7 Drama Korea Terbaik Lakonan Lee Jong Suk


Jika anda peminat drama Korea, saya percaya anda pasti mengenali Lee Jong-Suk. Beliau antara susuk tinggi lampai yang sering mewarnai dunia K-drama dan menjadi pujaan ramai. Disebabkan oleh ramainya peminat itu, saya fikir elok kiranya saya kongsikan kepada anda 7 drama korea terbaik lakonan beliau.
Kenapa beliau diminati ramai? Jawapan tipikal yang biasa diberikan oleh peminatnya terutama dikalangan wanita adalah kerana personaliti yang bersahaja. Disamping itu, beliau juga dikenali sebagai seorang yang kacak, berbakat, kelakar, tinggi dan mempunyai senyuman yang menawan.
Walaupun beliau jarang mempamerkan ekspresi muka ketika berlakon seolah-olah menjadi seorang pelakon kayu, namun emosi yang dimainkan beliau ketika berlakon sampai kepada penonton dramanya. Mempunyai kerjaya sebagai model pada awal kareer tidak pernah menjadi penghalang buat dirinya untuk memperbaiki mutu lakonan dari hari ke hari.
Faktor lain kepopularan juga adalah kerana beliau sering melakonkan watak yang berkaitan dengan fantasi dan punyai kemampuan luar biasa.
Drama korea terbaik lakonan beliau Berikut adalah 7 drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk yang saya senaraikan mengikut ranking 1-7 termasuk dengan sinopsis. Jika anda tidak pernah menonton drama lakonan beliau, judul yang paling atas adalah judul drama yang saya paling syorkan untuk ditonton terlebih dahulu. Kebanyakan daripadanya terdiri daripada 16-20 episod sahaja dan kesemuanya boleh ditonton di Netflix. Jika anda tidak miliki Netflix, anda boleh tonton di aplikasi Stremio secara percuma.
1. W – 2 Worlds apart (2016)
Bagi pendapat saya, drama ini antara drama fantasi yang sangat kreatif. Ianya berkisarkan tentang perjalanan hidup Kang Chul, seorang pemenang pingat emas Olimpik Athens 2004 yang kematian keluarganya akibat dibunuh oleh insan yang tidak dikenali. Akibat kekurangan saksi, beliau dimasukkan didalam penjara kerana dituduh membunuh ahli keluarganya sendiri.
Selepas keluar penjara, beliau cuba untuk membunuh diri di jambatan berdekatan dengan sungai Han akibat tidak tahan dengan cemuhan masyarakat. Namun beliau mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya itu dengan beranggapan, “apa pasal aku nak kena bunuh diri pula, baik aku cari pembunuh yang membunuh keluarga aku”. Beliau cuba bangkit dengan membangunkan perniagaan JN  Global (perniagaan e-commerce) sehingga bergelar jutawan dan mewujudkan Projek W, salah sebuah rancangan televisyen misteri pembunuhan sebagai satu usaha untuk mencari pembunuh keluarganya.
Buat pengetahuan anda, Kang Chul ini bukan manusia sebenar. Beliau sebenarnya hanya sekadar watak utama Webtoon (komik online Korea) yang diberi nama “W”. Karya “W” ini dihasil oleh Oh-Sung Moo, seorang kartunis yang mengalami tekanan hidup diatas faktor masalah penceraian dan kejayaan komik ciptaannya. Walaupun begitu, beliau sangat rapat dan disayangi oleh anak perempuannya yang bernama Oh Yeon-Joo.
Konflik bermula apabila Oh-Sung Moo cuba untuk menamatkan komik “W” dengan mematikan watak utama Kang Chul dalam siri berkenaan. Beliau melukis babak terakhir didalam komik tersebut dengan mengambarkan bagaimana Kang Chul ditikam oleh musuh beliau yang juga pembunuh keluarganya satu ketika dahulu.
Namun kemusykilan bermula apabila Oh-Sung Moo tiba-tiba sahaja hilang daripada radar selepas beliau melukis babak terbabit. Kehilangannya itu merisaukan Oh Yeon-Joo, anak perempuan sampailah mencari dimerata tempat. Tidak juga dijumpa. Ini menyebabkan Oh Yeon-Joo masuk ke bilik kerja ayahnya dan memeriksa jika terdapat klu yang boleh diambil.
Ketika sambil-sambil mencari klu di bilik ayahnya itu, secara tiba-tiba beliau ditarik oleh seseorang daripada skrin komputer ayahnya sekaligus termasuk kedalam dunia komik “W”. Berdekatan dengannya terdapat seseorang lelaki yang terbaring sambil berlumuran darah. Tanpa disedari, sebenarnya Oh Yeon-Joo sedang berada didalam babak terakhir komik ciptaan ayahnya.
Lelaki terbaring tersebut sebenarnya ialah Kang Chul. Beliau ditikam oleh individu misteri ketika sedang bersantai diatas rooftop hotel yang menjadi kediamannya. Mujurlah Oh Yeon-Joo ini seorang doktor (walaupun tidak berpengalaman), sekurangnya beliau boleh memberi rawatan awal kepada Kang Chul sebelum pihak ambulan sampai.
Selepas selesai merawat Kang Chul, secara tiba-tiba beliau ternampak tulisan “to be continue” terpapar dihadapannya dan secara tiba-tiba beliau balik ke dunia sebenar (bilik ayahnya). Beliau fikir itu cuba bayangannya sahaja. Namun mengejutkan, keesokkan hari episod baru siri “W” telah keluar di Webtoon dan segala hal yang berlaku pada hari semalam telah dilukis pada episod terbabit.
Tidak tahu dimanakah puncanya, sejak daripada hari itu, Oh Yeon-Joo kerap ditarik ke dunia kartun dan berjumpa dengan kang Chul. Sebab itulah nama drama ini adalah 2 worlds, berkisah bagaimana Oh Yeon-Joo hidup dalam dunia realiti dan kartun. Kekerapan mereka berjumpa juga menimbulkan bibit-bibit cinta diantara mereka. Bolehkah watak kartun dengan manusia betul bercinta?
Hahh yang ini kena tonton sendiri drama W-Two worlds apart. Sebab banyak konflik yang perlu dihadapi oleh mereka berdua.

2. Pinocchio (2014)
Ki Ha-Myung adalah seorang kanak-kanak yang memiliki keluarga bahagia dimana beliau hidup bersama abangnya Jae-Myung dan kedua ibu bapanya. Bapanya Ki Ho-Sang seorang ahli bomba yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas. Namun sayangkan kecelakaan berlaku ketika operasi penyelamat yang diketuai bapanya dimana letupan di kilang membunuh beberapa ahli bomba disamping bapanya MIA (missing in action). Sudahlah MIA, mayat juga tidak dijumpai.
Kes ini menjadi topik hangat dikalangan wartawan bagi mendapatkan berita sensasi untuk dibawakan ke stesen televisyen mereka. Kehilangan bapanya ketika operasi menyelamat membawa kepada penyebaran fitnah yang menyatakan Ki Ho-Sang adalah penyebab kematian ahli bomba yang lain. Fitnah tersebut memberi tekanan kepada ahli keluarga Ki Ha-Myung untuk membersihkan nama ketua keluarga mereka. Namun semuanya sudah terlambat.
Akibat tidak dapat menahan tekanan masyarakat, emak kepada Ha-Myung melompat membunuh diri bersama Ha-Myung dari tepi tebing laut manakala abangnya Jae-Myung cuma membersihkan nama keluarga dengan berjumpa Song Cha-ok, wartawan yang bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah terbabit. Sayangnya rayuan itu tidak dilayan. Sebaliknya beliau ditangkap atas kesalahan mengancam keselamatan. Maka terpisahlah dua beradik itu kerana keesokan harinya Jae-Myung mendapati adiknya terbunuh akibat terjun dari teping laut.
Akan tetapi, sebenarnya Ha-Myung selamat. Beliau terdampar di tepi pantai di Pulau Hyangri dan dijumpai oleh seorang tua yang bernama Gong-Pil. Si tua ini sebenarnya mengalami penyakit Alzheimer yang menyebabkan dia ingat-ingat lupa. Dia beranggapan Ha-Myung ini adalah Choi Dal-Po, anak beliau yang meninggal 3 tahun lepas. Maka bermulalah perkongsian kasih sayang diantara dua pihak. Gong-Pil menganggap Ha-Myung sebagai anaknya dan Ha-Myung berpura-pura menjadi Dal-Po.
Sebenarnya Choi Dal-Po ini punyai abang yang masih hidup bernama Choi Dal-Pyung dan mempunyai seorang anak bernama Choi In-Ha. Choi In-Ha ini mempunyai satu sindrom pelik yang bernama sindrom Pinocchio. Sindrom ini mempunyai akibat pelik dimana apabila beliau berbohong, beliau akan tersedu sampailah kesudah. Cara untuk baikkan sedu ini adalah dengan memberitahu perkara sebenar.
Berbalik kepada cerita tadi, Dal-Pyung tidak berpuas hati apabila Ha-Myung berpura-pura menjadi abangnya yang sudah mati dan memperbodohkan bapanya. Akan tetapi tidak mahu bapanya terus sakit dan terkena serangan jantung, beliau akhirnya terpaksa join sekali memperbodohkan bapanya dengan mengiktiraf Ha-Myung sebagai Dal-Po. In-Ha juga terpaksa memanggil Dal-Po dengan panggilan Uncle walaupun sebaya.
hubungan antara Dal-Po dan In-Ha ini macam love hate relationship. Antara sebab kena Dal-Po ini tidak suka dengan In-Ha adalah kerana In-Ha ini adalah anak kepada wartawan yang memfitnah nya iaitu Song Cha-ok, bekas isteri kepada Dal-Pyung.  Tetapi dimasa yang sama, sebagai pakcik kepada In-Ha, beliau bertanggungjawab untuk menjaga anak buahnya itu. Sebab itulah mereka pergi sekolah sama-sama. Siap sekelas lagi.
Dipendekkan cerita ketika sudah besar, hubungan mereka berdua cukup rapat dan In-Ha mahu menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Akan tetapi masalah menghantui dirinya kerana beliau menghadapi sintom Pinocchio dimana beliau tidak boleh berbohong. Di pihak majikan, adalah sesuatu yang mustahil untuk seorang wartawan mengelakkan diri daripada berbohong. Bagi mengejar tontonan, bohong sunat itu adakalanya perlu. Dari situlah konflik bermula sehingga Dal-Po pun turut sama ingin menjadi seorang wartawan bagi menemani anak buah kesayangannya itu.
Ada turun dan naiknya perhubungan mereka dalam mengejar impian menjadi seorang wartawan yang menyampaikan berita benar. Diherdik, dicaci, dilayan seperti sampah. Namun dalam turun naik perhubungan mereka itu, timbulkan bibit-bibit rasa cinta diantara mereka berdua. Macam mana pak cik dan anak buah nak bercinta ni? Boleh ke?
Jadi anda perlu tonton drama ini untuk ketahui dengan lebih lanjut. Kena ingat Dal-Po juga bercita-cita untuk membalas dengan kepada emak In-Ha. Macam mana tu?

3. While you were sleeping (2017)
Hong-Joo adalah seorang gadis yang tinggal bersama ibunya. Hong-Joo mempunyai kebolehan istimewa meramal kematian orang lain dimasa akan menerusi mimpi yang dialaminya. Keburukannya, dia tidak tahu bilakah waktu kematian itu akan berlaku. Namun beliau akan cuba sehabis baik untuk mengelakkan diri daripada menjadikan perkara yang berlaku didalam mimpinya menjadi kenyataan.
Tahukah anda apa kesannya apabila seseorang yang dimimpikan menerima kecelakaan berjaya diselamatkan? Selain daripada mampu meneruskan kehidupan, ada sesetengah daripada mampu memiliki kuasa yang sama seperti Hong-Joo. Sebagai contohnya ialah Jae-Chan yang kebetulan pernah diselamatkan oleh Hong-Joo satu ketika dahulu. Siapa itu Jae-Chan?
Sementara itu, Jae-Chan adalah seorang pendakwaraya yang baru berpindah di kejiranan baru berhadapan dengan rumah Hong-Joo. Kebetulan pula ketika bekerja di pejabat, Jae-Chan bertemu dengan Yoo-Beom. Beliau merupakan bekas tutor peribadi yang pernah mengajar Jae-Chan ketika dia masih lagi muda. Beliau kini bukan lagi seorang pendakwaraya, sebaliknya seorang peguam. Seorang yang gilakan duit, dan sanggup buat apa sahaja demi duit.
Satu hari, Yoo-Beom dan Hong-Joo keluar melepak. Jae-Chan bermimpi yang akan berlaku kemalangan melibatkan mereka berdua. Kemalangan itu mempunyai kesan yang teruk kerana bukan sahaja Hong-Joo dituduh membunuh orang kerana memandu secara merbahaya, sebaliknya ia juga bakal menjadi punca kematian ibunya, dan kemudiannya dirinya.
Joe-Chan menyedari petanda mimpinya itu dan dalam masa terdekat mimpi tersebut bakal menjadi kenyataan. Jadi apa yang beliau buat adalah dengan menghalang kemalangan itu daripada berlaku. Jika tidak dihalang, akan ada nyawa insan lain yang melayang. Tindakan Joe-Chan sangat merbahaya dimana beliau dengan sengaja melanggar kereta Hong-Joo.
Hong-Joo terkejut, tapi sebaliknya berlaku. Hong-Joo menyedari tentang apa yang berlaku dimasa akan datang kerana beliau berkemahiran untuk meramal masa hadapan juga. Apa yang berlaku adalah sebaik kemalangan terjadi, beliau keluar daripada kereta dan terus memeluk jae-Chan sebagai tanda syukur daripada kejadian buruk dari berlaku.
Dalam mimpi Jae-Chan itu, beliau mengetahui yang Hong-Joo akan dikhianat oleh Yoo-Beom atas tuduhan pemanduan secara merbahaya ketika beliau tidak sedarkan diri. Disebabkan itulah beliau cuba menyelamatkan Hong-Joo.
Sejak daripada itu, mereka muka berkerjasama dalam menyelesaikan kes.

4. Romance is a bonus book (2019)
Drama ini berkisarkan tentang tentang dua orang rakan baik yang bernama Kang Dan-yi dan Cha Heun-ho. Mereka berkawan baik sejak daripada sekolah dan berkongsi minat yang sama iaitu dalam bidang penulisan. Walau bagaimanapun hubungan mereka mula longgar setelah Kang Dan-yi bercinta dengan Hong Dong-mi, seorang lelaki yang tak berguna dan pentingkan diri. Precintaan mereka itu berlanjutan sehingga ke jinjang perkahwinan dan Cha heun-Ho kekal single sehingga kesudah.
Beberapa tahun kemudian, perkahwinan yang dibina mereka mula berakhir kerana suaminya Hong Dong-Mi berlaku curang dan mengahwini wanita yang lain. Disebabkan oleh perniagaan yang gagal, suaminya telah menjual rumah mereka menyebabkan ketika bercerai kehidupan Kang Dan-Yi agak tak tentu arah. Beliau tak ada kerja kerana tiada syarikat yang sanggup menerima seorang ibu yang mempunyai jarak karier tidak bekerja selama 7 tahun. Tiada tempat tinggal, duit tiada.
Jadi cara dia untuk terus hidup adalah dengan berlakon menjadi tukang kemas rumah Cha Heun-Ho, buat muka tak malu tinggal dan makan di rumah rakan baiknya itu tanpa pengetahuannya. Namun kejadian itu tidak lama, akhirnya kegiatannya itu terkantoi dengan Cha heun-Ho sehingga kisah hidupnya diketahui oleh rakan baiknya itu (sebelum ini Kang Dan-Yi rahsiakan untuk elakkan Cha Heun-Ho risau).
Cha Heun-Ho ini seorang penulis buku yang berjaya dan ketua editor sebuah syarikat penerbitan yang bernama Gyeoroo. Kebetulan pula selepas terkantoi, Kang Dan-Yi memohon kerja di syarikat Greoyoo sebagai kuli (support team) sebab terdesak dengan tuntutan kehidupannya. Malahan beliau secara sengaja mengelapkan kelulusan ijazahnya dan mengaku sebagai individu yang setakat punyai kelulusan SPM sahaja. Beliau dapat kerja itu.
Buat kopi, hantar laundry, dan buat kerja-kerja fotokopi, itulah tugasan yang dilakukan oleh Kang Dan-Yi. Tapi beliau tak pernah merungut. Malahan beliau buat dengan perasaan gembira kerana pertama beliau sekarang punyai pekerjaan, kedua adalah beliau bekerja dengan syarikat penulisan, dan ketiga beliau dapat bekerja dengan rakan baiknya. Malahan beliau cuba untuk menyumbangkan idea daripada segi pemasaran buku.
Kang Dan-Yi sangat mencintai bidang penulisan dan buku-buku sehingga secara tak sengaja, beliau sebenarnya memberi semangat kepada rakan sekerjanya untuk turut sama bekerja keras untuk menerbitkan buku. Dimasa yang sama, kondisi pekerjaan memberi peluang kepada Cha Heun-Ho untuk rapat dengan Kang Dan-Yi sekaliguskan mahukan perhubungan yang lebih daripada kawan. Sambil menyelam minum air.
Bagaimana agaknya perhubungan mereka berdua? Mampukah Kang Dan-Yi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang editor yang menyumbang kepada penerbitan karya penulisan berkualiti dalam pasaran?

5. Doctor Stranger (2014)
Kita mulakan kisah Doctor Stranger dengan seorang kanak-kanak bernama Park Hoon dan bapanya Park Cheol, seorang bakar bedah jantung yang sangat hebat. Pada satu hari bapanya diminta untuk bertugas di Korea Utara untuk tugasan rasmi melakukan pembedahan orang kenamaan disana. Disebabkan oleh ibu Park Hoon tidak mahu menjaganya, jadi Park Cheol membawa sekali Park Hoon ke Korea Utara untuk tugasan rasminya itu.
Disatu ketika selepas selesai menjalani pembedahan yang diarahkan, Park Cheol telah ditipu oleh oleh pihak Korea Utara dimana mereka berdua tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara tersebut. Ini menyebabkan mereka terkandas di Korea Utara dan terpaksa meneruskan kehidupan disana. Ayahnya masih lagi menjadi doktor yang cukup popular dan berkhidmat dengan kerajaan Korea Utara.
Park Hoon pun dimasukkan ke salah sebuah sekolah perubatan terkenal disana. Beliau sangat bijak dan berbakat. Namun disebabkan oleh kekurangan peralatan dan teknologi yang ketinggalan zaman, beliau telah belajar cara “old school” untuk mengenalpasti masalah organ manusia hanya dengan meletakkan tangan di dada pesakit. Hasil didikan bapanya, beliau berjaya menjadi seorang pakar bedah kardiothorasik. Malahan demi mengasah kemahiran beliau, beliau telah melakukan latihan pada manusia betul di lokasi rahsia yang disembunyikan kerajaan.
Dimasa yang sama, Park Hoon sangat menyintai Song Jae-Hee, kekasih yang dicintainya sejak kecil. Selepas bapanya mati, beliau merancang untuk lari bersama kekasihnya itu ke Korea Selatan. Entah kenapa selepas meluahkan rasa cinta dan bersetuju untuk berkahwin dengannya, secara tiba-tiba dia telah diculik oleh polis dan hilang tanpa berita. Nak tak nak dia terpaksa lari seorang diri ke sana sambil berikhtiar untuk mencari kekasihnya itu.
Di Korea Selatan, Park Hoon berkerja sebagai budak penghantar botol minuman. Berbekalkan bakatnya, beliau juga menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan melakukan pembedahan untuk gangster yang cedera dan terkena tembakan. Dengan duit itulah beliau meneruskan kehidupan sebelum ditawarkan pekerjaan sebagai jurubedah di Hospital Universiti Myungwoo, sebuah hospital yang sangat berprestij dan mempunyai reputasi.
Semasa bekerja di sana beliau mengenali Soo-Hyun, anak kepada pengarah Hospital dan doktor yang berpengalaman iaitu Jae Joon, tunang kepada Soo Hyun. Antara doktor yang bertugas di hospital berkenaan adalah Seung-Hee. Entah kenapa apabila Park Hoon melihat wajah Seung-Hee ini, wajah dia sebiji dengan wajah kekasihnya di Korea Utara dahulu iaitu Jae-Hee. Mula-mula tak adalah mengaku. Lama-lama barulah terkantoi yang dirinya adalah kekasih yang dimaksudkan iaitu Jae-Hee dan beliau sebenarnya mengintip bagi pihak Korea Utara di Korea Selatan.
Pelbagai isu yang berlaku di hospital yang membabitkan Park Hoon. Daripada isu politik, kewangan sehinggalah konflik percintaan diantara beliau, Soo-Hyun, Jae Hoon dan Jae-Hee. Bagaimana agaknya beliau melalui ujian yang melanda? Hahh yang itu kena tonton sendiri.

6. I can hear your voice (2013)
Kisahnya bermula apabila Soo-Ha dan bapanya terlibat dengan kemalangan yang melibatkan pelanggaran dengan trak. Ketika kemalangan tersebut, tidak semena-mena pemandu trak terbabit keluar daripada kenderaannya terus meluru ke bonet kereta mereka sambil memegang kayu baseball. Akibat berang dengan kemalangan tersebut, Min Jook-Kook (pemandu trak) telah memecahkan cermin kereta Soo-Ha dan memukul bapanya dengan kayu baseball sehingga mati.
Soo-Ha dapat mengenalpasti perbuatan Jook-kook itu kerana secara tiba-tiba dia dianugerahkan kebolehan yang luar biasa iaitu beliau mampu untuk membaca fikiran orang. Namun apakan daya, beliau tidak mampu berbuat apa-apa. Lagipun beliau hanyalah seorang budak berumur 9 tahun yang terlibat dengan kemalangan dan tidak mampu bergerak.
Dibahagian lain, kemalangan tersebut disaksikan oleh gadis yang bernama Hye-Sung dan Do-Yeon. Beliau sempat mengambil gambar Jook-Kook sebelum melarikan diri. Perbuatan tersebut menyebabkan Jook-Kook cuak. Namun begitu beliau sempat memberi amaran kepada mereka berdua, jika mereka melaporkan kepada pihak berkuasa, maka dia akan cari mereka sehingga ke lubang cacing.
Tibalah masa Jook-Kook dibicarakan di mahkamah. Sepatutnya Jook-Kook berjaya melepaskan diri akibat kekurangan bukti. Atas prinsip kemanusian, Hye-sung secara tiba-tiba hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan dan membela Soo-Ha. Ini menyebabkan Hye Sung dicekik di mahkamah disamping beliau berjanji yang apabila beliau keluar daripada penjara nanti, beliau akan cari dan bunuh Hye-Sung. Ini menjadikan Hye-Sung sangat takut dan menangis teresak-esak tanda penyesalan.
Soo-Ha sangat terhutang budi dengan Hye-Sung dan berjanji kepada dirinya apabila sampai masanya, beliau akan berusaha sehabis baik untuk melindungi orang yang membela nasibnya itu. Disebabkan oleh itu, Soo-Ha sangat mengikuti rapat perkembangan Jook-Kook disamping mengingati tarikh pembebasan banduan tersebut.
10 tahun telah kemudian, Soo-Ha menjadi seorang pelajar sekolah menengah yang cemerlang dan masih lagi memiliki kuasa untuk membaca fikiran orang. Dimasa yang sama, Hye-Sung cuba untuk menjadi peguamcara yang berjaya. Sayangnya, gagal. Ini menyebabkan maknya memaksa beliau untuk memohon sebagai peguambela awam kerana bayaran gajinya juga lebih lumayan berbanding menjadi peguamcara.
Melalui proses temuduga yang banyak birokrasinya, Hye-Sung bersama rakan temuduganya (bakal jadi rakan sekerja) iaitu Kwan-Woo berjaya menjadi peguambela awam. Kejayaan temuduga itu diumum oleh surat khabar sehingga berita itu sampai ke pengetahuan Joon-Kook. Joon-Kook dengan wajah sinis gembira melihat sasarannya itu berjaya dan cuba mengatur jejak langkah dan strategi untuk membunuh Hye-Sung.
Bagaimana agaknya nasib Hye-Sung dan Soo-ha? Adakah mereka berjaya untuk berhadapan dengan pembunuh terbabit?

7. School 2013 (2012)
K-drama ini bagi bagi saya sangat unik. Ketika kebanyakan drama lakonan Lee Jong-Suk bertemakan “Romance”, drama ini mencipta kelainan apabila ia bertemakan “BroRomance”. Kisah persahabatan diantara 2 individu. Kisah diantara Go Nam Soon dan Park Heung Soo.
Drama ini berkisahkan tentang pelajar di Sekolah menengah Seungri, antara sekolah yang terteruk daripada 178 sekolah menengah di sekitar Seoul dari segi pencapaian akademik. Dikalangan pelajar tersebut, terdapat seorang pelajar yang bernama Go Nam Soon. Beliau sering dibuli oleh kumpulan pelajar yang diketuai oleh Oh Jung Ho walaupun secara dasarnya, beliau ketua kelas 2. Kelas 2 adalah kelas tercorot untuk Gred 2.
Kelas 2 ini mempunyai seorang guru kelas yang bernama Jung In Jae. Memandangkan budak kelas semuanya bengap, jadi beliau berasa kesukaran untuk mengawal suasana kelas sedangkan sekolah Seungri sedang dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar. Ini menyebabkan sekolah memanggil seorang lagi guru baru bernama Kang Sae Chan. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Korea yang memiliki sebuah istitusi perguruan yang terkenal di Gangnam. Sae Chan dan In Jae menjadi guru kelas bersama bagi Kelas 2 dan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi pelajarnya.
Mereka berdua menghadapi banyak cabaran ketika cuba untuk mendidik pelajar terbabit. Antaranya masalah buli, keputusan akademik yang tidak memuaskan, ibu bapa yang bermasalah serta guru-guru lain yang tidak memberi kerjasama. Walaupun mereka berdua juga mempunyai kaedah pembelajaran yang berbeza, mereka cuba mengenepikan perbezaan itu demi membantu seluruh kelas untuk berjaya melangkah ke tahun akhir sekolah menengah.
Dimasa yang sama, penonton akan dihidangkan dengan konflik diantara Go Nam Soon dan Park Heung So. Bagaimanakah agaknya kisah BroRomance mereka?

Ulasan tentang drama korea terbaik lakonan beliau? Saya tahu daripada senarai drama korea terbaik yang dilakonkan oleh Lee Jong Suk ini, mungkin ada yang suka dan ada yang tidak. Antara rungutan yang sering didengar adalah lubang plot yang banyak. Sejujurnya kebanyakan K-drama bukan semuanya sempurna. Banyak sahaja K-drama yang mempunyai jalan cerita tidak logik dan penceritaan tidak konsisten. Tapi ada satu benda yang saya sangat hargai iaitu idea.
Idea dimana kebanyakan drama melayu atau siri daripada barat jarang buat (atau tak pernah buat). Kita tengok sahajalah lambakan drama petang-petang pukul 7. Kita tonton juga siri barat yang dihidangkan di Netflix. Kebanyakannya membosankan. Balik-balik idea sama yang diulang-ulang. Penonton pun mahu hidangan rancangan yang baru juga. Apa guna nama industri kreatif tetapi tidak kreatif?
Baca juga: 7 filem manusia genius terbaik sepanjang zaman
Baca juga: Tonton movie online secara percuma dengan Streamio
Sebenarnya banyak lagi drama korea yang menarik di luar sana yang boleh ditonton oleh anda. Jika berkelapangan, saya akan tulis kesinambungan koleksi drama korea terbaik untuk genre yang berlainan pula. Mana tau anda boleh jadikannya koleksi untuk ditonton di kemudian hari.
Jika anda ingin kongsikan cadangan atau ulasan, jangan lupa kongsikan diruangan dibawah.
The post 7 Drama Korea terbaik lakonan Lee Jong-Suk appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/7-drama-korea-terbaik-lee-jong-suk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 K Drama Pelakon Top Di Korea Kini

10 K Drama Pelakon Top Di Korea Kini

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 426 hits
Rasanya peminat k drama kini agak sibuk menyusun jadual marathon pada saban minggu Maklumlah banyak betul drama best yang sedang ditayangkan kini Kalau anda nak tahu ini adalah senarai drama yang jadi perhatian ramai kini 1 Mr Queen 2 True ...
Sinopsis Drama Marry Me Senorita Lakonan Janna Nick Dan Dini Schatzmann

Sinopsis Drama Marry Me Senorita Lakonan Janna Nick Dan Dini Schatzmann

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 664 hits
JUDUL MARRY ME SENORITAEPISOD 20TARIKH TAYANGAN 2 Februari 2021WAKTU SIARAN Isnin Khamis 10 00 malamSIARAN TV Slot MegaDrama PENULIS SKRIP Rehal Nuharis Dayang KartinahPENULIS NOVEL Suri RyanaPENGARAH Nur Ain SharifPRODUKSI Juita Viden Sdn ...
Drama Hari Kita Jatuh Cinta Lakonan Azlee Khairi Dan Intan Ladyana Awesome Tv

Drama Hari Kita Jatuh Cinta Lakonan Azlee Khairi Dan Intan Ladyana Awesome Tv

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 847 hits
JUDUL HARI KITA JATUH CINTAEPISOD 18TARIKH TAYANGAN 1 Januari 2021WAKTU SIARAN Isnin Rabu 9 00 malamSIARAN TV Awesome TVPENULIS SKRIP Syed Mohamad Taufik Syed Abdul JalilPENULIS NOVEL Shera ZulghafarPENGARAH Rahim ZaliPRODUKSI Zeel Producti...
Tampil Jalan Cerita Unik Menarik Ini 10 Drama Korea Popular Adaptasi Daripada Manhwa Webtoon

Tampil Jalan Cerita Unik Menarik Ini 10 Drama Korea Popular Adaptasi Daripada Manhwa Webtoon

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 402 hits
Jika anda seorang peminat setia siri daripada Korea Selatan anda mesti perasan kebelakangan ini ada banyak drama yang diadaptasi daripada manhwa atau lebih dikenali sebagai webtoon Webtoon ialah komik digital yang sangat popular di Korea Se...
Lee Jinwook Lee Joon Dilamar Jadi Makhluk Mistik Dalam Drama Fantasi Bulgasal

Lee Jinwook Lee Joon Dilamar Jadi Makhluk Mistik Dalam Drama Fantasi Bulgasal

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 155 hits
Puas bermain dengan perasaan penonton dalam drama Sweet Home nampaknya Lee Jin wook mungkin akan menyapa peminat dengan drama baru tak lama lagi Khabarnya lelaki itu dan juga pelakon Lee Joon dilamar untuk membintangi drama baru tvN Bulgasa...
Drama Korea Terbaru Bulan Januari 2021

Drama Korea Terbaru Bulan Januari 2021

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 434 hits
Senarai drama Korea terbaru bulan Januari 2021 She Would Never Know Genre Romantik KomediEpisod 16 Tayangan 18 Januari 9 Mac 2021Pelakon Won Jin Ah Ro Woon Lee Hyun Wook Lee Joo BinSinopsis Yoon Song A bekerja sebagai pegawai pemasaran untu...
Honey Lee Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Terbaru One The Woman

Honey Lee Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Terbaru One The Woman

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 233 hits
Pelakon Honey Lee dilaporkan sedang dalam rundingan untuk memainkan peranan utama drama terbaru SBS berjudul One the Woman Agensinya Saram Entertainment mengesahkan laporan media dan berkata Honey Lee telah menerima tawaran untuk membintang...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch