13 Komplikasi Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Mengandung


13 Komplikasi Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Mengandung Ketika Hamil | Wanita mana yang tak gembira apabila doktor mengesahkan dirinya kini berbadan dua. Ada yang menunggu khabar gembira ni selama 3 tahun, 4 tahun dan ada juga yang lebih dari itu. Rezeki masing-masing kan. Namun begitu, di sebalik perkhabaran gebira tersebut, bakal ibu perlu maklum dengan komplikasi yang sering berlaku ketika hamil. Ada sesetengah wanita hamil tidak mengalami sebarang masalah sepanjang kehamilan. Namun, bagi ibu-ibu hamil terutama mereka yang berisiko tinggi semasa hamil perlu ambil tahu dengan komplikasi yang mungkin dialami oleh mereka dan jika diabaikan ianya begitu berbahaya kepada si ibu dan si anak yang berada di dalam kandungan


13 Jenis komplikasi kehamilan yang sering dialami oleh ibu mengandung, Setiap wanita hamil mempunyai risiko untuk berdepan sebarang komplikasi semasa mengandung. Berikut antara jenis komplikasi yang boleh berlaku pada si ibu:

KeguguranKehilangan kandungan boleh berlaku pada 20 minggu yang pertama kehamilan. Kebanyakan berlaku pada trimester pertama sehingga 13 minggu pertama tempoh kehamilan. Kewujudan kromosom tidak normal atau masalah berkaitan fizikal sistem pembiakan wanita boleh menjadi punca keguguran apabila telur tidak dapat disenyawakan dengan betul. Tanda keguguran paling biasa terjadi adalah pendarahan faraj tidak normal


Kehamilan ektopikBerlaku apabila implantasi telur di luar rahim, di tiub fallopio. Kesannya janin tidak dapat membesar dengan baik. Kehamilan ektopik boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kerosakan sistem pembiakan wanita serta berpotensi mengancam nyawa. Apabila janin terus membesar, tiub fallopio boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk (hemorrhage)


Diabetes gestasiAntara komplikasi kehamilan paling biasa berlaku adalah kencing manis semasa mengandung. Selalunya ibu-ibu sebut GDM. Majoriti wanita yang mengalami diabetes gestasi dapat melahirkan bayi sihat, tetapi diabetes yang dialami meningkatkan risiko untuk bayi mempunyai saiz badan lebih besar

Risiko kesihatan lain kepada bayi:Demam kuningSindrom gangguan pernafasanTahap mineral rendah dalam darahHipoglikemia (ini yang dialami oleh Lulu semasa awal kelahirannya)
BACA JUGA DI SINI : Kisah Lulu Nafisah Di Awal Kelahiran

Masalah serviksTumbesaran bayi memberikan tekanan kepada serviks wanita mengandung. Dalam kes jarang berlaku, tekanan berlebihan mengakibatkan serviks tidak dapat mengendalikannya. Kesannya serviks terbuka sebelum bayi bersedia untuk dilahirkan. Keadaan ini dipanggil serviks tidak kompeten dan biasanya mak buyung tidak mengalami sebarang simptom


Penyakit plasentaGangguan berlaku apabila plasenta atau sebahagiannya terpisah daripada rahim sebelum bayi dilahirkan. Akibatnya janin tidak dapat menerima nutrien dan oksigen dengan betul. Keadaan ini paling kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Gejala paling biasa seperti pendarahan faraj, kontraksi dan sakit perut. 

Previa plasentaKomplikasi kehamilan yang jarang berlaku. Ia melibatkan keadaan plasenta terletak di bahagian bawah uterus, menutup sebahagian atau keseluruhan serviks. Berlaku pada trimester kedua atau ketiga dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius. Andai tidak dirawat, pendarahan tersebut boleh mengakibatkan kematian


Masalah kuantiti air ketubanCecair amniotik atau air ketuban berfungsi sebagai perlindungan kepada janin. Namun jika wanita mengandung mempunyai cecair amniotik sedikit, oligohidramnios atau terlalu banyak, polihidramnios, ia boleh mengganggu fungsi normal rahim. Jika kurang, ia boleh menjejaskan tumbesaran otot, anggota badan, paru-paru dan sistem pencernaan bayi. Dalam kes jarang berlaku, air ketuban yang berlebihan pula boleh mengakibatkan:
Pemecahan pramatang membran ambiotikGangguan plasentaKelahiran pramatangPendarahan selepas bersalin (postpartum hemorrhage)

Pre-eklampsiaKeadaan komplikasi kehamilan melibatkan tekanan darah tinggi dan tahap protein tinggi dalam air kencing. Biasanya berkembang selepas tempoh 20 minggu kehamilan. Namun ada risiko untuk berlaku lebih awal atau selepas kehamilan. Dalam kes kritikal, wanita mengandung dengan masalah preeklampsia boleh alami gejala:
Sakit kepala terukPenglihatan kabur Sakit perut bahagian atasLoyaMuntahPeningKuantiti air kencing berkuranganKenaikan berat badan mendadakBengkak pada muka dan tangan
Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika mengalami simptom sakit kepala, penglihatan kabur atau sakit abdomen yang teruk


Kelahiran pramatangBerlaku selepas minggu ke-20 atau sebelum minggu ke-37 kehamilan. Kebanyakan kes kelahiran pramatang berlaku secara spontan. Namun ada juga proses kelahiran yang berlaku disebabkan komplikasi kepada ibu atau kandungan


Trombosis venaMerupakan gumpalan darah yang biasa berkembang pada urat kaki. Wanita mengandung terdedah kepada keadaan ini sepanjang kehamilan dan selepas bersalin. Keadaan ini berlaku apabila tumbesaran rahim menyukarkan darah pada bahagian bawah badan untuk kembali ke jantung. Ia jarang terjadi, namun masalah trombosis urat dalam adalah keadaan berbahaya jika ia berlaku. 

Molar kehamilan (Hamil Anggur)Kehamilan anggur atau kehamilan molar adalah terma dalam kategori Penyakit Kandungan Trofoblast (“Gestetational Trophoblastic Disease”). Trofoblast adalah lapisan sel luar tisu gabungan sperma dan telur ovum.  Kehamilan molar adalah kondisi yang terhasil apabila gabungan sperma dan ovum tidak menjadi seperti yang seharusnya. Ianya boleh diklasifikasikan sebagai “molar penuh” ataupun “molar separa”. Hasil penggabungan yang tidak menjadi ini menyebabkan penggandaan sel-sel zigot yang rosak dan seterusnya memberikan gambaran seolah-olah seperti anggur yang tumbuh dalam rahim

Sekiranya terjadi, wanita mengandung dengan situasi ini memerlukan pelebaran (dilation) dan curettage (D&C) segera. Rawatan lanjut yang teliti juga diperlukan kerana tisu molar boleh tumbuh semula dan berkembang menjadi barah

Sindrom HELLPAdalah hemolisis, peningkatan enzim hati dan jumlah platelet rendah (hemolysis, elevated liver enzymes, and low platelet count), keadaan disebabkan kelainan hati dan darah. Ia boleh terjadi sendiri atau berkaitan preeklampsia. Simptom lain yang boleh berlaku:
LoyaSakit gastroususSakit kepalaKegatalan terukwanita mengandung
HELLP memerlukan proses kelahiran segera kerana terdapat risiko kesan kesihatan serius kepada wanita mengandung, seperti kerosakan kekal sistem saraf, paru-paru dan ginjal


EklampsiaTerjadi apabila preeklampsia berkembang dan menyerang sistem saraf pusat, kesannya terjadi kekejangan. Ia komplikasi kehamilan yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan maut kepada ibu serta kandungan. Dengan penjagaan pranatal yang betul, preeklampsia dapat dikawal dan dicegah daripada menjadi eklampsia

Tipu la kalau kata sepanjang mengandung kinah takde sebarang komplikasi. Ada sebenarnya, dalam 13 komplikasi disenaraikan, terdapat 2 komplikasi yang berlaku pada kinah semasa mengandungkan dua beradik ni iaitu Diabetis Gestasi dan Pre-eklampsia. Bila ada dua komplikasi seperti ni, automatik kita akan dirujuk kepada Pakar O&G di hospital tempat kita akan melahirkan

Hampir setiap bulan kinah berulang ke hospital, dan 2 minggu sekali pergi check up di klinik ibu anak. Penat tu memang penat, tapi nak buat macam mana kan, itu yang perlu kita hadapi sepanjang kehamilan. Jika korang rasa ada yang tidak normal pada diri sepanjang kehamilan, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor dengan segera, jangan bertangguh dan risikokan baby dalam kandungan tu


Rujukan dari hellodoktor.com







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2021/06/13-komplikasi-yang-sering-dihadapi-oleh-ibu-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 291 hits
Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan l Assalamualaikum Mengandung antara detik terindah dalam kehidupan seorang wanita Perasaan gembira tu tak tahu nak digambarkan macam mana Lagi lagi b...
11 Bahaya Durian Kepada Ibu Mengandung

11 Bahaya Durian Kepada Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 317 hits
11 Bahaya Durian Kepada Ibu Mengandung Sekarang tengah musim buah durian dan yang tengah jadi bualan hangat dalam kalangan ibu mengandung ni ialah bahaya durian kepada ibu mengandung Bahkan ada yang mengkaitkan durian punca kematian mengeju...
Janji Temu Suntikan Ibu Mengandung Diutamakan

Janji Temu Suntikan Ibu Mengandung Diutamakan

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 208 hits
Oleh KUALA LUMPUR Lebih banyak janji temu untuk suntikan vaksin akan diberikan kepada ibu mengandung mengikut keutamaan berdasarkan jangkaan tarikh bersalin Inisiatif ini diharap dapat menyumbang secara positif kepada kejayaan Pelan Pemulih...
Pribiotik Dan Ibu Mengandung Serta Tips Yang Perlu Ambil Tahu

Pribiotik Dan Ibu Mengandung Serta Tips Yang Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 236 hits
PROBIOTIK DAN IBU MENGANDUNG SERTA TIPS YANG PERLU AMBIL TAHU Mungkin sebelum ini kita tak pernah ambil tahu tentang kesan pengambilan probiotics bagi ibu mengandung kan Untuk entry ni umi saja nak bercerita pasal probiotics ni dan apa yang...
7 Masalah Yang Biasanya Akan Dihadapi Oleh Peniaga Online

7 Masalah Yang Biasanya Akan Dihadapi Oleh Peniaga Online

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 524 hits
Adakah anda seorang usahawan online Atau mungkin anda baru nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian Jika jawapan anda adalah ya saya ingin kongsikan kepada anda antara masalah biasa yang akan dihadapi atau sedang dil...
Kkm Vaksin Pfizer Tetap Pilihan Utama Untuk Ibu Mengandung

Kkm Vaksin Pfizer Tetap Pilihan Utama Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 220 hits
Vaksin keluaran Pfizer BionNTech tetap menjadi pilihan pertama Kementerian Kesihatan untuk para wanita mengandung menurut kementerian itu Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM Dr Nazrila Hairizan berkata pihaknya aka...
Kisah Di Balik Angkot Ondel Ondel Ibu Kota

Kisah Di Balik Angkot Ondel Ondel Ibu Kota

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 242 hits
Kisah di Balik Angkot Ondel Ondel Ibu Kota Bagi para sopir angkot maupun bajaj menjadi pengangkut ondel ondel merupakan kerja sampingan yang sangat membantu perekonomian mereka Kebanyakan mereka hanya menarik penumpang pada pagi hari dan me...
Terjun Dunia Penyiaran Ada Pilot Amp Jurutera Azura Zainal Kagum Arwah Ibu Besarkan 7 Anak

Terjun Dunia Penyiaran Ada Pilot Amp Jurutera Azura Zainal Kagum Arwah Ibu Besarkan 7 Anak

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 231 hits
Pasti ramai kenal wanita cantik yang mempunyai trademark rambut kerintingnya itu Kepetahan Azura Zainal berkata kata memang tak perlu disangkal lagi dan sememangnya terbukti lantaran sering mendapat undangan untuk menjadi pengacara majlis a...
Bayi Kini Berusia 3 Bulan Ini Info Tentang Tinggi Berat Amp Imunisasi Ibu Ayah Wajib Tahu

Bayi Kini Berusia 3 Bulan Ini Info Tentang Tinggi Berat Amp Imunisasi Ibu Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 251 hits
Salah satu kebimbangan ibu bapa adalah bagi memastikan bayi membesar dengan sihat dan normal seperti mana kanak kanak lain Perkara paling utama adalah ketinggian dan berat bayi yang perlu seiring dengan usia si manja Namun tahukah ibu berap...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily