyata Akaun Bsn Melalui Mybsn Secara Online

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 1856 hits
AssalamualaikumBismillahHai semua hari tu aku dah pernah kongsi cara dapatkan bank statement RHB dan CIMB Bank So hari ini aku ingin berkongsi pula cara dapatkan penyata akaun BSN melalui myBSN secara online Tutorial ini aku buat di laptop ...
Pengalaman Beli Pokok Ketumbar Jawa Secara Online

Pengalaman Beli Pokok Ketumbar Jawa Secara Online

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 412 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Pembaca semua Bonde nak Kongsikan dengan anda semua pengalaman pertama Bonde beli Pokok Ketumbar Jawa Secara Online Sebenarnya Bonde memang sudah lama mencari This is a content summary only Visit my web...
Tempahan Qurban Secara Online Melalui Nuraqiqah 1442 2021 Di Tanah Suci Makkah

Tempahan Qurban Secara Online Melalui Nuraqiqah 1442 2021 Di Tanah Suci Makkah

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang kini tempahan korban boleh dilakukan secara Online atau dalam talian di NurAqiqah NurAqiqah juga menjadikan ibadah korban dan aqiqah semakin mudah dan cepat dan lebih...
Students Not Attending Online Classes Should Be Suspended

Students Not Attending Online Classes Should Be Suspended

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 243 hits
The recent media reports that school students who have been absent for more than three consecutive online teaching sessions will run the risk of suspension from school is certainly cause for concern This simplistic response to the less than...
Sbs Umum Running Man Bakal Buat Perjumpaan Peminat Online Nanti

Sbs Umum Running Man Bakal Buat Perjumpaan Peminat Online Nanti

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 280 hits
Sudah pun hampir dua tahun namun sepertinya wabak COVID 19 tidak akan reda dalam masa terdekat ini Disebabkan oleh itu banyak acara hiburan terpaksa dibatalkan bagi mengelak orang ramai berkumpul dalam satu tempat sekaligus meningkatkan ris...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi