Kalau Anak Main Ketuk Periuk Belanga Ibu Maknanya Dia Bijak Janganlah Dimarah


Lumrah menjadi ibu ayah, berhadapan dengan perangai anak yang pelbagai ada masanya buat kita hilang sabar juga. Habis semua benda nak dibuat main. Boleh dikatakan, semua rumah yang ada anak kecil pasti pernah atau masih ada dinding yang berconteng di rumah anda. Bukannya tanda anak nakal atau tiada disiplin tapi sebenarnya memang itulah fasa tumbesarannya.
Seorang anak yang aktif dan sihat pasti akan lasak. Itu salah satu petunjuk yang mereka sedang membesar dengan baik, seharusnya ibu ayah kurangkan memarahi mereka. Untuk menghadapi karenah anak-anak yang ‘banyak akal’ begini, anda perlu bijak memainkan peranan. Jangan marah, tapi gunakan pendekatan psikologi yang dapat membantu dia berfikir dengan lebih baik kelak.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Ramai Anak Lelaki, Memang Letih Sikit. Tapi Merekalah Pelindung Keluarga Nanti!]
Apabila mempunyai anak, anda bakal menghadapi cabaran untuk mengendalikan anak yang mempunyai pelbagai keletah. Namun ia normal bagi seorang anak yang aktif dan sihat. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat anda perlu tahu cara bagaimana menghadapi keletah anak dengan cara yang betul. Ada 4 keletah si manja untuk anda selidiki.
SUKA TANGGALKAN BAJU Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.

Cara atasi:
Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permainan’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.
TABIAT MENCONTENG Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!

Cara atasi:
Pastikan pen, pencil, pencil warna dan krayon disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah menyediakan ruang untuknya melakukan aktiviti menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menujukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.
Artikel Menarik: [Anak Lelaki Rapat Dengan Ayah, Membesar Jadi ‘Jantan’ & Sayang Ibunya 100%]
TAK SUKA PAKAI LAMPIN Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.

 
Cara atasi:
Inilah masa untuk latihan ‘potty training’! Ajar dia untuk mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya. Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.
Artikel Menarik: [Banyak Cakap, Letih Melayan. Tapi Kalau Dia Tak Ada, Mulalah Ibu Rindu Teruk!]
KETUK SEMUA BENDA Si manja suka melakukan penerokaan dipersekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.

Cara atasi:
Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Usia 18 bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagai playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu ayah yang selalu sangat mengetap bibir kerana menahan diri dari memarahi anak. Selamat mencuba!
The post Kalau Anak Main Ketuk Periuk Belanga Ibu, Maknanya Dia Bijak. Janganlah Dimarah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-main-ketuk-periuk-belanga-ibu-maknanya-dia-bijak-janganlah-dimarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Dera Anak Kurung Dalam Sangkar Kucing Simbah Air Panas

Ibu Bapa Dera Anak Kurung Dalam Sangkar Kucing Simbah Air Panas

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 601 hits
SINGAPURA Sepasang suami isteri mendera kejam anak lelaki mereka yang berusia lima tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata mata tidak mahu mandi sehingga menyebabkan kematian kanak k...
Saya Ingat Anak Dah Tiada Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan Kecil Waktu Tidur

Saya Ingat Anak Dah Tiada Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan Kecil Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 316 hits
Seorang ibu yang sedang meletakkan anak kecilnya tidur terkejut mendengar bunyi seakan akan sedang berkumur yang pelik Dia merasakan ada yang tidak kena dengan anaknya itu Dia terus melihat ke dalam mulut anaknya dan ternampak satu mainan k...
Anak Durhaka Lempar Pisau Ke Ibu Dihabisi Kakak Kandung Sendiri

Anak Durhaka Lempar Pisau Ke Ibu Dihabisi Kakak Kandung Sendiri

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 304 hits
Duel maut yang melibatkan dua saudara kandung terjadi di dusun II Desa Mulya Guna Kecamatan Teluk Gelam Kabupaten Ogan Komering Ili atau OKI Sumatera Selatan Keduanya ialah Andika alias Andi dengan sang kakak Ahmad Redi Informasi yang didap...
Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 521 hits
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa ...
Basuh Tangan Sikat Rambut Anak Waktu Terbaik Untuk Ibu Doakan

Basuh Tangan Sikat Rambut Anak Waktu Terbaik Untuk Ibu Doakan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 470 hits
Kehebatan air tangan ibu bukan sekadar memasak makanan atau mengemas rumah tetapi hal menguruskan anak termasuk mandi dan memakaikan anak pakaian Bagi ibu yang tidak bekerja ia memang rutin harian Berbeza dengan ibu yang bekerjaya Memang pe...
Ciumlah Anak Anak Anda Tanpa Kita Sedar Ciuman Seorang Ibu Mampu Beri Aura Positif

Ciumlah Anak Anak Anda Tanpa Kita Sedar Ciuman Seorang Ibu Mampu Beri Aura Positif

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 552 hits
Menjadi ibu itu tidak mudah Menjadi ibu juga tidaklah suatu bebanan Namun naluri seorang wanita yang bergelar ibu ini sangat mudah tersentuh Apatah lagi terhadap anak yang dikandung sembilan bulan dengan bertarung nyawa serta melalui pelbag...
Walaupun Anak Dah Mula Makan Makanan Pepejal Susu Ibu Tetap Perlu Diberikan

Walaupun Anak Dah Mula Makan Makanan Pepejal Susu Ibu Tetap Perlu Diberikan

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 396 hits
Memberi anak makanan pejal adalah salah satu pencapaian penting dalam perkembangan anak anda Dalam artikel ini kami akan membincangkan mengenai 10 tips untuk memulakan makanan pejal pada anak anda Pilih masa yang tepat untuk mula beri makan...
Adik Ikut Langkah Abang Ke Syurga Ibu Kongsi Kisah Pilu Kehilangan 2 Anak

Adik Ikut Langkah Abang Ke Syurga Ibu Kongsi Kisah Pilu Kehilangan 2 Anak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 496 hits
Setiap pasangan yang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pasti gembira apabila disahkan mengandung Begitu juga dengan kisah ibu ini yang pada mulanya gembira kerana disahkan hamil tetapi bertukar duka apabila anak di dalam kandunganny...
Anak Picky Eater Mama Perlu Jadi Lagi Bijak Ini Trik Yang Dikongsikan Dietition

Anak Picky Eater Mama Perlu Jadi Lagi Bijak Ini Trik Yang Dikongsikan Dietition

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 241 hits
Pening juga dibuatnya bila anak terlampau memilih makanan Malah disekalikan dengan makan ikut mood Makin pening ibu dibuatkan Adakalanya hanya inginkan makanan yang disukai pada tempoh yang lama Ibu jangan pening sebaliknya perlu jadi lebih...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization