7 Doa Yang Setiap Ibu Patut Amalkan Untuk Anak Anak



Doa yang ikhlas dan penuh pengharapan hanya kepada Allah InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah. Walaupun kita berdoa dalam bahasa Melayu ke Inggeris ke, Allah faham semuanya. Tapi kalau kita hafal doa yang datangnya daripada Al-Quran tentu lebih baik kan

Jadi kami nak kongsikan dengan anda doa-doa yang patut seorang ibu amalkan untuk anak-anak mereka. Walaupun anak tu baru berada dalam kandungan. Semoga bermanfaat

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

Boleh baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.


2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).” Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).”
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya

5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat

6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69

“Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.”
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini

Surah Al-Imran ayat 8-9
“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/7-doa-yang-setiap-ibu-patut-amalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Mak Ayah Ibarat Emas Untuk Dapat Anak Soleh Selalulah Amalkan 4 Doa Ini

Doa Mak Ayah Ibarat Emas Untuk Dapat Anak Soleh Selalulah Amalkan 4 Doa Ini

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 426 hits
Semua ibu bapa mengimpikan dikurniakan anak anak yang soleh kan Ini kerana ia adalah perkara yang paling membahagiakan hati setiap ibu bapa Cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak anak anda yang akan mendoakan anda apabila anda mening...
Sebak Demi Doa Buat Ayah Anak Oku Ini Tekad Mahu Ziarah Kubur Bapa Setiap Hari

Sebak Demi Doa Buat Ayah Anak Oku Ini Tekad Mahu Ziarah Kubur Bapa Setiap Hari

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 368 hits
Dikala kanak kanak lain seronok dibelai manja oleh sang ayah bagi adik Mohd Naufal Rahim berusia 3 tahun pula hanya pusara arwah ayahnya tempat dia meluah rasa rindu Kisah adik Naufal mula mendapat perhatian setelah ibunya berkongsi gelagat...
Doa Mudah Bersalin Normal Dalam Rumi Untuk Ibu Amalkan

Doa Mudah Bersalin Normal Dalam Rumi Untuk Ibu Amalkan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1517 hits
Doa Mudah Bersalin Normal Dalam Rumi Untuk Ibu Doa ketika melahirkan anak memang patut para ibu tahu untuk tenangkan hati dan lebih bersedia dalam menghadapi saat saat ketika sedang ingin bersalin Tidak kiralah bersalin secara normal mahupu...
Amuk Anak Tikam Ibu Sampai Mati Bawa Jalan Mayat Atas Kerusi Roda

Amuk Anak Tikam Ibu Sampai Mati Bawa Jalan Mayat Atas Kerusi Roda

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 571 hits
Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dengan menggunakan pisau dapur di Taman Kampung Padang di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yus...
5478 Anak Durjana Paksa Ibu Pinjam Ahlong Tv Ppim 11 11 2019

5478 Anak Durjana Paksa Ibu Pinjam Ahlong Tv Ppim 11 11 2019

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 352 hits
Seorang anak tergamak mendesak ibunya meminjam Ahlong demi melunaskan hutang dirinya sendiri Lebih kejam apabila pisau diacu kearah ibunya gara gara hutang Ibu yang lemah menjadi mangsa amarah anak lelaki durjana terpaksa menanggung hutang ...
Memang Mencabar Bawa Anak Kecil Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi 5 Tip Untuk Persediaan Awal

Memang Mencabar Bawa Anak Kecil Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi 5 Tip Untuk Persediaan Awal

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 525 hits
Cuti sekolah bakal tiba tak lama je lagi Tentunya dah ada perancangan untuk bawa anak anak bercuti ke mana mana Umrah juga biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah terutamanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak anak yang masih kecil atau ...
Saya Ingat Anak Dah Tiada Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan Kecil Waktu Tidur

Saya Ingat Anak Dah Tiada Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan Kecil Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 319 hits
Seorang ibu yang sedang meletakkan anak kecilnya tidur terkejut mendengar bunyi seakan akan sedang berkumur yang pelik Dia merasakan ada yang tidak kena dengan anaknya itu Dia terus melihat ke dalam mulut anaknya dan ternampak satu mainan k...
Kalau Anak Main Ketuk Periuk Belanga Ibu Maknanya Dia Bijak Janganlah Dimarah

Kalau Anak Main Ketuk Periuk Belanga Ibu Maknanya Dia Bijak Janganlah Dimarah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 395 hits
Lumrah menjadi ibu ayah berhadapan dengan perangai anak yang pelbagai ada masanya buat kita hilang sabar juga Habis semua benda nak dibuat main Boleh dikatakan semua rumah yang ada anak kecil pasti pernah atau masih ada dinding yang bercont...
Walaupun Anak Dah Mula Makan Makanan Pepejal Susu Ibu Tetap Perlu Diberikan

Walaupun Anak Dah Mula Makan Makanan Pepejal Susu Ibu Tetap Perlu Diberikan

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 399 hits
Memberi anak makanan pejal adalah salah satu pencapaian penting dalam perkembangan anak anda Dalam artikel ini kami akan membincangkan mengenai 10 tips untuk memulakan makanan pejal pada anak anda Pilih masa yang tepat untuk mula beri makan...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam